|
Dari tahun ke tahun, Modal Syer dan Modal Yuran anggota meningkat. Peningkatan ini menggambarkan keyakinan anggota kepada koperasi.
TAHUN |
MODAL YURAN (RM) |
MODAL SAHAM (RM) |
1980 |
2,766,456.00 |
- |
1985 |
4,041,670.00 |
- |
1990 |
4,301,127.00 |
80.00 |
1991 |
4,545,325.95 |
100.00 |
1992 |
4,911,676.53 |
100.00 |
1993 |
5,221,108.30 |
315,450.00 |
1994 |
5,599,638.07 |
320,260.00 |
1995 |
5,934,944.00 |
324,890.00 |
1996 |
6,350,697.34 |
326,570.00 |
1997 |
6,844,612.41 |
328,820.00 |
1998 |
7,181,606.93 |
331,643.43 |
1999 |
7,536,641.82 |
340,293.43 |
2000 |
8,032,364.05 |
345,243.43 |
2001 |
8,489,236.78 |
348,448.43 |
2002 |
9,289,930.64 |
356,768.43 |
2003 |
10,110,181.70 |
378,466.70 |
2004 |
10,755,477.28 |
408,458.57 |
2005 |
11,362,875.95 |
444,942.57 |
2006 |
12,029,500.77 |
504,833.90 |
2007 |
12,657,788.19 |
623,937.88 |
Nilai aset koperasi pada akhir tahun 2007 adalah sebanyak RM 15.13 juta, meningkat dari tahun ke tahun. Hasil daripada kecemerlangan didalam mengurus modal yang disumbangkan oleh anggota, keuntungan tahunan koperasi telah meningkat dan ini membolehkan pulangan dividen yang menarik dibayar kepada anggota–anggota.
Koperasi telah menyediakan berbagai bentuk pinjaman untuk kemudahan para anggota daripada keperluan asas hakiki kepada kemewahan. Ini diujudkan bagi meningkatkan lagi kualiti kehidupan dan kebajikan para anggota. Antara pinjaman yang disediakan ialah :-
- Pinjaman Tunai
- Pinjaman 90% Atas Yuran Terkumpul
- Pinjaman Tunai (Kecemasan)
- Skim Pinjaman Pendidikan Tinggi Koperasi
- Skim Pinjaman Barangan Pengguna Koperasi
- Pinjaman Motorsikal Koperasi
- Skim Pinjaman Memperbaharui Insuran Dan Cukai Jalan
- Pinjaman Pelancongan Dan Umrah
- Skim Pinjaman Permit Teksi
- Skim Pinjaman Pelaburan
Di dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada anggota – anggota Koperasi, Koperasi telah bekerjasama dengan Public Bank Berhad bagi menyediakan kadar pinjaman yang lebih tinggi jumlahnya.
Bagi tahun 2007, pendapatan kasar koperasi telah meningkat sebanyak 26.30% (RM483,932.70) berbanding tahun 2006. Peningkatan ini disumbangkan oleh pendapatan daripada faedah pinjaman yang mana secara keseluruhan faedah atas pinjaman menyumbangkan sebanyak 73.91% daripada keseluruhan pendapatan kasar koperasi. Ia juga dibantu oleh peningkatan di dalam jualan Kiosk DBKL daripada RM257,026.51 pada tahun 2006 kepada RM501,554.43 pada tahun 2007.
Bagi tahun 2007, jumlah pinjaman yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 11.47 juta berbanding RM9.46 juta bagi tahun sebelumnya. Pecahan pengeluaran pinjaman adalah seperti berikut :-
1. Pinjaman Tunai - 2,833 orang (RM 9,967,114.59)
2. Pinjaman Urusniaga - 591 orang (RM 1,506,519.85)
Pengujudan pelbagai bentuk pinjaman ini tidak bermakna koperasi menggalakan anggota berhutang. Ia diujudkan bagi memberi alternatif kepada anggota. Koperasi tidak menekankan kepada keuntungan, sebagai contoh, Skim Pinjaman Motorsikal Koperasi dikendalikan berasaskan sistem “cost to cost” dengan mengutamakan perkhidmatan dan kebajikan kepada anggota
Walaupun begitu, kebergantungan koperasi kepada perniagaan teras iaitu aktiviti pinjaman telah mula dikurangkan dengan tumpuan lebih diberikan kepada mempelbagaikan sumber perolehan. Koperasi telah melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti penjualan insuran, kedai runcit, perolehan sewaan dan pelaburan di dalam unit amanah.
|