|
| ALAM SEKITAR |
| 15.1 |
PENGENALAN |
| |
716. |
Persekitaran Bandar Raya merangkumi bukan sahaja aspek-aspek
yang boleh diukur seperti kualiti air, udara dan tahap kebisingan
tetapi juga aspek-aspek yang sukar diukur khususnya aspekaspek
perasaan dan visual rupa bandar dan ameniti. Ianya juga satu
komponen penting dalam kualiti hidup yang dapat diberikan
oleh Bandar Raya kepada warga kota serta menyumbang kepada
imej dan identiti Bandar Raya.
|
| |
717. |
Objektif alam sekitar
PSKL 1984 adalah untuk menjamin taraf alam sekitar yang
sebaik mungkin dengan memperbaiki dan memelihara perseimbangan
yang bijak di antara pembangunan, ekologi dan warisan negara.
Strategi yang menyokong objektif ini adalah untuk menggalakkan
mutu ameniti alam sekitar yang tinggi dari segi seni bandar
dan seni taman bagi mencapai persekitaran yang bebas dari bentuk
pencemaran utama. |
| |
718. |
Program alam sekitar selepas PSKL 1984 telah banyak memberi
penekanan terhadap ameniti berbanding suasana persekitaran.
Penekanan ini telah berubah disebabkan kesedaran bahawa pertimbangan
untuk alam sekitar tidak seharusnya dihadkan kepada kawalan
pencemaran tetapi lebih positif ke arah mewujudkan persekitaran
yang selesa, ceria dan merangsang. Tambahan pula, piawaian
untuk kualiti air, kualiti udara, tahap kebisingan, sisa industri
dan buangan efluen adalah ditentukan di peringkat nasional,
manakala DBKL terlibat mengawal secara langsung perkara-perkara
seperti penanaman pokok dan seni bandar.
|
| |
719. |
Adalah penting untuk bertindak balas kepada isu alam sekitar
yang dihadapi oleh Bandar Raya dengan mengambil langkah pencegahan,
kawalan atau pembaikan yang sesuai, pendekatan selari juga
perlu dengan mengarahkan tindakan dan program-program ke arah
mewujudkan ciri dan imej bandar tersendiri yang lahir dari
wawasan Kuala Lumpur untuk menjadi bandar raya bertaraf dunia.
Tambahan lagi, sebagai ibu negara, Kuala Lumpur mempunyai
potensi dan juga bertanggungjawab untuk meningkatkan piawaian
nasional yang telah ditetapkan.

|
| 14.2 |
KEADAAN
SEMASA DAN ISU |
| |
15.2.1 |
PERSEKITARAN
FIZIKAL |
| |
|
a)
|
Cerun-cerun
Curam |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
720. |
Kuala Lumpur terletak pada paras antara 30 meter dan 200
meter dari aras laut, mempunyai dataran lembah sungai yang
rata di bahagian utara dan timur, bukit-bukit bercerun curam
ke arah barat, timur laut dan selatan serta lembah sungai
yang sempit ke arah barat daya, di mana Sungai Klang mengalir
ke arah pantai (rujuk Rajah 15.1).
|
| |
|
721. |
Sehingga kini, pembangunan
di kawasan-kawasan cerun melebihi 30 darjah masih berlaku dan
ini menyebabkan ketidakstabilan cerun yang serius terutamanya
di kawasan pembangunan bertingkat dan berkepadatan tinggi. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
722. |
Kekurangan langkah-langkah
untuk menstabilkan cerun atau menutup tanah-tanah terbuka dalam
pembangunan baru adalah penyebab utama hakisan tanah. PSKL 1984
telah mengambil kira isu hakisan tanah dan kestabilan cerun
serta menyediakan garis panduan untuk pembangunan. Walau bagaimanapun,
hakisan tanah dari tapaktapak pembinaan masih terus berlaku.
Hakisan tanah disebabkan pembinaan di cerun-cerun
curam. |
| |
|
b)
|
Kualiti
Air Sungai |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
723. |
Dua daripada tiga sungai utama di Kuala Lumpur iaitu Sungai
Klang dan Sungai Gombak mengalir melalui Pusat Bandar Raya.
