Saturday, 20th September 2014 [ 7:55:29pm ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Profil Jabatan

on . Posted in Infrastructure Planning Department

Jabatan Perancangan Infrastruktur (JPIF) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2011 dengan fungsi utamanya adalah untuk menyelaras kawalan perancangan pembangunan infrastruktur di Kuala Lumpur.

Jabatan Perancangan Infrastruktur  adalah terdiri daripada beberapa bahagian dalam Jabatan  berasingan yang dahulunya berfungsi melaksanakan kerja-kerja perancangan kawalan pembangunan dan infrastruktur.

Jabatan tersebut adalah seperti:-

Jabatan Kerja Awam

  1. Kelulusan Pelan Kerja Tanah
  2. Kelulusan Pelan Jalan dan Perparitan
  3. Kelulusan Pelan Pembetung Pintu Masuk
  4. Kelulusan Pelan Lampu Jalan.

Jabatan Pengangkutan Bandar 

  1. Perakuan Pelan Aliran Sirkulasi Dalaman dan Tempat Letak Kereta.

Jabatan Saliran dan Pengurusan Sungai

  1. Perakuan Pelan Sistem Pengurusan Air Hujan.

VISI

Mewujudkan kawalan perancangan pembangunan infrastruktur yang efisien di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


MISI

  1. Mengawal kerja-kerja pembangunan infrastruktur melalui kelulusan Kerja Tanah, Jalan dan Perparitan, Pembentung Pintu Masuk, Lampu Jalan, Perakuan Aliran Sirkulasi Dalaman dan Tempat Letak Kereta, dan perakuan Sistem Pengurusan Air Hujan.
  2. Merancang pembangunan infrastruktur jalan dan perparitan.
  3. Mengurangkan masalah banjir melalui aplikasi Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MSMA).