Panggung Bandaraya

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Panggung Bandaraya

Penyelaras : Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Dan Sukan

Panggung Bandaraya yang diklasifikasikan sebagai antara 22 bangunan awam yang diwartakan sebagai bangunan warisan di bawah Akta Antikuiti merupakan antara Panggung yang tertua di Malaysia. Bangunan Panggung Bandaraya ini berusia lebih daripada 100 tahun. Panggung Bandaraya ini pada suatu ketika dahulu amat terkenal dikalangan penggiat dan pencinta seni kini telah dinaik taraf sebagai sebuah penggung yang amat sesuai untuk pementasan teater dan muzikal juga meletakkannya dalam senarai antara panggung yang tercanggih di Malaysia.

Penaikkan taraf dan Pembukaan Semula Panggung Bandaraya ini juga merupakan salah satu daripada usaha dan tanggung jawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terhadap dasar pembangunan kebudayaan yang mana antaranya mewujudkan ruang dan peluang berkarya dan membuat persembahan oleh penggiat, penggerak dan kumpulan kesenian kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing menikmati produk kesenian khususnya seni persembahan pentas.

Panggung Bandaraya | Penggunaan Panggung Bandaraya 2004-2010

Sebanyak 32 acara kesenian yang telah berjaya disusun bagi pengisian Program 2004, 28 acara bagi pengisian Program 2005 dan 24 acara bagi tahun 2006 dan 25 acara bagi tahun 2007, 25 acara bagi tahun 2008, 25 acara bagi tahun 2009, 35 acara bagi tahun 2010, 28 acara bagi tahun 2011 dan 25 acara bagi tahun 2012 yang merangkumi kesenian pelbagai kaum dan genre persembahan iaitu Teater Bangsawan, Teater Tradisional Mak Yong dan Mek Mulung, Teater Melayu Moden, Teater Inggeris, Teater Cina, Opera Cina, Muzikal Broadway Inggeris, Muzikal Tempatan dan Antarabangsa, Orkestra Klasik Cina, Festival Teater, Festival Tarian, Pertandingan Piano Antarabangsa, Pertandingan Pantun, Drama Tari serta Tarian Kontemporari dan Tarian Klasik India.

Program-program kesenian ini diharap akan dapat merealisasikan harapan dan hasrat DBKL untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Budaya bagi menarik warga kota yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama serta pelancong-pelancong untuk menikmati produk kebudayaan dan kesenian yang terdapat di Kuala Lumpur.

Disamping itu, Panggung Bandaraya ini juga telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pembuat filem, iklan dan drama untuk dijadikan lokasi penggambaran. Beberapa rancangan realiti juga seperti ‘Malaysian Idol’ dan ‘So You Think You Can Dance’ juga telah diadakan di Panggung yang bersejarah ini.

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

1746445
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

26-04-2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Panggung Bandaraya
Skip to content