Tuesday, 7th April 2020 [ 2:27:34 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Soalan Lazim

1. APA ITU CUKAI TAKSIRAN?
 
  • Cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
  • Harta tanah yang dikenakan cukai taksiran adalah seperti berikut:
    • Bangunan Kediaman
    • Bangunan Komersial / Industri (kedai, kilang, hotel, kompleks perniagaan dan lain - lain)
    • Tanah
2. BILAKAH CUKAI TAKSIRAN PERLU DIBAYAR?
 

Cukai taksiran ini dikenakan 2 kali setahun:

PENGGAL TEMPOH BAYARAN 

1 (Januari – Jun)

2 (Julai – Disember)

Sebelum 28 Februari

Sebelum 31 Ogos
3. BERAPAKAH KADAR PERATUS CUKAI TAKSIRAN?
 

Kadar peratus yang ditetapkan adalah seperti berikut:

BIL JENIS HARTA DALAM 36 BATU PERSEGI (%) LUAR 36 BATU PERSEGI (%)
1 Bangunan Perdagangan 10 8
2 Pangsapuri Servis 7 5
3 Bangunan Kediaman 4 4
4 Rumah Pangsa Kos Rendah 2 2
5 Tanah Kosong Perdagangan 7 5
6 Tanah Kosong Kediaman 5 5
7 Bangunan di Kampung – kampung 2 2
8 Tanah kosong di Kampung – kampung 1 1
9 Kampung Baru, Kampung Melayu, Segambut dan Sungai Penchala (Bangunan dan tanah kosong) 1 1

 

4. BAGAIMANA NILAI TAHUNAN DITENTUKAN?
 
  1. BANGUNAN
    • Anggaran sewa kasar setahun yang dijangka munasabah diperolehi daripada harta berkenaan.
  2. TANAH KOSONG
    • 10% daripada nilai pasaran harta
5. BAGAIMANA CUKAI TAKSIRAN DIKIRA?
 

Cukai taksiran dikira berdasarkan kadar peratus ke atas Nilai Tahunan

Contoh :

Nilai Tahunan  = RM 13,200.00
Kadar Peratus  = 4%
Cukai Taksiran = RM528 setahun / RM264 untuk 6 bulan

6. APAKAH AKIBAT JIKA TIDAK MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN?
 
  • Menerima Notis (Borang E) dan dikenakan caj denda lewat selepas 28 Februari dan 31 Ogos.
  • Waran tahanan (Borang F) akan dikeluarkan dan denda akan dikenakan.
  • Tindakan yang boleh di ambil selepas waran tahanan dikeluarkan:
    • Merampas (menyita) harta mudah alih yang ada di dalam  premis
    • Tindakan mahkamah
    • Melelong bangunan / tanah
7. BAGAIMANA BAYARAN BOLEH DIBUAT?
 
  • Bayaran boleh dibuat secara tunai, kad kredit (Master / Visa / Amex), kad debit,  cek (berpalang Penerima Sahaja), deraf bank dan kiriman wang pos atas nama Bendahari Bandaraya atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau Datuk Bandar Kuala Lumpur.
  • Saluran pembayaran adalah seperti berikut: 
A.

KAUNTER

  1. Kaunter Ibu Pejabat, Menara DBKL 1
  2. Kaunter Bayaran Tingkat 6, Menara DBKL 2
  3. Kaunter Bayaran Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah
  4. Pejabat Cawangan Kepong (Jinjang)
  5. Pejabat Cawangan Seputeh (Jalan Klang Lama)
  6. Pejabat Cawangan Wangsa Maju (Gombak)
  7. Pejabat Cawangan Cheras
  8. Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak
  9. Pejabat Cawangan Segambut (Taman Tun Dr. Ismail)
  10. Pejabat Cawangan Lembah Pantai (Brickfields)
  11. Pejabat Cawangan Batu (Sentul Raya)
  12. Pejabat Cawangan Setiawangsa
  13. Pejabat Cawangan Titiwangsa
  14. UTC Pudu Sentral
B. KAUNTER AGENSI PEMBAYARAN SETEMPAT 
  1. Pos Malaysia Berhad
  2. Majlis Bnadaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  3. Bank Kerjasama Rakyat
  4. Pejabat Tanah & Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  5. Bank Simpanan Nasional (BSN)
  6. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
C. e-SERVICES 
  1. www.dbkl.gov.my
  2. www.citibank.com.my
  3. www.mbfcards.com
  4. www.bankislam.biz
  5. www.rhbgroup.com
  6. www.pbebank.com
  7. www.cimbclicks.com.my
  8. www.hsbc.com.my
  9. www.bankrakyat.com.my
  10. www.payonline.com.my
  11. www.maybank2u.com.my
  12. www.ambank.com.my
  13. pib.uob.com.my
  14. www.jompay.com.my
  15. www.myeg.com.my
  16. www.hlb.com.my
D.

PANDU LALU

Kaunter Pandu Masuk, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut

E.

AUTO PAY

Maybank 1-300-88-6688
Citibank 03-23834121
UOB 03-26128121
Amex 1-300-88-6688

 

F.

MELALUI POS

Bahagian Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

G.

JomPAY

Biller Code : 6981
Ref-1 : 123456789 (No. Akaun)

 

8. BAGAIMANA PERTUKARAN ALAMAT SURAT MENYURAT?
 
  • Sekiranya terdapat perubahan alamat surat menyurat, pembayar cukai perlu memaklumkan alamat terkini.
  • Permohonan pertukaran alamat surat menyurat pada bil cukai taksiran boleh dibuat seperti berikut:
    • Sila datang ke kaunter bayaran DBKL, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur atau Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50350 Kuala Lumpur.
      atau
    • Muat turun Borang Tukar Alamat Surat Menyurat Terkini daripada Portal DBKL dan e-mel ke
9. APAKAH YANG PERLU DIBUAT SEKIRANYA BIL TIDAK DITERIMA?
 
  • Bil akan di hantar kepada pemilik harta melalui pos.
  • Sekiranya bil tidak diterima:
    • Sila datang ke Kaunter Bayaran DBKL, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur / Pejabat – Pejabat Cawangan DBKL
      atau
    • Menghubungi talian 03-26179940 / 9941 /9943 / 9948
      atau
    • E-mel ke
  • Bil cukai taksiran hanyalah sebagai peringatan kepada pemilik dan adalah menjadi tanggungjawab pemilik untuk membayar cukai taksiran dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu:
    • Penggal 1 (Sebelum 28 Februari)
    • Penggal 2 (Sebelum 31 Ogos)
10. PERTUKARAN HAK MILIK 
 
  1. Borang Pertukaran Hak Milik iaitu Borang I & J (Notis Pindahmilik Pegangan Berkadar) boleh di dapati di dalam talian. Layari laman web di www.dbkl.gov.my untuk muat turun borang. Borang pertukaran hak milik juga boleh di dapati di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 4, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail 50350 Kuala Lumpur.
  2. Isi dan lengkapkan Borang I & J (Notis Pindahmilik Pegangan Berkadar).
  3. Sertakan salinan Surat Perjanjian Jual – Beli atau salinan Geran Hak Milik yang mempunyai pemilik baru dan salinan kad pengenalan.
  4. Sertakan salinan resit bil Cukai Taksiran terkini yang telah dijelaskan.
  5. Borang yang telah lengkap diisi boleh diposkan atau hadir ke alamat Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Tingkat 4, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail 50350 Kuala Lumpur.
  6. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di talian 03–26171000.

 

* Kegagalan berbuat demikian dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh pindah milik boleh menyebabkan denda tidak lebih daripada Dua Ribu Ringgit Malaysia (RM2,000.00) atau “PENJARA TIDAK MELEBIHI 6 BULAN“ di bawah Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

 

TERIMA KASIH KERANA MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN ANDA

Print

Soalan Lazim

 

PENGEMUKAAN PERMOHONAN

1.

Apakah jenis-jenis permohonan yang dikemukakan di kaunter OSC?

