|
Pihak Lembaga Koperasi sentiasa berusaha meningkatkan sumber pendapatan koperasi, beberapa rancangan akan dijalankan pada tahun 2008, antaranya :-
- Membekalkan pakaian dan cenderahati kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
- Membangunkan Tanah Kg. Attap dengan restoran dua tingkat melalui projek secara usahasama.
- Melibatkan diri dalam sektor ternakan dan membekal ternakan lembu dan kambing untuk korban.
- Melibatkan diri secara serius dalam industri pengiklanan luaran.
- Mengujudkan rangkaian kiosk di Bangunan Wawasan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Keselamatan Dan Penguatkuasaan.
- Mempromosikan penjualan insuran kenderaan berinjin kepada anggota–anggota.
- Menggerakkan aktiviti pelancongan dan umrah.
- Mengujudkan Bengkel Baikpulih Kenderaan.
- Mempelbagaikan kemudahan pinjaman bagi memberi lebih pilihan kepada anggota.
- Melupuskan pegangan asset koperasi yang tidak aktif.
Semuga perancangan yang diatur ini berjaya dilaksanakan.
Majlis Menandatangani Perjanjian Sedang Dijalankan Bagi Membangunkan Tanah Kg Attap Dengan Restoran Dua Tingkat |
|