|
1.
|
Ameniti Landskap
Keselesaan yang berkait dengan persekitaran landskap.
|
|
2.
|
Asrama Belia
Penginapan atau kemudahan tempat tinggal untuk:
Belia tempatan yang belum berkahwin berumur antara 18 - 40 tahun
yang bekerja di Kuala Lumpur dengan pendapatan di antara RM600
hingga RM2,000 sebulan; atau
Belia kembara yang datang dari luar Kuala Lumpur atau luar negara,
sama ada semasa percutian belajar atau lawatan rasmi. |
|
3.
|
Bangunan Tradisional
Merupakan bangunan yang dibina dengan stail seni bina dan bahan
binaan yang mencorakkan
karakter sesuatu kawasan untuk jangka masa yang lama. |
|
4.
|
Caj Pembangunan
Caj pembangunan yang dikenakan ke atas kenaikan nilai tanah
bagi sesuatu cadangan pembangunan
akibat penukaran zon guna tanah dan/atau peningkatan kepadatan
penduduk dan/atau peningkatan
nisbah plot dan/atau kekurangan dalam penyediaan tempat letak
kereta.
|
|
5.
|
Eko-Pelancongan
Aktiviti pelancongan yang mesra alam sekitar ke kawasan semula
jadi yang tidak terusik bagi menikmati dan menghargai alam semula
jadi serta lain-lain ciri kebudayaan yang seiringan. Aktiviti
yang dimaksudkan ialah mempromosikan pengekalan, mempunyai impak
rendah pengunjung dan dapat mewujudkan penglibatan dalam aktiviti
ekonomi sosial tempatan. |
|
6.
|
Ekspatriat
Warga asing yang bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur. |
|
7.
|
Fabrik Bandar
Fabrik bandar mengandungi jaringan infrastruktur fizikal dan
sosial yang melibatkan kos perbelanjaan
pembangunan dan penyelenggaraan yang besar. |
|
8.
|
Hotel
Merujuk kepada hotel, rumah peranginan dan chalet dengan 10
bilik dan ke atas. |
|
9.
|
Hotel Butik
Seni bina dan reka bentuk - mempunyai ciri-ciri tersendiri yang
tersohor, ceria dan intim.
Suasana persekitaran - yang bercirikan reka bentuk dalaman,
perkhidmatan peribadi, etika pengurusan
dan kakitangan yang mesra dan intim.
Saiz - kurang daripada 200 bilik |
|
10.
|
Hotel Kelas Ekonomi
Hotel yang bertaraf 2 bintang dan ke bawah. |
|
11.
|
Indeks Pengkhususan Guna Tanah
Sebagai alat pengukur bagi menunjukkan kepentingan relatif
sesuatu kegunaan tanah bagi sesuatu unit perancangan dalam
kaitannya dengan kawasan-kawasan lain di dalam Bandar Raya.
Formula yang diguna pakai ialah:
|
|
12.
|
Industri Perkhidmatan
Industri yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan seperti
pengangkutan atau hiburan, tetapi tidak terlibat dalam pembuatan
barangan. |
|
13.
|
Industri Terkini
Industri yang terkini, moden atau terbaru. |
|
14.
|
Kadar Purata Penginapan (KPP)

|
|
15.
|
Kawasan Hijau
Kawasan hijau merupakan kawasan yang sebahagian besarnya diliputi
dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi atau tanaman. Ia terdiri
dari kawasan lapang, kawasan rekreasi, koridor infrastruktur
dan utiliti, kawasan penampan, rizab hutan, kawasan pertanian,
tanah perkuburan, tapak semaian, kawasan belukar dan kawasan
halaman kediaman.
