| Pelan
Struktur Kuala Lumpur 2020 |
|
| Prakata |
|
| Penghargaan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| 6 |
Guna
Tanah dan Strategi Pembangunan |
|
6.1 |
Pengenalan |
|
6.2 |
Keadaan
Semasa dan Isu |
|
|
6.2.1 |
Guna Tanah
1984 - 2000 |
|
|
6.2.2 |
Ketersediaan Tanah |
|
6.3 |
Penilaian
Pencapaian Strategi Pembangunan PSKL 1984 |
|
|
6.3.1 |
Umum |
|
|
6.3.2 |
Pusat Bandar Raya (Kawasan
Perancangan Pusat) |
|
|
6.3.3 |
Kawasan Pertumbuhan
Baru |
|
|
6.3.4 |
Kawasan Pembangunan
Semasa |
|
|
6.3.5 |
Pengangkutan |
|
6.4 |
Strategi
Pembangunan |
|
|
6.4.1 |
Umum |
|
|
6.4.2 |
Mempertingkatkan
Persekitaran Kerja, Hidup Dan Niaga Pusat Bandar Raya |
|
|
6.4.3 |
Mengekhaskan
Dan Membangunkan Zon Antarabangsa |
|
|
6.4.4 |
Mengekhaskan
Dan Melaksanakan Kawasan Pembangunan Komprehensif |
|
|
6.4.5 |
Menggalakkan
Dan Memudahkan Pembangunan Kawasan Rizab Melayu,Kampung Tradisional
Dan Kampung-Kampung Baru |
|
|
6.4.6 |
Memulakan
Dan Melaksanakan Pembangunan Semula Kawasan Usang |
|
|
6.4.7 |
Memastikan
Perhubungan Bandar Raya Yang Lengkap Dan Bersepadu |
|
|
6.4.8 |
Memberi
Keutamaan Dan Insentif Untuk Pembangunan Kawasan Di Sekitar
Terminal Transit |
|
|
6.4.9 |
Memastikan
Pengagihan Pusat-Pusat Bandar Dan KemudahanYang Berfungsi |
|
|
6.4.10 |
Mengukuhkan
Pembangunan Dan Meningkatkan Persekitaran Kawasan Stabil |
|
|
6.4.11 |
Mengukuhkan
Pembangunan Meningkatkan Persekitaran Gerbang Masuk Utama |
|
6.5 |
Pelan
Utama |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| GUNA TANAH DAN STRATEGI PEMBANGUNAN |
| 6.1 |
PENGENALAN |
| |
125. |
Strategi pembangunan
untuk 20 tahun akan datang adalah menjurus kepada wawasan untuk
menjadikan Kuala Lumpur sebagai Sebuah Bandar Raya Bertaraf
Dunia. Strategi ini adalah juga berasaskan arah tuju dan kejayaan
PSKL 1984 yang menyediakan rangka kerja untuk struktur dan corak
pertumbuhan semasa Kuala Lumpur. Rupa bentuk fizikal Kuala Lumpur,
pengagihan guna tanah, kawasan pertumbuhan baru, pembangunan
infrastruktur khususnya sistem jalan raya dan rel secara langsung
adalah hasil daripada dasar-dasar dan strategi-strategi yang
digariskan dalam PSKL 1984. |
| |
126. |
Penduduk Kuala Lumpur
diunjurkan akan meningkat daripada 1.4 juta kepada 2.2 juta
dalam masa 20 tahun akan datang. Dalam konteks sebuah bandar
raya yang telah membangun, strategistrategi baru bagi mengoptimumkan
sumber-sumber tanah yang terhad perlulah dirumus. Pelan ini
adalah sebahagian daripada perkembangan berterusan Bandar Raya
dan strategi-strategi pembangunan yang ditetapkan membentuk
asas bagi pembangunan spatial Kuala Lumpur yang terancang serta
memandu pembentukan dasar-dasar sektoral sehingga tahun 2020. |
| |
127. |
Strategi ini adalah menyeluruh dan meliputi semua aspek struktur
Bandar Raya daripada pembangunan spatial dan infrastruktur
kepada reka bentuk bandar serta kualiti kehidupan rohani yang
membentuk dan mempengaruhi persepsi penduduk terhadap Bandar
Raya dan persekitarannya.

|
| 6.2 |
KEADAAN
SEMASA DAN ISU |
| |
6.2.1 |
GUNA TANAH 1984
- 2000 |
| |
|
128. |
Jadual 6.1 menunjukkan guna tanah semasa mengikut sektor
dan Jadual 6.2, Jadual 6.3 dan Jadual 6.4 menunjukkan perubahan
guna tanah antara tahun 1984 dan 2000. Indeks pengkhususan
guna tanah di dalam jadual tersebut menunjukkan kepentingan
relatif sesuatu guna tanah dan kaitannya dengan Bandar Raya
secara keseluruhan bagi setiap unit perancangan yang ditentukan
di dalam PSKL 1984 (rujuk Rajah 6.1).

|
| |
|
|

|
| |
|
|
|
|
| |
|
|

|
| |
|
|

|
| |
|
a)
|
Kediaman
|
| |
|
i.
|
|
| |
|
129.
|
Guna tanah kediaman yang merupakan komponen guna tanah terbesar
di Bandar Raya telah bertambah daripada 3,822 hektar kepada
5,490 hektar di antara tahun 1984 dan 2000. Kebanyakan penambahan
guna tanah kediaman adalah di kawasan pertumbuhan Wangsa Maju
dan Bandar Tun Razak, manakala Bukit Jalil masih belum mempunyai
asas penduduk yang kukuh. Guna tanah kediaman sedia ada yang
utama adalah di Damansara, Bukit Indah, Setapak dan Sentul.
|
| |
|
130.
|
Walau bagaimanapun,
guna tanah kediaman di Pusat Bandar Raya telah menurun dengan
ketara di antara tahun 1984 dan 2000, dan kini merupakan hanya
26.4 peratus daripada jumlah guna tanah kediaman pada tahun
1984. |
| |
|
ii.
|
Isu
|
| |
|
|
Penurunan guna tanah kediaman di Pusat Bandar Raya;
dan
Pertumbuhan guna tanah kediaman yang lembap di Bukit
Jalil.

|
| |
|
b)
|
Perdagangan |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
131. |
Pertumbuhan guna
tanah perdagangan adalah ketara, ia meningkat sebanyak 116.5
peratus daripada 504 hektar kepada 1,092 hektar antara tahun
1984 dan 2000. Sungguhpun terdapat penyerakan guna tanah perdagangan
ke seluruh Kuala Lumpur, Pusat Bandar Raya masih merupakan lokasi
guna tanah perdagangan terpenting yang mencatatkan 25.2 peratus
daripada jumlah keseluruhan guna tanah perdagangan sedia ada. |
| |
|
132. |
Kawasan pertumbuhan
Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak telah mengalami pertambahan
besar guna tanah perdagangan selaras dengan objektif PSKL1984.
Walau bagaimanapun, Damansara mengalami pertumbuhan sederhana
manakala Bukit Jalil hanya membangun secara marginal. Di antara
empat kawasan pertumbuhan, hanya Wangsa Maju mempunyai indeks
pengkhususan melebihi 1.0. Walau bagaimanapun, terdapat pertumbuhan
guna tanah perdagangan yang ketara di luar kawasan pertumbuhan
yang ditetapkan, terutamanya di Sentul, Bukit Indah, Jinjang
dan Seputeh. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Tumpuan
guna tanah perdagangan di Pusat Bandar Raya; dan
Pertumbuhan aktiviti perdagangan di luar kawasan pertumbuhan
yang ditetapkan. |
| |
|
c)
|
Perindustrian |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
133. |
Komponen perindustrian
dalam guna tanah adalah kecil dan telah meningkat daripada 475
hektar pada 1984 kepada 553 hektar pada 2000. Kebanyakan guna
tanah perindustrian terletak di Jinjang, Sentul, Bukit Indah
dan Maluri yang berkembang pada tempoh tersebut. Guna tanah
perindustrian juga turut berkembang di kawasan pertumbuhan baru
Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak serta terdapat penambahan ketara
di Bukit Jalil disebabkan adanya Taman Teknologi Malaysia. |
| |
|
134. |
Banyak kawasan perindustrian
lama berada dalam keadaan usang, contohnya kawasan Chan Sow
Lin dan kawasan di sepanjang Jalan Klang Lama. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kawasan
perindustrian usang. |
| |
|
d)
|
Institusi |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
135. |
Guna tanah institusi
termasuk tanah kerajaan dan tanah rizab tentera telah berkurangan
sebanyak 12.5 peratus daripada 1,852 hektar pada tahun 1984
kepada 1,621 hektar pada tahun 2000 dan merupakan 6.7 peratus
daripada guna tanah keseluruhan. Kebanyakan tanah-tanah ini
terletak di Kem Tentera Sungai Besi, Kem Batu Kantonmen, Pangkalan
Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Sungai Besi, Kompleks Kementerian
Pertahanan (KEMENTAH) Jalan Padang Tembak dan kompleks kerajaan
di Jalan Duta dan sekitar Lebuh raya Mahameru. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kegunaan masa hadapan
tanah dan bangunan bekas pejabat kerajaan persekutuan. |
| |
|
e)
|
Kawasan
Lapang, Kemudahan Rekreasi dan Sukan |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
136. |
Guna tanah kawasan
lapang, kemudahan rekreasi dan sukan adalah termasuk taman bandar
raya, taman daerah, taman kejiranan, taman tempatan, kawasan
mainan tempatan, kompleks sukan, padang golf, padang polo dan
rizab hutan simpan. Jumlah guna tanah kawasan lapang, kemudahan
rekreasi dan sukan telah meningkat dengan ketara sebanyak 169.6
peratus daripada 586 hektar pada 1984 kepada 1,580 hektar pada
tahun 2000, walau bagaimanapun terdapat penurunan yang berterusan
luas kawasan lapang awam di Pusat Bandar Raya akibat penukaran
kepada kegunaan-kegunaan lain. |
| |
|
137. |
Kawasan lapang, kemudahan rekreasi dan sukan utama di Pusat
Bandar Raya terdiri daripada kawasan lapang awam Taman Tasik
Perdana, Bukit Nanas dan Taman KLCC yang meliputi 301 hektar.
Penchala mempunyai kawasan lapang, kemudahan rekreasi dan
sukan yang terbesar seluas 486 hektar yang merangkumi Taman
Botani Bukit Kiara, Pusat Ekuestrian Bukit Kiara, Taman Lembah
Kiara, Kuala Lumpur Golf dan Country Club (KLGCC) dan Kelab
Golf Perkhidmatan Awam Malaysia. Pembangunan Kompleks Sukan
Negara, Taman Antarabangsa, Taman Botani dan Berjaya Golf
Course di Bukit Jalil, bersama-sama dengan taman daerah Taman
Tasik Permaisuri di Bandar Tun Razak telah menyumbang kepada
penambahan ketara kawasan lapang di kawasan pertumbuhan ini.

|
| |
|
138. |
Walau bagaimanapun,
kawasan lapang, kemudahan rekreasi dan sukan hanya mewakili
6.5 peratus daripada jumlah guna tanah, dan jumlah kawasan lapang
awam adalah kurang apabila kawasan lapang swasta seperti padang
golf tidak diambil kira. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Penurunan kawasan lapang dalam Pusat Bandar Raya;
dan
Kekurangan kawasan lapang awam.
|
| |
|
f)
|
Kemudahan Masyarakat |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
139. |
Jumlah guna tanah
kemudahan masyarakat termasuk kemudahan-kemudahan awam, pendidikan,
keagamaan dan perkuburan adalah sebanyak 1,382.44 hektar atau
5.7 peratus daripada jumlah guna tanah. Empat institusi pendidikan
tertari utama; Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia,
Kolej Tunku Abdul Rahman dan Universiti Kebangsaan Malaysia
merupakan guna tanah utama dalam kategori ini, bersama dengan
beberapa kawasan perkuburan berpusat yang besar, terutamanya
di Seputeh, Bandar Tun Razak dan Pusat Bandar Raya. |
| |
|
140. |
Banyak pusat tempatan
di kawasan kediaman lama telah dibangunkan tanpa peruntukan
kemudahan masyarakat yang mencukupi seperti dewan komuniti,
pasar, masjid, perkuburan dan perpustakaan. Akibatnya, terdapat
kesukaran mencari tapak bagi kemudahan ini yang mudah sampai
oleh penduduk. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kekurangan
tapak yang sesuai untuk kemudahan masyarakat. |
| |
|
g)
|
Kawasan
Tiada Pembangunan |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
|
141. Kawasan tiada
pembangunan termasuk pertanian, tanah kosong, tanah bekas lombong,
nurseri, semak dan belukar. Jumlah tanah belum dibangunkan adalah
sebanyak 5,757 hektar atau 23.8 peratus daripada jumlah guna
tanah. Walau bagaimanapun, kebanyakan tanah-tanah ini adalah
dalam kelompok kecil yang tidak dapat dibangunkan untuk pembangunan
berskala besar.
|
| |
|
|
142. Kuala Lumpur
mengalami kekurangan tanah-tanah kosong milik kerajaan. Kawasan
pertumbuhan baru telah hampir dibangunkan sepenuhnya di mana
kawasan tiada pembangunan sebahagian besarnya di bawah milik
persendirian. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kekurangan
tanah belum dibangunkan. |
| |
|
h)
|
Setinggan |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
143.
|
Petempatan setinggan
terdiri daripada aktiviti kediaman, kini menduduki lebih kurang
571 hektar atau 2.4 peratus daripada jumlah guna tanah. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Isu-isu
berkaitan dengan setinggan diperincikan dalam Bab 12. |
| |
|
i)
|
Infrastruktur dan Utiliti |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
144. |
Kegunaan tanah kategori
ini merekodkan penurunan 5.7 peratus daripada 6,551 hektar kepada
6,177 hektar di antara tahun 1984 dan 2000. Walau bagaimanapun
terdapat peningkatan jumlah tanah rizab jalan kesan dari pelaksanaan
program pembinaan jalan di bawah PSKL 1984. Terdapat juga peningkatan
dalam jumlah tanah rizab rel sistem Transit Aliran Ringan (LRT),
tetapi ini tidak begitu ketara kerana sebahagian sistem ini
menggunakan rizab sungai, jalan dan rel sedia ada. |
| |
|
145. |
Sebahagian besar
tanah yang diperuntukkan untuk rizab utiliti, terutamanya talian
penghantaran
elektrik tidak digunakan sepenuhnya. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Tanah rizab utiliti yang tidak digunakan sepenuhnya.

|
| |
6.2.2 |
KETERSEDIAAN
TANAH |
| |
|
146. |
Ketersediaan tanah untuk keperluan
masa depan terdiri dari tiga jenis iaitu tanah belum dibangunkan,
kawasan kurang membangun dan usang serta tanah yang telah diberi
kelulusan untuk pembangunan. Pada tahun 2000, tanah yang berpotensi
untuk pembangunan telah dianggarkan seluas 5,004 hektar yang
terdiri dari 2,440 hektar tanah belum dibangunkan, 1,496 hektar
kawasan usang yang dikenal pasti untuk pembangunan semula serta
1,067 hektar tanah yang telah diluluskan untuk pembangunan kediaman
dan perdagangan. |
| |
|
147. |
Kawasan tiada pembangunan merupakan
tanah yang tidak mempunyai sebarang kegunaan atau struktur kekal
dan boleh dibangunkan dengan segera atau pada masa terdekat.
Kawasan kurang membangun ini berkaitan dengan setinggan serta
rumah panjang dan pembangunan lama serta usang di kawasan kampung-kampung
tradisional dan baru atau Kawas n Rizab Melayu, telah dikenal
pasti untuk pembangunan semula atau pembaharuan. Tanah milik
kerajaan dan tanah yang belum dikeluarkan hak milik (tanah kerajaan)
akan dibangunkan khusus untuk kegunaan kerajaan dan kemudahan
awam. |
| |
|
148. |
Dari jumlah keseluruhan tanah seluas 7,298 hektar yang diluluskan
untuk pembangunan bagi tempoh 1995 hingga 2000, hanya kira-kira
2,566 hektar diluluskan untuk pembangunan kediaman dan perdagangan.
Sejumlah besar projek yang telah diluluskan dijangka tidak
akan dibina, memandangkan penawaran unit-unit bangunan yang
akan memasuki pasaran adalah bergantung kepada keadaan ekonomi
yang menggalakkan. DBKL perlu menyemak semula pembangunan
yang telah diluluskan selaras dengan strategi pembangunan.
Perhatian khusus perlu diberikan terhadap projekprojek perdagangan
yang telah diluluskan terutama di Pusat Bandar Raya (rujuk
Jadual 6.5).


|
| 6.3 |
PENILAIAN
PENCAPAIAN STRATEGI PEMBANGUNAN PSKL 1984 |
| |
149. |
Strategi pembangunan
PSKL 1984 adalah berasaskan kepada konsep hierarki pusat-pusat
bandar untuk mencapai pembangunan yang seimbang di Bandar Raya.
Sungguhpun Kawasan Perancangan Pusat (Pusat Bandar Raya) akan
mengekalkan peranan dan fungsinya sebagai kawasan teras perniagaan
dan perdagangan Kuala Lumpur, empat kawasan pertumbuhan baru
telah dicadangkan iaitu Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Bukit
Jalil dan Damansara untuk menyelerakkan perumahan dan pekerjaan
pada masa hadapan. Setiap kawasan pertumbuhan akan menjadi mampu
diri dari segi penduduk dan peluang pekerjaan. Penduduk yang
dirancang adalah antara 120,000 hingga 140,000 orang dan akan
disokong dengan 72,000 hingga 90,000 peluang pekerjaan. Selaras
dengan itu, pusat tempatan di sekitar Bandar Raya akan digabungkan
untuk memberi khidmat kepada penduduk kawasan kejiranan. Faedah
langsung daripada strategi ini adalah peningkatan penggunaan
pengangkutan awam dan pengurangan kegunaan kenderaan persendirian
di Pusat Bandar Raya. Kawasan tanah yang luas belum dibangunkan
di Bandar Raya menyediakan peluang untuk membangunkan kawasan-kawasan
pertumbuhan baru. |
| |
6.3.1 |
UMUM
|
| |
|
i.
|
|
| |
|
150.
|
Bilangan penduduk semasa Kuala Lumpur adalah 1.4 juta orang
walaupun PSKL 1984 telah menjangkakan penduduk seramai 2.2
juta pada tahun 2000. Ramai penduduk telah berpindah keluar
dari Bandar Raya kerana terdapat perumahan yang lebih mampu
dimiliki di kawasan kawasan bandar lain dan pinggir bandar
di KLK. Sasaran pekerjaan juga tidak dicapai kerana peluang
pekerjaan baru banyak terdapat di luar Bandar Raya.
|
| |
|
ii.
|
Isu
|
| |
|
|
Sasaran
penduduk dan pekerjaan yang diunjurkan dalam PSKL 1984 masih
belum tercapai. |
| |
6.3.2 |
PUSAT BANDAR RAYA (KAWASAN PERANCANGAN
PUSAT)
|
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
151. |
Strategi bagi mengurangkan
tekanan ke atas Kawasan Perancangan Pusat (KPP) dengan mengarahkan
pertumbuhan ke kawasan pertumbuhan baru tidak begitu berjaya.
Pembangunan perdagangan telah terus meningkat di KPP manakala
pembangunan kediaman dan kawasan lapang telah menurun dengan
ketara. Tanah-tanah untuk kegunaan perdagangan kebanyakannya
diperolehi daripada pengezonan semula tanah-tanah kediaman. |
| |
|
152. |
Kesan daripada
tumpuan pembangunan perdagangan di dalam KPP dan penghijrahan
keluar penduduk, perjalanan ulang-alik ke dalam KPP dengan kenderaan
persendirian telah meningkat dan secara langsung menambahkan
tekanan ke atas infrastruktur jalan. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kemerosotan
komponen kediaman; dan
Peningkatan komponen perdagangan.
|
| |
6.3.3 |
KAWASAN PERTUMBUHAN
BARU |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
153. |
Strategi bagi mempercepatkan
pembangunan di kawasan pertumbuhan Wangsa Maju, Bandar Tun Razak,
Bukit Jalil dan Damansara telah berjaya. Tiga daripada kawasan
pertumbuhan ini iaitu Wangsa Maju, Bandar Tun Razak dan Damansara
telah mencapai kematangan dan sasaran yang dirancang kecuali
pusat daerah masing-masing. Walau bagaimanapun, Bukit Jalil
masih di peringkat awal pertumbuhannya dan kekurangan dari segi
pembangunan perumahan, kebudayaan, industri berteknologi tinggi
dan juga pusat daerahnya. Tiada di antara kawasan pertumbuhan
ini telah mencapai sepenuhnya matlamat untuk menjadi bandar
mampu diri. |
| |
|
ii.
|
Isu
|
| |
|
|
Pembangunan
lembap pusat daerah di Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak; dan
Pembangunan yang lembap di Bukit Jalil. |
| |
6.3.4 |
KAWASAN PEMBANGUNAN
SEMASA |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
154. |
Strategi pembangunan
untuk kawasan lain di Kuala Lumpur adalah ke arah penyediaan
tanah yang mencukupi terutamanya bagi perkhidmatanperkhidmatan
runcit dan awam untuk penduduk tempatan. Strategi ini tidak
begitu berjaya dan sesetengah kawasan mengalami kekurangan dari
segi penyediaan utiliti dan kemudahan yang mudah sampai. |
| |
|
155. |
Pusat-pusat sedia
ada masih belum diperkukuhkan untuk menjadi pusat-pusat kejiranan
atau daerah kerana pembangunan lebih mengutamakan pusat-pusat
baru dengan mengambil manfaat daripada kawasan-kawasan kediaman
lama dan sedia ada yang dinaiktaraf. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Pengagihan
utiliti dan kemudahan yang tidak seimbang; dan
Pembangunan lebih mengutamakan kawasan-kawasan baru dengan
mengambil manfaat daripada kawasan-kawasan kediaman lama dan
sedia ada yang dinaiktaraf. |
| |
6.3.5 |
PENGANGKUTAN |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
156. |
PSKL 1984 telah
menggariskan strategi pengangkutan yang komprehensif bertujuan
untuk mempromosi pengangkutan awam bas dan rel serta menyediakan
rangkaian jalan raya yang menyeluruh bagi menyelerakkan trafik
keluar dari KPP. Sistem LRT yang merupakan elemen utama strategi
pengangkutan awam telah siap sepenuhnya dan rangkaian jalan
raya hampir siap berasaskan kepada cadangan asal. |
| |
|
157. |
Walau bagaimanapun, objektif utama untuk mencapai pertukaran
mod yang ketara daripada pengangkutan persendirian kepada
awam tidak dapat dicapai, terutamanya disebabkan oleh kekurangan
integrasi di antara pelbagai mod pengangkutan awam dan antara
perancangan guna tanah dengan rangkaian pengangkutan awam
berasaskan rel.
|
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kekurangan integrasi antara pelbagai mod pengangkutan
awam; dan
Kekurangan integrasi antara perancangan guna tanah
dengan rangkaian pengangkutan awam berasaskan rel.

|
| 6.4 |
STRATEGI
PEMBANGUNAN |
| |
6.4.1 |
UMUM
|
| |
|
158.
|
Strategi pembangunan yang telah dirumuskan adalah diasaskan
atas prinsip-prinsip dan kejayaan PSKL 1984. Adalah penting
prinsip-prinsip ini dikekalkan kerana banyak infrastruktur
Bandar Raya yang telah dirancang dan dilaksana seperti jalan
raya, rel dan utiliti-utiliti lain telah siap.
|
| |
|
159. |
Walau bagaimanapun,
inisiatif tambahan telah diintegrasikan dalam Pelan ini untuk
menjadikannya lebih berkesan dan responsif kepada keperluan
terkini Bandar Raya dan penduduknya serta untuk menyuntik dinamisme
baru. |
| |
|
160. |
Satu prinsip asas
PSKL 1984 iaitu strategi pembangunan seimbang di seluruh Bandar
Raya akan diteruskan dan hierarki pusat bandar yang mengandungi
KPP serta empat kawasan pertumbuhan baru akan dikekalkan dan
diperhalusi. Langkah-langkah akan diperkenalkan untuk memantapkan
pusat-pusat ini dan meningkatkan nilai kemudahan masyarakat
dan meningkatkan fungsi pusat pusat bandar serta meningkatkan
kemudahsampaian. Untuk memperkukuhkan langkah-langkah tersebut,
satu penekanan akan diberikan dalam mengintegrasikan pembangunan
dengan strategi-strategi pengangkutan awam. |
| |
|
161. |
Strategi-strategi
diperkenalkan untuk mengarah peningkatan persekitaran hidup
Bandar Raya sejajar dengan yang terdapat di bandar raya lain
bertaraf dunia. Ini termasuklah usaha-usaha peningkatan alam
binaan dan semula jadi serta kualiti perumahan dan persekitaran
kerja. Kemudahan sukan, rekreasi, hiburan, kebudayaan dan komuniti
yang lebih baik perlu disediakan dan disokong oleh satu sistem
pengangkutan bersepadu serta infrastruktur berkualiti. |
| |
|
162. |
Strategi-strategi
baru akan juga dilaksanakan bagi menggerakkan projek-projek
baru yang akan merangsang ekonomi Bandar Raya dan mempromosi
imejnya sebagai satu pusat perniagaan dan kewangan bertaraf
dunia. Disebabkan kekurangan tapak-tapak kosong yang luas untuk
pembangunan, projek ini akan dibina di atas kekuatan kawasan-kawasan
pembangunan sedia ada atau menggunakan kawasan-kawasan usang
yang memerlukan penggiatan semula. |
| |
|
163. |
Sepuluh strategi
utama untuk memandu dasar-dasar pembangunan bagi 20 tahun akan
datang diringkaskan seperti berikut:
mempertingkatkan persekitaran kerja, hidup dan niaga
di Pusat Bandar Raya;
mengekhaskan dan membangunkan Zon-Zon Antarabangsa;
mengekhaskan dan melaksanakan Kawasan-Kawasan Pembangunan
Komprehensif;
menggalakkan dan memudahkan pembangunan Kawasan Rizab
Melayu, kampung tradisional dan kampung-kampung baru;
memulakan dan melaksanakan pembangunan semula kawasan
usang;
memastikan penghubungan bandar raya yang lengkap dan
bersepadu;
memberi keutamaan dan insentif untuk pembangunan kawasan
di sekitar terminal transit;
memastikan pengagihan pusat-pusat bandar dan kemudahan
yang berfungsi;
mengukuhkan pembangunan dan meningkatkan persekitaran
kawasan stabil; dan
mengukuhkan pembangunan dan meningkatkan persekitaran
gerbang masuk utama. |
| |
|
164. |
Strategi-strategi
ini dan prinsip-prinsipnya diterangkan dengan lebih terperinci
(rujuk Rajah 6.2 dan Rajah 6.3). |
| |
|
|
|
| |
|
|
|
| |
6.4.2 |
MEMPERTINGKATKAN PERSEKITARAN KERJA, HIDUP
DAN NIAGA PUSAT BANDAR RAYA
|
| |
|
165. |
Pusat Bandar Raya
merupakan nadi Bandar Raya. Kawasan ini telah dikenali sebagai
KPP dalam PSKL 1984. Pusat Bandar Raya merupakan fokus perhatian
di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa yang mendefinisikan
imej Kuala Lumpur. Pusat Bandar Raya menggambarkan aspirasi
penduduk serta wawasan Kuala Lumpur sebagai Sebuah Bandar Raya
Bertaraf Dunia. Strategi ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran
hidup yang lengkap dalam Pusat Bandar Raya yang menyediakan
persekitaran niaga dan kerja terbaik berserta pusat perdagangan,
kewangan dan hiburan berdaya maju. |
| |
|
166. |
Penekanan akan
diberikan untuk menarik lebih ramai penduduk tinggal di Pusat
Bandar Raya. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada pengangkutan
persendirian, oleh itu lebih ramai penduduk akan menggunakan
pengangkutan awam atau berjalan kaki ke tempat kerja. Pelaksanaan
strategi ini dapat mewujudkan keceriaan suasana hidup dalam
Pusat Bandar Raya di mana kawasan ini terus dipenuhi penghuni
di luar waktu kerja biasa. Pengusaha-pengusaha perdagangan dan
hiburan juga mendapat faedah daripada peningkatan penduduk. |
| |
|
167. |
Untuk mengurangkan
masalah lebihan penawaran ruang perdagangan di dalam Pusat Bandar
Raya serta menggalakkan penyelerakan ruang perdagangan ke pusat-pusat
bandar lain, strategi PSKL 1984 untuk mengekalkan pertumbuhan
sederhana di Pusat Bandar Raya akan diteruskan. Guna tanah yang
tidak selaras dengan peranan Pusat Bandar Raya sebagai pusat
perdagangan dan kewangan bertaraf dunia akan dikaji dan ditentukan
semula, dengan ini dapat membekalkan lebih banyak tanah untuk
kegunaan perdagangan dan kediaman serta kegunaan bukan perdagangan
yang bersesuaian yang boleh memperbaiki persekitaran hidup Pusat
Bandar Raya. membangunkan identiti tersendiri yang unik untuk
Bandar Raya. Landskap jalan akan diharmonikan dan plaza-plaza
serta taman-taman kecil diperkenalkan bagi menambah tekstur
dan kesinambungan kepada persekitaran luaran Pusat Bandar Raya. |
| |
|
168. |
Aktiviti ekonomi yang pelbagai akan digalakkan di Pusat Bandar
Raya terutamanya dalam bidang pelancongan, penjagaan kesihatan
dan pendidikan tinggi. Kepelbagaian ini dapat meluaskan asas
pendapatan Bandar Raya dan mengurangkan pengaruh ketidakstabilan
dalam sektor perdagangan tertentu.

|
| |
|
169. |
Pusat-pusat aktiviti
perlu diintegrasikan semula dan jaringan perhubungan dipertingkatkan.
Pergerakan pejalan kaki khususnya akan diberikan keutamaan berbanding
lalu lintas kenderaan persendirian. Rangkaian pejalan kaki yang
komprehensif akan diwujudkan untuk meningkatkan kemudahsampaian
dan keselesaan ke pusat-pusat pengangkutan dan aktiviti serta
mengurangkan pergantungan kepada pengangkutan persendirian.
|
| |
|
170. |
Garis panduan reka
bentuk bandar akan disediakan dan dilaksanakan secara berperingkat
di Pusat Bandar Raya untuk memperbaiki persekitaran hidup, mewujud
atau memulihkan perhubungan fizikal dan pengalaman serta membangunkan
identiti tersendiri yang unik untuk Bandar Raya. Landskap jalan
akan diharmonikan dan plaza-plaza serta taman-taman kecil diperkenalkan
bagi menambah tekstur dan kesinambungan kepada persekitaran
luaran Pusat Bandar Raya. |
| |
6.4.3 |
MENGEKHASKAN
DAN MEMBANGUNKAN ZON ANTARABANGSA |
| |
|
171. |
Sebuah bandar raya
bertaraf dunia harus dapat menarik golongan yang berkemahiran
tinggi, dari dalam dan luar negara, untuk bekerja dan tinggal
di Bandar Raya. Kawasan mengandungi aktiviti yang selaras dengan
keperluan antarabangsa yang menggabungkan persekitaran hidup
yang menarik akan dibangunkan untuk menyediakan kemudahan pendidikan,
membeli-belah, rekreasi dan hiburan yang berkualiti tinggi.
Kualiti kemudahan dan utiliti sedia ada akan dipertingkatkan
untuk menampung keperluan ekspatriat di samping memberi manfaat
kepada penduduk tempatan. |
| |
|
172. |
Selain sebagai kawasan
kediaman berkualiti, Zon-zon Antarabangsa akan juga dibangunkan
sebagai pusat pekerjaan bertaraf tinggi khusus dalam ICT atau
teknologi berkemahiran tinggi. Aktiviti perdagangan yang menampung
keperluan dan cita rasa pasaran antarabangsa akan digalakkan
dan presint khusus dalam kebudayaan dan masakan antarabangsa
akan dikhaskan dan dibangunkan. |
| |
|
173. |
Tiga kawasan yang
mengandungi ciri-ciri persekitaran yang menarik dan bertaraf
antarabangsa telah dikhaskan sebagai Zon Antarabangsa iaitu
Damansara, Ampang/U-Thant dan Bukit Jalil. Setiap zon akan menyediakan
persekitaran hidup yang unik dan menarik bersesuaian dengan
pelbagai keperluan penduduk antarabangsa daripada kediaman eksklusif
sedia ada dan berkepadatan rendah di Damansara kepada pembangunan
kondominium berkepadatan tinggi di Bukit Jalil. |
| |
|
174. |
Bahagian timur Damansara dan barat Jalan Ampang/Jalan U-Thant
perlu saling melengkapi aktiviti aktiviti Pusat Bandar Raya
dengan menyediakan persekitaran hidup berkualiti tinggi yang
mudah sampai ke kawasan pusat perniagaan. Zon selatan Bukit
Jalil akan berperanan sebagai perantara antara Pusat Bandar
Raya dengan kawasan berteknologi tinggi MSC di selatan. Ciriciri
setiap zon akan dibangunkan dengan mengekalkan dan meningkatkan
kelebihan lokasi masing-masing berserta ciri-ciri dan kemudahan
sedia ada.

|
| |
|
175. |
Kawasan di antara
KL Sentral dan Menara Telekom, sebahagian daripada Zon Antarabangsa
Damansara Penchala menyediakan pelbagai kemudahan seperti
hotel, pejabat, pusat membeli-belah dan pusat pengangkutan wilayah
yang menawarkan kepada pasaran wilayah dan antarabangsa. |
| |
6.4.4 |
MENGEKHASKAN
DAN MELAKSANAKAN KAWASAN PEMBANGUNAN KOMPREHENSIF |
| |
|
176. |
Sebagai bandar
raya unggul negara, Kuala Lumpur akan menjadi peneraju utama
bagi industri dan keusahawanan Malaysia, dan inisiatif-inisiatif
baru akan dilaksanakan untuk mengukuhkan pelan pembangunan nasional. |
| |
|
177. |
Dua KPK utama telah
dikenal pasti yang akan memperlihatkan serta memberi dorongan
bagi promosi dan pembangunan perdagangan dan industri Malaysia.
Dua KPK ialah Kampong Bharu, Kawasan Rizab Melayu yang terletak
di Pusat Bandar Raya dan kompleks pejabat kerajaan di Jalan
Duta di sebelah barat Pusat Bandar Raya. |
| |
|
178. |
KPK akan dirancang
secara menyeluruh dan dibangunkan sebagai pembangunan bercampur
bersepadu yang mengandungi kegunaan kediaman, perdagangan dan
industri termasuk kemudahan dan utiliti yang selaras dengan
jumlah penduduknya. Setiap KPK juga akan dilengkapi terminal
transit yang akan menghubungkan aktiviti-aktiviti utama dalam
kawasan dan di sekitar pusat-pusat daerah dibangunkan. |
| |
6.4.5 |
MENGGALAKKAN
DAN MEMUDAHKAN PEMBANGUNAN KAWASAN RIZAB MELAYU, KAMPUNG TRADISIONAL
DAN KAMPUNG-KAMPUNG BARU |
| |
|
179. |
Dalam mencapai
wawasan sebagai Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia, adalah penting
bagi Kuala Lumpur untuk tidak mengabaikan warisan kebudayaan
dan keunikannya. Secara khususnya, Kawasan Rizab Melayu (KRM),
kampung tradisional dan kampung-kampung baru selain mempunyai
kepentingan sejarah dalam pembangunan Kuala Lumpur dan negara,
juga memelihara kebudayaan yang berterusan dengan mengekalkan
kesinambungan tradisi adat resam dan cara hidup. |
| |
|
180. |
Walau bagaimanapun, kewujudan kawasankawasan ini tidak lagi
sesuai dalam konteks bandar kini. Susun atur, corak pemilikan
tanah dan penyediaan infrastruktur asas menggambarkan guna
tanah asal yang kebanyakannya merupakan kebun kecil pertanian.
Akibatnya, kawasan-kawasan ini memperlihatkan ciri-ciri infrastruktur
yang buruk dan kemerosotan susunan bandar yang amat berbeza
dengan kawasan lain di Bandar Raya. Bagi memastikan kawasan
ini dapat bertahan dan menyumbang kepada kehidupan Bandar
Raya, langkah-langkah perlu diambil untuk menggalak dan memudahkan
pembangunan kediaman dan perdagangan.
|
| |
|
181. |
Kemudahan masyarakat
akan dipertingkatkan dan infrastruktur asas dan rangkaian utiliti
diperbaiki. Pembangunan baru di kawasan ini perlu mencerminkan
nilai-nilai masyarakat terbabit. Contohnya, untuk menggalakkan
kesinambungan dalam masyarakat kediaman, konsep perumahan keluarga
luas akan dibangunkan. |
| |
|
182. |
Cara-cara inovatif
perlu diperkenalkan untuk menggalakkan keusahawanan dan membawa
kemajuan ke kawasan-kawasan ini. Aktiviti perdagangan yang menekankan
pembangunan dan promosi industri kotej yang menghasilkan barangan
tradisional dan kraf tangan perlu digalakkan seiring dengan
pembangunan barangan, perkhidmatan dan perniagaan moden yang
memberi manfaat kepada masyarakat. |
| |
|
183. |
Pelancongan desa
dan eko-pelancongan dapat menarik pelancong-pelancong tempatan
dan asing yang ingin menikmati dan mengalami cara hidup tradisi.
DBKL akan menggalak dan membantu dalam pembangunan kemudahan
sokongan pelancongan dan juga dalam mempromosikan pelancongan
di dalam dan luar negara. |
| |
|
184. |
Bangunan, kawasan
dan tapak yang mempunyai kepentingan sejarah atau kebudayaan
dalam konteks masyarakat setempat hendaklah dipulihara. Begitu
juga, pembangunan baru dan projek projek landskap jalan yang
menggabungkan motif seni bina yang mencerminkan ciri-ciri etnik
dan kebudayaan akan digalakkan. Landskap juga akan menggunakan
pokok-pokok dan tumbuhan-tumbuhan asli terutamanya yang membangkitkan
suasana persekitaran tropika Malaysia. |
| |
|
185. |
Kawasan-kawasan
ini secara tradisinya mempunyai identiti dan semangat kemasyarakatan
yang kuat. Usaha-usaha akan dilakukan untuk menggalakkan masyarakat
melaksanakan pembangunan kolektif yang akan memberi manfaat
untuk semua. Sebagai masyarakat bersatu padu yang lebih memahami
keperluan mereka, hasrat untuk pembangunan seharusnya dicetuskan
oleh mereka sendiri. DBKL akan membantu mengujudkan perbadanan
masyarakat untuk mengarah dan menyelaras pembangunan. Kepakaran
dan bimbingan akan diberikan untuk mempercepatkan kemajuan pembangunan
dan pembaikan infrastruktur. |
| |
6.4.6 |
MEMULAKAN DAN
MELAKSANAKAN PEMBANGUNAN SEMULA KAWASAN USANG |
| |
|
186. |
Beberapa kawasan
di Bandar Raya akibat diabaikan dalam tempoh yang panjang telah
menjadi usang. Dalam kebanyakan kes, pembangunan semula berskala
besar adalah sukar kerana saiz tanah yang kecil dan pemilikan
tanah berbilang. Oleh itu pendekatan jangka panjang, bertujuan
menjana semula secara berperingkat tanpa mengubah ciri-ciri
utama kawasan ini, akan dilaksanakan. |
| |
|
187. |
DBKL akan menyediakan
pelan pembangunan komprehensif jangka panjang dan garis panduan
yang akan dilaksanakan dalam tempoh tertentu. Pembaikan infrastruktur
asas seperti jalan raya, utiliti dan saliran akan diberi keutamaan.
Apabila wujud peluang, pembaikan kemudahan masyarakat dan ameniti
lain akan juga dilaksanakan. Langkah-langkah ini akan digabungkan
untuk membantu menjana semula kawasan-kawasan usang dan menggalakkan
lebih banyak pembangunan semula oleh pihak swasta mengikut garis
panduan perancangan dan reka bentuk bandar yang sesuai. |
| |
|
188. |
Sesetengah kawasan
ini adalah yang tertua di Bandar Raya dan mengandungi bangunan
dan tapak yang mempunyai kepentingan sejarah dan kebudayaan.
Kawasan ini akan dikenal pasti dalam pelan pembangunan komprehensif
dan dikhaskan sebagai kawasan pemuliharaan. Kawasan-kawasan
lain yang mempunyai potensi pembangunan semula yang jelas boleh
menyediakan peluang-peluang untuk memenuhi keperluan bandar
di masa hadapan yang memerlukan penglibatan awam. Kawasankawasan
ini juga akan dikenal pasti dan dikhaskan sebagai sebahagian
daripada pelan pembangunan komprehensif. |
| |
|
189. |
Garis panduan akan
memberi penekanan ke atas ciri-ciri unik bagi setiap kawasan
dan memastikan pembangunannya akan bersesuaian dengan kawasan
sekitar. Pelan pembangunan komprehensif dan garis panduan yang
dilaksanakan akan memastikan ciri-ciri dan imej bagi setiap
kawasan dikekalkan dan dipertingkatkan. |
| |
|
190. |
Satu program pembaharuan
dan pembangunan bandar secara berperingkat yang berasaskan kepada
pelan pembangunan komprehensif akan disediakan dan dilaksanakan
di setiap tempat yang telah dikenal pasti. |
| |
6.4.7 |
MEMASTIKAN PERHUBUNGAN
BANDAR RAYA YANG LENGKAP DAN BERSEPADU |
| |
|
191. |
Sebuah bandar raya
bertaraf dunia pada abad ke 21 haruslah menjadi sebuah bandar
raya yang dihubungkan sepenuhnya dan bersepadu dari segi fizikal
dan persepsi. |
| |
|
192. |
Paling penting adalah
perhubungan fizikal dalam bentuk sistem pengangkutan yang membolehkan
pergerakan efisien penduduk dan barangan di dalam dan sekitar
Bandar Raya. Rangkaian pengangkutan jalan dan rel sedia ada
adalah komprehensif dan perlu diintegrasikan. Rangkaian pengangkutan
rel di Bandar Raya terdiri daripada sistem LRT Projek Usaha
sama Transit Ringan Automatik (PUTRA) dan Sistem Transit Aliran
Ringan (STAR), perkhidmatan rel komuter Keretapi Tanah Melayu
(KTM) serta Express Rail Link (ERL) dan sistem monorel atau
People Mover Rapid Transit (PRT). Rangkaian rel bersepadu tersebut
menghubungkan Pusat Bandar Raya ke pusat pusat utama di Kuala
Lumpur, pusat-pusat bandar berhampiran, Putrajaya dan KLIA. |
| |
|
193. |
Rangkaian bas komprehensif yang fleksibel dan responsif kepada
pengguna akan dibangunkan dan diintegrasikan dengan rangkaian
rel. Rangkaian pejalan kaki akan disediakan dengan memberi
tumpuan kepada Pusat Bandar Raya dan kawasankawasan lain yang
dihubungkan kepada pusat-pusat transit dan aktiviti utama.
Peningkatan kemudahan dan langkah-langkah fleksibiliti ini
akan dapat mengubah pandangan orang ramai bagi meningkatkan
penggunaan pengangkutan awam dengan mengurangkan pergantungan
terhadap pengangkutan persendirian.

|
| |
|
194. |
Utiliti penting
seperti bekalan elektrik, air, sistem pembetungan dan saliran
akan dinaikkan taraf serta disediakan secara menyeluruh di Bandar
Raya. Bersama-sama dengan syarikat dan agensi utiliti, DBKL
akan memastikan utiliti ini diintegrasikan dan diselaraskan
antara satu sama lain dalam pelan pembangunan masa hadapan.
Infrastruktur ICT, yang merupakan utiliti penting dalam abad
ke 21, akan digabungkan dalam semua pembangunan baru di dalam
Bandar Raya, dan kenaikan taraf kawasan sedia ada akan digalakkan. |
| |
|
195. |
Rangkaian kawasan
hijau akan menggalakkan kepelbagaian flora dan fauna untuk diserapkan
ke dalam Bandar Raya di samping membantu meningkatkan kualiti
udara dan menawarkan kemudahan kepada warga kota Kuala Lumpur.
Rangkaian hijau yang dicadangkan oleh PSKL 1984 akan dicapai
sepenuhnya, dengan menghubungkan kawasan-kawasan lapang utama
seperti taman metropolitan, hutan simpan dan tasik berserta
kawasan lapang lain termasuk tanah perkuburan dan padang golf
melalui jalan raya, sungai, rel dan rizab koridor utiliti yang
berlandskap. |
| |
|
196. |
Penghubungan visual
dan persepsi akan juga diberi penekanan untuk meningkatkan gambaran
terhadap Bandar Raya dan memudahkan pengorientasian seseorang
di dalamnya. Pemandangan latar langit Bandar Raya akan ditonjolkan
dari pelbagai sudut kritikal Bandar Raya dan terutamanya di
gerbang masuk sempadan. Tapak-tapak akan dikenal
pasti untuk bangunan mercu tanda masa hadapan bagi mempertingkatkan
latar langit Bandar Raya dan memudahkan orientasi di dalam dan
di sekitar Bandar Raya. |
| |
6.4.8 |
MEMBERI KEUTAMAAN
DAN INSENTIF UNTUK PEMBANGUNAN KAWASAN DI SEKITAR TERMINAL TRANSIT |
| |
|
197. |
Untuk mengukuhkan
strategi penghubungan pengangkutan yang berintegrasi dan lengkap,
lebih banyak pembangunan intensif berdekatan terminal transit
akan digalakkan. |
| |
|
198. |
Pembangunan bercampur
yang menggabungkan kediaman berkepadatan tinggi, nisbah plot
perdagangan yang tinggi dan juga kemudahan komuniti dan perniagaan
akan digalakkan, agar mengurangkan pergantungan kepada pengangkutan
persendirian dengan menyediakan kemudahsampaian yang fleksibel
dan selesa. Perkhidmatan bas akan diintegrasikan dengan terminal
rel dan kemudahan pertukaran bagi melancarkan sistem pengangkutan
yang cepat, selesa dan efisien. Penghubungan pejalan kaki dan
lalu lintas, di dalam dan di luar zon ini, akan dipertingkatkan
bagi menyediakan laluan yang lebih mudah ke terminal transit. |
| |
|
199. |
Kemudahan letak
dan naik (Park and Ride) akan disediakan di tempat pertukaran
di pinggir Pusat Bandar Raya, untuk menggalakkan lebih ramai
penduduk menggunakan pengangkutan awam ke Pusat Bandar Raya.
Untuk tidak menggalakkan penggunaan kenderaan persendirian di
Pusat Bandar Raya, langkah-langkah akan diambil bagi mengurangkan
penyediaan dan menaikkan bayaran tempat letak kenderaan. Langkah-langkah
kawalan lalu lintas lain seperti zon larangan dan skim pelesenan
kawasan akan dipertimbangkan. |
| |
|
200. |
Dengan meletakkan
kemudahan masyarakat yang penting berdekatan terminal-terminal
transit utama, keberkesanan tadahan penduduk boleh ditingkatkan,
seterusnya membolehkan pengukuhan dan mengoptimumkan kegunaan
sumber dan kemudahan. Kemudahan masyarakat yang berkaitan dengan
strategi ini adalah pusat komuniti, perpustakaan dan kemudahan
kesihatan. |
| |
6.4.9 |
MEMASTIKAN PENGAGIHAN
PUSAT-PUSAT BANDAR DAN KEMUDAHAN YANG BERFUNGSI |
| |
|
201. |
Bandar Raya hendaklah memberi perhatian utama dalam pengagihan
pusat-pusat bandar dan kemudahannya supaya ianya mudah sampai
kepada semua penduduk. Kesimpulannya, hierarki pusat bandar
yang jelas meliputi Pusat Bandar Raya, pusat daerah dan pusat
kejiranan akan ditentukan. Fungsi dan kemudahan-kemudahan
yang sesuai akan dikenal pasti untuk setiap jenis pusat berdasarkan
kepada lokasi, kemudahsampaian dan kawasan tadahan atau penduduk
(rujuk Jadual 6.6). Pusat-pusat sedia ada akan diperkukuhkan
dan dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat.

