Laman Web Rasmi Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040
03-2617 9535 klmycity2040@dbkl.gov.my Bahasa Melayu English

Kuala Lumpur sedia bersaing di peringkat global

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur bersedia mengambil peranan bersaing di peringkat antarabangsa pada abad ke-21 berlandaskan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040).

Memperincikan misi ke arah persaingan global dengan visi ‘Bandar Untuk Semua’, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, PSKL 2040 merupakan dokumen mengandungi visi, hala tuju strategik dan tindakan untuk memandu pembangunan Kuala Lumpur bagi tempoh 20 tahun akan datang.

Menurutnya, PSKL pertama diwartakan pada 1984 manakala kedua dikenali PSKL 2020 pada 2004.