|
Syarat – Syarat Umum Pinjaman Koperasi
Permohonan pinjaman yang hendak dibuat hendaklah dengan menggunakan borang pinjaman yang disediakan oleh Koperasi ini.
Secara umum permohonan untuk mendapatkan pinjaman akan diproses mengikut giliran berpandukan kepada tarikh permohonan dikemukakan dengan syarat borang pinjaman telah dilengkapkan.
Seseorang anggota tidak boleh menuntut sesuatu pinjaman sebagai haknya, Lembaga Koperasi berkuasa menolak, mengurangkan atau menghadkan sesuatu permohonan pinjaman.
SYARAT-SYARAT |
PERATURAN SECARA TERPERINCI |
| Kelayakan |
Telah genap tiga (3) bulan menjadi anggota dan telah membayar modal saham sebanyak 100 unit saham. Pendapatan tetap minima RM500.00 sebulan. Umur pemohon 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 55 tahun.
Ahli semula perlu genap 12 bulan, baru layak untuk membuat pinjaman ini. |
| Jumlah Kelayakan |
Sepuluh Kali Gaji (termasuk elaun-elaun tetap) dicampur dengan jumlah simpanan yuran terkumpul. |
| Kelayakan Potongan Dan Cara Bayaran |
Gaji bersih dibawa pulang sekurang-kurangnya RM 150.00 daripada pendapatan tetap selepas ditolak potongan koperasi yang terbaru..
Bayaran balik hanya melalui potongan gaji (potongan melalui koperasi). Anggota daripada Bomba akan dikenakan 2AP |
| Perlindungan Insuran Ke Atas Pinjaman |
Diwajibkan untuk pinjaman SABP, Motorsikal, Insuran Kenderaan dan Pinjaman Pelancongan dan cara bayaran dipotong daripada jumlah pinjaman yang layak |
| Penangguhan |
Penangguhan tidak dibenarkan bagi pinjaman SABP, Motorsikal, Insuran Kenderaan dan Pinjaman Pelancongan |
| Dokumen |
Dengan mengisi borang permohonan pinjaman yang disediakan. Borang permohonan hendaklah diisi dengan kemas, bersih dan penggunaan cecair pemadam tidak dibenarkan.
Penggunaan ball pen mata bulat sahaja dibenarkan.
Setiap kesilapan hendaklah dipotong dengan satu garisan sahaja dan kemudian ditandatangani oleh pemohon serta penjamin.
Setiap pemohon dan penjamin perlu mengemukakan sesalinan slip gaji terkini dan sesalinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh ketua bahagian masing-masing.
Bagi permohonan daripada kakitangan kontrak, penjamin hendaklah daripada ahli yang berjawatan tetap.
Anggota berjawatan kontrak perlu mengemukakan salinan kontrak atau pengesahan baki tempoh perkhidmatan. |
Jenis – Jenis Pinjaman Yang Ditawarkan
1. Pinjaman Tunai
SYARAT-SYARAT |
PERATURAN SECARA TERPERINCI |
| Jumlah Kelayakkan Pinjaman |
Pemohon pinjaman RM 10,000.00 perlu mempunyai sekurang-kurangnya yuran terkumpul RM 3,500.00
Pemohon yang mempunyai yuran terkumpul dibawah RM 2,500.00 hanya layak membuat pinjaman RM 8,000.00 maksimum.
Anggota baru atau kali pertama membuat pinjaman atau caruman yuran terkumpul kurang RM 360.00, maksimum kelayakan pinjaman RM 4,000.00 |
| Kadar Keuntungan dan Tempoh Pinjaman |
Tempoh Pinjaman 12 bulan - 06%
Tempoh Pinjaman 24 bulan - 12%
Tempoh Pinjaman 36 bulan - 18% |
| Bilangan Penjamin |
2 Penjamin.
Penjamin ini hendaklah orang yang berlainan daripada penjamin-penjamin Skim Pinjaman Motorsikal Koperasi atau Skim Ansuran Barangan Pengguna, jika pernah ambil.
Setiap anggota hanya layak untuk membuat dua jaminan permohonan pinjaman
Penjamin yang mempunyai caruman yuran terkumpul berjumlah RM 2,500.00 dan ke atas sahaja layak untuk membuat jaminan pinjaman RM 8,000.00 |
| Penangguhan |
Penangguhan dibenarkan 2 kali sahaja bagi setahun, iaitu 6 bulan pertama sekali dan 6 bulan kedua sekali dengan mengisi borang yang berkaitan. |
| Pinjaman Bertindih |
Pinjaman bertindih dibenarkan dengan syarat pinjaman terdahulu telah cukup setengah kali potong.
Pinjaman Kecemasan dibenarkan dengan syarat gaji telah dipotong 4 kali. |
2. Pinjaman 90% Atas Yuran Terkumpul
SYARAT-SYARAT |
PERATURAN SECARA TERPERINCI |
| Jumlah Kelayakkan Pinjaman |
Pinjaman 90% daripada jumlah caruman yuran terkumpul tertakluk kepada maksimum RM10,000.00
Selagi masih ada kelayakan dari segi jumlah yuran caruman terkumpul dan potongan pertama untuk pinjaman terdahulu telah diterima. |
| Kadar Keuntungan dan Tempoh Pinjaman |
Tempoh Pinjaman 12 bulan - 04%
Tempoh Pinjaman 24 bulan - 08%
Tempoh Pinjaman 36 bulan - 12% |
| Penangguhan |
Penangguhan dibenarkan 2 kali sahaja bagi setahun, iaitu 6 bulan pertama sekali dan 6 bulan kedua sekali dengan mengisi borang yang berkaitan. |
| Bilangan Penjamin |
Penjamin tidak diperlukan. |
3. Pinjaman Tunai (Kecemasan)
SYARAT-SYARAT |
PERATURAN SECARA TERPERINCI |
| Jumlah Kelayakan Pinjaman |
Pinjaman kecemasan RM 2,000.00 sekali sahaja setahun
Pinjaman kecemasan RM 1,000.00 dua kali setahun
Jika sedang mengambil pinjaman tunai bersih atau tunai bertindih (potongan sedang berjalan), pinjaman kecemasan hanya boleh dibuat dengan syarat gaji telah dipotong sebanyak 4 kali.
Kriteria kecemasan perlu dinyatakan dengan jelas di dalam borang pinjaman dengan mengemukakan dokumen sokongan atau bukti |
| Kadar Keuntungan dan Tempoh Pinjaman |
Tempoh Pinjaman 12 bulan - 06% |
| Bilangan Penjamin |
1 Penjamin.
Penjamin ini hendaklah orang yang berlainan daripada penjamin-penjamin Skim Pinjaman Motorsikal Koperasi atau Skim Ansuran Barangan Pengguna, jika pernah ambil.
Setiap anggota hanya layak untuk membuat dua jaminan permohonan pinjaman |
| Penangguhan |
Penangguhan tidak dibenarkan. |
Sejarah Pengeluaran Pinjaman Bagi Pinjaman Tunai, Pinjaman Kecemasan dan Pinjaman 90% Atas Yuran (2001-2007)
4. Skim Pinjaman Pendidikan Tinggi Koperasi
SYARAT-SYARAT |
PERATURAN SECARA TERPERINCI |
| Jumlah Kelayakan Pinjaman |
Sepuluh Kali Gaji kasar pemohon, maksimum RM 5,000.00 tertakluk kepada Peringkat Pengajian..
Terbuka kepada anggota, anak-anak anggota dan tanggungan anggota.
Pinjaman, maksimum mengikut kategori:-
Pengajian Peringkat Sijil * - RM 1,500.00
Pengajian Peringkat Diploma - RM 3,000.00
Pengajian Peringkat Ijazah - RM 5,000.00
Seorang penuntut layak mendapat satu pinjaman sahaja walaupun keluarga menjadi anggota lebih daripada seorang. Pinjaman Bertindih tidak dibenarkan.
* Sijil Kemahiran, tempoh pengajian melebihi atau sama Enam Bulan |
| Kadar Keuntungan dan Tempoh Pinjaman |
Tempoh Pinjaman 12 bulan - 04%
Tempoh Pinjaman 24 bulan - 08%
Tempoh Pinjaman 36 bulan - 12% |
| Dokumen |
Setiap pemohon perlu mengemukakan :-
- Surat tawaran dari institusi pengajian yang asal
- Yuran pengajian.
Dokumen ini akan disahkan oleh pengurusan koperasi. |
| Bilangan Penjamin |
2 Penjamin.
Penjamin-penjamin ini boleh diambil daripada mana-mana anggota.
Setiap anggota hanya layak untuk membuat dua jaminan permohonan pinjaman Skim Pinjaman Pendidikan Tinggi Koperasi sahaja. |
Sejarah Pengeluaran Pinjaman Bagi Pinjaman Pendidikan Tinggi Koperasi
5. Skim Pinjaman Barangan Pengguna Koperasi
SYARAT-SYARAT |
PERATURAN SECARA TERPERINCI |
| Jumlah Kelayakan Pinjaman |
Sepuluh Kali Gaji kasar pemohon, maksimum RM 5,000.00 tertakluk kepada gaji bersih dibawa pulang tidak kurang RM 150.00 selepas ditolak potongan koperasi yang terbaru. |
| Kadar Keuntungan |
Tempoh Pinjaman 12 bulan - 06%
Tempoh Pinjaman 24 bulan - 12%
Tempoh Pinjaman 36 bulan - 18% |
| Tempoh Pinjaman |
Pilihan antara 12 bulan , 24 bulan atau 36 bulan |
| Bilangan Penjamin |
2 Penjamin.
Penjamin – penjamin ini hendaklah orang yang berlainan daripada penjamin - penjamin Pinjaman Tunai tetapi sama dengan penjamin – penjamin Skim Pinjaman Motorsikal Koperasi, jika pernah ambil.
