Perkhidmatan Kami
Fungsi utama Jabatan ini adalah:
- Merancang keperluan serahan jalan dan menaiktaraf jalan sediada berdasarkan kajian Impak Trafik bagi projek pembangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Merancang keperluan serahan parit induk dan kolam tadahan bagi projek pembangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Membuat kawalan pembangunan dari segi permohonan pelan kelulusan kerja tanah, jalan dan perparitan, tempat letak kereta, sistem pengurusan air hujan(MSMA) dan pengeluaran sokongan G17 (Jalan dan Perparitan) untuk pengeluaran CCC.
- Memproses permohonan permit angkut bahan.
- Menjalankan kerja pengukuran kejuruteraan, pengambilan tanah, permohonan tanah, utiliti dan geospatial serta membantu pasukan bangunan untuk khidmat nasihat bagi projek-projek yang dijalankan oleh DBKL.
- Berperanan dalam pemberian alamat pada setiap bangunan, mengisytiharkan jalan persendirian kepada jalan awam, menyediakan pelan-pelan kejuruteraan jalan raya, menyimpan rekod pelan piawaian dan menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi untuk Nama Jalan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.