Thursday, 26th May 2016 [ 6:46:29 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Perkhidmatan Kami

OBJEKTIF

Memastikan semua urusan pentadbiran, keurusetiaan, penyelarasan program, pengurusan aset dan bangunan, pengurusan perolehan dan pengurusan rekod dilaksanakan berdasarkan peraturan-peraturan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

 

FUNGSI UTAMA

Jabatan Pentadbiran merupakan salah satu jabatan di bawah sektor Pengurusan yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif Pengurusan dan dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu:

  1. Bahagian Pentadbiran & Keurusetiaan
  2. Bahagian Pengurusan Perolehan
  3. Bahagian Pengurusan Aset & Bangunan
  4. Bahagian Pengurusan Rekod

 

Jabatan Pentadbiran diketuai oleh Pengarah gred N54 dan mempunyai fungsi-fungsi utama seperti berikut:

  1. Menjadi Mesyuarat Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan, Mesyuarat PEMUDAH Special Task Force on DBKL dan Perjumpaan Datuk Bandar dengan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  2. Menyelaras jawapan pertanyaan Parlimen peringkat DBKL.
  3. Menyelaras pengurusan perolehan dan pelupusan harta Datuk BandarKuala Lumpur.
  4. Menyelaras pengurusan aset alih Datuk Bandar Kuala Lumpur.
  5. Menyelaras pengurusan Menara DBKL 1, DBKL 2, DBKL 3 dan PT80.
  6. Menyelaras Acara Rasmi Peringkat DBKL, Wilayah Persekutuan dan Kebangsaan.
  7. Menyelaras perkhidmatan panel kontraktor untuk katerer, billboard, bunting dan pakaian seragam (majlis keagamaan).
  8. Menyelaras penyediaan Laporan Tahunan DBKL.
  9. Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan jabatan.
  10. Mengurus penghantaran dan penerimaan surat-surat dan bungkusan.
  11. Merancang, membangun dan merangka penggubalan dasar-dasar mengenai pembangunan dan pengurusan rekod, perkhidmatan maklumat dan pendokumentasian.
  12. Menyediakan kad akses kepada pegawai/kakitangan DBKL, pas sementara, pas pelawat dan pas kontraktor.

 

PERKHIDMATAN KAMI

  1. Penyewaan Dataran Merdeka
  2. Penyewaan Auditorium
  3. Penggunaan Dataran DBKL
  4. Penggunaan Bilik Lembaga dan Bilik Putra Tingkat 29, Bilik Mesyuarat Tingkat 3 dan Bilik Gerakan, Tingkat 3, Dewan Megapuri Tingkat 30 (untuk kegunaan DBKL sahaja)