Permohonan Lesen
1. Bagaimana cara untuk membuat permohonan lesen perniagaan?
|
---|
Permohonan lesen boleh dibuat melalui cara-cara berikut: |
i. Mendapatkan borang permohonan dan membuat pendaftaran di kaunter-kaunter pendaftaran lesen di: - Tingkat 5, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut |
ii. Memuat turun borang permohonan dan menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran seperti di atas. |
iii. Permohonan secara online melalui Sistem e-Lesen DBKL |
2. Apakah kaedah pembayaran lesen yang disediakan? |
Lesen perlu dibayar secara tahunan di mana tempoh sah lesen adalah secara dinamik (tidak semestinya berakhir pada 31 Disember setiap tahun). |
Pembayaran lesen hanya boleh dibuat di kaunter-kaunter bayaran DBKL dengan menggunakan:
|
3. Mengapa kelulusan lesen boleh terbatal? |
Lesen boleh terbatal melalui 2 cara iaitu: |
i. Permohonan pembatalan lesen oleh pelesen itu sendiri atau ii. Kelulusan lesen dibatalkan oleh jabatan atas sebab-sebab pelanggaran syarat pelesenan. |
4. Sekiranya berlaku kehilangan lesen, bagaimana untuk mendapatkan salinan lesen? |
Pelesen boleh mendapatkan salinan pendua lesen di Bahagian Kewangan, Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja. Bayaran akan dikenakan bagi pengeluaran pendua lesen tersebut. |