Laman Web Rasmi Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040
03-2617 9535 klmycity2040@gmail.com Bahasa Melayu English

Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Dengan merancang pelan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memberi tumpuan kepada pelan strategik yang menggabungkan nilai komuniti dan visi menarik mengenai masa depan bandar.

Bagi mencapai matlamat tersebut, draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) dan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2040) akan dilaksanakan selaras dengan aspirasi dan visi dan matlamat pembangunan mampan 2030 (SDG 2030).