Sabtu, 18 November 2017 [ 1:37:24 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Profil Jabatan

Ditubuhkan pada tahun 1970 dan dikenali sebagai Urusetia Bandaraya. Pada 1 Januari 1996, Bahagian Pentadbiran dan Urusetia Bandaraya bersama Jabatan Personel telah digabungkan dan diwujudkan Jabatan Pengurusan Organisasi (JPO).

 

Pada 15 Ogos 2003, Jabatan Pentadbiran berfungsi dengan sendirinya yang menggabungkan empat bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Perpustakaan, Bahagian Pengurusan Perolehan serta Unit Urus Bangunan dan Unit Jawatankuasa Tindakan. Pada Januari 2006, Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa telah diletakkan di bawah Jabatan Pentadbiran.

 

Selepas penstrukturan semula DBKL pada Julai 2011, Unit Komunikasi Korporat (dahulunya dikenali sebagai Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa), Unit Reprografi dan Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) telah dipisahkan daripada Jabatan Pentadbiran. Pada Februari 2014, PKL diletakkan semula di bawah Jabatan Pentadbiran sehingga 1 Ogos 2015. Mulai tarikh tersebut, sekali lagi PKL dipisahkan daripada Jabatan Pentadbiran. Hanya Pusat Rekod dan Unit Reprografi sahaja tetap kekal di bawah Jabatan Pentadbiran sehingga sekarang.

 

Kini, Jabatan Pentadbiran mempunyai empat bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran & Keurusetiaan, Bahagian Pengurusan Aset & Bangunan, Bahagian Pengurusan Perolehan dan Bahagian Pengurusan Rekod.