Khamis, 17 Ogos 2017 [ 11:36:11 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Piagam Pelanggan

1. Merancang pembangunan ibu negara dengan cekap, efisien, teratur, terkawal dan telus untuk menjadikan bandar raya maju dan berdaya saing melalui kelulusan perintah pembangunan, pelan bangunan dan kerja tanah dalam tempoh ditetapkan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
2.
Memudah dan menggalakkan urusan perniagaan serta menjamin keselamatan pengguna melalui pengamalan aktiviti perniagaan berkualiti bagi menjana pertumbuhan ekonomi berprestasi tinggi di ibu kota.
3. Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam dan prasarana yang berkualiti, mencukupi, efisien, mesra pengguna dan mudah sampai bagi memenuhi keperluan warga kota.
4. Mengadakan aktiviti sosial / pembangunan komuniti setempat bersama persatuan penduduk / Badan Bukan Kerajaan mengikut jadual di setiap kawasan Parlimen sekurang-kurangnya 2 kali sebulan untuk membentuk budaya masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.
5. Memastikan maklum balas awal kepada pengadu diberikan dalam tempoh 24 jam dan maklum balas mengenai status pelaksanan tindakan ke atas aduan diberikan selewat-lewatnya dalam tempoh 3 hari daripada tarikh penerimaan aduan dan membuat susulan sehingga selesai.
6. Memastikan semua perkhidmatan online dapat dicapai secara berterusan (24jam x 7 hari).
7. Mengurus kutipan hasil dengan cekap dan berbelanja secara berhemah.
8. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan secara adil, telus dan berterusan bagi kesejahteraan dan keselamatan warga kota melalui notis-notis yang dikeluarkan.
9. Memastikan modal insan dibangunkan secara berterusan untuk melahirkan warga kerja yang kompeten.