LAMAN WEB RASMI PELAN PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR 2040

  • klmycity2040@dbkl.gov.my
  • 03-2617 9000

Perubahan PBRKL2020

BANDAR RAYA BERTARAF DUNIA

PERUBAHAN PBRKL2020

Perubahan Pelan Tempatan adalah merujuk kepada proses mengubah sebahagian daripada pelan tempatan yang telah diwartakan. Keperluan perubahan pelan tempatan adalah tertakluk kepada peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) Seksyen 17 (1). Berdasarkan peruntukan Akta 267 Seksyen 17 (1) menyatakan Datuk Bandar boleh mengubah, menambah, menyemak, memansuh atau menggantikan keseluruhan atau sebahagian daripada pelan tempatan yang telah diwartakan.

Perubahan PBRKL2020

PBRKL2020 yang telah diwartakan pada 30 Oktober 2018 telah dan akan melalui beberapa siri perubahan yang dikenali sebagai Perubahan PBRKL2020. Kesemua siri Perubahan PBRKL2020 dilaksanakan berasaskan peruntukan Akta 267.

Proses Perubahan PBRKL2020

Setiap Perubahan PBRKL2020 akan melalui turutan peringkat utama iaitu

Pewartaan Perubahan PBRKL2020

Perubahan PBRKL2020 ini perlu melalui beberapa jawatankuasa yang akan menilai, menyemak dan menimbang bagi memuktamadkan sebelum perubahan ini boleh dipamerkan. Jawatankuasa Pendengaran Pandangan Awam akan menilai setiap pandangan awam yang dikemukakan sebelum cadangan perubahan ini di bawa ke Lembaga Penasihat Perancangan yang akan menasihati Menteri sebelum menerima dan mewartakan Perubahan PBRKL2020 ini.

Mengenai Kami

Portal rasmi PPKL2040 ini adalah medium hebahan dan komunikasi di antara DBKL dengan pihak berkepentingan seperti warga kota dalam menyalur maklumat yang berkaitan perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur secara umum.

Penafian

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Data peribadi pelanggan yang dikumpul adalah selaras dengan PDPA (Personal Data Protection Act 2010)

Ikuti Kami

© Hakcipta Terpelihara 2019-2020
Jabatan Perancangan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur