Sabtu, 25 Oktober 2014 [ 10:30:56pm ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Piagam Pelanggan

on . Posted in Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

Pelanggan Pihak Awam

  1. Meminda Senarai Nilaian bagi hartanah yang dibenarkan di bawah Seksyen 144 Akta Kerajaan Tempatan 1976 seperti bangunan baru, tambahan atau ubahsuaian dan perobohan sebanyak 4 kali setahun iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai, dan 1 Oktober setiap tahun. Tarikh kuatkuasa pindaan Senarai Nilaian bagi bangunan baru adalah 6 bulah selepas tarikh keluaran Perakuan Menduduki Sementara Bangunan (TCF), Perakuan Menduduki Bangunan(CF), Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) atau Borang F.

  2. Mengeluarkan Notis Pemberitahuan kepada pemilik harta mengenai pindaan Nilai Tahunan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh pendengaran bantahan.

  3. Mengeluarkan Notis Panggilan Mendengar Bantahan kepada pemilik yang mengemukakan bantahan terhadap pindaan Nilai Tahunan secara bertulis dan dalam tempoh yang dibenarkan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh pendengaran bantahan.

  4. Mengeluarkan keputusan Pendengaran Bantahan cukai taksiran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh pendengaran bantahan.

  5. Mengeluarkan keputusan permohonan pengecualian atau pengurangan cukai taksiran menurut Seksyen 134 dan 135 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan oleh Menteri Wilayah Persekutuan diterima.

  6. Mengemukakan permohonan untuk pecah bahagi bangunan bagi perolehan hakmilik strata ke atas rumah pangsa DBKL yang telah dijual dalam tempoh 6 bulan dari tarikh hakmilik kekal mengikut sempadan badan pengurusan diterima.

  7. Mengeluarkan keputusan permohonan penyewaan bangunan yang diurus oleh jabatan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  8. Menjelaskan bayaran cukai tanah tahunan bagi tanah-tanah milik Datuk Bandar Kuala Lumpur sebelum 31 Mei setiap tahun.

  9. Mengeluarkan maklumat pemilikan harta dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  10. Memberi perkhidmatan kaunter yang cekap dengan memastikan pelanggan tidak perlu menunggu melebihi 15 minit pada waktu biasa dan 30 minit pada waktu puncak.

  11. Mengeluarkan Sijil Perakuan Penubuhan Badan Pengurusan Bersama dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  12. Memastikan Badan Pengurusan Bersama (JMB) ditubuhkan tidak lewat daripada 12 bulan dari tarikh penyerahan pemilikan kosong (vacant possession) kepada pembeli.

 

Pelanggan Dalaman

 

  1. Memaklumkan Jabatan Kewangan bahawa kerja-kerja pindaan Senarai Nilaian telah disempurnakan sebelum 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober setiap tahun.

  2. Mengeluarkan Nilai Tahunan berasingan bagi maksud elaun kekosongan dalam tempoh masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap daripada Jabatan Kewangan diterima.

  3. Menilaikan harta-harta milik Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi maksud Insuran kebakaran, sewaan dan jualan dalam tempoh 30 hari bekerja dari permohonan lengkap diterima.

  4. Menyediakan laporan penilaian bagi maksud caj pembangunan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  5. Menyediakan laporan penilaian bagi maksud pengambilan balik tanah-tanah Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh pendengaran di Pejabat Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan.

  6. Mengesahkan status tanah dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  7. Menguruskan penyewaan bangunan swasta bagi jabatan-jabatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  8. Mengemukakan permohonan tanah bagi maksud hakmilik, rizab atau TOL dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  9. Memanjangkan senarai pegangan yang diluluskan pengecualian atau pengurangan Cukai Taksiran menurut Seksyen 134 dan 135 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada jabatan-jabatan DBKL yang berkaitan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan oleh Menteri Wilayah Persekutuan diterima.

Perkhidmatan Kami

on . Posted in Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

 

Objektif

Memastikan hartanah persendirian di WPKL dinilai bagi maksud cukai taksiran selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976, mengurus hartanah Datuk Bandar serta memberi khidmat nasihat nilaian hartanah untuk jabatan dalaman DBKL dengan efisyen dan berkesan.

 

Fungsi

  1. Membuat penilaian cukai taksiran ke atas hartanah persendirian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

  2. Membuat penilaian caruman membantu kadar ke atas harta milik Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.

  3. Membuat penilaian nilai pasaran, nilai pampasan, nilai sewa, nilai pajakan, nilai insuran dan kajian kemungkinan bagi harta-harta milik DBKL atau yang dicadang dibeli/disewa/diambil balik oleh DBKL.