Kawasan hijau di dalam Bandar Raya perlu mewujudkan ameniti
berkualiti kepada penduduk berdasarkan fungsi-fungsi berikut:
1. Meningkatkan kualiti alam sekitar
membantu penjanaan biodiversiti flora dan fauna untuk
mewujudkan persekitaran hidup yang mapan
mempertingkatkan kualiti udara
memberi kesan penyejukan
mengurangkan air larian permukaan
menjadi sebahagian dari warisan semula jadi untuk generasi
akan datang
2. Meningkatkan kualiti reka bentuk bandar
mewujudkan bandar raya taman tropika
meningkatkan kecantikan estetik landskap bandar raya
3. Meningkatkan ruang untuk peluang-peluang rekreasi
4. Meningkatkan potensi tarikan pelancongan
|
|
16.
|
Kawasan Lapang
Kawasan lapang terdiri daripada taman bandar raya, taman daerah,
taman kejiranan, taman tempatan dan kawasan mainan tempatan.
Sebahagian daripada kawasan lapang mengandungi kawasan berair
termasuk tasik rekreasi dan takungan banjir.
Contoh-contoh taman adalah seperti berikut:
Taman bandar raya mengandungi taman-taman tema yang bersaiz
melebihi 50 hektar seperti Taman Tasik Perdana (91 hektar) dan
Taman Lembah Kiara (190 hektar).
Taman daerah berfungsi untuk menampung tadahan 200,000
penduduk yang bersaiz melebihi 25 hektar. Contohnya ialah Taman
Tasik Titiwangsa (44 hektar), Taman Metropolitan Kepong (117
hektar), Taman Metropolitan Batu (26 hektar), Taman Pudu Ulu
(28 hektar), Taman Tasik Permaisuri (40 hektar) dan Taman Antarabangsa
Bukit Jalil (33 hektar).
Taman kejiranan berfungsi untuk menampung tadahan 50,000
penduduk yang bersaiz antara 5 hingga 25 hektar. Contohnya Taman
KLCC (18 hektar), Taman Botani Bukit Jalil (16 hektar) dan Taman
Tasik Menjalara (15 hektar).
Taman tempatan berfungsi untuk menampung tadahan 10,000
penduduk yang bersaiz antara 1 hingga 5 hektar.
Kawasan mainan tempatan adalah taman permainan kanak-kanak
yang terletak di taman-taman perumahan yang bersaiz kurang dari
1 hektar.
Selain daripada itu, terdapat juga stadium dan kompleks sukan
yang dibina di dalam taman-taman. |
|
17.
|
Kawasan Lapang
Awam
Kawasan lapang awam adalah taman-taman yang disediakan untuk
kegunaan semua lapisan penduduk. |
|
18.
|
Kawasan Lapang
Swasta
Kawasan lapang swasta adalah taman-taman yang disediakan oleh
pihak swasta/pemaju yang terhad penggunaannya oleh golongan
tertentu. |
|
19.
|
Kawasan Pemuliharaan
Kawasan yang mempunyai kepentingan seni bina khusus atau sejarah
dan karakternya yang ingin dikekalkan atau ditingkatkan selaras
dengan kepentingan tersebut. Kawasan pemuliharaan adalah kawasan
persekitaran kritikal di mana amalan pembangunan biasa akan
mengakibatkan kerosakan kepada persekitaran. Pembangunan di
kawasan sekitarnya hendaklah mengambil kira kesan negatif kepada
usaha pemuliharaan dan kaedah pengawalan yang efektif perlu
diadakan untuk mengurangkan kesan tersebut. |
|
20.
|
Kawasan Penampan
Kawasan penampan (Buffer Area) kebiasaannya dalam bentuk kawasan
hijau yang memisahkan antara dua aktiviti guna tanah yang bercanggah,
contohnya kawasan perumahan dan industri. |
|
21.
|
Kawasan Rekreasi
dan Sukan
Kawasan yang menempatkan kemudahan rekreasi dan sukan seperti
stadium, kolam renang, padang permainan, gelanggang-gelanggang,
padang golf, padang polo, lapang sasar dan kawasan kompleks
sukan. |
|
22.
|
Kawasan Stabil
Kawasan-kawasan yang mengandungi pembangunan serta aktiviti
yang telah tertubuh, di mana hanya perubahan kecil ke atas suatu
pembangunan atau aktiviti tersebut dijangka berlaku dalam jangka
masa pelan sehingga tahun 2020. |
|
23.
