LAMAN WEB RASMI PELAN PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR 2040

  • klmycity2040@dbkl.gov.my
  • 03-2617 9000

pelan bandar raya kuala lumpur 2020

BANDAR RAYA BERTARAF DUNIA

Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020)

Pelan Tempatan Kuala Lumpur pertama yang dikenali sebagai yang Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020) adalah dokumen menterjemah wawasan jangka panjang PSKL2020 ke arah Bandar Raya Bertaraf Dunia. PBRKL2020 telah diwartakan pada 30 Oktober 2018 dan disediakan di bawah peruntukan Seksyen 13, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan1982. Agenda kemampanan perancangan ini disokong oleh pertumbuhan dinamik Bandar Raya dan memastikan keperluan komuniti Bandar Raya ini dipenuhi. Pelan ini menetapkan Hala tuju strategik dan mengenal pasti tindakan tempatan bagi pelaksanaan kawalan perancangan. Pelan ini akan digunapakai oleh DBKL dalam membuat keputusan berkaitan kawalan perancangan, pemohonan pelan bangunan, pembangunan infrastruktur dan menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pembangunan Bandar Raya Kuala Lumpur.

Jilid 1 & Jilid 2

Kandungan PBRKL 2020

JILID 1: Halatuju Strategik dan Inisiatif

Hala Tuju Strategik dan Inisiatif Dokumen utama ini memberi tumpuan kepada wawasan dan hala tuju strategik Kuala Lumpur sehingga tahun 2020. Jilid ini juga menggariskan inisiatif yang akan dilaksanakan demi mencapai wawasan dan hala tuju strategik.

Ia meliputi semua aspek pembangunan bagi menggalakkan pertumbuhan bandar raya di samping menyumbang ke arah peningkatan persekitaran semulajadi dan alam bina, pengangkutan, perumahan, kemudahan sosial dan infrastruktur di samping melindungi warisan budaya.

JILID 2: Pelan Kawalan Pembangunan 2015

Dokumen ini dirujuk sebagai Pelan Kawalan Pembangunan 2015 (KLDCP 2015), mengandungi beberapa komponen utama untuk mengawal pembangunan.

Komponen berkenaan adalah pengezonan guna tanah dan intensiti pembangunan (kepadatan dan nisbah plot) di samping komponen kawalan pembangunan lain iaitu zon warisan, zon kawalan ketinggian, zon perancangan transit dan koridor tepian sungai.

Mengenai Kami

Portal rasmi PPKL2040 ini adalah medium hebahan dan komunikasi di antara DBKL dengan pihak berkepentingan seperti warga kota dalam menyalur maklumat yang berkaitan perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur secara umum.

Penafian

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Data peribadi pelanggan yang dikumpul adalah selaras dengan PDPA (Personal Data Protection Act 2010)

Ikuti Kami

© Hakcipta Terpelihara 2019-2020
Jabatan Perancangan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur