Isnin, 16 Disember 2019 [ 1:13:30 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kesihatan Awam dan Alam Sekitar

Cetak

Pengurusan Lesen Anjing

TANGGUNGJAWAB PEMUNYA BERLESEN ANJING TERKAWAL

UNDANG-UNDANG KECIL PELESENAN ANJING DAN RUMAH  PEMBIAKAN ANJING ( WPKL ) 1991 ( PINDAAN ) 2011

Di bawah UUK 3 (2) - suatu permohonan bagi suatu lesen:
(c) dalam hal anjing terkawal, hendakah dibuat selepas -

  1. pemohon telah mengikuti dan lulus kursus pengendalian anjing dan
  2. anjing itu telah mengikuti dan lulus kursus "Canine Good Citizen" yang dianjurkan oleh mana-mana badan yang ddiluluskan oleh Datuk Bandar

Di bawah UUK 8C, seseorang yang diberikan lesen untuk mempunyai,  memelihara, melindungi atau menyenggara anjing terkawal hendaklah :

  1. Memelihara anjing itu di bawah  pengawasan yang sepatutnya pada setiap masa.
  2. Memastikan bahawa anjing itu diikat dan ditutup mulutnya dan berada di bawah kawalan yang sepatutnya pada setiap masa bila mana ia dbawa keluar dari premis.
  3. Memastikan bahawa anjing itu tidak berkeliaran keluar dari tempat ia dipelihara.
  4. Memastikan bahawa premisnya dipagar dengan selamat dan pagar itu disenggarakan dengan sepatutnya pada setiap masa.
  5. Mempamerkan pada setiap masa tanda ” AWAS ANJING ” di suatu tempat yang ketara dan mudah dilihat di bahagian hadapan dan belakang premisnya.

Dibawah UUK 2 ( c ) – anjing terkawal ertinya mana-mana anjing sebagaimana yang dinyatakan dalam JADUAL IV

  1. Rottweiller
  2. Doberman
  3. German Shepard / Alsatian termasuk Belgian Shepard dan East European Shepard
  4. Bull Mastiff
  5. Bull Terrier
  6. Perro de Presa Canario ( juga dikenali sebagai Canary Dog )

 

GAMBAR ANJING TERKAWAL

 

 rottweiller  doberman bull terrier
 ROTWEILLER DOBERMAN   BULL TERRIER
german shepard bull mastiff canary dog
 GERMAN SHEPARD  BULL MASTIFF  PERRO DE PRESA CANARIO
(CANARY DOG)

 

LARANGAN TERHADAP ANJING TERLARANG

UNDANG-UNDANG KECIL PELESENAN ANJING DAN RUMAH  PEMBIAKAN ANJING ( WPKL ) 1991 ( PINDAAN ) 2011

Dibawah UUK 8B ( 1 ), tiada seorang pun boleh mempunyai, memelihara, melindungi atau menyenggara mana-mana anjing terlarang.

Undang – Undang kecil 2  ( d ) – anjing terlarang ertinya mana-mana anjing sebagaimana yang dinyatakan dalam JADUAL III 

  1. Pit Bull Terrier / Pit Bull ( juga dikenali sebagai American Pit Bull, American Pit Bull Terrier, American Staffordshire Terrier dan Stafford Bull Terrier )
  2. American Bulldog
  3. Neapolitan Mastiff
  4. Japanese Tosa
  5. Akita
  6. Dogo Argentino
  7. Fila Braziliero

Dibawah UUK 8B ( 2 ), Datuk Bandar hendaklah menyita dan melupuskan mana-mana anjing terlarang yang dijumpai dimana-mana premis atau dijumpai berkeliaran di tempat awam.

Dibawah UUK 8B ( 3 ), tiada pampasan boleh kena dibayar oleh Datuk Bandar bagi pelupusan anjing itu.

 

GAMBAR ANJING TERLARANG

 

american bulldog  neapolitan mastiff  japanese tosa 
AMERICAN BULLDOG  NEAPOLITAN MASTIFF  JAPANESE TOSA 
dogo argentino fila braziliero american pit
 DOGO ARGENTINO FILA BRAZILIERO  AMERICAN PITT BULL TERRIER 
akita stafford  
AKITA  STAFFORD BULL TERRIER  

 

PEMELIHARAAN ANJING DI BANGUNAN KEDIAMAN BERTINGKAT ( SEPERTI DI KONDO ATAU APARTMENT )

 

BIL. PERKARA
1.

Dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing Dan Rumah Pembiakan Anjing ( Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ) ( Pindaan ) 2011 UUK 8A ” Anjing kecil di flat” Datuk Bandar boleh membenarkan seekor anjing kecil dipelihara, dilindungi atau  disenggara di suatu flat.

2.

Dibawah UUK 2 ( b ) - anjing kecil ertinya mana-mana anjing sebagaimana yang dinyatakan dalam JADUAL II :

  1. Minature Pinscher
  2. Bichon Frise
  3. Pekingese
  4. Papilon
  5. Poodle (Toy)
  6. Japanese Chin
  7. Maltese
  8. Pomeranian
  9. Chihuahua

3.

Dibawah UUK 3 ( 1 ) – Tiada seorang pun boleh mempunyai, memelihara, melindungi atau menyenggara mana-mana anjing melainkan  jika anjing itu dilesenkan menurut Undang-Undang Kecil ini.

 

4.

Dibawah UUK 3 ( 2 ) – sesuatu permohonan bagi suatu lesen :

( a )  hendaklah dibuat kepada Datuk Bandar mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar.

( b )  hendaklah disertakan dengan fi sebanyak sepuluh ringgit

5.