Setiap anggota hanya layak untuk membuat dua jaminan permohonan pinjaman Skim Ansuran Barangan Pengguna sahaja. |
| Perlindungan Insuran Ke Atas Pinjaman |
Diwajibkan dan cara bayaran dipotong daripada jumlah pinjaman yang layak |
| Penangguhan |
Penangguhan tidak dibenarkan |
Sejarah Pengeluaran Pinjaman Skim Ansuran Barangan Pengguna
6. Pinjaman Motorsikal Koperasi
SYARAT-SYARAT |
PERATURAN SECARA TERPERINCI |
| Jumlah Kelayakan Pinjaman |
Sepuluh Kali Gaji kasar pemohon, maksimum RM 6,000.00 tertakluk kepada gaji bersih dibawa pulang tidak kurang RM 150.00 selepas ditolak potongan koperasi yang terbaru. |
Kadar Keuntungan dan Tempoh Pinjaman |
Tempoh Pinjaman 12 bulan - 06%
Tempoh Pinjaman 24 bulan - 12%
Tempoh Pinjaman 36 bulan - 18%
Tempoh Pinjaman 48 bulan - 24%
Tempoh Pinjaman 60 bulan - 30% |
Tempoh Pinjaman |
Pilihan antara 12 , 24, 36, 48 dan 60 bulan |
Bilangan Penjamin |
2 Penjamin.
Penjamin – penjamin ini hendaklah orang yang berlainan daripada penjamin - penjamin Pinjaman Tunai tetapi sama dengan penjamin – penjamin Skim Ansuran Barangan Pengguna, jika pernah ambil.
Setiap anggota hanya layak untuk membuat dua jaminan permohonan pinjaman Skim Pinjaman Motorsikal Koperasi sahaja. |
Perlindungan Insuran Ke Atas Pinjaman |
Diwajibkan dan cara bayaran dipotong daripada jumlah pinjaman yang layak |
Penangguhan |
Penangguhan tidak dibenarkan |
Syarat Lain |
Geran motorsikal akan disimpan oleh koperasi. Ia tidak dibenarkan dibawa keluar sehingga pinjaman selesai dibayar.
Pembaharuan insuran perlu dibuat melalui koperasi |
Sejarah Pengeluaran Pinjaman Skim Pinjaman Motorsikal Koperasi
7. Skim Pinjaman Pembiayaan Insuran Dan Cukai Jalan
SYARAT-SYARAT |
PERATURAN SECARA TERPERINCI |
Jumlah Kelayakan Pinjaman |
Sepuluh Kali Gaji kasar tetap pemohon, maksimum RM 1,000.00 tertakluk kepada gaji bersih dibawa pulang tidak kurang RM 150.00 selepas ditolak potongan koperasi yang terbaru. |
Kadar Keuntungan dan Tempoh Pinjaman |
Tempoh Pinjaman 12 bulan - 06% |
Bilangan Penjamin |
1 Penjamin.
Penjamin ini hendaklah orang yang berlainan daripada penjamin - penjamin Pinjaman Tunai tetapi sama dengan penjamin – penjamin Skim Pinjaman Motorsikal Koperasi atau Skim Ansuran Barangan Pengguna, jika pernah ambil.
Setiap anggota hanya layak untuk membuat dua jaminan permohonan pinjaman Skim Pinjaman Pembiayaan Insuran Dan Cukai Jalan Kenderaan Berinjin Koperasi |
Perlindungan Insuran Ke Atas Pinjaman |
Diwajibkan dan cara bayaran dipotong daripada jumlah pinjaman yang layak |
Penangguhan |
Penangguhan tidak dibenarkan |
Sejarah Pengeluaran Pinjaman Pembiayaan Insuran Dan Cukai Jalan
8. Lain-Lain Skim Pinjaman
- Skim Pembiayaan Permit Teksi
- Skim ini dilancarkan dengan kerjasama Tetuan Marlis Corporations Sdn Bhd dengan tujuan memberi pilihan alternatif kepada para anggota koperasi yang ingin menjalankan perkhidmatan teksi pada waktu lapang. Semenjak dilancarkan pada bulan Ogos 2004, seramai 25 anggota telah mendapat manfaat daripada skim ini. Sehingga Disember 2007, hanya 22 permit teksi yang masih beroperasi. Skim ini turut ditawarkan kepada para pesara, walaupun begitu ia kurang mendapat sambutan daripada anggota.
- Skim Pinjaman Pelancongan Koperasi
- Skim ini diwujudkan sebagai satu kemudahan bagi anggota dan anak – anak anggota menguruskan perjalanan umrah dan pelancongan. Bagi tahun 2007, 13 anggota telah mengambil kemudahan ini dengan jumlah pinjaman berjumlah RM 34,949.00.
|