[ English ]   [ Malay ]

Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020

Prakata

Penghargaan

1 Pengenalan

2 Konteks Pertumbuhan Antarabangsa dan Nasional

3 Wawasan dan Matlamat Kuala Lumpur


4 Asas Ekonomi dan Penduduk
  4.1 Pengenalan
  4.2 Keadaan Semasa dan Isu
  4.2.1 Asas Ekonomi
  4.2.2 Pekerjaan
  4.2.3 Penduduk
  4.3 Objektif
  4.4 Sasaran Penduduk dan Pekerjaan
4.5 Dasar dan Cadangan
4.5.1 Asas Ekonomi dan Pekerjaan
4.5.2 Penduduk Yang Optimum

5 Pendapatan dan Kualiti Hidup

6 Guna Tanah dan Strategi Pembangunan

7 Perdagangan

8 Pelancongan

9 Industri

10 Pengangkutan

11 Infrastruktur dan Utiliti

12 Perumahan

13 Kemudahan Masyarakat

14 Reka Bentuk Bandar dan Landskap

15 Alam Sekitar

16 Kawasan Khusus

17 Zon Strategik

18 Perlaksanaan


Singkatan


Glosari


 

ASAS EKONOMI DAN PENDUDUK
4.1 PENGENALAN
  68. Sebagai ibu negara, kawasan tadahan ekonomi bagi Kuala Lumpur pada amnya meliputi seluruh negara. Aktiviti-aktiviti kehidupan semasa di Bandar Raya, infrastruktur dan bangunanbangunan, taman-taman dan monumen-monumen, spektrum sosial, kerohanian, kemudahan riadah dan hiburan, serta tumpuan pusat pusat institusi kerajaan dan bukan kerajaan merupakan manifestasi fungsi-fungsi Bandar Raya sebagai ibu negara. Dengan perpindahan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ke Putrajaya, penyusutan peranan ini mungkin dirasai, namun fungsi Bandar Raya akan kekal sebagai pusat perniagaan dan ekonomi.
  69. Pada masa yang sama, Kuala Lumpur dan konurbasinya (KLK) merupakan satu wilayah yang paling pesat berkembang dari segi perindustrian dan ekonomi di negara ini. Tambahan pula, dengan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang baru di Sepang, perwujudan MSC yang termasuk Putrajaya dan Cyberjaya, dan pembesaran Pelabuhan Klang, telah mengukuhkan lagi kepentingan ekonomi Bandar Raya di peringkat nasional dan antarabangsa.
  70.

Sebagai pusat perniagaan antarabangsa, Kuala Lumpur bersaing dengan beberapa bandar raya seperti Singapura, Bangkok, Manila dan Hong Kong untuk mendapat kedudukan utama dalam Rantau Asia Pasifik. Dalam mencapai wawasan untuk menjadi Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia, Kuala Lumpur sewajarnya mengutamakan tumpuan terhadap perspektif-perspektif wilayah, nasional dan antarabangsa, mengguna peluang-peluang yang ada dan mendefinisikan peranannya secara khusus.


4.2 KEADAAN SEMASA DAN ISU
  4.2.1 ASAS EKONOMI
    71.

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Kuala Lumpur (pada nilai pembelian tahun 1987) telah meningkat daripada RM21,157 juta (pada tahun 1995) kepada RM25,968 juta, pada tahun 2000 dengan kadar pertumbuhan purata tahunan 4.2 peratus. Kadar purata pertumbuhan tahunan KDNK Malaysia bagi tempoh yang sama adalah 4.7 peratus (rujuk Jadual 4.1).


    72.

KDNK per kapita Kuala Lumpur bagi tempoh 1995 hingga 2000 meningkat dari RM22,799 kepada RM30,727 dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6.1 peratus. KDNK per kapita Kuala Lumpur adalah lebih sekali ganda berbanding dengan KDNK per kapita negara (rujuk Jadual 4.2).


  4.2.2 PEKERJAAN
   
i.
Keadaan Semasa
    73.

Jumlah pekerjaan semasa bagi Kuala Lumpur dianggarkan sekitar 838,400. Struktur ekonomi dalam konteks Kuala Lumpur dan KLK dari segi taburan pekerjaan mengikut sektor ditunjukkan dalam Jadual 4.3.

    74. Sektor tertari atau perkhidmatan membentuk komponen pekerjaan terbesar di Kuala Lumpur yang merupakan 83.0 peratus daripada jumlah keseluruhan berbanding 71.0 peratus di KLK. Berdasarkan kepada Rancangan Malaysia Kelapan, Kuala Lumpur mempunyai anggaran peratusan terbesar iaitu 58.0 peratus daripada jumlah pekerjaan sektor perkhidmatan di dalam KLK. Sektor tertari merangkumi perkhidmatanperkhidmatan kewangan, insurans, hartanah dan perniagaan, pemborongan dan perdagangan, restoran dan hotel, pengangkutan, pergudangan & komunikasi, utiliti, perkhidmatan swasta dan perkhidmatan kerajaan.
    75.

Sektor sekunder, yang terdiri daripada sektor perkilangan dan pembinaan, menyumbang hanya 16.0 peratus daripada jumlah pekerjaan di Kuala Lumpur berbanding dengan 26.0 peratus di KLK.

    76.

Nisbah pekerjaan kepada penduduk di Kuala Lumpur adalah tinggi iaitu 59.0 peratus berbanding dengan 41.0 peratus bagi kawasan yang selebihnya di KLK dan 40.0 peratus bagi seluruh negara.

   
ii.
Isu
    77. Pekerjaan dalam komponen pembuatan telah menurun kepada 10.5 peratus daripada jumlah pekerjaan pada tahun 2000 berbanding dengan 16.8 peratus pada tahun 1980 yang membawa kepada pengurangan dalam julat peluang pekerjaan bagi sektor pembuatan.

• Kemerosotan pekerjaan dalam sektor pembuatan.
  4.2.3 PENDUDUK
   
a)
Umum
   
i.
Keadaan Semasa
    78.

Berdasarkan sumber Jabatan Perangkaan dan andaian yang dibuat daripada bilangan unit perumahan di Kuala Lumpur, dianggarkan penduduk Kuala Lumpur pada tahun 2000 adalah seramai 1.42 juta orang. PSKL 1984 telah mengunjurkan jumlah penduduk Kuala Lumpur pada tahun 2000 seramai 2.2 juta orang dengan pekerjaan sebanyak 1.4 juta.

    79. Jumlah penduduk dan pekerjaan masih belum berkembang dengan cepat sebagaimana yang diunjurkan dalam PSKL 1984. Walau bagaimanapun, nisbah pekerjaan kepada penduduk telah meningkat daripada 46.9 peratus pada tahun 1980 kepada 59.0 peratus pada tahun 2000.
    80.



Rajah 4.1 menunjukkan perubahan trend penghijrahan. Terdapat keadaan yang berlawanan terhadap penghijrahan masuk bersih sekitar 9,000 orang setiap tahun antara 1975 hingga 1980 kepada penghijrahan keluar bersih kira-kira 4,280 orang setiap tahun untuk tempoh 1991 hingga 1997. Trend penghijrahan keluar ini bukanlah disebabkan oleh kekurangan peluang pekerjaan tetapi ianya disebabkan oleh kekurangan perumahan yang mampu dibeli. Kuala Lumpur telah mengalami pergerakan keluar penduduknya ke kawasan pinggir bandar dan bandar-bandar di luar, tetapi berulangalik setiap hari ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Walaupun KLK telah berkembang dengan pesat, Bandar Raya sendiri mengalami pertumbuhan penduduk yang lebih perlahan.

   
ii.
Isu
      • Kadar penghijrahan keluar bersih yang tinggi dan kadar pertumbuhan penduduk yang rendah.
   
b)
Struktur Umur
   
i.
Keadaan Semasa
    81.

Penurunan kadar kelahiran yang berterusan di Kuala Lumpur telah menyebabkan penurunan peratusan penduduk berumur 15 tahun ke bawah iaitu daripada 33.0 peratus pada tahun 1980 kepada 27.0 peratus pada tahun 2000. Golongan pekerja berumur 15-59 tahun pula telah meningkat daripada 63.0 peratus pada tahun 1980 kepada 67.0 peratus pada tahun 2000. Golongan tua yang berumur 60 tahun ke atas telah bertambah daripada 4.0 peratus pada tahun 1980 dan 1991 kepada 6.0 peratus pada tahun 2000 (rujuk Jadual 4.4).


   
ii.
Isu
    82. Dengan melihat struktur umur warga kota, ia memerlukan dasar dan pendekatan khusus seperti perkara-perkara mengenai perumahan, kemudahan dan peluang-peluang berkaitan untuk setiap kumpulan umur yang termasuk golongan remaja, belia dan warga tua.

• Kesan ramai penduduk muda dan pertambahan bilangan warga tua.
   
c)
Struktur Etnik
   
i.
Keadaan Semasa
    83.

PSKL 1984 telah membuat unjuran pertambahan dalam peratusan penduduk bumiputera daripada 28.0 peratus pada tahun 1980 kepada 34.5 peratus pada tahun 2000. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada bancian oleh Jabatan Perangkaan, peratusan sebenar penduduk Bumiputera pada tahun 1980 ialah 33.0 peratusdan telah bertambah kepada sekitar 38.0 peratus pada tahun 2000 (rujuk Jadual 4.5). Ini adalah lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

    84. Satu fenomena lagi adalah pertambahan penduduk bagi kategori ‘lain-lain’ dan ‘bukan warganegara’ di mana peratusan pada tahun 2000 adalah sekitar 9.0 peratus daripada jumlah penduduk Bandar Raya.
   
d)
Pusat Bandar Raya
   
i.
Keadaan Semasa
    85. Jumlah penduduk di Pusat Bandar Raya telah merosot daripada 156,980 orang pada tahun 1980 kepada 128,720 orang pada tahun 2000. Dalam tempoh yang sama, peratusan jumlah penduduk Kuala Lumpur yang tinggal di Pusat Bandar Raya berbanding dengan penduduk Kuala Lumpur secara keseluruhannya telah merosot daripada 17.1 peratus kepada 9.0 peratus. Ini telah menjejaskan optimisasi pelaburan infrastruktur yang telah dibina dua dekad yang lepas.
   
ii.
Isu
     

• Kemerosotan jumlah penduduk di Pusat Bandar Raya.


4.3 OBJEKTIF
  86.

Untuk mewujudkan satu rangka kerja ekonomi yang berupaya menjadikan Kuala Lumpur mencapai wawasannya sebagai Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia, DBKL bertujuan untuk:

• mengukuhkan peranan ekonomi Bandar Raya di peringkat wilayah dan antarabangsa sebagai sebuah pusat peneraju Ekonomi Berasaskan Pengetahuan;

• mempelbagaikan dan menguatkan asas ekonomi;

• mengintegrasikan dan melengkapi aktivitiaktiviti di dalam Koridor Raya Multimedia;

dan

• memperoleh saiz dan taburan penduduk yang optimum.


4.4 SASARAN PENDUDUK DAN PEKERJAAN
  87.

Kuala Lumpur perlu mencapai saiz penduduk dan pekerjaan yang optimum dari segi aktiviti-aktiviti ekonomi, sumber tanah, infrastruktur dan kemudahan masyarakat. Bagi tujuan ini, pekerjaan sebanyak 1.4 juta dan penduduk seramai 2.2 juta adalah disasarkan untuk tahun 2020 (rujuk Jadual 4.6).



4.5 DASAR DAN CADANGAN
  4.5.1 ASAS EKONOMI DAN PEKERJAAN
   
a)

Sebuah Pusat Peneraju Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

    88.

Sebagai sebahagian daripada MSC, Kuala Lumpur dijangkakan akan dapat menarik lebih banyak syarikat multinasional dan perusahaanperusahaan tempatan yang terlibat dengan teknologi maklumat dan komunikasi

Dasar:

EC 1: DBKL akan melaksanakan langkahlangkah untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat Ekonomi Berasaskan Pengetahuan.

   
b)
Sebuah Pusat Komersil dan Kewangan Antarabangsa yang Dominan
    89.

Untuk memperkukuhkan lagi peranan Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat komersil dan kewangan antarabangsa, adalah penting bagi Bandar Raya untuk meningkatkan tarikannya kepada perniagaan antarabangsa.

Dasar:

EC 2: DBKL akan melaksanakan langkah-langkah untuk menarik organisasi dan entiti perniagaan antarabangsa.

   
c)
Satu Destinasi Pelancongan Yang Menarik
    90.

Kuala Lumpur, seperti bandar raya utama yang lain, sektor pelancongan memainkan peranan yang penting untuk kehidupan ekonominya, menghasilkan pendapatan, pekerjaan dan mengembangkan peluang-peluang perniagaan. Industri pelancongan menghendaki berbagai-bagai jenis perkhidmatan dan kemudahan, menyediakan pekerjaan kepada pelbagai lapisan penduduk dan membantu untuk mempelbagaikan ekonomi Bandar Raya. Dengan ini, potensi sektor pelancongan mesti dibangunkan dan dipromosikan sebagai penjana ekonomi yang utama.

Dasar:

EC 3: DBKL akan membangun dan mempromosikan pelancongan sebagai satu sektor ekonomi yang penting.

   
d)

Sebuah Pusat Membeli-belah Antarabangsa

    91. Meningkatkan dan membangunkan Kuala Lumpur sebagai pusat membeli-belah antarabangsa adalah berdasarkan kepada asas yang kukuh memandangkan kini Kuala Lumpur telah menjadi pusat membeli belah utama negara.
    92.

Format perniagaan runcit cara moden termasuk gedung mega, pusat membeli belah bebas cukai dan kedai potongan harga telah dibangunkan bagi menambah tarikan Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat membeli belah. Kuala Lumpur mempunyai peluang untuk menjadi sebuah ‘syurga membeli-belah’ antarabangsa.

Dasar:

EC 4: DBKL akan meningkatkan dan membangunkan Kuala Lumpur sebagai pusat membeli belah antarabangsa.

   
e)
Sebuah Pusat Persidangan, Insentif, Konvensyen dan Pameran Utama
    93.

Pelancongan berasaskan perniagaan dan konvensyen akhir-akhir ini telah berkembang dan menjadi satu komponen yang sangat penting bagi industri ini. Sebagai strategi untuk memajukan sektor pelancongan, lebih banyak kemudahan canggih dan terkini untuk persidangan, insentif, konvensyen dan pusat pameran (MICE) perlu disediakan. Sebagai tambahan, seharusnya ada usaha-usaha yang bersepadu antara kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk menganjur dan menjadi tuan rumah kepada acara-acara antarabangsa di Kuala Lumpur.

Dasar:

EC 5: DBKL akan mempromosi pembangunan kemudahan MICE dan menggalakkan acara antarabangsa diadakan di Bandar Raya.

   
f)
Sebuah Pusat Kebudayaan dan Hiburan Dinamik
    94.

Kebudayaan dan hiburan bukan sahaja membantu untuk menjadikan persekitaran hidup yang menarik tetapi ia juga boleh dimajukan sebagai barangan ekonomi yang tersendiri. Beberapa bandar raya seperti London, New York, Sydney dan Frankfurt telah berjaya menjadikan muzik, teater dan kesenian sebagai aktiviti komersil yang berdaya maju dan dengan kejayaan ini telah menarik para pelancong dan pelabur-pelabur antarabangsa.

