Khamis, 17 Oktober 2019 [ 5:10:26 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Perkhidmatan Kami

OBJEKTIF UMUM

Untuk mengawasi dan meningkatkan taraf kesihatan warga kota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

OBJEKTIF KHUSUS

  1. Untuk meningkatkan taraf kesihatan individu.
  2. Untuk melindungi dan meningkatkan mutu alam sekitar dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  3. Untuk mengawal dan meningkatkan mutu makanan yang disediakan untuk makanan orang ramai.
  4. Untuk mencegah dan mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
  5. Untuk meningkatkan taraf kesihatan orang awam melalui promosi dan pendidikan kesihatan.

 

FUNGSI

  1. Mengawas dan mengawal sanitasi dan hygiene premis makanan dan tempat awam.
  2. Memantau dan mengawal kualiti makanan dan minuman melalui pemeriksaan makanan, Contoh : Air dan penguatkuasaan undang-undang.
  3. Mengawas dan kawalan industri, tred dan aktiviti domestik yang mempunyai kesan kepada alam sekitar.
  4. Mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
  5. Mengawas dan mengawal penyakit bawaan vektor dan pest melalui kawalan denggi dan malaria serta aktiviti kawalan pest.
  6. Pemeriksaan mayat untuk tujuan pengeluaran permit pengkebumian dan sijil kematian.
  7. Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan untuk orang awam.
  8. Menyediakan perkhidmatan imunisasi untuk pengendali makanan dan pengembara antarabangsa
  9. Menyediakan rawatan pesakit luar untuk kakitangan DBKL serta keluarga.

 

BAHAGIAN ALAM SEKITAR (UNIT KAWALAN PEMBERSIHAN BANDAR)

  1. Membantu Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) memantau kerja-kerja pembersihan dan kutipan sampah yang dilaksanakan oleh Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB) melalui pengeluaran 'Notis Pemberitahuan' (NP) dan 'Notis Menjalankan Kerja' (NMK)
  2. Mengendalikan program 3K (Bukit Bintang, Jalan Petaling dan Chow Kit) atas arahan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
  3. Bantuan kecemasan yang beroperasi 24 jam setiap hari seperti menangkap ular, memusnahkan sarang tebuan/lebah, mengalihkan pokok tumbang yang menghalang jalanraya, membersihkan tumpahan minyak di atas jalanraya dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
  4. Menguruskan Tanah Perkuburan Islam di Jalan Ampang dan Cheras Baru.
  5. Menguruskan Krematorium (pembakaran mayat) dan Tanah Perkuburan Kristian di Cheras Baru.
  6. Memproses sebahagian permohonan pelan sistem rumah sampah sebelum penswastaan penuh pada 1 September 2011 dan menerima permohonan kutipan sampah, sapuan jalan, cucian longkang dan potong rumput untuk diserahkan kepada pihak PPSPPA.