|
Kegunaan Industri
Yang Tidak Mencemar
Kegunaan industri yang tidak melibatkan aktiviti yang membahayakan
penghuni bangunan dan ameniti sesuatu kawasan akibat daripada
bunyi, buangan air sisa, gegaran, bau, asap, jelaga, debu, habuk
dan batu pasir. |
|
24.
|
K-Ekonomi
K-Ekonomi merupakan pengetahuan dan keupayaan menggunakannya
untuk mewujudkan nilai dan kekayaan baru. K-Ekonomi merangkumi
kesemua aktiviti ekonomi di era terdahulu seperti pertanian
dan perindustrian tetapi ia melahirkan aktiviti-aktiviti baru
yang tidak mungkin ditonjolkan sebelum ini. |
|
25.
|
Kemudahan Rekreasi
dan Sukan
Mengandungi kawasan lapang, stadium, kompleks sukan, kolam renang,
gelanggang, padang golf/polo dan lapangan sasar. |
|
26.
|
Kepadatan Perumahan
Bilangan purata penduduk untuk sesuatu unit ruang di dalam kawasan
perumahan (jumlah orang sehektar). |
|
27.
|
Konfigurasi
Guna Tanah
Bentuk dan taburan guna tanah |
|
28.
|
Konsep fit-to-terrain
Pembangunan di lereng bukit memerlukan konsep reka bentuk bangunan
dan susun atur infrastruktur
disuaipadankan dengan rupa bentuk cerun yang melibatkan kerja-kerja
tanah yang minimum. |
|
29.
|
Laluan Eksklusif
Bagi Bas dan Teksi
Lorong khas untuk bas dan teksi bertujuan untuk melancarkan
pergerakan dan kebolehpercayaan
perkhidmatan. |
|
30.
|
Lapangan Hijau
Lapangan hijau merupakan salah satu fungsi utama kawasan hijau
iaitu mengurangkan tahap pencemaran, mempertingkatkan kualiti
udara dan memberi kesan penyejukan terhadap persekitaran. |
|
31.
|
Pasar Raya Besar
Dimiliki oleh syarikat berskil besar dengan modal operasi, ruang
lantai dan kawasan tadahan yang besar serta menawarkan pelbagai
jenis barangan dan perkhidmatan. |
|
32.
|
Pecahan Mod
Pengangkutan
Pecahan mod pengangkutan bermaksud nisbah di antara jumlah penumpang
pengangkutan awam berbanding dengan jumlah pengguna pengangkutan
persendirian |
|
33.
|
Pekerja Pelancong
Barisan Hadapan
Bermaksud pekerja barisan hadapan dalam industri pelancongan
yang mempunyai peluang untuk
berinteraksi secara terus dengan para pelancong / pelanggan. |
|
34.
|
Pelan Pembangunan
Pelan Pembangunan bagi sesuatu kawasan bermaksud pelan tempatan
bagi kawasan itu, atau jika tiada pelan tempatan bagi kawasan
itu, pelan struktur bagi kawasan itu, dan berhubungan dengan
sesuatu tanah dan bangunan, pelan pembangunan sebagaimana yang
ditakrifkan bagi kawasan di mana tanah atau bangunan itu terletak
(seksyen 2, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta
267)). |
|
35.
|
Pelancong
Pelawat sementara yang menginap sekurang-kurangnya satu malam
tetapi tidak melebihi satu tahun dalam negara yang dilawati
di mana tujuan lawatan boleh dikelaskan sebagai beriadah, berniaga,
melawat rakan dan saudara mara atau menghadiri persidangan dan
mesyuarat, selain dari membuat urusan pekerjaan yang bergaji
dalam negara tersebut. |
|
36.
|
Pelawat
Sesiapa saja yang melawat sesebuah negara selain dari tempat
tinggalnya untuk tempoh tidak melebihi satu tahun dan untuk
sebarang tujuan selain dari membuat urusan pekerjaan yang bergaji
dalam negara tersebut. |
|
37.