    95. Dalam konteks KLK secara keseluruhannya, Kuala Lumpur terus menjadi pusat kebudayaandan hiburan utama dengan adanya restoran, kelab malam, teater, dewan konsert dan galeri seni yang terbaik.
    96. Untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayaan dan hiburan kesenian bertaraf antarabangsa, ciri-ciri bandar raya yang pelbagai kaum, agama dan budaya berpotensi dibangunkan sepenuhnya selaras dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Jangkaan peningkatan penduduk ekspatriat di Kuala Lumpur dan konurbasinya hasil daripada strategi dan program pembangunan akan mewujudkan rangsangan dalam mempelbagaikan penyediaan kemudahan kemudahan kebudayaan dan hiburan kesenian di Kuala Lumpur.

Dasar:

EC 6: DBKL akan menggalakkan dan memudahkan pembangunan kemudahan kebudayaan dan hiburan.
   
g)
Sebuah Pusat Pendidikan dan Kesihatan Serantau
    97.

Perkhidmatan pendidikan dan kesihatan telah menjadi aktiviti ekonomi yang semakin penting yang boleh dipromosikan secara agresif sebagai perkhidmatan perdagangan untuk pasaran eksport dan tempatan. Untuk mempromosikan pembangunan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan, lebih banyak kemudahan-kemudahan yang lebih baik perlu disediakan.

Dasar:

EC 7: DBKL akan menggalak, mempromosi dan memudah pembangunan pendidikan dan kesihatan sebagai perkhidmatan yang boleh dipasarkan.

   
h)
Sektor Pembuatan Yang Digiat Semula
    98. Untuk menyediakan asas ekonomi Bandar Raya yang seimbang, sektor pembuatan yang kukuh harus dikekalkan. Industri pembuatan sedia ada dan baru yang memenuhi ciri-ciri kebersihan dan industri tanpa pencemaran akan dipilih untuk dikekalkan atau digalakkan. Dengan pembangunan MSC, pembangunan industri berasaskan pengetahuan termasuk pembangunan perisian perlu di promosi tanpa mengabaikan industri-industri tradisional yang berasaskan kemahiran.

Dasar:

EC 8: DBKL akan menggiatkan pertumbuhan dan penyusunan semula sektor pembuatan yang cenderung kepada industri berasaskan pengetahuan dan berkemahiran tinggi.
  4.5.2 PENDUDUK YANG OPTIMUM
    99. Untuk mencapai jumlah penduduk optimum seramai 2.2 juta orang pada tahun 2020, kadar pertumbuhan penduduk yang lebih tinggi daripada yang diperolehi pada dekad yang lepas perlu dicapai. Langkah-langkah perlu dilaksanakan untuk menarik lebih ramai penduduk tinggal di Bandar Raya.

Dasar:

EC 9: DBKL akan melaksanakan langkah-langkah untuk mengatasi penurunan kadar pertumbuhan penduduk, dengan hasrat untuk mencapai penduduk optimum menjelang tahun 2020.
    100. Terdapat keperluan untuk meningkatkan penduduk kediaman di Pusat Bandar Raya bukan sahaja untuk mengoptimumkan pelaburan infrastruktur tetapi adalah juga untuk menjadikan Pusat Bandar Raya lebih berdaya maju dan tempat dinamik yang boleh menarik peniaga tempatan dan antarabangsa.

Dasar:

EC 10: DBKL akan melaksanakan langkahlangkah untuk menarik lebih ramai penduduk tinggal di Pusat Bandar Raya.
    101.

Pertambahan jumlah penduduk remaja, belia dan warga tua dan peningkatan jangkaan taraf kehidupan yang lebih baik memerlukan lebih banyak perhatian untuk keperluan penduduk remaja, belia dan warga tua dari segi kualiti dan kepelbagaian kediaman serta kemudahankemudahan lain.

Dasar:

EC 11: DBKL akan mempertimbangkan keperluan penduduk remaja, belia dan warga tua dalam semua aspek perancangan dan pembangunan.