Permohonan untuk lesen anjing kecil hendaklah disertakan bersama surat persetujuan daripada Joint Management Body ( JMC ) atau Management Corporation ( MC ) semasa memohon lesen.

6.

Anjing yang dipelihara tidak boleh menimbulkan suatu masalah / kacau ganggu atau mewujudkan sebarang gangguan yang tidak munasabah kepada penghuni lain.

Contoh kacau-ganggu adalah seperti :-
  1. Anjing yang dipelihara melakukan / menyebabkan kerosakan harta benda awam atau kecerderaan kepada penduduk di bangunan kediaman tersebut.
  2. Anjing yang dipelihara membuat bising secara berterusan (siang atau malam)  dan menimbulkan masalah kacau ganggu bunyi bising kepada penduduk setempat . 
  3. Anjing yang dipelihara dibiarkan berkeliaran bebas tanpa pengawasan.
  4. Anjing yang dipelihara mempamerkan tingkah laku yang agresif atau berbahaya atau mungkin merbahaya.

7.

Anjing yang dipelihara mesti terhad kepada unit pemilik dan tidak dibenarkan berkeliaran bebas.

8.

Pemilik boleh mengambil anjing yang dipelihara keluar dari bangunan tersebut hanya melalui perkhidmatan lif dan anjing yang dipelihara perlu berada dibawah pengawasan / kawalan pemilik setiap masa.

9.

Anjing yang dipelihara tidak dibenarkan untuk kencing atau membuang air besar di kawasan umum. Sekiranya ini berlaku, pemilik perlu bertanggungjawab untuk segera membersihkan selepas haiwan peliharaannya melakukan kesalahan tersebut.

 

 

anjing kecil

 

AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

UNDANG-UNDANG KECIL PELESENAN ANJING DAN RUMAH PEMBIAKAN ANJING ( WPKL ) 1991 ( PINDAAN ) 2011

  

AKTA HAKMILIK STRATA 1985 ( AKTA 318 )

Berdasarkan perkara 6 (d) di dalam Jadual Ketiga Akta Hakmilik Strata 1985 ( Akta 318 ) menyatakan bahawa seseorang pemilik petak tidak boleh memelihara apa-apa binatang dalam petaknya atau harta bersama yang boleh menyebabkan kegusaran kepada mana-mana pemilik lain.

 

 

Cetak

Tanah Perkuburan & Krematorium

Berikut merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar bagi Tanah Perkuburan & Krematorium:-

PerkhidmatanWaktu OperasiNo Telefon Untuk DihubungiPerkhidmatan Yang DitawarkanBayaran (RM)
Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang dan Jalan Kuari, Cheras Isnin – Ahad
7.00 pagi 7.00 malam

03-2021 0049 (Jalan Ampang)

03-9018 0015 (Jalan Kuari,Cheras)

Menjalankan kerja-kerja pengkebumian jenazah beragama Islam (dengan mengikut permastautinan/kawasan dan kelulusan pegawai pengeluar permit pengkuburan). -
Tiada
Krematorium dan Tanah Perkuburan Kristian Cheras Isnin – Ahad
8.00 pagi – 4.00 petang
03-9131 6429 Menjalankan kerja-kerja pembakaran mayat dan pengkebumian jenazah beragama Kristian / bukan Islam.
  1. Pembakaran (RM100)
  2. Pengkebumian Plot Baru/Tempahan (RM200)
  3. Pengkebumian Semula/’Reburial’ (RM100)
  4. Penanaman Abu (RM16)

 

 

 

 

Cetak

Bantuan Kecemasan

Info Talian Bantuan

PUSAT PANGGILAN SETEMPAT (CALL CENTRE)
1-800-88-3255

JABATAN KESELAMATAN & PENGUATKUASAAN

  • Unit Tunda
  • Bilik Radio (24 Jam)
  • Bahagian Kompaun
  • Skuad Penyelamat (24 Jam)

 

03-62573671
03-40244424
03-40267248
03-40268323

JABATAN LANDSKAP DAN REKREASI

  • Unit Pokok

 

03-26934132

JABATAN PENGANGKUTAN BANDAR

  • Bilik Kawalan
  • Bahagian Aduan JPB
  • ITIS

 

03-26915128 / 03-26179878
03-20282122
03-89474002

JABATAN PERANCANGAN KORPORAT

  • Seksyen Khidmat Pelanggan

 

03-26179930

UNIT PENYENGGARAAN BANGUNAN

  • Bilik Gerakan (Penyelenggaraan Bangunan)

 

03-26176575 / 03-26984177

JABATAN PERANCANGAN BANDAR

  • Kaunter OSC

 

03-20282921 / 03-20282942

JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI & KESEJAHTERAAN BANDAR

  • Bilik Gerakan (24 Jam) Penyelenggaraan Rumah

 

03-92833112 / 03-92813112

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM & SALIRAN

  • Bahagian Aduan

 

03-26179392

JABATAN KESIHATAN & ALAM SEKITAR

  • Unit Pengesahan Kematian
    - Abdul Khabil bin Idris
    - Shahidin bin Mohd Noor
    - Ravi A/L Ayakannu
    - Mohammad Fairdaus bin Shamsudin
  • Bahagian Alam Sekitar
    -Unit Kecemasan / Logistik (24 jam)

 


012-6755284
012-6371516
019-2124947
017-3303875

 

03-92843434 / 03-92843636

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL & ELEKTRIKAL

  • Bahagian Pengangkutan
  • Bahagian Bengkel

 

03-92060233
03-92060288

JAWATANKUASA TINDAKAN DBKL
03-26178053

 

Lebih banyak artikel..