LAMAN WEB RASMI PELAN PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR 2040

  • klmycity2040@dbkl.gov.my
  • 03-2617 9000

Pelan Struktur Kuala Lumpur

Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) merupakan dokumen perancangan tertinggi bagi Kuala Lumpur yang memacu pembangunan strategik secara indikatif.

Pelan ini membantu dalam menguruskan pertumbuhan fizikal khususnya serta sektoral amnya melalui satu set matlamat, dasar ataupun langkah perlaksanaan sejajar dengan wawasan Bandar Raya Kuala Lumpur.

PSKL merupakan dokumen perancangan yang mengandungi wawasan, matlamat, dasar dan cadangan untuk memandu pembangunan Kuala Lumpur bagi 20 tahun akan datang. PSKL menetapkan rangka kerja perancangan dan pembangunan spatial untuk diterjemah secara terperinci pada peringkat pelan pembangunan seterusnya iaitu pelan tempatan, pelan induk dan pelan tindakan yang lain-lain.

Kenyataan Bertulis di dalam PSKL ini akan disertai dengan gambar rajah, keterangan-keterangan dan bahan-bahan huraian bagi membantu memahami dasar-dasar dan cadangan-cadangan yang dikemukakan. Berbeza dengan Pelan Pembangunan Lengkap yang dahulu, PSKL tidak menunjukkan atau menentukan secara terperinci kegunaan tiap-tiap bidang tanah yang terdapat dalam kawasan pelan tersebut.

Cadangan fizikal terperinci akan dimasukkan pada peringkat pelan pembangunan seterusnya iaitu, pelan tempatan.

Mengenai Kami

Portal rasmi PPKL2040 ini adalah medium hebahan dan komunikasi di antara DBKL dengan pihak berkepentingan seperti warga kota dalam menyalur maklumat yang berkaitan perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur secara umum.

Penafian

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Data peribadi pelanggan yang dikumpul adalah selaras dengan PDPA (Personal Data Protection Act 2010)

Ikuti Kami

© Hakcipta Terpelihara 2019-2020
Jabatan Perancangan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur