LAMAN WEB RASMI PELAN PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR 2040

  • klycity2040@dbkl.gov.my
  • 03-2617 9000

pelan struktur kuala lumpur 2040

pskl-logo-bm

Dengan kepesatan globalisasi, Kuala Lumpur berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam era baru pembangunan antarabangsa. Kuala Lumpur perlu bersedia untuk berperanan di peringkat antarabangsa yang bersaing pada abad ke-21. 

Penyediaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) perlu dibuat memandangkan sebahagian dasar PSKL2020 perlu disemak disebabkan pembangunan dan perubahan ekonomi yang pesat dan pengenalan dasar-dasar terkini di peringkat negara dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini. PSKL2040 yang baru disediakan bagi memandu pembangunan Kuala Lumpur untuk jangka masa tahun perancangan akan datang. 

Dengan visi BANDAR UNTUK SEMUA, Kuala Lumpur perlu bersedia mengambil peranan untuk bersaing di peringkat antarabangsa pada abad ke-21. Dengan perubahan yang telah berlaku adalah wajar untuk menyediakan satu pelan struktur baharu bagi memastikan pembangunan di Kuala Lumpur dirancang secara holistik dengan urus tadbir yang cekap.

Struktur Kandungan

Matlamat disokong oleh halatuju strategik dan tindakan

Visi Kuala Lumpur BANDAR UNTUK SEMUA akan tercapai dengan memberi fokus kepada enam (6) matlamat yang telah digariskan sebagai teras yang mencakupi aspek ekonomi, sosial, persekitaran hidup, alam sekitar dan perancangan fizikal. Dalam melaksanakan PSKL2040, 21 hala tuju strategik dan 71 tindakan akan diterjemahkan ke dalam 2 tindakan pelaksanaan iaitu Pelan Pengurusan Bandar dan Pelan Pengurusan Spatial.

Pelan Pengurusan Bandar

Pelan Pengurusan Spatial

Pelan ini menterjemah Hala tuju strategik dan tindakan yang meliputi aspek-aspek ketersediaan spatial, kawasan pertumbuhan untuk keperluan masa depan serta zon perlindungan aset biodiversiti.

Objektif utama Pelan Pengurusan Spatial ini adalah:

  • Mengurus serta memacu Hala tuju pembangunan bandar semasa dan masa hadapan dengan lebih teratur dan efisien
  • Memastikan setiap pembangunan bandar adalah mengoptimumkan sumber dan infrastruktur sedia ada
  • Menjadi satu mekanisme dan panduan dalam membuat keputusan dan memantau bagi setiap pembangunan dan perancangan bandar.

Marilah bersama menghasilkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 ke arah membentuk masa depan Kuala Lumpur.

DBKL menjemput semua warga kota memberi pandangan, cadangan serta idea bagi membentuk Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040

Kita Rancang KL 2040
Bandar Untuk Semua  

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut di dalam dokumen Draf PSKL 2040

Mengenai Kami

Portal rasmi PPKL2040 ini adalah medium hebahan dan komunikasi di antara DBKL dengan pihak berkepentingan seperti warga kota dalam menyalur maklumat yang berkaitan perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur secara umum.

Penafian

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Data peribadi pelanggan yang dikumpul adalah selaras dengan PDPA (Personal Data Protection Act 2010)

Ikuti Kami

© Hakcipta Terpelihara 2019-2020
Jabatan Perancangan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur