LAMAN WEB RASMI PELAN PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR 2040

  • klycity2040@dbkl.gov.my
  • 03-2617 9000

pelan pembangunan lengkap (PPL)

Pelan Perkawasan 1931

Sejarah penyediaan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur bermula pada tahun 1931. Pada tahun tersebut satu pelan pembangunan bagi merancang pembangunan di kawasan pentadbiran Sanitary Board Kuala Lumpur. Pelan pembangunan ini dikenali sebagai Pelan Perkawasan.

Pelan Bandar 1939

Pada tahun 1939 dengan satu pelan pembangunan yang baharu dikenali sebagai Pelan Bandar telah dihasilkan bagi mengantikan Pelan Perkawasan. Berdasarkan perluasan kawasan sempadan pembandaran dan pentadbiran Kuala Lumpur, Pelan Bandar ini juga telah dipinda pada tahun 1950.

Pelan Pembangunan Lengkap

Pada tahun 1965 Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah mengarahkan Majlis Perbandaran Kuala Lumpur supaya Pelan Bandar 1950 dipinda, digantikan dengan satu pelan induk baru.

Satu set pelan yang mengandungi tiga (3) jenis pelan telah disediakan dan seterusnya diwartakan pada tahun 1967 untuk bantahan awam. Pelan ini terdiri dari;

  • Pelan Pembangunan Kawasan Pusat L886;
  • Pelan Perkawasan Kepadatan Perumahan L887; dan
  • Pelan Perkawasan Gunatanah L887

Pelan ini telah disediakan di bawah peruntukan Bahagian IX, Bab 137 Enakmen Lembaga Bandaran bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Pada tahun 1970 pelan-pelan tersebut telah diubahsuai dan dinomborkan semula kepada;

  1. Pelan Pembangunan Lengkap 1039 (PPL1039) (Kawasan Perdagangan Pusat)
  2. Pelan Pembangunan Lengkap 1040 (PPL1040) (Perkawasan Kepadatan)
  3. Pelan Pembangunan Lengkap 1041 (PPL1041) (Perkawasan Gunatanah)

Kesemua pelan ini meliputi perancangan pembangunan kawasan perbandaran Kuala Lumpur seluas 93 kilometer persegi. Pelan-pelan ini telah dipamer dan diwarta menurut peruntukan Ordinan No.46 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat tahun 1970.

Mengenai Kami

Portal rasmi PPKL2040 ini adalah medium hebahan dan komunikasi di antara DBKL dengan pihak berkepentingan seperti warga kota dalam menyalur maklumat yang berkaitan perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur secara umum.

Penafian

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Data peribadi pelanggan yang dikumpul adalah selaras dengan PDPA (Personal Data Protection Act 2010)

Ikuti Kami

© Hakcipta Terpelihara 2019-2020
Jabatan Perancangan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur