Halaman Utama
    Profail
    Keanggotaan Koperasi
    Pengurusan Koperasi
    Kewangan Koperasi
    Perancangan Koperasi
    Perkhidmatan
    Kebajikan Anggota
    Pendidikan
      Pendidikan
    Sukan & Sosial
    Borang/Pekeliling
    Hiperangkai
  Pendidikan >> Pendidikan  
 
Pendidikan Anggota – Kursus, Seminar Dan Lawatan Sambil Belajar

Kursus dan Seminar

Anggota – anggota Koperasi digalakan untuk menyertai mana – mana kursus yang dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia, Jabatan Pembangunan Koperasi dan ANGKASA.

Kursus – kursus yang ditawarkan oleh penganjur – penganjur tersebut sangat berguna untuk anggota – anggota khususnya berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan koperasi.

Permohonan mengikuti kursus hendaklah melalui pentadbiran Koperasi. Antara kursus – kursus yang telah disertai oleh anggota – anggota Koperasi ini ialah :-

  1. Kursus Wajib Siri 1 Untuk Anggota Lembaga Koperasi Pada Ogos 2006 Anjuran  Angkasa Wilayah Persekutuan
  2. Kursus Keterampilan Bertutor Koperator Wanita Pada Ogos 2006 yang dianjurkan oleh ANGKASA
  3. Seminar Koperasi Kredit Wilayah Persekutuan 2006 Pada  Julai 2006 Anjuran  Jabatan Pembangunan Koperasi
  4. Kursus Tatacara Pengauditan Anjuran Maktab Kerjasama Malaysia, Feb 2006
  5. Program Seminar Wanita Ke Arah Pembentukan Koperator Wanita Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang Pada Julai 2004 Anjuran  Jabatan Pembangunan Koperasi

Pihak Koperasi juga setiap tahun mengadakan seminar dalaman dengan menjemput penceramah – penceramah dari luar untuk memberi pendedahan kepada anggota dari aspek mengurus dan mentadbir Koperasi  secara lebih menyeluruh. Antara  seminar yang telah diadakan ialah :

  1. Seminar Hak – Hak Ahli Sebagai Anggota Koperasi Pada Sept 2004
  2. Kempen Keanggotaan Siri 1Dis 2005
  3. Kempen Keanggotaan Siri II Nov 2006