Isnin, 26 Ogos 2019 [ 7:44:40 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Trafik dan Penguatkuasaan

Cetak

Kawalan Trafik

Penyelaras: Jabatan Penguatkuasaan

Dalam usaha memantapkan lagi pelaksanaan tugas kawalan lalulintas di sekitar pusat bandar, jabatan telah mengambil beberapa inisiatif penambahbaikan dan di antaranya ialah menempatkan podium di beberapa persimpangan jalan dan tambahan 10 persimpangan jalan baru untuk kawalan lalulintas oleh Warden Trafik mulai 28 Mac 2013.

Lokasi kawalan simpang dan podium sedia ada:

  1. Jalan Sg. Besi
  2. Jalan Istana
  3. Jalan Mahameru
  4. Persimpangan Jalan Duta Dan Jalan Kuching

  5. Susur Jalan Sultan Ismail

 Lokasi tambahan kawalan simpang dan podium:

  1. Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka / Jalan Hang Tuah
  2. Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
  3. Jalan Imbi / Jalan Sultan Ismail
  4. Jalan Raja Chulan / Jalan P. Ramlee
  5. Bulatan Dato Onn
  6. Jalan Dang Wangi / Jalan Raja Abdullah
  7. Jalan Tun Perak / Jalan Tun H.S. Lee
  8. Jalan Raja Abdullah (AKLEH)
  9. Jalan Parlimen / Jalan Mahameru
  10. Jalan Tun Perak / Jalan Hang Lekir

Tujuan utama penempatan Warden Trafik di persimpangan jalan adalah bagi melancarkan pergerakan lalulintas supaya kesesakan yang berlaku berada di tahap yang paling minima.

Cetak

Permit Pengurusan Lalulintas

Permohonan Permit Pengurusan Lalulintas Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Pengangkutan Bandar

Setiap pihak yang ingin menjalankan aktiviti yang mengakibatkan gangguan aliran lalulintas, atau penutupan jalan perlu memohon permit dan kelulusan dari pihak DBKL.

 

Ini adalah bertujuan untuk mengawal dan memantau aktiviti tersebut disamping memastikan keselamatan pengguna jalanraya. 

 

Beberapa permit dan pelan pengurusan yang terlibat adalah :

 

  1. Permit Pergerakan Kenderaan Berat – permit lori angkut bahan dan permit laluan waktu terhad
  2. Pelan Pengurusan Lalulintas – kerja-kerja penggorekan/penggalian jalan
  3. Permit Penutupan Sementara Jalan Awam (tidak melebihi 3 hari)

 

Aktiviti-akitiviti yang memerlukan Permit Penutupan Sementara

 

Seringkala sesetengah upacara memerlukan ruang diatas jalanraya untuk mendirikan khemah-khemah dan pentas-pentas untuk memeriahkan upacara tersebut.
Oleh itu pihak –pihak yang terbabit perlu memohon Permit Penutupan Sementara yang tidak melebih 3 hari bagi aktiviti-akitiviti berikut :

 

  1. Acara-acara yang dianjurkan oleh Kementerian, agensi-agensi kerajaan atau syarikat-syarikat swasta
  2. Promosi-promosi barangan di kawasan-kawasan komersial Taman Perumahan
  3. Majlis-majlis yang berskala kecil seperti Hari Keluarga, perkahwinan, kematian
Cetak

Sitaan Barang Penjaja Dan Pindah Halangan Tempat Awam

Penyelaras: Unit Pengurusan Sitaan Dan Tunda

 

Perkhidmatan: Tempat penyimpanan barang-barang sitaan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 1989. 
 
 
Masa Tuntutan: 8.00 pagi - 4.30 petang (Setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
Lokasi Tuntutan:

Unit Pengurusan Sitaan dan Tunda
Jabatan Penguatkuasaan DBKL
Jalan Lombong Off Jalan Cheras, Taman Miharja,
56100 Cheras, Kuala Lumpur.

Telefon: 603- 9282 2540
Kadar:
Kompaun: RM 300.00 @ Mengikut Kesalahan
Upah Simpan: RM5.00 (bagi tempoh tidak melebihi daripada 7 hari)
Selepas 7 hari: RM0.50 sen sehari dan seterusnya
 
 

Lebih banyak artikel..