Ketiga-tiga sungai berpunca daripada kawasan tinggi di bahagian
utara Kuala Lumpur (rujuk Rajah 15.2) dan mengandungi muatan
pepejal terampai yang tinggi, berdasarkan kepada warnanya
yang keruh. Punca utama kepada situasi ini adalah pembuangan
keladak dari tapak-tapak pembinaan.
|
| |
|
724. |
Sampah sarap di dalam sungai juga adalah satu
masalah serius yang berpunca dari pembuangan sisa pepejal
tanpa kawalan dari kawasan setinggan di sepanjang tebing sungai.
Pembuangan secara langsung air sisa domestik ke dalam sungai
masih lagi berlaku di beberapa kawasan, ini menambah masalah
pencemaran sungai seperti yang dilaporkan di dalam Laporan
Kualiti Alam Sekeliling 2000 Malaysia Indeks Kualiti Air (WQI)
menunjukkan kualiti air Sungai Klang dan Sungai Gombak masih
tercemar, (WQI Kelas III 51.9-76.5) di mana rawatan secara
ekstensif diperlukan.
|
| |
|
|
|
| |
|
|
|
| |
|
|
|
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kualiti
air sungai bandar raya yang rendah. |
| |
|
c)
|
Kawasan
Mudah Banjir |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
725. |
Banjir adalah perkara
biasa berlaku di Kuala Lumpur setiap kali hujan lebat, terutamanya
di Pusat Bandar Raya dan kawasan hilir (rujuk Rajah 15.3). Banjir
kilat yang sering berlaku mengganggu fungsi Bandar Raya, merosakkan
harta benda dan mengancam kehidupan manusia. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
726. |
Isu-isu berkaitan
banjir diterangkan dalam Bab 11: Infrastruktur dan Utiliti. |
| |
|
727. |
Pembangunan struktur di dalam rizab sungai mengurangkan kapasiti
aliran sungai di Bandar Raya dan meningkatkan kebarangkalian
berlakunya banjir.
Halangan aliran air hujan oleh pembinaan struktur
di dalam rizab sungai.

|
| |
|
d)
|
Tanah
Jerlus |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
728. |
Batuan bawah tanah
bagi kebanyakan kawasan di sebelah utara Kuala Lumpur terdiri
daripada batu kapur dan granit hinggalah kepada percampuran
schist-phylite dan quartzite-phylite. Batu kapur dan quartzite-phylite
terdapat di bahagiantengah Bandar Raya terutamanya di Pusat
Bandar Raya. Di bahagian selatan Kuala Lumpur, sebahagian besarnya
terdiri daripada batu granit (rujuk Rajah 15.4). |
| |
|
729. |
Kawasan yang diliputi
oleh marmar atau batu kapur adalah lebih terdedah kepada keruntuhan
struktur bawah tanah, disebabkan oleh pembentukan rongga atau
tanah jerlus. Kebanyakan tanah jerlus berlaku dalam garisan
sasar, di mana berlakunya peresapan air bawah tanah dari laluan-laluan
air utama dan melarutkan batu marmar atau batu kapur melalui
tindak balas asid. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
730. |
Kejadian tanah
jerlus kebanyakannya berlaku di kawasan berdekatan dua sungai
utama yang melalui Pusat Bandar Raya, di kawasan pembangunan
pesat yang melibatkan projek berskala besar telah mengganggu
aras air. Kejadian tanah jerlus ini kadangkala mengganggu pembinaan
bangunan.
Gangguan pembinaan akibat tanah jerlus. |
| |
15.2.2 |
FLORA DAN FAUNA |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
731. |
Terdapat tiga hutan simpan di Kuala Lumpur, iaitu Hutan
Simpan Bukit Nanas (10.52 hektar), Hutan Simpan Bukit Sungai
Putih (7.41 hektar) dan Hutan Simpan Bukit Sungai Besi (42.11
hektar) (rujuk Rajah 15.5). Bukit Nanas yang terletak di tengah
Pusat Bandar Raya merupakan salah satu hutan dara tertua di
rantau ini. Baki kawasan hutan ini merupakan tempat tinggal
untuk beberapa spesies fauna terutamanya monyet, tikus kesturi,
tupai dan burung.
|
| |
|
|
|
| |
|
|
|
| |
|
|
|
| |
|
732. |
Terdapat juga beberapa
tempat terpencil termasuk sebahagian kawasan Kampong Sungai
Penchala dan Damansara yang mengandungi tumbuhan hutan. Walaupun
luas, kebanyakan kawasan hutan ini terletak di lereng bukit
dan dikelilingi oleh projek pembangunan. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
733. |
Sebahagian daripada
baki kawasan hutan masih di bawah ancaman pembangunan. Pencerobohan
pembangunan dalam kebanyakan kes telah menjadikan kawasan hutan
tidak lagi mapan sebagai habitat semula jadi kehidupan liar.
Di sesetengah kawasan, keseluruhan koloni telah lenyap sementara
di habitat lain, hidupan liar terpaksa mencari sumber makanan
di luar habitatnya hingga menimbulkan konflik dengan penduduk
di kawasan perumahan bersebelahan.
Ancaman terhadap baki kawasan hutan. |
| |
15.2.3 |
PENCEMARAN |
| |
|
a)
|
Kualiti
Udara |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
734. |
Berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2000 Malaysia,
Indeks Pencemaran Udara (API) menunjukkan bahawa kualiti udara
di Kuala Lumpur adalah di antara baik (API 0-50) dan sederhana
(API 51-100) sepanjang masa, kecuali beberapa hari yang tidak
sihat dialami semasa cuaca kering pada bulan Mei dan Julai
(rujuk Rajah 15.6). Walau bagaimanapun, terdapat keadaan kualiti
udara yang direkodkan tidak sihat di Kuala Lumpur disebabkan
oleh kehadiran paras ozon yang tinggi akibat dari tindak balas
nitrogen oksida (NOx) dan sebatian mudah ruap (VOCs) yang
dilepaskan daripada kenderaan bermotor dan sumber industri,
tindak balas daripada cahaya matahari dan haba.
|
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
735. |
Sumber-sumber utama pencemaran udara di Bandar Raya adalah
seperti pembakaran terbuka, pelepasan dari kenderaan bermotor
dan kerja-kerja pembinaan serta sumbangan kecil daripada industri
di pinggir Bandar Raya. Kemerosotan kualiti udara boleh menjadi
bencana yang serius terhadap kesihatan manusia, berkaitan
dengan penyakit respirasi dan pengurangan jarak penglihatan.
Kemerosotan kualiti udara.

|
| |
|
b)
|
Paras
Bunyi |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
736. |
Berdasarkan Laporan
Kualiti Alam Sekeliling 2000 Malaysia, pemantauan paras bunyi
tertumpu kepada penilaian kesan pendedahan bunyi terhadap penerimaan
bunyi sensitif di premis seperti sekolah dan hospital di Kuala
Lumpur didapati di antara 57.8 desibel dan 71.8 desibel pada
waktu siang (7 pagi ke 10 malam), iaitu melebihi had 55 desibel
yang disarankan oleh World Health Organization (WHO). Lalu lintas
kenderaan merupakan punca utama bunyi, manakala punca punca
bunyi lain yang memberi kesan kepada kawasan setempat adalah
daripada mesin perindustrian dan LRT. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
737. |
Garis panduan pembangunan
tidak menetapkan keperluan zon penampan yang mencukupi di antara
kawasan perumahan dan potensi punca pencemaran. Dalam sesetengah
kes, lebuh raya dan jalan-jalan utama dibina melalui kawasan
kediaman yang berkepadatan tinggi. Paras bunyi bukan sahaja
mengganggu keselesaan penduduk, malah boleh menimbulkan masalah
kesihatan.
Paras bunyi yang tinggi di kebanyakan kawasan Bandar
Raya. |
| |
|
c)
|
Tanah
Tercemar |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
738. |
Tapak pelupusan sedia ada di Taman Beringin dan bekas-bekas
tapak pelupusan sisa pepejal berhampiran Sri Petaling dan
Jinjang Utara merupakan tanah tercemar disebabkan pembuangan
sisa pepejal secara tidak teratur dan rawatan tanah yang tidak
sistematik. Gas methane, bahan kimia dan sisa toksik serta
air larutan (leachate) yang terdapat di tapak ini mencemarkan
tanah, air permukaan dan air bawah tanah serta kualiti udara.
|
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
739. |
Pembangunan pesat
telah memberi tekanan kepada keperluan untuk membangunkan semula
kawasan tanah tercemar. Peraturan dan perundangan khusus untuk
mengawal penggunaan kawasan tanah tercemar perlu diadakan mengikut
piawaian, prosedur dan teknologi yang sesuai.
Tiada kawalan dan peraturan penggunaan kawasan tanah
tercemar |
| |
15.2.4 |
KAWASAN SENSITIF
ALAM SEKITAR |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
740. |
Kawasan sensitif
alam sekitar didefinisikan sebagai satu kawasan yang perlu diberi
perhatian khusus atau pertimbangan yang sewajarnya sebelum sesuatu
pembangunan dibenarkan dalam kawasan berkenaan atau kawasan
berdekatan. Kawasan sensitif alam sekitar adalah kawasan yang
terdedah kepada hakisan, banjir, cerun curam, tanah jerlus,
pencemaran udara, air dan bunyi serta kawasan hutan dan warisan
tidak didokumentasikan dengan baik. |
| |
|
741. |
Disebabkan kekurangan
garis panduan, kesan pembangunan terhadap kawasan sensitif alam
sekitar tidak diberikan perhatian yang sewajarnya, mengakibatkan
kemerosotan persekitaran semula jadi Bandar Raya. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
742. |
Garis panduan perancangan sedia ada tidak cukup komprehensif
untuk menilai kesan projek pembangunan terhadap kawasan
sensitif alam sekitar.
Kekurangan garis panduan pembangunan untuk kawasan
sensitif alam sekitar.
|
| 15.3 |
OBJEKTIF |
| |
743. |
Untuk meningkatkan kualiti hidup Bandar Raya setaraf dengan
wawasan sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia, DBKL bertujuan
untuk:
mewujudkan Bandar Taman Tropika yang sensitif kepada
tapak semula jadi dan sesuai dengan lokasi wilayah tropikanya;
meneruskan pengekalan keseimbangan yang saksama antara
pembangunan, ekologi dan warisan negara;
meningkatkan persekitaran kehidupan bandar raya; dan
mencapai persekitaran yang bebas daripada sebarang
bentuk pencemaran utama.\

|
| 15.4 |
DASAR DAN CADANGAN
|
| |
15.4.1 |
BANDAR RAYA TAMAN
TROPIKA |
| |
|
744. |
Program landskap dan pengindahan yang telah dijalankan kebelakangan
ini amat berjaya dan membantu dalam mengubah persekitaran
Bandar Raya, terutamanya di Pusat Bandar Raya. Program-program
ini seharusnya ditingkatkan dan diperluaskan untuk merangkumi
semua kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian di Kuala
Lumpur ke arah merealisasikan objektif mewujudkan sebuah Bandar
Raya Taman Tropika.
Dasar:
EN 1: DBKL akan mempromosikan program pengindahan dan landskap
di kawasan kediaman, perdagangan dan perindustrian.
EN 2: DBKL akan menggiatkan program-program penanaman pokok
di tepi jalan serta melandskapkan kawasan lapang dan rekreasi.
|
| |
|
745. |
Sebahagian kawasan lapang yang dimiliki swasta, tapak kosong
dan kawasan yang belum dibangunkan di Bandar Raya, terutamanya
dalam penglihatan orang ramai atau berdekatan kawasan lapang
berlandskap perlu dilandskapkan dengan betul untuk meningkatkan
ameniti persekitaran.
