Piagam Pelanggan
-
Mengeluarkan Kelulusan Pelan Bangunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pematuhan sepenuhnya syarat-syarat kelulusan.
- Mengeluarkan Permit di bawah Undang-Undang Kecil 17 / 18 dalam tempoh 7 hari dari tarikh bayaran permit dijelaskan.
-
Melaksanakan lawatan tapak untuk pemantauan pembinaan dalam tempoh 3 bulan selepas Kebenaran Mendirikan Bangunan (KMB) dikeluarkan.
-
Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan di bawah peruntukan akta / undang-undang dalam tempoh 14 hari dari tarikh kesalahan dikenalpasti.
-
Mengeluarkan notis kepada pemilik bangunan yang ketinggian melebihi 5 tingkat dan pengeluaran CF / CCC melebihi 10 tahun supaya mengemukakan Laporan Pemeriksaan Bangunan Secara Berkala mengikut peruntukan Seksyen 85A Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh surat pemberitahuan.
-
Memaklumkan tindakan yang diambil terhadap aduan awam melalui Sistem Aduan DBKL (i-SPAAA) dalam tempoh 3 hari dan melaksanakan proses siasatan / tindakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.