  4. Membuat penilaian caj pembangunan mengikut permintaan dari Jabatan Perancang & Kawalan Bangunan DBKL.

  5. Mengurus permohonan tanah, sewaan tanah dan bayaran cukai tahunan bagi tanah-tanah milik DBKL.

  6. Mengurus dan menyelenggara bangunan pejabat, kilang, pangsapuri dan kondominium milik DBKL.

  7. Mengurus permohonan hakmilik strata bagi perumahan awam milik DBKL.

  

Perkhidmatan Kami

\

 1. PERKHIDMATAN KAUNTER SENARAI NILAIAN DI JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA, DBKL 
 

Kaunter di sini menyediakan kemudahan kepada wargakota untuk menjelaskan bil-bil setempat seperti bil cukai pintu, saman, sewaan rumah bandaraya dan lain-lain yang berkaitan.

Di sini juga disediakan perkhidmatan carian untuk permohonan mendapatkan maklumat pemilikan serta kemaskini hakmilik dan tukar alamat surat menyurat untuk bil cukai taksiran.

Kaunter dibuka pada hari dan waktu di bawah:

REHAT
ISNIN - KHAMIS : 1.00 petang - 2.00 petang
JUMAAT : 12.15 tengahari - 2.45 petang
(Nama Pegawai: Encik Hassan Basri Osman,  Telefon: 603-2617 1036/1038)

KAUNTER DITUTUP PADA CUTI UMUM DAN HARI KELEPASAN AM

Perhatian:

Apabila membuat carian, hendaklah menyediakan maklumat berikut:

  1. Nombor Lot
  2. Nama Jalan
  3. Seksyen
  4. Plan Kedudukan Harta

Setiap carian di bawah akan dikenakan bayaran sebanyak RM40.00

  1. Pemilik Harta
  2. Alamat Harta
  3. Nombor Lot
  4. Cukai yang dikenakan serta
  5. Lain-Lain perkara berkaitan dengan cukai taksiran

 

 2. BAHAGIAN PENYEWAAN BANGUNAN 
  Bahagian Penyewaan Bangunan di bawah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta menyediakan perkhidmatan penyewaan rumah/kedai/pejabat bagi harta-harta di bawah seliaan bahagian ini.
Bahagian ini juga memastikan unit berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.
Pembayaran deposit sewa dan utiliti perlu dijelaskan dahulu sebelum penyerahan kunci premis kepada penyewa.
Terdapat Perjanjian Penyewaan antara penyewa dan pihak DBKL.
Penyewa perlu mengisi Borang Permohonan Sewa untuk memohon. Borang ada disediakan di segmen E-Borang.
Nama Pegawai: Encik Zainuddin bin Muhamad
No. Telefon: 603-2617 1042
Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
3. BAHAGIAN PESURUHJAYA BANGUNAN
 

Bahagian Pesuruhjaya Bangunan di bawah JPPH menjalankan tugas-tugas Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COB) sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan & Pengurusan) 2007 (Akta 663).
Akta 663 digubal bagi memastikan penyelenggaraan dan pengurusan semua jenis bangunan berstrata diurus dengan baik dan dikawal selia oleh COB mengikut peruntukan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan & Pengurusan) 2007 (Akta 663) serta Bahagian 6 & 7 Akta Hakmilik Strata 1985.

Antara tugas-tugas Bahagian Pesuruhjaya Bangunan adalah seperti berikut:

    1. Mengendalikan aduan yang berkaitan dengan pengurusan bangunan berstrata.
    2. Memastikan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (Join Management Body) dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyerahan pemilikan kosong.
    3. Mengeluarkan Sijil penubuhan JMB.
    4. Menentukan akaun penyelenggaraan bangunan diselenggara dengan baik.
    5. Memantau mesyuarat dikendalikan JMB & MC.
    6. Menyelesaikan pertikaian di antara pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan bangunan berstrata.

Bahagian Pesuruhjaya Bangunan juga menyediakan perkhidmatan carian untuk permohonan mendapatkan data mengenai pihak/badan pengurusan bangunan berstrata. 
Setiap carian berkenaan akan dikenakan fee carian berdasarkan bilangan data dan ianya seperti berikut :

 Bil. Bilangan Daya Yang Dipohon  Jumlah Caj / Data 
 1. 1 - 50  RM 5.00 
 2. 51 - 100  RM 4.00 
 3. 101 - 200  RM 3.00 
4. 201 - 400 RM 2.00
5. 401 - 700 RM 1.00
6. 701 - 1,000 RM 0.70
7. .> 1,000 RM 0.50

Sebarang pertanyaan dan aduan, bolehlah dikemukakan di alamat:

BAHAGIAN PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)
JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA
TINGKAT 17, BANGUNAN TH PERDANA
1001 JALAN SULTAN ISMAIL
50250 KUALA LUMPUR
Tel: 603-2617 1083   Faks: 603-2698 6571
Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan

Tahrina bt Taib  Zon 1 & Zon 2  603 - 2617 1087 & 603 - 2617 10684
 

Lembah Pantai, Damansara, TTDI, Bangsar, Bukit Bandaraya, Bukit Damansara, Bukit Tunku

Selayang, Kepong, Segambut, Mont' Kiara, Jinjang 

 
Mohd Saiful Yazid b. Basri  Zon 3, Zon 4 & Zon 6 603 - 2617 1092 & 603 - 2617 1090
  Setapak, Setiawangsa, Wangsa Maju, Taman Melati, Jalan Genting Klang

Sentul, Jln Ipoh, Kg. Baru, Titiwangsa, Chow Kit, Jalan Kuching, Pusat Bandar

Brickfields, Jalan Loke Yew, Mid Valley, Seputeh, Bukit Desa, Sg. Besi

 
Marini bt. Suhaimi Zon 5, Zon 7 & Zon 8 603 - 2617 1088 & 603 - 2617 1091
 

Jalan Pinang, Jalan Ampang, Jalan Stonor, Pusat Bandar, Miharja, Maluri, Pandan

Cheras, Bandar Tun Razak, Shamelin, Bandar Sri Permaisuri, Taman Connaught

Petaling, Sg. Besi, Bukit Jalil, Kuchai Lama, Jalan Klang Lama

 

 

Bahagian Aduan & Pengurusan

  1. Siti Aminah bt. Abdul Aziz (603-26171073/ 603-26171074)
    Zon 1 - Lembah Pantai, Damansara, TTDI, Bangsar, Bukit Bandaraya, Bukit Damansara, Bukit Tunku

  2. Eliza bt. Abd Aziz (603-26171016/ 603-26171017)
    Zon 2 - Selayang, Kepong, Segambut, Mont' Kiara, Jinjang

  3. Diana bt. Abd Latiff (603-26171006 / 603-26171007)
    Zon 3 - Setapak, Setiawangsa, Wangsa Maju, Taman Melati, Jalan Genting Klang

  4. Miftah Farhi b. Musa (603-26171010/ 603-26171011)
    Zon 4 - Sentul, Jalan Ipoh, Kg. Baru, Titiwangsa, Chow Kit, Jalan Kuching, Pusat Bandar

  5. Zaleha bt. Abdul Rahman (603-26171068/ 603-26171069)
    Zon 5 - Jalan Pinang, Jalan Ampang, Jalan Stonor, Pusat Bandar, Miharja, Maluri, Pandan

  6. Mohd Azuan b. Ahmad (603-26171065/ 603-26171066)
    Zon 6 - Brickfields, Jalan Loke Yew, Mid Valley, Seputeh, Bukit Desa, Sg. Besi

  7. Fadzilah bt. Ahmad (603-26171051/ 603-26171052)
    Zon 7 - Cheras, Bandar Tun Razak, Shamelin, Bandar Sri Permaisuri, Taman Connaught

  8. Marziana bt. Mat Jelas (603-26171013/ 603-26171014)
    Zon 8 - Petaling, Sg. Besi, Bukit Jalil, Kuchai Jaya,Jalan Klang Lama

 

   

Profil Jabatan

on . Posted in Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta ditubuhkan pada tahun 1958 dikenali sebagai Pejabat Penilaian Perbandaran.

Pada tahun 1975 jabatan ini telah diberi nama baru iaitu Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selaras dengan fungsi jabatan iaitu membuat penilaian dan pengurusan harta.

Fungsi utama jabatan adalah membuat penilaian cukai taksiran ke atas kira-kira 494,926 harta persendirian di WPKL yang menyumbang pendapatan sejumlah RM 431,639,306.44 bagi Januari 2013.

Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah Penilaian Jusa C dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah Kanan W54, 2 orang Timbalan Pengarah W52 dan 4 orang Timbalan Pengarah W48 serta 14 orang pegawai Kumpulan A. Jumlah kakitangan jabatan ini sehingga tahun 2012 ialah seramai 221 orang.

VISI

Bersatu tenaga secara cekap dan produktif ke arah meningkatkan hasil pencukaian taksiran DBKL.

MISI

Memberi perkhidmatan penilaian harta yang cekap, bermutu, mesra dan tepat.