| FAQ |
|
1.
|
Apakah Draf
Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020?
Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 merupakan satu pelan
induk yang akan memandu pembangunan Kuala Lumpur bagi tempoh
20 tahun. Draf pelan ini merupakan kenyataan bertulis yang
mengandungi wawasan, matlamat, strategi pembangunan, dasar
dan cadangan untuk merealisasikan Kuala Lumpur sebagai Sebuah
Bandaraya Bertaraf Dunia.
|
|
2.
|
Kenapa Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur
2020 diperlukan?
Pelan Struktur Kuala Lumpur yang pertama telah diwartakan dan
diterbitkan pada tahun 1984 untuk tempoh 1980 hingga 2000. Pelan
Struktur Kuala Lumpur 2020 akan menggantikan Pelan Struktur
Kuala Lumpur 1984 (PSKL 84). Pelan baru ini disediakan
mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(1), Akta (Perancangan)
Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267).
Draf pelan ini disediakan memandangkan sebahagian besar dasar-dasar
dalam PSKL 84 tidak boleh dipakai lagi disebabkan pembangunan-pembangunan
yang berlaku pada beberapa tahun kebelakangan ini. Pembangunan
seperti Koridor Raya Multimedia (MSC), Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) dan perpindahan pusat pentadbiran Kerajaan
Persekutuan ke Putrajaya adalah di luar jangkaan PSKL 84.
Kuala Lumpur juga perlu bersedia dan berperanan di peringkat
antarabangsa untuk bersaing pada abad ke 21.
|
|
3.
|
Adakah
Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 ini menandakan secara
terperinci pembangunan di masa hadapan?
Draf pelan ini memperincikan isu, objektif dan dasar sektor-sektor
berkaitan yang akan membentuk bandar raya. Sektor-sektor ini
adalah asas ekonomi dan penduduk, guna tanah, perdagangan, pelancongan,
industri, pengangkutan, infrastruktur dan utiliti, perumahan,
kemudahan masyarakat, reka bentuk bandar dan landskap, alam
sekitar dan kawasan khusus.
Cadangan perancangan fizikal yang terperinci akan disediakan
di peringkat pelan tempatan.
|
|
4.
|
Siapa
yang boleh turut serta dalam memberi pandangan/bantahan pada
Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020?
Orang perseorangan, jabatan kerajaan, badan berkanun, institusi
pendidikan, badan professional dan organisasi-organisasi lain
berpeluang untuk memeriksa dan mengemukakan bantahan/pandangan
keatas Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020.
|
|
5.
|
Di
mana Draf Pelan Struktur 2020 boleh diperolehi dan diperiksa?
Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 boleh diperolehi dan diperiksa
di :
JABATAN PELAN INDUK,
TINGKAT 12, BANGUNAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR,
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR.
No. Tel : 03 2617 9574 / 9578 / 9582
No. Faks : 03 2698 2150
E-mel : pskl2020@ dbkl.gov.my
Draf pelan ini boleh dibeli pada harga RM80.00 senaskah bagi
versi Bahasa Melayu dan RM100.00 senaskah bagi versi Bahasa
Inggeris.
Satu pameran Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 akan berlangsung
setiap hari di Ruang Legar Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Jalan Raja Laut dari 10 Mac hingga 28 April 2003.
Anda juga boleh melayari laman web http//:pskl2020.dbkl.gov.my
untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Draf Pelan Struktur
Kuala Lumpur 2020.
|
|
6.
|
Bagaimana
saya boleh mengemukakan bantahan / pandangan terhadap Draf Pelan
Struktur Kuala Lumpur 2020?
Pandangan anda boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Bantahan
Awam yang disediakan dan hendaklah mengembalikannya melalui
pos, faksimili, e-mail atau serahan tangan kepada alamat berikut
:
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
URUSETIA MENDENGAR BANTAHAN AWAM
PSKL 2020, JABATAN PELAN INDUK,
TINGKAT 12, BANGUNAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR,
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR.
No. Faks : 03 2698 2150
E-mel :pskl2020@ dbkl.gov.my
Tarikh tutup menghantar Borang Bantahan Awam adalah pada/sebelum
28hb April 2003.
|
|
7.
|
Apa
yang akan berlaku setelah permintaan untuk didengan dikemukakan
melalui Borang Bantahan Awam?
Pembantah akan dihubungi secara rasmi untuk hadir menyatakan
bantahan/pandangan secara lisan dalam sesi Mendengar Bantahan
Awam. Tarikh dan tempat sesi akan juga dikemukakan.
Bantahan/pandangan akan didengar dan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa
Mendengar Bantahan Awam sebelum dikemukakan kepada Datuk Bandar.
Draf pindaan pelan yang telah mengambilkira bantahan/pandangan
awam akan dikemukakan kepada Menteri untuk kelulusan sebelum
dikemukakan kepada Menteri untuk kelulusan sebelum Pelan Struktur
Kuala Lumpur 2020 diterimapakai.
|
|
8.
|
Adakah bantahan / pandangan bertulis
melalui Borang Bantahan Awam dipertimbangkan walaupun pembantah
tidak meminta untuk didengar?
Semua bantahan/pandangan bertulis akan diambilkira dalam penyedian
Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 walaupun pembantah tidak
meminta untuk didengar.
|
|