|
Pembangunan Bercampur
Sesuatu konsep pembangunan mengandungi berbagai jenis kegunaan
seperti kediaman, beli-belah, pejabat, kemudahan dan lain-lain. |
|
38.
|
Pembangunan Berorientasikan
Transit
Pembangunan kediaman, perdagangan atau pembangunan bercampur
berintensiti tinggi di sekitar terminal transit |
|
39.
|
Pembangunan
Mapan
Sila rujuk perenggan 2.2.3: AGENDA 21 di halaman 2-2. |
|
40.
|
Penginapan Bed
and Breakfast
Sebuah penginapan persendirian, di mana beberapa bilik khas
disediakan untuk penginap bermalam yang membayar penginapan
termasuk sarapan. |
|
41.
|
Peringkat Sub
Global
Dalam konteks PSKL 2020 peringkat sub global merujuk kepada
Rantau Asia Pasifik. |
|
42.
|
Perumahan Awam
Rumah yang disediakan oleh DBKL untuk disewakan pada harga subsidi. |
|
43.
|
Perumahan Kos
Rendah
Rumah dengan harga jualan di antara RM 25,000.00 hingga RM 42,000.00
seunit, dengan keluasan ruang lantai minima 650 kaki persegi. |
|
44.
|
Perumahan Kos
Sederhana
Rumah dengan harga jualan di antara RM85,001.00 hingga RM150,000.00
seunit. |
|
45.
|
Perumahan Kos
Sederhana Rendah
Rumah dengan harga jualan di antara RM42,001.00 hingga RM85,000.00
seunit. |
|
46.
|
Perumahan Kos
Tinggi
Rumah dengan harga jualan lebih daripada RM150,000.00 seunit. |
|
47.
|
Perumahan Mampu
Milik
Perumahan mampu milik meliputi perumahan kos rendah, sederhana
rendah dan sederhana dengan harga jualan di antara RM42,000
hingga RM150,000 seunit untuk menampung keperluan golongan berpendapatan
rendah dan sederhana dengan pendapatan isirumah bulanan di antara
RM1,500 hingga RM4,000. |
|
48.
|
Perumahan Sementara
Rumah yang dibina dengan struktur tidak kekal menggunakan bahan
binaan seperti kayu dan zink. |
|
49.
|
Presint Membeli-Belah
Tradisional
Presint membeli-belah tradisional mengandungi deretan rumah
kedai yang kebanyakannya dibina sebelum tahun 1940an di mana
terdapat pelbagai aktiviti jualan runcit dengan barangan tekstil,
pakaian, elektrik, plastik dsb. |
|
50.
|
Produk Pelancongan
Merujuk kepada sesuatu yang mempunyai daya tarikan yang mampu
menarik pelancong datang melawat dan melihat. Contoh produk
pelancongan adalah seperti eko-pelancongan, pelancongan sukan
dan pelancongan pendidikan. |
|
51.
|
Purata Tempoh Penginapan (PTP)

Penginap Malam:
Satu penginap malam dikira sebagai seorang penginap yang menginap
satu malam di hotel (1 penginap x 1 malam = 1 penginap malam).
Dua orang berkongsi satu bilik untuk dua malam dikira sebagai
empat penginap malam.
Penginap Hotel:
Didefinisikan sebagai bilangan penginap yang menginap tidak
lebih dari satu malam. Penginap
setengah hari tidak termasuk sebagai penginap hotel.
|
|
52.
|
Pusat Bandar
Pusat-pusat bandar dikategorikan mengikut tahap kepentingannya
berdasarkan kepada fungsi, tahap penyediaan perkhidmatan dan
kemudahan serta saiz tadahan.
Terdapat empat hierarki utama pusat bandar iaitu Pusat Bandar
Raya, Pusat Daerah, Pusat Kejiranan dan Pusat Tempatan.
