Friday, 19th July 2019 [ 3:01:48 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Articles

Print

Kadar Sewaan Penggunaan Kemudahan Jabatan Pentadbiran DBKL

Berikut merupakan kadar sewaan penggunaan kemudahan Jabatan Pentadbiran, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, seperti Dataran Merdeka, Dataran DBKL, Jalan Raja, Auditorium, Lobi Menara DBKL 1,2 & 3, River Of Life, Countdown Clock, Video Matrik Dataran Merdeka, Fasad LED Menara DBKL 1 dan Podium Dataran Merdeka. Kadar sewaan ini merangkumi kadar sewaan syarikat swasta, agensi kerajaan, kedutaan asing, badan kebajikan, sekolah kerajaan @ swasta, IPTA, IPTS, dan NGO.
 
Sila klik DISINI untuk memaparkan jadual makluman bagi kadar sewaan penggunaan kemudahan Jabatan Pentadbiran DBKL.
Print

Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL 2020)

PEMBERITAHUAN PENERIMAAN DRAF PELAN TEMPATAN BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

 

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 16 Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 [Akta 267], Datuk Bandar Kuala Lumpur, dengan kelulusan Menteri, telah menerima draf pelan tempatan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dinamakan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 pada 5 September 2018.

 

Sesalinan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 boleh diperiksa atau dibeli pada waktu pejabat di Jabatan Perancangan Bandar Raya, Tingkat 13 Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur dari 12 November 2018.

 

Fi bagi salinan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah (Perancangan) Wilayah Persekutuan (Fi Bagi Pembelian Pelan Tempatan) 2018 [P.U. (A)273/2018].

 

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

pbrkl-link

Print

Penutupan Sementara Dataran Merdeka Kepada Orang Awam

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menutup sementara padang Dataran Merdeka kepada orang awam dan sebarang kegiatan di atasnya bermula daripada 24 Oktober 2018 hingga 2 Ogos 2019 bagi memberi laluan kerja-kerja River of Life Fasa 1.

 

Sehubungan dengan itu, orang awam yang melawati kawasan ini adalah dinasihatkan untuk berhati-hati serta menjaga keselamatan sepanjang kerja-kerja tersebut sedang dilaksanakan.

 

Segala kesulitan adalah amat dikesali.