Dasar:
EN 3: DBKL akan memastikan kawasan lapang sedia ada milik
swasta dan kawasan kosong lain diperuntukkan dengan landskap
yang sesuai.

|
| |
|
746. |
Strategi akan dirumuskan untuk mengambil kira sungai-sungai
dan kolam bekas lombong ke dalam ameniti persekitaran Bandar
Raya melalui penggunaan landskap dan langkah-langkah pembaikan
yang lain.
Dasar:
EN 4: DBKL akan memastikan sungai dilandskapkan dan tapak
bekas lombong dipulihkan semula.
EN 5: DBKL akan memulakan strategi yang sesuai untuk mengintegrasikan
sungai utama dan tapak bekas lombong terbiar sebagai suatu
ameniti dan elemen reka bentuk bandar.
|
| |
15.4.2 |
PERSEKITARAN
FIZIKAL |
| |
|
a)
|
Cerun-cerun Curam |
| |
|
747. |
Pembangunan di kawasan berbukit perlu diberi perhatian serius
selaras dengan peraturan-peraturan Bandar Raya untuk menyokong
peraturan-peraturan dan dasar-dasar kerajaan yang sedia ada
terpakai. Khususnya, konsep fit-to-terrain dalam
reka bentuk susun atur haruslah diaplikasikan dalam pembangunan
di kawasan berbukit.
Dasar: EN 6: DBKL tidak akan membenarkan pembangunan
di lereng bukit yang bercerun melebihi tahap yang dibenarkan
dalam dasar dan peraturan Kerajaan Persekutuan.
EN 7: DBKL akan memerlukan kajian geoteknikal untuk semua
pembangunan yang dijalankan di kawasan lereng bukit.
|
| |
|
b)
|
Kualiti Air Sungai |
| |
|
748. |
Syarat penting bagi meningkatkan kualiti air sungai ialah
dengan memastikan semua air buangan dari pembetungan setempat
dirawat dengan betul sebelum dilepaskan ke dalam sistem sungai
dan perparitan.
Dasar:
EN 8: DBKL akan, dengan kerjasama pemegang konsesi pembetungan,
memastikan tiada lagi pelepasan air buangan domestik yang
tidak dirawat ke dalam sistem sungai dan perparitan.
|
| |
|
749. |
Program penempatan semula setinggan akan membantu meningkatkan
kualiti air dengan mengurangkan punca utama pencemaran.
Walau bagaimanapun, kaedah alternatif untuk membersihkan
laluan air Bandar Raya dengan menggunakan teknologi yang
maju dan efektif kos akan dikaji. Kaedah ini termasuklah
penggunaan air terjun kecil bagi meningkatkan pengoksigenan
dan pengudaraan sungai dan membaiki kapasitinya untuk menyokong
hidupan akuatik.
Dasar:
EN 9: DBKL akan mengkaji kemungkinan pendekatan-pendekatan
baru bagi meningkatkan pengoksigenan, pengudaraan dan kualiti
air sungai Bandar Raya untuk menyokong hidupan akuatik di
dalam sungai.
|
| |
|
c)
|
Kawasan Mudah Banjir |
| |
|
750. |
DBKL akan terus bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan
Saliran Persekutuan dalam mengekalkan kapasiti aliran sungai
serta memastikan tidak berlaku sebarang sekatan. Kemungkinan
pembinaan perangkap-perangkap pepejal terampai di hulu sungai
dan di lokasi strategik yang lain untuk mengumpul sisa buangan
dan mengurangkan sebarang sekatan akan dikaji bagi menyediakan
langkah jangka panjang yang lebih berkesan untuk mengelakkan
banjir.
Dasar:
EN 10: DBKL akan mengaktifkan semula program pemulihan semula
Sungai Klang dan Sungai Gombak.
|
| |
|
751. |
Pengurangan kapasiti
aliran sungai sedia ada akibat pembinaan struktur tetap di dalam
rizab sungai tidak lagi dibenarkan.