 

Permohonan pembangunan yang dikemukakan ke kaunter OSC merangkumi:

  1. Kebenaran Merancang
  2. Pelan Bangunan
  3. Pelan Kejuruteraan yang merangkumi Pelan Kerja Tanah,Pelan Jalan dan Perparitan (R&D), Pelan MSMA & Pelan Lampu Jalan.
  4. Pelan Lanskap

 

2.

Siapakah yang boleh mengemukakan permohonan pembangunan?

 

Permohonan pembangunan boleh dikemukakan oleh Pemilik Tanah Berdaftar. Pelan-pelan cadangan permohonan perlu disediakan oleh orang-orang berkelayakan seperti berikut :

  1. Pelan Kebenaran Merancang
    1. Jururancang Bandar yang bertauliah (boleh membuat semua jenis permohonan)
    2. Arkitek bertauliah (boleh membuat semua jenis permohonan. Walau bagaimana pun, pembangunan melibatkan keluasan tanah 5 ekar dan lebih, perlu disertakan dengan perakuan oleh Jururancang Bandar Bertauliah)
    3. Jurutera bertauliah (bagi kerja-kerja kejuruteraan seperti pembinaan stesen minyak, struktur telekomunikasi & pemasangan paparan iklan, dan apa-apa kerja berhubungan di bawah undang-undang berkaitan)
    4. Juruukur Tanah Berlesen (bagi pelan cadangan melibatkan cantuman dan pecahan lot tanah)
    5. Pelukis pelan (bagi pembinaan baru atau tambahan & perubahan bangunan kediaman sahaja yang melibatkan ketinggian tidak melebihi 2 tingkat & keluasan lantai tidak melebihi 300mp

  2. Pelan Bangunan
    1. Arkitek bertauliah (boleh membuat semua jenis permohonan. Walau bagaimana pun pembangunan melibatkan keluasan tanah 5 ekar dan lebih, perlu disertakan dengan perakuan oleh Jururancang Bandar Bertauliah)
    2. Jurutera bertauliah (bagi kerja-kerja kejuruteraan seperti pembinaan stesen minyak, struktur telekomunikasi & pemasangan paparan iklan, dan apa-apa kerja berhubungan dibawah undang-undang berkaitan)
    3. Pelukis pelan (bagi pembinaan baru atau tambahan & perubahan bangunan kediaman sahaja yang melibatkan ketinggian tidak melebihi 2 tingkat & keluasan lantai tidak melebihi 300mp)

  3. Pelan kejuruteraan
    Jurutera Bertauliah

  4. Pelan lanskap
    Arkitek Lanskap Berdaftar

 

3.

Dimanakah permohonan pembangunan boleh dikemukakan?

 

Permohonan pembangunan boleh dikemukakan di alamat seperti berikut:

Urusetia Pusat Setempat,
Tingkat Bawah, Menara DBKL II,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Telefon : 03 - 2028 2942 / 2944
Faks : 03 - 2694 3085

Waktu berurusan : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

 4.  Semakan maklumat asas bagi pengemukaan permohonan pembangunan?
 

Pemohon adalah dinasihatkan membuat semakan permohonan pembangunan seperti:

BIL

KATEGORI

LOKASI

1

Zon Gunatanah & Intensiti Pembangunan

Bahagian Perancangan Fizikal, Tingkat 14, Menara DBKL 1

2

Kesesuaian Kelas Kegunaan & Aktiviti

Bahagian Perancangan Fizikal, Tingkat 14, Menara DBKL 1

3

Pematuhan Kepada Garis Panduan Perancangan

Unit R&D, Tingkat 10, Menara DBKL 1

4

Serahan Tanah Bagi Menaik Taraf Struktur Seperti Pelebaran Jalan & Parit

Unit Jalan dan Perancangan, Jabatan Perancangan Infrastruktur, Tingkat 15, Menara DBKL 1

5

Maklumat Keperluan MSMA

Unit MSMA, Jabatan Perancangan Infrastruktur, Tingkat 16, Menara DBKL 1

6

Susunan & Spesifikasi Tempat Letak Kereta

Unit Pengangkutan Jalan , Jabatan Perancangan Infrastruktur, Tingkat 15, Menara DBKL 1

 

5.  Bolehkan permohonan pembangunan 1 unit kediaman bertanah (landed residential development) dikemukakan secara berasingan?
 

Permohonan pembangunan 1 unit kediaman bertanah (landed residential development) tidak boleh dikemukakan secara berasingan dan hendaklah dikemukakan secara serentak melalui prosedur kediaman kecil (KK) di bawah kategori A07 Manual Pengemukaan Permohonan KPKT merangkumi permohonan Kebenaran Merancang , Pelan Bangunan dan Pelan Kejuruteraan atau di bawah kategori A12 merangkumi Pelan Bangunan dan Pelan Kejuruteraan. Bagaimana pun, peraturan ini tidak terpakai bagi pembangunan yang melibatkan serahan tanah.

 

KAWALAN PERANCANGAN
1. Pembangunan apakah yang dikenakan caj pembangunan kenaikan nilai tanah?
 

Kelulusan pembangunan yang melibatkan penukaran zon gunatanah @ penambahan intensiti pembangunan adalah tertakluk kepada pembayaran caj pembangunan berdasarkan    peruntukan Seksyen 40 Akta ( Perancangan ) Wilayah Persekutuan, Akta 267. Ketetapan gunatanah dan intensiti asas bagi tujuan pengenaan caj pembangunan kenaikan nilai tanah adalah berpandukan kepada :

  1. Pelan Pembangunan Lengkap 1039, 1040 & 1041.
  2. Pelan-pelan warta
  3. Kaedah zon kepadatan 1985 bagi kawasan di luar Pelan Pembangunan Lengkap & Pelan Warta
  4. Apa-apa kelulusan perintah pembangunan yang masih berkuatkuasa telah mengubah zon gunatanah atau intensiti pembangunan
2. Apakah jenis permohonan pembangunan yang tidak memerlukan Kebenaran Perancangan?
 

Permohonan pembangunan yang dikecualikan daripada Kebenaran Perancangan adalah seperti disenaraikan dalam Seksyen 20 (2) Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, Akta 267. Di antara permohonan tersebut termasuklah:

  1. Tambahan dan perubahan dalaman yang tidak melibatkan tambahan lantai baru dan perubahan fasad
  2. Pembinaan semula serta tambahan perubahan rumah kediaman bertanah
  3. Kerja-kerja penyelenggaraan seperti penggantian bahan kemasan
  4. Pindaan pelan bangunan yang tidak melibatkan tambahan luas lantai, bilangan tingkat & bilangan unit 'residing' seperti hotel, pangsapuri servis, SOHO & pangsapuri
  5. Pindaan pelan bangunan penggunaan ruang 'footprint' dengan syarat tidak menjejaskan kawasan lapang berpusat, laluan keluar masuk dan anjakan minimum bangunan
 PENGUATKUASAAN PERANCANGAN
1. Apakah jenis-jenis kesalahan yang melibatkan tindakan penguatkuasaan perancangan?
 

Jenis-jenis kesalahan perancangan adalah seperti yang disenaraikan di dalam Seksyen 20 (2) Akta ( Perancangan ) Wilayah Persekutuan, Akta 267. Di antara kesalahan-kesalahan tersebut adalah :

  1. Menukar kegunaan tanah/bangunan tanpa kelulusan perancangan
  2. Mendirikan struktur tanpa kelulusan perancangan
  3. Meneruskan aktiviti yang telah tamat tempoh kelulusan perancangan
  4. Menjalankan pembangunan yang melanggar syarat-syarat kelulusan perancangan

 

2. Apakah bentuk tindakan penguatkuasaan perancangan yang boleh diambil oleh DBKL?
 

Tindakan penguatkuasaan perancangan boleh dilaksanakan mengikut kaedah berikut:

  1. Menjalankan tindakan perobohan/pindah alih selaras dengan peruntukan seksyen 29 Akta ( Perancangan ) Wilayah Persekutuan, Akta 267
  2. Mengemukakan aduan mahkamah untuk mendapatkan arahan tindakan selaras dengan peruntukan seksyen 29 Akta ( Perancangan ) Wilayah Persekutuan, Akta 267
  3. Mengenakan denda kompaun maksimum RM50,000.00 dan denda harian RM500.00 bagi kesalahan berterusan selaras dengan peruntukan seksyen 26 Akta ( Perancangan ) Wilayah Persekutuan, Akta 267

Bagi tujuan melaksanakan tindakan penguatkuasaan perancangan satu notis akan disampaikan terlebih dahulu kepada Orang Kena Notis (OKN) bagi memaklumkan kesalahan yang dilakukan.

 

PROSEDUR PEMBELIAN
 1. Apakah jenis-jenis dokumen perancangan yang boleh dibeli oleh orang awam
   

BIL

JENIS DOKUMEN

LOKASI PENJUALAN

KADAR BAYARAN

1

Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020

Unit Pentadbiran, Bahagian Perancangan Fizikal, Tingkat 13, Menara DBKL 1

Bahasa Melayu : RM127.20

Bahasa Inggeris : RM159.00

2

Draf PBRKL 2020

Unit Pentadbiran, Bahagian Perancangan Fizikal, Tingkat 13, Menara DBKL 1

Bahasa Melayu : RM127.20

Bahasa Inggeris : RM159.00

3

Buku ‘Urban Design Guideline’

Unit Pentadbiran, Bahagian Perancangan Fizikal, Tingkat 13, Menara DBKL 1

 RM318.00

4

Garis Panduan Perancangan (GPP)

Unit Pembangunan Mampan, Bahagian Penyelidikan Pembangunan, Tingkat 10, Menara DBKL 1

1 set : RM361.45

Pembelian secara berasingan bergantung kepada tajuk GPP

5

Pelan Lokasi (‘Hardcopy’ sahaja)

Unit Pengurusan Maklumat Perancangan, Bahagian Penyelidikan Pembangunan, Tingkat 9, Menara DBKL 1

Salinan berwarna

A4 : RM30.00

A3 : RM50.00 Salinan tidak berwarna

A4 : RM20.00

A3 : RM40.00

Print

Soalan Lazim

 

1. Apakah jenis aduan dan siasatan yang boleh diproses di Jabatan Integriti?
  Jabatan ini memproses dan menjalankan siasatan berkaitan salah laku pegawai dan kakitangan DBKL yang berjawatan kontrak dan tetap dari pelbagai Jawatan dan Gred.
2. Kaedah apa yang digunakan untuk membuat aduan salah laku kakitangan?
 
Ada beberapa kaedah yang diterima dan diproses oleh Jabatan iaitu;
  a. Melalui panggilan telefon ke nombor 03-2028 2464 pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 5.00 petang).
  b. Menghantar surat kepada Pengarah Jabatan Integriti, Tingkat 6, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
  c. Menghantar emel ke alamat jit[at]dbkl[dot]gov[dot]my.
  d. Datang bersemuka dengan pegawai di Jabatan Integriti, DBKL.
3. Apakah jenis program pengukuhan integriti yang diadakan?
  Ada beberapa program yang telah dirancang sepanjang tahun mengikut kesesuaian dan keperluan pegawai dan kakitangan DBKL seperti program ceramah, lawatan ke agensi, kursus pemantapan integriti dan sebagainya yang melibatkan Jabatan dalaman DBKL serta agensi luar.
Print

FAQ

1. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Jabatan Penguatkuasaan sekiranya terdapat kenderaan melakukan kesalahan lalulintas?
  Kenderaan boleh dikenakan tindakan notis kompaun atau boleh ditunda.
2. Apakah kesan sekiranya,notis kompaun gagal dijelaskan?
  Sekiranya melebihi 14 hari,notis peringatan akan dikeluarkan dan jika gagal menjelaskan bayaran tindakan memfailkan kes ke Mahkamah Majisterit akan dibuat.
3. Apakah yang perlu dibuat sekiranya dikenakan notis kompaun lalulintas?
  Sila buat pembayaran dalam masa 14 hari dimana-mana kaunter bayaran DBKL terdekat.
4. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya dikenakan notis kompaun selain lalulintas seperti penjaja tanpa lesen,kekotoran dan lain-lain?
  Sila berjumpa dengan pegawai kompaun di Tingkat 2, Blok A, Jabatan Penguatkuasaan ,Jalan Tun Razak atau di Tingkat Bawah, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut.
5. Apakan yang boleh dilakukan sekiranya tidak berpuas hati terhadap tindakan kompaun yang dikenakan?
  Sila rujuk ke Unit Aduan Awam, Jabatan Penguatkuasaan di talian 03-4026 7200 atau call centre DBKL di talian 1 800 88 3255.
6. Di mana tempat yang perlu dirujuk sekiranya motosikal atau kenderaan ditunda oleh Jabatan Penguatkuasaan?
  Sila rujuk di Unit Pengurusan Sitaan dan Tunda (Kenderaan Ditunda), Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Lot 456 (Bersebelahan Perumahan Awam Sri Terengganu), Jalan Sentul, Sentul Selatan, 51000 Kuala Lumpur atau whatsapp ke  013-6663255.
7. Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap panjaja atau peniaga kecil yang tiada lesen yang sah dari Datuk Bandar Kuala Lumpur?
  Tindakan Kompaun dan Sita boleh diambil terhadap penjaja atau peniaga tersebut.
8. Sekiranya barang jualan penjaja atau peniaga disita di mana tempat barang tersebut disimpan dan tempat tuntutan?
  Di Unit Pengurusan Sitaan dan Tunda Jabatan Penguatkuasaan, Jalan Lombong, Cheras atau telefon 03- 9282 2554.
9. Adakah premis perniagaan boleh meletakkan barang-barang berhubung dengan trednya di kaki lima, siar kaki atau jalan?
  Tidak boleh dan boleh dikenakan tindakan kompaun.
10. Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya didapati premis perniagaan meletakkan barang-barang di kaki lima, siar kaki atau bahu jalan?
  Tindakan mengeluarkan Notis Kompaun dan memindahkan (Sita) barang-barang boleh dilakukan.
11. Di manakah barang-barang dialihkan atau disita disimpan?
  Di Unit Pengurusan Sitaan dan Tunda jabatan Penguatkuasaan, Jalan Lombong, Cheras.
12. Apakan bayaran yang dikenakan untuk menuntut barang-barang yang disita atau dialihkan?
  Perlu membayar caj pengalihan/sitaan, caj simpanan serta bayaran kompaun.
13. Apakah yang perlu dilakukan apabila mendapat notis amaran/penglihatan atau roboh?
  Membaca memahami arahan notis seterusnya memberhentikan aktiviti/kesalahan atau meroboh sendiri apa-apa struktur yang melanggar peraturan.
14. Apakah kesan sekiranya ingkar notis?
  DBKL akan melaksanakan mengikut arahan dalam notis.
15. Bolehkah seseorang menuntut apa-apa bayaran pampasan sekiranya barang-barang dialih/disita atau struktur (setinggan) dirobohkan?
  Tidak Layak.
16. Berapa lamakah tempoh yang diberi untuk mengambil kenderaan yang telah ditunda?
  Dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kenderaan ditunda.
17. Apakah kesan sekiranya kenderaan gagal dituntut dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kenderaan ditunda?
  Kenderaan akan diwartakan atau perintah mahkamah akan dibuat seterusnya dilupuskan melalui lelongan awam atau cara lain yang sesuai.
18. Apakah perlu dilakukan sekiranya notis kompaun dikenakan kerana gagal membayar/pamer tiket letak kereta sedangkan meter kereta elektronik mengalami masalah teknikal/rosak?
  Sila rujuk ke Unit Proses Saman di Tingkat 2, Blok A, Jabatan Penguatkuasaan, Jalan Tun Razak dan perlu mengisi borang aduan meter rosak. Semakan akan dibuat ke Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar untuk status meter dan pengadu perlu memberi no. siri / pengenalan meter elektronik.
19. Bolehkah kesalahan lalulintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah lalulintas Jalan 1959 dibuat rayuan?
  Kesalahan-kesalahan tersebut tidak boleh dirayu dan kadar adalah seragam diantara DBKL, PDRM dan JPJ.