LAMAN WEB RASMI PELAN PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR 2040

  • klmycity2040@dbkl.gov.my
  • 03-2617 9000

KRONOLOGI PEMBANGUNAN FIZIKAL & SPATIAL KUALA LUMPUR

Bermula dari sebuah pusat pelombongan bijih timah, Kuala Lumpur pesat membangun menjadi sebuah bandar yang berpusat di kawasan sekitar pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Ia seterusnya berkembang dengan pembukaan kawasan-kawasan seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kampong Bharu dan kawasan berhampiran Jalan Ampang.

Fungsi Kuala Lumpur juga turut berubah selari dengan pembangunan ekonomi dan fizikal daripada sebuah bandar utama menjadi ibu negara, Wilayah Persekutuan dan seterusnya sebagai sebuah wilayah konurbasi yang setanding dengan wilayah perbandaran dan ekonomi dunia.

Pembangunan ekonomi dan fizikal Kuala Lumpur yang pesat bukan hanya bergantung kepada kekuatan ekonomi bandar tetapi turut dipandu oleh pelan dan garis panduan perancangan dan pembangunan yang sistematik mengikut sasaran.

1857
Pembukaan Kuala Lumpur oleh Sutan Puasa atau Sutan Naposo yang berasal dari Mandailing di Sumatera.
1857
1880
Kuala Lumpur dahulunya merupakan sebuah pusat perlombongan bijih timah yang dikembangkan oleh Yap Ah Loy.
1880
1886
Pembinaan landasan keretapi dari Kuala Lumpur ke Klang telah siap sepenuhnya bagi menyokong aktiviti eksport bijih timah.
1886
1933
Pengganti Reeds, R.P Davies telah menyediakan satu pelan bandar untuk Kuala Lumpur dengan mengenalpasti pelbagai zon untuk kegunaan tertentu. Pelan ni dikenali sebagai Pelan Perkawasan tahun 1931.
1933
1937
Pelan tersebut telah dipinda dan telah diwartakan pada tahun 1939 untuk membantu mengawal pembangunan Bandar.
1937
1939
Pelan pembangunan pertama untuk Kuala Lumpur ialah Pelan Bandar Am yang telah disediakan untuk mengawal pembangunan bagi kawasan seluas 11 batu persegi. Pelan bandar ini telah dipinda pada tahun 1950 berikutan perluasan sempadan pembandaran. Pelan tersebut telah dijadikan asas rujukan awal pembangunan sehingga 1964 walaupun pentadbiran bandar telah berkembang sehingga 36 batu persegi.
1939
1946
Selepas Perang Dunia Kedua, Kuala Lumpur telah dijadikan ibu negeri bagi Malayan Union dan seterusnya sebagai ibu negeri Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 serta Majlis Perbandaran Kuala Lumpur ditubuhkan untuk  mengambil alih tugas Sanitary Board.
1946
1957
Lebih ramai penduduk berhijrah dari kawasan desa ke bandar akibat daripada kepesatan Kuala  Lumpur sebagai  pusat pentadbiran, politik dan kebudayaan. Pertambahan penduduk amat besar sekali, pada kadar purata 6.0% setahun.
1957
1967
Satu lagi Pelan Bandar baru telah disediakan. Pelan Bandar sebelum ini telah ditukar menjadi Pelan L886 - Pembangunan Kawasan Pusat, Pelan L887 – Pelan Perkawasan Kepadatan dan Pelan L 888 – Pelan Perkawasan Guna Tanah.
1967
1970
Melalui Ordinan No. 46 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970, pelan-pelan tersebut telah diperakui dan diwartakan sebagai Pelan Pembangunan Lengkap PPL 1039 – Pelan Perkawasan Perdagangan Pusat, PPL 1040 – Pelan Perkawasan Kepadatan dan PPL 1041 – Pelan Perkawasan Guna Tanah.
1970
1971
Kuala Lumpur telah dikurniakan status bandaraya pada 1 Februari 1971. Pesuruhjaya Ibu Kota bergelar Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Ibu Kota dikenali sebagai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
1971
1974
Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan.
1974

Pembangunan Kuala Lumpur berubah dengan pesat dalam era selepas merdeka dan selepas ia diisytiharkan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan berpandukan kepada pelan perancangan yang memfokuskan perluasan kawasan perbandaran dan penyediaan infrastruktur berlandaskan rel.

Pelan perancangan yang disediakan juga turut berubah mengikut masa dan keperluan bandar dimana selain dari pembangunan fizikal, fokus turut diberikan kepada penyediaan kawasan hijau serta keperluan sosial bagi mencapai kemampanan bandar.

Era Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL 1984)

1984 - 1999

Era Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL2020) dan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020)

Pembukaan KL Sentral sebagai hab pengangkutan utama Kuala Lumpur dan merupakan terminal kereta api bersepadu terbesar di Asia Tenggara.

Pembinaan laluan Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan KL Sentral

dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Pembukaan SMART yang merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.

Projek-projek pembangunan semula seperti Tun Razak Exchange (TRX), Kompleks Angkasapuri Kuala Lumpur sebagai Bandar Media, Stadium Bukit Jalil sebagai KL Sports City dan projek pembinaan Read More…

Pembangunan Semula Bandar River of Life (ROL) yang merangkumi pembersihan sungai dan pengindahan sungai untuk meningkatkan nilai ekonomi dan sosial.

Pembangunan laluan MRT yang menghubungkan Kuala Lumpur

ke Sungai Buloh dan Kajang serta perluasan rangkaian laluan LRT Kelana Jaya ke kawasan Puchong.

Projek Perumahan Bandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang bertujuan untuk meringankan beban perumahan bagi warga profesional belia di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur di antara lima (5) negeri yang menjadi testbed pembangunan rangkaian telekomunikasi 5G di bawah inisiatif National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP).

Mengenai Kami

Portal rasmi PPKL2040 ini adalah medium hebahan dan komunikasi di antara DBKL dengan pihak berkepentingan seperti warga kota dalam menyalur maklumat yang berkaitan perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur secara umum.

Penafian

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Data peribadi pelanggan yang dikumpul adalah selaras dengan PDPA (Personal Data Protection Act 2010)

Ikuti Kami

© Hakcipta Terpelihara 2019-2020
Jabatan Perancangan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur