Laman Web Rasmi Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040
03-2617 9535 klmycity2040@dbkl.gov.my Bahasa Melayu English

Pelan CDP

Pelan Pembangunan Lengkap (CDP)

Pada tahun 1967, satu lagi Pelan Bandar baru telah disediakan. Pelan Bandar sebelum ini telah ditukar menjadi Pelan L886 – Pembangunan Kawasan Pusat, Pelan L887 – Pelan Perkawasan Kepadatan dan Pelan L 888 – Pelan Perkawasan Guna Tanah.

Pada tahun 1970, melalui Ordinan No. 46 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970, pelan-pelan tersebut telah diperakui dan diwartakan sebagai Pelan Pembangunan Lengkap.

PPL 1039

Pelan Perkawasan Perdagangan Pusat

PPL 1040

Pelan Perkawasan Kepadatan

PPL 1041

Pelan Perkawasan Guna Tanah.

1971: Penganugerahan Status Bandaraya

Kuala Lumpur telah dikurniakan status bandaraya pada 1 Februari 1971. Pesuruhjaya Ibu Kota bergelar Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Ibu Kota dikenali sebagai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

1974: Isytihar sebagai Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan.