Ahad, 5 April 2020 [ 11:27:50 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Taman-Taman Awam

Cetak

Taman Tasik Manjalara

Keluasan Taman Tasik Manjalara ini ialah 10.6 hektar atau 26.18 ekar. Ia adalah sebuah taman tasik untuk orang ramai beristirehat dan dilawati serta dikunjungi dari masa ke semasa. Taman ini dibina berdasarkan konsep taman rekreasi dan tempat riadah.

 

Taman ini menjadi tumpuan bagi penduduk Taman Manjalara, Bukit Maluri dan kawasan berdekatan untuk melakukan aktiviti seperti 'berjogging' mengelilingi tasik diwaktu pagi dan petang. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan antaranya 'outdoor gym', taman permainan kanak-kanak 'intergrated playstructure' 'open plaza', wakaf, 'jogging track', tandas awam, refleksologi, dan lain - lain. Lokasi tempat letak keretanya sangat strategik kerana ianya hampir dengan kawasan riadah untuk kemudahan pengunjung taman.

 

Selain daripada aktiviti riadah dan rekreasi, Taman Tasik Manjalara juga menjadi pilihan lokasi bagi jurugambar untuk 'outdoor shooting' kerana pemandangannya sangat tenang dan cantik. Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti hari keluarga, penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-26176396 /6402.

 

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

 

taman tasik manjalara taman tasik manjalara taman tasik manjalara taman tasik manjalara taman tasik manjalara tmn-tasik-manjalara-6 tmn-tasik-manjalara-7 taman tasik manjalara

 

 

Cetak

Taman Tasik Permaisuri

Taman Tasik Permaisuri mempunyai keluasan kawasan ialah 49.4 hektar atau 122 ekar. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M Sultanah Zanariah, D.K Raja Permaisuri Agong ke-8 pada 2 April 1989. Taman tasik seluas 49.4 hektar ini dibangunkan pada tahun 1984 dan terletak di antara Jalan Budiman dan Jalan Tenteram, Cheras iaitu kira-kira 15 km dari pusat bandar.

 

Ianya terdiri daripada sebuah tasik seluas 14 ekar dengan empat buah pulau-pulau kecil di dalamnya. Kawasan sekitarnya ditanam dengan pokok-pokok rendah dan renek yang bukan sahaja mengindahkan taman ini tetapi juga sebagai tempat untuk berlindung dari terik matahari.

 

Lokasinya yang berhampiran dengan Kompleks Renang Kuala Lumpur, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Kompleks Sukan DBKL, Pusat Belia Antarabangsa, Unit Berkuda DBKL, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan Masjid Bandar Tun Razak telah menjadikannya sebagai tempat tumpuaan yang popular bagi para pengunjung dari dalam dan luar negeri..

 

Tarikan utama di taman ini adalah Laman Iskandar Puteri yang terletak di sudut seluas 2 hektar. Ia bercirikan Taman Diraja Melayu Tradisi, ditanam dengan bunga-bungaan dan dilengkapi dengan pancutan air berirama dan pancutan air berbentuk sireh junjung.

 

Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-2617 6396 /6402.

 

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

 

taman tasik permaisuri taman tasik permaisuri taman tasik permaisuri taman tasik permaisuri taman tasik permaisuri tmn-tasik-permaisuri-6 tmn-tasik-permaisuri-7 taman tasik permaisuri

 

 

Cetak

Taman Rimba Kiara

Taman Rimba Bukit Kiara mempunyai keluasan iaitu sebanyak 15.70 hektar atau 38.78 ekar (termasuk kawasan Rumah Panjang). Keseluruhan topografi adalah rata manakala pokok-pokok telah sedia ada (dari stok Nurseri FRIM) yang cukup matang. Tapak yang berpotensi dibangunkan sebagai Taman Rimba ini adalah bekas kawasan Nurseri FRIM (Forest Research Institute of Malaysia) yang telah diambil alih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada bulan Februari 1995 dengan punca peruntukan dari Bahagian Kemajuan Wilayah, Jabatan Perdana Menteri. Terdapat tiga buah kolam di kawasan ini yang dulunya menjadi sumber siraman pokok dan juga sebagai hiasan.

 

Definisi taman rimba merupakan sebuah taman yang mempunyai satu ekosistem yang lengkap dimana terdapat kombinasi atau gabungan Flora, Fauna dan Manusia. Ia mengandungi satu set keadaan yang boleh menampung ketiga-tiga elemen tersebut secara semulajadi. Taman ini juga mempamerkan pertalian atau hubungkait manusia dengan kehidupan flora dan fauna yang saling memerlukan diantara satu sama lain bagi keperluan kehidupannya.

 

Konsep dan ciri-ciri taman yang berkonsepkan hutan dalam bandar, dimana ciri-ciri flora yang dirancang dan ditanam adalah dari spesis-spesis yang sesuai kehidupannya di Hutan Tropika seperti pokok kayu keras, paku-pakis dan tanaman menjalar. Taman ini juga ditanam dengan pokok buah-buahan dan tanaman-tanaman yang tidak beracun demi keselamatan haiwan-haiwan liar yang terdapat di situ contohnya beburung, serangga dan jenis-jenis tupai.

 

Kemudahan-kemudahan asas telah disediakan adalah seperti taman permainan kanak-kanak, siarkaki, wakaf, tandas, tempat letak kenderaan dan sebagainya turut disediakan untuk kegunaan bersama. Untuk makluman para pengunjung, tempat letak kenderaan dibina berasingan dengan taman kerana kenderaan tidak dibenarkan memasuki kawasan taman ini. Ini adalah untuk mengelakkan pencemaran bunyi dari kenderaan-kenderaan agar suasana semulajadi taman ini tidak tercemar.

 

Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-2617 6396 /6402.

 

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

 

tmn-rimba-kiara-1 taman rimba kiara taman rimba kiara taman rimba kiara taman rimba kiara taman rimba kiara taman rimba kiara taman rimba kiara