Selasa, 12 November 2019 [ 10:12:38 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Piagam Pelanggan

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal berusaha untuk memberi dan memenuhi perkhidmatan mengikut tajuk bidang seperti berikut:-

Kenderaan

  1. Menguruskan kumpulan kenderaan/mesin jentera secara teratur serta menyediakan jadual dan bekalan pengangkutan berdasarkan permintaan tidak kurang daripada peratusan berikut:-
    • Jentera dan Kenderaan Kegunaan Khas 75%
    • Kenderaan Operasi Khas 80%
    • Kenderaan Protokol 90%
    • Kenderaan angkut 88%

  2. Melaksanakan penyenggaraan kenderaan/mesin jentera seperti spesifikasi pembuat dan mengawal kadar kerosakan tidak melebihi dari peratusan di bawah:-

    • Kenderaan Pelbagai Guna Sepusat 6.0%
    • Kenderaan Pelbagai Guna Jabatan 4.0%
    • Mesin Jentera 10.0%
    • Motosikal 3.0%

  3. Rekod induk kenderaan yang telah dikeluarkan Sijil Penamatan Perkhidmatan Kenderaan akan dikemaskini dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh sijil dikeluarkan.


Kemudahan Awam

  1. Mengurus dan melaksanakan penyenggaraan peralatan mekanikal dengan mengawal kadar kerosakan tidak melebihi 10%.

  2. Aduan kerosakan lampu jalan mestilah dibaiki dalam tempoh 3 hari.

  3. Memastikan kerosakan lampu jalan tidak melebehi 3% keseluruhan jumlah lampu jalan (bersamaan 100%).

  4. Memastikan rondaan lampu jalan di jalan utama dan protokol sebanyak 8 kali sebulan (bersamaan 100%).

Perolehan 

  1. Penyediaan spesifikasi teknikal dan dokumen untuk kenderaan/mesin jentera, mesin kecil dan peralatan mengikut jangkamasa seperti berikut:-
      • Menyediakan spesifikasi tender yang mengimbangkan faktor kos dengan teknologi terkini serta dapat membangunkan sistem moden dan selamat, sesuai dengan peruntukkan yang disediakan.
      • Mengemaskini dokumen tender/sebutharga jenis berulang dalam tempoh 3 minggu.
      • Menyediakan dokumen tender/sebutharga baru dalam tempoh 2 bulan.

  2. Membuat penilaian tender/sebutharga dalam masa 3 minggu.

  3. Memastikan pembekalan kenderaan/mesin jentera baru dilaksanakan tidak lewat 24 bulan daripada penerimaan buku bajet.

 

Stor Pusat

  1. Memastikan pembekalan bahan-bahan kepada Jabatan-Jabatan di dalam DBKL sentiasa dapat dipenuhi mengikut jenis dan peratusan permintaan seperti berikut:-
    • Bahan api (petrol dan diesel) 100%
    • Simpanan barangan pelbagai 90%
    • Simpanan alat ganti kenderaan/mesin jentera, motosikal, mesin dan peralatan mekanikal 85%

  2. Setiap permohonan pengeluaran barangan di Stor Pusat akan dilayan dalam tempoh 10 minit mengikut giliran dan pengeluaran barangan ‘ex-stock’ akan dibuat dalam tempoh 20 minit

Projek Pembangunan 

  1. Memberi perkhidmatan perundingan mekanikal dan elektrikal dalam melaksanakan projek mengikut tempoh jadual pelaksanaan ‘Building Team’ termasuk perkara-perkara di bawah:-
    • Menyediakan spesifikasi tender yang mengimbangkan faktor kos dengan teknologi terkini serta dapat membangunkan sistem moden dan selamat, sesuai dengan peruntukkan yang disediakan.
    • Menyediakan dokumen tender dalam jangkamasa seperti berikut:-
      a) Projek Besar - 3 bulan
      b) Projek Sederhana - 2 bulan
      c) Projek Kecil - 1 bulan
    • Menyiapkan penilaian tender dalam jangkamasa seperti berikut:-
      a) Projek Besar - 3 minggu
      b) Projek Sederhana - 2 minggu
      c) Projek Kecil - 1 minggu

Pengurusan Sisa Pepejal

  1. Memastikan sisa pepejal yang diterima oleh Stesen Pemindahan Taman Beringin diproses dan dilupuskan ke tapak pelupusan akhir dalam tempoh 24 jam dengan proses kerja memenuhi syarat-syarat EIA (kesan ke atas alam sekitar).