LAMAN WEB RASMI PELAN PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR 2040

  • klmycity2040@dbkl.gov.my
  • 03-2617 9000

Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020​

Bandar Raya Bertaraf Dunia

Pengenalan

Penyediaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL2020) dilakukan memandangkan sebahagian dasar PSKL1984 perlu disemak disebabkan pembangunan dan perubahan ekonomi yang pesat di luar jangkaan dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.

Sesetengah pembangunan utama yang tidak dijangkakan dalam PSKL 1984 seperti Koridor Raya Multimedia (MSC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan perpindahan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan ke Putrajaya telah menggalak dan mempengaruhi perubahan serta pertumbuhan masa hadapan Kuala Lumpur.

Visi Bandar Raya Bertaraf Dunia telah menjadi asas kepada perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur selama hampir dua dekad yang lalu. Berasaskan visi tersebut yang disokong oleh lima (5) matlamat, Bandar Raya Kuala Lumpur kini berjaya melonjakkan kedudukannya di mata dunia sebagai destinasi pelancongan teratas dunia, bandar raya yang mudah untuk menjalankan perniagaan, bandar raya kompetitif dan antara bandar raya terbaik sebagai tempat tinggal ekspatriat. PSKL2020 telah menetapkan 190 dasar untuk dilaksanakan. Pecahan dasar PSKL2020 adalah berdasarkan sektor seperti berikut.

WAWASAN

KUALA LUMPUR SEBUAH BANDAR RAYA BERTARAF DUNIA

Persekitaran Kerja Bertaraf Dunia

Persekitaran Hidup Bertaraf Dunia

Persekitaran Niaga Bertaraf Dunia

Persekitaran Urus Tadbir Bertaraf Dunia

Mengenai Kami

Portal rasmi PPKL2040 ini adalah medium hebahan dan komunikasi di antara DBKL dengan pihak berkepentingan seperti warga kota dalam menyalur maklumat yang berkaitan perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur secara umum.

Penafian

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Data peribadi pelanggan yang dikumpul adalah selaras dengan PDPA (Personal Data Protection Act 2010)

Ikuti Kami

© Hakcipta Terpelihara 2019-2020
Jabatan Perancangan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur