Laman Web Rasmi Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040
03-2617 9535 klmycity2040@gmail.com Bahasa Melayu English

Laman web rasmi Pelan Pembangunan Kuala Lumpur ini adalah salah satu platform bagi menyalurkan maklumat berkenaan isu perancangan dan pembangunan Bandar Raya Kuala Lumpur.

Pelan Pembangunan Kuala Lumpur​ 2040

KITA RANCANG

KL 2040

Draf Perubahan PBRKL 2020 (Perubahan 1)

previous arrow
next arrow
PlayPause
Slider

apa itu pelan pembangunan?

Perancangan pembangunan di Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia dan sebuah bandar raya utama di rantau ini memerlukan suatu visi yang jelas. Ia perlu dikongsi bersama oleh semua pihak berkepentingan (stakeholders) dalam bandar raya ini. Visi ini penting untuk memberikan hala tuju dengan kefahaman yang seragam kepada semua pihak termasuk peniaga, pelabur, badan-badan profesional, pertubuhan-pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.

Perancangan Kuala Lumpur adalah berasaskan komponen sistem Pelan Struktur yang mengikut peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267). Akta ini memerlukan Datuk Bandar menyediakan pelan pembangunan bagi memandu pembangunan di Kuala Lumpur. Pelan Pembangunan ini mengandungi 2 pelan utama iaitu Pelan Struktur dan Pelan Tempatan. Pelan Tempatan juga boleh berada dalam bentuk pelan kawasan tindakan. Pelan pembangunan ini menggantikan Pelan-pelan Pembangunan Lengkap 1039, 1040 dan 1041 yang telah diwartakan mengikut peruntukan Ordinan No. 46 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

Selanjutnya

Apa itu pelan struktur?

Pelan Struktur merupakan Kenyataan Bertulis yang mengandungi matlamat-matlamat dan objektif-objetif am, dasar-dasar dan cadangan-cadangan yang bersangkutan dengan pembangunan, gunatanah, perancangan sosial, ekonomi dan fizikal serta pengurusan lalulintas di dalam Kuala Lumpur.

Kenyataan Bertulis ini akan disertai dengan gambar rajah, keterangan-keterangan dan bahan-bahan huraian bagi membantu memahami dasar-dasar dan cadangan-cadangan yang dikemukakan. Berbeza dengan Pelan Pembangunan Lengkap yang dahulu, Pelan Struktur tidak menunjukkan atau menentukan secara terperinci kegunaan tiap-tiap bidang tanah yang terdapat dalam kawasan pelan tersebut. Cadangan fizikal terperinci akan dimasukkan pada peringkat pelan pembangunan seterusnya iaitu, pelan tempatan.

Pelan Struktur mempunyai jangkamasa 20 tahun dan hendaklah dikaji semula dari masa ke masa. Cara ini membolehkan pengubahsuaian selaras dengan perubahan keadaan pembangunan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh Kuala Lumpur.

Selanjutnya

Apa itu pelan Tempatan?

Pelan Tempatan Kuala Lumpur mementingkan pelaksanaan dasar-dasar dan cadangan-cadangan Pelan Struktur yang lebih terperinci. Pelan-pelan ini merangkumi kawasan kecil atau luas dan menyentuh pelbagai aspek perancangan. Ianya boleh disediakan dalam bentuk Pelan Unit Perancangan, Pelan Kawasan Tindakan dan Pelan Perkara.

Pelan tempatan juga akan memperuntukkan warga kota suatu perspektif masa hadapan secara lebih komprehensif dan terperinci. Pelan ini akan menyediakan beberapa garis panduan perancangan terperinci untuk pemilik pemilik dan pemaju-pemaju tanah bagi pembangunan tapak-tapak mereka.

Pelan tempatan untuk Kuala Lumpur disediakan mengikut peruntukan Seksyen 13(2) Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267). Pelan ini merupakan suatu alat perancangan yang sangat penting bagi Kuala Lumpur selepas Pelan Struktur Kuala Lumpur.

Berdasarkan peruntukan di bawah Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267), pengubahan Pelan Tempatan boleh dilaksanakan selepas diwartakan. Ia merujuk kepada peruntukan seksyen 17 (1) di mana ”Datuk Bandar Kuala Lumpur boleh bila-bila masa membuat cadangan-cadangan untuk mengubah, menambah, menyemak, memansuh atau menggantikan keseluruhan atau sebahagian daripada Pelan tempatan itu”.

Selanjutnya

garis masa PPKL2040

1984

PSKL

Pelan Struktur Kuala Lumpur pertama diwartakan

Pelan Struktur Kuala Lumpur yang kedua di wartakan pada 2004 dan dikenali sebagai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020).

2004

PSKL 2020

2 Januari 2018

PSKL 2040

DBKL sedang menyediakan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040.

Pelan Tempatan Kuala Lumpur juga dikenali sebagai Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL 2020). Pelan ini telah diwartakan pada 30 Oktober 2018 dan mempunyai tempoh pelaksanaannya sehingga penghujung tahun 2020.

30 Oktober 2018

PBRKL 2020

November 2019

Perubahan PBRKL 2020

Dalam tempoh pelaksanaan PBRKL 2020 ini, DBKL telah menerima beberapa permohonan perubahan untuk meminda zon gunatanah dan intensiti daripada pihak pemilik tanah dan pemaju. Sesi penyertaan pandangan awam bagi perubahan PBRKL 2020 yang pertama diadakan pada 1 November 2019

Dalam masa sama DBKL juga di dalam proses menyediakan pelan tempatan baharu iaitu dikenali sebagai Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 yang telah bermula pada awal tahun 2019.

2019

Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040

proses penyediaan laporan

Bagi penyediaan semakan PSKL & PBRKL 2020 ini, proses kajian akan bermula dengan penyediaan Laporan Awal, Laporan Penemuan, seterusnya dengan penghasilan Draf Awal Semakan PSKL & PTKL dan terakhir dengan Draf Akhir semakan PSKL & PTKL.

Bagi setiap peringkat penyediaan laporan-laporan tersebut akan diadakan bengkel dengan penglibatan awam bagi memberi ruang kepada kumpulan sasar untuk menyumbang hasrat, pendapat. Ia juga sebagai medium komunikasi dengan DBKL sepanjang proses penyediaan pelan tersebut.

Seterusnya, pembentangan dapatan daripada laporan-laporan tersebut akan melalui beberapa peringkat mesyuarat jawatankuasa yang ditubuhkan.