Pusat Bandar Raya:
Fungsi Pusat Bandar Raya termasuklah menyediakan perkhidmatan
kewangan dan perdagangan, kemudahan membeli-belah dan hiburan
serta perkhidmatan profesional untuk semua pasaran tempatan,
nasional dan antarabangsa.
Pusat Daerah:
Fungsi Pusat Daerah ialah untuk menyediakan perkhidmatan perdagangan,
membeli-belah dan profesional serta kemudahan pendidikan, sukan
dan rekreasi tahap pertengahan untuk pasaran tempatan dan daerah.
Pusat Kejiranan:
Fungsi Pusat Kejiranan ialah untuk menyediakan kemudahan pejabat,
membeli-belah, pendidikan, sukan dan rekreasi tahap rendah untuk
pasaran tempatan dan kejiranan.
Pusat Tempatan
Fungsi Pusat Tempatan ialah untuk menyediakan kemudahan pejabat
dan perdagangan berskala kecil tahap terendah untuk kawasan
tadahan tempatan. |
|
53.
|
Reka Bentuk Bandar
Satu disiplin yang menumpukan perhatian kepada pengaturan dan
penyusunan ruang di bandar dan fungsi bandar untuk mewujudkan
persekitaran yang harmoni dan menarik |
|
54.
|
Rizab Hutan
Kawasan yang diwartakan sebagai rizab hutan iaitu Bukit Nanas,
Bukit Sg. Besi dan Bukit Sg. Putih. |
|
55.
|
Sektor Tidak
Formal
Sektor tidak formal melibatkan aktiviti kecil yang beroperasi
secara persendirian oleh individu dalam aktiviti penjajaan di
lokasi seperti pasar, tapak pasar malam, kiosk, gerai tetap,
gerai berkunci dan gerai bergerak. |
|
56.
|
Sumber Pelancongan
Merujuk kepada sumber-sumber yang digunakan untuk membangunkan
sesuatu produk pelancongan seperti sumber alam semula jadi,
warisan budaya, tinggalan sejarah, sumber buatan manusia dan
acara/aktiviti. |
|
57.
|
Syarikat Transnasional
Syarikat yang menjalankan operasi pengeluaran dan pasaran di
beberapa negara secara terselaras oleh kawalan pusat untuk mencapai
objektif perniagaannya. Biasanya perbadanan ini besar dan dimiliki
oleh pelbagai warga negara. |
|
58.
|
Tahap Kemiskinan
Tahap kemiskinan ditakrifkan isirumah yang berpendapatan kurang
dari RM510 sebulan (pada harga 1997) bagi peringkat nasional.
Dalam konteks Kuala Lumpur, angka pendapatan isirumah yang lebih
realistik dianggarkan RM750 sebulan memandangkan kos sara hidup
adalah lebih tinggi. Bagaimanapun, isirumah yang berpendapatan
kurang daripada RM1,000 sebulan tidak mampu membeli rumah kos
rendah di Kuala Lumpur. |
|
59.
|
Taman
Taman-taman terdiri daripada taman bandar raya, taman daerah,
taman kejiranan, taman tempatan dan kawasan mainan tempatan. |
|
60.
|
Tanah Kosong
Tanah yang tidak mempunyai kegunaan yang dikenal pasti atau
nilai kegunaan semasa. |
|
61.
|
Transit Laju
Ringan (LRT)
Sistem pengangkutan awam berasaskan rel direka bentuk untuk
tujuan memudahkan pergerakan penumpang yang ramai dan cepat. |
|
62.
|
Vista Utama
Pandangan jauh ke arah tertentu melalui ruang antara deretan
bangunan, pokok dan sebagainya. |
|
63.
|
Zon Perancangan
Transit
Zon berdekatan dengan terminal transit yang dikenal pasti berpotensi
untuk pembangunan berintensiti tinggi. |
|
64.
|
Zon Strategik
Kawasan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 dibahagikan kepada
enam zon strategik iaitu Pusat Bandar Raya, Maluri - Wangsa
Maju, Sentul - Menjalara, Damansara - Penchala, Bukit Jalil
- Seputeh dan Bandar Tun Razak - Sungai Besi. |