|
| |
|
202. |
Pusat daerah akan
ditetapkan berhampiran atau di stesen rel LRT atau KTM dan pembangunan
di pusat ini akan digalakkan agar memberi manfaat kepada lebih
ramai penduduk. Kemudahsampaian pengangkutan awam akan dipertingkatkan
ke pusat daerah sedia ada yang tidak mempunyai terminal berasaskan
rel yang sesuai. Kemungkinan untuk melanjutkan rangkaian rel
ke pusat-pusat ini akan dikaji. Pusat kejiranan akan ditempatkan
berdekatan atau di stesen rel LRT atau KTM dan pembangunan di
pusat-pusat ini akan juga dipesatkan. |
| |
|
203. |
Kemudahan masyarakat
akan diagihkan dan diintegrasikan ke dalam pelbagai jenis pusat
bandar berdasarkan kepada tadahan penduduk yang diingini. Kemudahan
yang lebih meluas dan sofistikated seperti perpustakaan awam
akan diagihkan ke pusat daerah yang disedikakan dengan pengangkutan
awam yang baik. Kemudahankemudahan kecil lain seperti kawasan
permainan tempatan dan padang bola yang perlu digandingkan dengan
kawasan kediaman kejiranan akan diagihkan ke pusat kejiranan.
Kemudahan yang biasa disediakan seperti kedai runcit, kawasan
mainan tempatan dan rukun tetangga akan digabungkan dengan pusat
tempatan. |
| |
6.4.10 |
MENGUKUHKAN PEMBANGUNAN
DAN MENINGKATKAN PERSEKITARAN KAWASAN STABIL |
| |
|
204. |
Sebahagian besar
Kuala Lumpur telah dibangunkan sepenuhnya. Tiga daripada empat
kawasan pertumbuhan yang dikenal pasti dalam PSKL 1984; iaitu
Wangsa Maju, Damansara dan Bandar Tun Razak kini kukuh manakala
kawasan lain di Bandar Raya juga stabil dan kukuh dengan ciri-cirinya
yang tersendiri. |
| |
|
205. |
Beberapa projek
baru lebuh raya telah menjejaskan konfigurasi sesetengah kawasan.
Akibatnya, corak pejalan kaki dan lalu lintas telah terjejas
seterusnya mendatangkan gangguan kepada komuniti. Dalam kes-kes
tertentu, ia juga telah menyebabkan kemerosotan fizikal dan
sosial di sesetengah kawasan. Pelan akan disediakan untuk menyusun
semula kawasan-kawasan ini bagi membantu menjanakan dan menghidupkan
semula kawasan tersebut. |
| |
|
206. |
Di kawasan-kawasan
lain, pembangunan telah berlaku tanpa mengambil kira penyediaan
yang mencukupi bagi kemudahan masyarakat, utiliti atau infrastruktur.
Satu program akan dilaksanakan untuk memastikan semua kawasan
disediakan dengan keperluan infrastruktur asas dan kemudahan
yang mudah sampai, terkini dan diselenggara dengan baik. |
| |
|
207. |
Untuk mengekalkan
struktur bandar raya yang stabil dan mapan, satu strategi akan
dilaksanakan dengan mengukuhkan kekuatan sedia ada kawasan pembangunan
stabil dan meningkatkan keseluruhan persekitaran. Strategi ini
melibatkan gangguan yang minimum kepada pengukuhan susun atur
kawasan ini bagi meningkatkan kepaduan serta membaiki kejanggalan
atau kekurangan. Guna tanah sedia ada di kawasan stabil ini
akan dikekalkan dan percanggahan guna tanah akan disisihkan.
Ciriciri hakiki kawasan stabil dari segi geofizikal dan alam
bina akan dianalisis dan peluang-peluang dieksploitasi demi
meningkatkan ciri-ciri dan identiti sedia ada. |
| |
6.4.11 |
MENGUKUHKAN PEMBANGUNAN
DAN MENINGKATKAN PERSEKITARAN GERBANG MASUK UTAMA |
| |
|
208. |
Kuala Lumpur dikelilingi
oleh pembangunan pinggir bandar dan bandar-bandar yang mengaburkan
definisi sempadannya. Limpahan bandar ini dengan kekurangan
perancangan yang konsisten di kedua-dua belah sempadan Bandar
Raya telah melemahkan dan menyusutkan imej perancangan Kuala
Lumpur.
|
| |
|
209. |
Zon-zon gerbang
masuk akan diwujudkan di gerbang masuk utama dan sekunder di
sempadan Bandar Raya. Zon gerbang masuk utama adalah sempadan
Bandar Raya yang menyelangi jalan utama ke Bandar Raya dan di
mana pemandangan latar langit Bandar Raya dan mercu tanda dapat
dilihat. Zon-zon ini akan ditekankan agar ia dilihat sebagai
titik ketibaan utama Bandar Raya dan menonjolkan imej Kuala
Lumpur sebagai pusat kewangan dan perniagaan utama dan juga
persekitaran hidup dan kerja yang berkualiti tinggi. Di semua
zon gerbang masuk, akan terdapat definisi yang jelas di antara
elemen di luar dan di dalam sempadan Bandar Raya. |
| |
|
210. |
Berdasarkan kepada ciri-ciri fizikal dan fungsi setiap zon
gerbang masuk, ciri pembangunan, skala dan jenis yang sesuai
akan ditentukan. Untuk meningkatkan perasaan ketibaan, utiliti
dan kemudahan akan disediakan untuk pelawat dan kegunaan tanah
tidak sesuai yang tidak membantu dalam mendefinisikan zon
ini akan dimansuhkan. DBKL akan berusaha, dengan kerjasama
pihak berkuasa tempatan yang berkaitan, memastikan pembangunan
di luar Bandar Raya yang bersempadan berharmoni dan saling
melengkapi dengan pembangunan di Kuala Lumpur.

|
| 6.5 |
PELAN
UTAMA |
| |
211. |
Sepuluh strategi
utama tersebut diterjemahkan kepada strategi ruang yang lebih
terperinci di seluruh Bandar Raya. Dua rajah utama yang membentuk
sebahagian daripada dokumen ini menerangkan strategi keseluruhan
bandar raya yang digariskan dalam bahagian sebelumnya:
Pelan Strategi Pembangunan 1: menunjukkan strategi berkaitan
dengan Pusat Bandar Raya, Zon Antarabangsa, Kawasan Pembangunan
Komprehensif, Kawasan Rizab Melayu, kampung tradisional dan
kampung-kampung baru, kawasan usang dan kawasan stabil (rujuk
Rajah 6.2).
Pelan Strategi Pembangunan 2: menunjukkan strategi berkaitan
dengan pengagihan pusat Bandar dan kemudahan, rangkaian hijau,
rangkaian jalan raya dan rel, pusat terminal transit dan peningkatan
gerbang masuk Bandar Raya yang utama (rujuk Rajah 6.3). |
| |
|
|
| |
|
|
| |
212. |
Untuk membangunkan
strategi ruang dengan lebih terperinci dan memberi tumpuan yang
lebih, Bandar Raya dibahagikan kepada 6 zon strategik yang mempunyai
sempadan sejajar dengan koridor jalan raya utama, rel dan sungai.
Bab 17: Zon Strategik menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana
strategi pembangunan yang terkandung di dalam bab ini dan juga
dasar-dasar sektoral yang digariskan dalam bab-bab berikut berkait
dengan zon-zon strategik. Enam zon yang dikenal pasti adalah
seperti berikut:
Pusat Bandar Raya (dahulunya KPP)
Wangsa Maju - Maluri
Sentul - Menjalara
Damansara - Penchala
Bukit Jalil Seputeh
Bandar Tun Razak - Sungai Besi |
| |
213. |
Parameter asas perancangan bagi setiap zon strategik bagi
tahun 2020 adalah seperti di dalam Rajah 6.4.


|
|
|