Laman Web Rasmi Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040
03-2617 9535 klmycity2040@gmail.com Bahasa Melayu English

#klmycity2040

Draf Perubahan 1 Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020

Pengenalan

Perubahan kepada Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL 2020) disediakan selaras dengan peruntukan Seksyen 13 hingga Seksyen 17, Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267). Draf Perubahan PBRKL 2020 ini merupakan perubahan pertama yang melibatkan cadangan perubahan zon guna tanah dan intensiti pembangunan bagi tiga kawasan.

Asas Dokumen Perubahan

Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)

Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)

Zon Strategik, Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020

Zon Strategik, Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020

Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 yang diterima pakai sejak 30 hb. Oktober 2018 (No. Warta P.U. (B) 611) mengandungi 2 jilid iaitu :

PBRKL 2020

Hala Tuju Strategik dan Inisiatif ke arah mencapai wawasan menjadikan Kuala Lumpur sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia pada tahun 2020;

Pelan Kawalan Pembangunan Kuala Lumpur 2015 menterjemahkan hala tuju strategik dan inisiatif dalam Jilid 1.

Perubahan 1

Zon Strategik

Sentul - Manjalara

Peta Indeks

Peta Indeks No. 35

Keterangan

Cadangan perubahan di atas Lot PT.12232 (Lot 9476 dan 9478), Jalan Jinjang Aman 2, Kepong, Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pelan Zon Guna Tanah
Pelan Intensiti

Perubahan 2

Zon Strategik

Bandar Tun Razak - Sungai Besi

Peta Indeks

Peta Indeks No. 210

Keterangan

Cadangan perubahan di atas Lot 10689, 19830 dan 19831, Jalan 13/105, Taman Midah, Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pelan Zon Guna Tanah
Pelan Intensiti

Perubahan 3

Zon Strategik

Bukit Jalil - Seputeh

Peta Indeks

Peta Indeks No. 233, 234, 235, 248, 249 dan 250

Keterangan

Cadangan perubahan di atas Lot PT.16843 (HS(D) : 120470), PT.16844 (HS(D) : 120471) dan PT.16845 (HS(D) : 120472), Jalan Merah Cagar, Bukit Jalil, Mukim Petaling, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pelan Zon Guna Tanah
Pelan Intensiti