Dasar:
EN 11: DBKL tidak akan meluluskan pembangunan yang melibatkan
struktur tetap di dalam rizab sungai. |
| |
|
d)
|
Tanah Jerlus |
| |
|
752. |
Untuk mengurangkan bahaya akibat keruntuhan struktur dan
potensi gangguan terhadap aktiviti pembinaan di kawasan pembentukan
batu kapur, laporan geoteknikal perlu dikemukakan bersama
dengan permohonan pembangunan.
Dasar:
EN 12: DBKL akan menghendaki permohonan pembangunan di kawasan
pembentukan batu kapur disertakan dengan laporan geoteknikal.
|
| |
15.4.3 |
FLORA DAN FAUNA |
| |
|
753. |
Flora dan fauna
semula jadi Bandar Raya adalah sumber penting yang mesti dipelihara
dan digalakkan untuk berkembang bagi manfaat penduduk Bandar
Raya dan generasi seterusnya. |
| |
|
754. |
Satu rangkaian
kawasan hijau yang saling berkait akan diwujudkan dengan menghubungkan
taman utama dan hutan simpan dengan rizab sungai, jalan, rel
dan utiliti. Lingkaran kawasan hijau ini akan membantu mewujudkan
persekitaran hidup yang mapan untuk hidupan liar. Program-program
akan dirumuskan untuk memberi perhatian khusus terhadap pemuliharaan
elemen semula jadi Bandar Raya, termasuk pokok dan tumbuhan
asli, haiwan dan burung, dan mengukuhkan ciri-ciri tropika Bandar
Raya. Program-program ini termasuklah peningkatan sumber-sumber
makanan bagi hidupan liar seperti penanaman pokok berbuah dan
menyediakan stesen pemberian makanan.
Dasar:
EN 13: DBKL akan memelihara baki kawasan hutan dan mengekalkan
kepelbagaian mapan serta populasi hidupan liar di dalam Bandar
Raya. |
| |
15.4.4 |
KAWALAN PENCEMARAN |
| |
|
a)
|
Kualiti Udara |
| |
|
755. |
Penurunan jumlah lalu lintas jalan raya mempunyai hubungan
secara langsung terhadap pengurangan pencemaran udara. Dasar-dasar
pengangkutan yang mempromosikan penggunaan pengangkutan awam
berbanding pengangkutan persendirian bukan sahaja membantu
dalam pengurusan permintaan lalu lintas, tetapi juga dapat
mengurangkan pencemaran udara. Program-program lain untuk
mengurangkan kesan pencemaran dari kenderaan juga akan dilaksanakan
seperti pembinaan penampan semula jadi dan buatan manusia
di sepanjang jalan dengan penanaman pokok secara padat, pokok
pagar dan pokok rimbun sebagai perangkap debu.
Dasar:
EN 14: DBKL akan memastikan penyediaan kawasan penampan berlandskap
yang mencukupi di antara lebuh raya dan kawasan tepu bina
lain.
|
| |
|
756. |
Jabatan Alam Sekitar
adalah bertanggungjawab untuk menguatkuasakan langkah-langkah
berkaitan dengan pencemaran udara dan DBKL perlu menyelaras
bersama jabatan berkaitan untuk mengurangkan pencemaran udara.
Dasar:
EN 15: DBKL akan, dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, mengambil
langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran udara di dalam
Bandar Raya. |
| |
|
b)
|
Paras bunyi |
| |
|
757. |
Dasar pengangkutan
bagi mempromosikan pengangkutan awam dan mengurangkan kenderaan
persendirian di jalan raya juga merupakan strategi penting dalam
menurunkan paras bunyi. Tambahan pula, keperluan untuk menaikkan
piawaian jarak anjakan antara kediaman dan jalan jalan utama
akan dikaji.
Dasar:
EN 16: DBKL akan melaksanakan langkah-langkah untuk menurunkan
paras bunyi di Bandar Raya. |
| |
|
b)
|
Tanah Tercemar |
| |
|
758. |
Tanah-tanah tercemar
hendaklah dirawat agar kawasan ini dapat digunakan semula untuk
kegunaan yang sesuai. Rawatan kawasan ini dijangka akan mengambil
masa melebihi 20 tahun dan dalam tempoh tersebut kawasan ini
akan dijadikan kawasan hijau sensitif. Oleh itu peraturan dan
prosedur rawatan yang sesuai hendaklah disediakan.
Dasar:
EN 17: DBKL akan memastikan kawasan tanah tercemar dirawat dan
dikhaskan sebagai kawasan hijau sensitif. |
| |
15.4.5 |
KAWASAN SENSITIF
ALAM SEKITAR |
| |
|
759. |
Langkah-langkah
perlu diperkenalkan untuk mewujudkan persekitaran mapan yang
dapat mengekalkan keseimbangan saksama di antara pembangunan,
ekologi dan warisan negara. Untuk mengelakkan kompromi antara
alam semula jadi dan bentuk warisan Bandar Raya, kawasan sensitif
alam sekitar akan ditentukan dan didokumentasikan dengan baik.
Garis panduan juga akan dirumuskan untuk memandu, mengawal dan
mengurus pembangunan di dalam dan di sekitar kawasan tersebut.
Dasar:
EN 18: DBKL akan, menentukan kawasan sensitif alam sekitar dan
menyediakan garis panduan bagi pengawalan dan pengurusannya. |
| |
15.4.6 |
PENYERTAAN AWAM |
| |
|
760. |
Aktiviti-aktiviti
ekonomi yang melibatkan pihak awam hendaklah dilaksanakan selaras
dengan konteks Local Agenda 21. Penglibatan awam hendaklah membantu
mencapai alam sekitar mapan dalam mengoptimumkan penggunaan
sumber-sumber yang ada. |
| |
|
761. |
Konsep eko-perkongsian,
yang memberi penekanan kepada usaha perancangan pelbagai pihak
yang berkepentingan seperti perusahaan swasta, pelbagai agensi
kerajaan, organisasi berasaskan komuniti dan bukan kerajaan
(CBOs dan NGOs) bagi menjalankan aktiviti kajian dalam meningkatkan
kesedaran awam tentang persekitaran mapan akan dipromosikan
dan dipertingkatkan. Kempen jalan bersih, udara
bersih dan air bersih di mana DBKL dengan
kerjasama NGOs dan konsesi swasta telah menerajui untuk meluaskan
konsep eko-perkongsian. Pihak awam juga akan digalakkan mengamalkan
Konsep 3R, iaitu Reduce (mengurang), Reuse
(mengguna semula) dan Recycle (mengitar semula).
Programprogram sebegini boleh dijalankan pada peringkat kejiranan.
Dasar:
EN 19: DBKL akan, dengan kerjasama agensi kerajaan lain, sektor
awam dan swasta, mengambil langkah proaktif bagi memastikan
pembangunan ekonomi, fizikal dan sosial mapan sesuai dengan
persekitaran sedia ada. |
| |
15.4.7 |
PENGURUSAN ALAM
SEKITAR |
| |
|
762. |
Semua dasar yang telah dirumuskan dan garis panduan yang
didrafkan akan menjadi asas bagi rangka kerja yang komprehensif
untuk memandu, mengawal dan mengurus pembangunan baru serta
kerja-kerja pembaikan di Kuala Lumpur. Bagi melaksanakan langkah-langkah
ini, Unit Alam Sekitar di bawah Jabatan Kesihatan DBKL akan
diperkukuhkan untuk mengawal dan memudahkan penyelarasan dengan
semua pihak yang berkepentingan serta semua jabatan berkaitan
di dalam dan di luar DBKL.
Dasar:
EN 20: DBKL akan menyelaras bersama pihak yang berkepentingan
yang berkaitan untuk melaksanakan dasar dan garis panduan
bagi kawasan sensitif alam sekitar.

|
|
|