LAMAN WEB RASMI PELAN PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR 2040

  • klmycity2040@dbkl.gov.my
  • 03-2617 9000

Pelan Struktur Kuala Lumpur (1984)

Pengenalan

Pada 1974 sempadan pembandaran Kuala Lumpur yang diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan telah diperbesarkan dari 93 kilometer persegi menjadi 243 kilometer persegi. Ketiadaan suatu pelan pembangunan bagi kawasan di luar kawasan pembangunan PPL1039, 1040 dan 1041 menyebabkan tiada kawalan perancangan dan pembangunan di kawasan ini dilaksanakan secara ad hoc.

Selain itu, perubahan keadaan sosioekonomi dan spatial yang pesat dalam tempoh sepuluh tahun (1974-1984) telah memberi kesan yang amat ketara kepada perancangan pembangunan di Kuala Lumpur. Faktor ini telah menyebabkan perlunya penyediaan pelan pembangunan yang baru.

Pelan Struktur Kuala Lumpur 1984 (PSKL1984) merupakan pelan struktur pertama telah digubal dan diwartakan berdasarkan peruntukan Seksyen 7 Akta 267. Dengan Visi Bandar Raya yang Dinamik, Efisen dan Selesa, PSKL1984 disediakan oleh DBKL dalam melihat hala tuju pembangunan di masa hadapan bagi Kuala Lumpur sehingga tahun 2000.

Fokus Utama

Mempromosikan pembangunan seimbang

Mengurangkan aktiviti dan kesesakan lalu lintas di pusat bandar raya

Mewujudkan hierarki pusat bandar di mana kawasan pertumbuhan baru berfungsi sebagai zon kediaman dan guna tenaga. Empat (4) pusat pertumbuhan bandar baru adalah Damansara, Wangsa Maju, Bukit Jalil dan Bandar Tun Razak.

Mengenai Kami

Portal rasmi PPKL2040 ini adalah medium hebahan dan komunikasi di antara DBKL dengan pihak berkepentingan seperti warga kota dalam menyalur maklumat yang berkaitan perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur secara umum.

Penafian

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Data peribadi pelanggan yang dikumpul adalah selaras dengan PDPA (Personal Data Protection Act 2010)

Ikuti Kami

© Hakcipta Terpelihara 2019-2020
Jabatan Perancangan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur