LAMAN WEB RASMI PELAN PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR 2040

  • klmycity2040@dbkl.gov.my
  • 03-2617 9000

Perundangan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur

Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)

Perancangan pembangunan adalah bersifat masa hadapan yang mempunyai visi bagi mewujudkan sebuah kawasan yang harmoni dan sejahtera melalui kesimbangan antara penduduk dengan alam sekitar.

Bagi memastikan segala perancangan yang dicadangkan mencapai kejayaan, suatu aturan perundangan berkaitan perancangan perlu digubal. untuk dipatuhi dan diikuti oleh setiap golongan yang terlibat dalam bidang Perancangan Bandar ini.

Dalam penyediaan pelan pembangunan Kuala Lumpur, DBKL mengunakan Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267). Jabatan Perancangan Bandaraya merupakan Selaku Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan, DBKL yang mengunapakai dan tertakluk di bawah peruntukan perundangan ini.

Akta 267

Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 yang lebih dikenali sebagai Akta 267 telah disediakan melalui interpretasi Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta (Perancangan) Bandaraya Kuala Lumpur 1973 (Akta 107). Dengan pengubalan Akta 267 ini sistem perancangan di Kuala Lumpur dapat diselaraskan dengan negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia.

Di dalam Akta 267 telah memperuntukan asas perundangan untuk menyemak/menambah/merubah Pelan Pembangunan di bawah Bahagian III Pelan Pembangunan. Akta ini menterjemah Pelan Pembangunan Kuala Lumpur kepada Pelan Struktur (Seksyen 7) dan Pelan Tempatan (Seksyen 13). Di samping itu, terdapat beberapa seksyen lain di dalam Akta 267 yang berkaitan bagi melengkapkan proses penyediaan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur.

Mengenai Kami

Portal rasmi PPKL2040 ini adalah medium hebahan dan komunikasi di antara DBKL dengan pihak berkepentingan seperti warga kota dalam menyalur maklumat yang berkaitan perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur secara umum.

Penafian

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Data peribadi pelanggan yang dikumpul adalah selaras dengan PDPA (Personal Data Protection Act 2010)

Ikuti Kami

© Hakcipta Terpelihara 2019-2020
Jabatan Perancangan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur