| Pelan
Struktur Kuala Lumpur 2020 |
|
| Prakata |
|
| Penghargaan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
11.1 |
Pengenalan |
|
11.2 |
Keadaan
dan Isu Semasa |
|
|
11.2.1 |
Umum |
|
|
11.2.2 |
Saliran
Air Hujan Dan Kawalan Banjir |
|
|
11.2.3
|
Sistem
Telekomunikasi Dan Teknologi Maklumat |
|
|
11.2.4 |
Bekalan
Air |
|
|
11.2.5 |
Retikulasi
Pembentungan, Rawatan Dan Pembuangan Efluen |
|
|
11.2.6 |
Pungumpulan
Dan Pelupusan Sisa Pepejal |
|
|
11.2.7 |
Buangan
Sisa Kimia,Toksik Dan Klinikal |
|
|
11.2.8 |
Bekalan
Elektrik |
|
|
11.2.9 |
Bekalan
Gas Berpaip |
|
11.3
|
Objektif |
|
11.4 |
Dasar
Dan Cadangan |
|
|
10.4.1 |
Umum |
|
|
11.4.2 |
Saliran
Air Hujan Dan Kawalan Banjir |
|
|
11.4.3 |
Sistem
Telekomunikasi Dan Teknologi Maklumat |
|
|
11.4.4 |
Bekalan
Air |
|
|
11.4.5 |
Retikulasi
Pembentungan, Rawatan Dan Pembuangan Efluen |
|
|
11.4.6 |
Pungumpulan
Dan Pelupusan Sisa Pepejal |
|
|
11.4.7 |
Buangan
Sisa Kimia,Toksik Dan Klinikal |
|
|
11.4.8 |
Bekalan
Elektrik |
|
|
11.4.9 |
Bekalan
Gas Berpaip |
|
11.5 |
Keperluan
Masa Depan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| INFRASTRUKTUR DAN UTILITI |
| 11.1 |
PENGENALAN |
| |
463. |
Kualiti hidup sesebuah bandar raya biasanya dikaitkan dengan
kualiti infrastruktur dan perkhidmatan utilitinya serta tahap
kepuasan warga kotanya terhadap penyediaan dan perkhidmatan
yang diberikan. Penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan penting
secara efisien dan boleh dipercayai merupakan pengharapan
minimum dari sesebuah bandar raya moden. Bagi memastikan Kuala
Lumpur mencapai status sebuah bandar raya bertaraf dunia,
infrastruktur dan utilitinya harus berada pada tahap yang
tinggi, tanpa sebarang masalah seperti bekalan yang terputus,
kekurangan, penggunaan peralatan atau bahan yang tidak menepati
piawaian atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
|
| |
464. |
Walaupun dalam banyak
kes, DBKL tidak mempunyai kawalan langsung terhadap penyediaan
infrastruktur, utiliti dan perkhidmatan, apa jua kekurangan
akan mencerminkan keadaan Bandar Raya keseluruhannya dan dengan
ini secara tidak langsung melibatkan DBKL. Oleh yang demikian,
DBKL perlu prihatin dengan perancangan yang teratur serta penyelarasan
terhadap penyediaan perkhidmatan perkhidmatan ini bagi memastikan
ianya memenuhi keperluan dan pengharapan penduduk Bandar Raya. |
| |
465. |
Teknologi maklumat kini menjadi kuasa pemacu global untuk
menjana kekayaan dan adalah sangat penting bagi sesebuah bandar
raya moden menggarapkan rangkaian komprehensif ICT, tambahan
kepada keperluan infrastruktur tradisional. Malaysia telah
mengambil langkah berani dalam mewujudkan MSC, yang sebahagiannya
mengunjur ke Pusat Bandar Raya. Kuala Lumpur seharusnya cuba
mengeksploitasi peluang-peluang yang diwujudkan melalui inisiatif
ini bagi menjadikannya salah sebuah bandar raya termaju di
dunia dalam infrastruktur ITC.

|
| 11.2 |
KEADAAN
DAN ISU SEMASA |
| |
11.2.1 |
UMUM |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
466. |
Tanggungjawab bagi
perancangan, kerjakerja pembinaan, operasi dan penyelenggaraan
bagi hampir kesemua infrastruktur dan utiliti di Kuala Lumpur
terletak pada agensi-agensi yang tidak dikawal oleh DBKL, yang
sebahagian besarnya merupakan syarikat-syarikat swasta yang
beroperasi berdasarkan keuntungan. Oleh itu, DBKL mempunyai
kawalan langsung yang terhad terhadap kualiti penyediaan infrastruktur,
prestasi dan perkhidmatan pelanggan. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
467. |
Akibat daripada
kurangnya kawalan langsung timbul ketidakselarasan dalam penyediaan
dan penyelenggaraan utiliti.
Penyediaan dan penyelenggaraan perkhidmatan utiliti
tidak dijalankan secara selaras. |
| |
11.2.2 |
SALIRAN AIR HUJAN
DAN KAWALAN BANJIR |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
468. |
Sistem saliran semula jadi Kuala Lumpur merangkumi tiga
batang sungai utama sepanjang 32.8 kilometer serta gabungan
lapan batang sungai lain sepanjang 40.6 kilometer. Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS) mempunyai tanggungjawab utama
pada sebahagian besar kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan
sistem sungai di Kuala Lumpur.
|
| |
|
469. |
Jabatan Pengurusan Saliran dan Sungai DBKL adalah bertanggungjawab
terhadap penyelenggaraan berjadual sungai-sungai termasuk
pengorekan kelodak dan operasi bagi 15 perangkap sampah. Jabatan
ini juga bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pembinaan,
menaik taraf, pembaikan struktur dan penyelenggaraan sepanjang
kira-kira 350 kilometer sungai-sungai kecil dan longkang besar
dan saliran induk. Terdapat sejumlah 21 sistem tadahan bagi
pengaliran air larian banjir dari longkang-longkang individu
tepi jalan. Setiap sistem tadahan pada amnya merangkumi kawasan
paling minimum 40 hektar. Sistem sungai dan perparitan Bandar
Raya mengandungi sejumlah 2,400 kilometer rangkaian perparitan
ditunjukkan di dalam Rajah 11.1.
|
| |
|
470. |
Banjir kilat yang kerap berlaku selepas hujan
lebat merupakan masalah yang berterusan bagi Bandar Raya.
Kawasan yang paling mudah dinaiki air adalah kawasan-kawasan
di sepanjang Sungai Klang terutama Kampong Datok Keramat,
Jalan Yap Kwan Seng, Kampong Bharu, Jalan Dang Wangi dan Jalan
Tun Perak/Jalan Melaka di Pusat Bandar Raya.
|
| |
|
|
|
| |
|
471. |
Kebiasaannya banjir
berlaku disebabkan oleh mendapan sungai. Kelodak yang dialirkan
ke sungai mengakibatkan sungai menjadi cetek dan mengurangkan
kapasiti pengalirannya. Pembuangan sampah-sarap oleh penghuni
setinggan di hulu sungai juga merupakan faktor yang menyebabkan
aliran sungai tersekat. |
| |
|
472. |
Walau bagaimanapun, masalah banjir di Bandar Raya tidak dapat
diselesaikan tanpa mengambil kira pola hidrologi keseluruhan
lembangan Sungai Klang, di mana dianggarkan bahawa lebih 70
peratus daripada isi padu air sungai yang mengalir melalui
Bandar Raya disumbangkan oleh sumber-sumber di hulu sungai.
Satu lagi faktor penyumbang kepada banjir kilat adalah struktur
struktur tetap yang dibina di dalam rizab sungai yang mengurangkan
kapasiti pengaliran.
|
| |
|
473. |
Pembangunan perbandaran
yang dinamik di Kuala Lumpur dan konurbasinya (KLK) telah menyebabkan
perubahan ke atas kuantiti dan kualiti air sungai. Kawasan berpermukaan
keras yang luas telah mengurangkan jumlah serapan air ke tanah
yang meningkatkan aliran air di punca buangan. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Banjir kilat kerap berlaku disebabkan aliran air
hujan lebat dari kawasan tadahan hulu Kuala Lumpur dan ketidakmampuan
sungai-sungai utama menampung air banjir.

|
| |
11.2.3 |
SISTEM TELEKOMUNIKASI
DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
474. |
Malaysia berada
di barisan hadapan dunia dalam penyediaan rangka kerja kawalan
dan infrastruktur untuk menampung keperluan industri multimedia
dan komunikasi yang berkembang pesat. Penyediaan ini adalah
bagi menyokong MSC yang mempunyai potensi untuk menjadi pusat
maklumat dan multimedia yang unggul di dunia yang akan menarik
minat ahli-ahli profesional dan syarikatsyarikat teknologi maklumat
dan multimedia bertaraf dunia. |
| |
|
475. |
Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab
untuk perkhidmatan telekomunikasi, melalui pemberian lesen-lesen
kepada penyedia pelbagai rangkaian kemudahan, perkhidmatan dan
aplikasi. |
| |
|
476. |
Infrastruktur komunikasi
di Kuala Lumpur telah disediakan secara lengkap dengan rangkaian
gentian optik di Pusat Bandar Raya. Penyediaan infrastruktur
komunikasi di Kuala Lumpur secara umumnya telah bergerak pantas
seiring dengan kemajuan teknologi, dengan permintaan pengguna
yang semakin meningkat untuk perkhidmatan yang canggih dan dengan
pertambahan bilangan pengguna-pengguna domestik dan perniagaan. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
477. |
Walaupun usaha-usaha
telah dilakukan oleh agensi yang bertanggungjawab, masih terdapat
beberapa kesulitan dalam penyediaan infrastruktur ICT di sesetengah
kawasan di Bandar Raya. Kesannya integrasi penuh rangkaian telekomunikasi
dengan MSC masih belum tercapai.
Pembangunan rangkaian telekomunikasi belum diintegrasikan
sepenuhnya dengan rangkaian Koridor Raya Multimedia. |
| |
11.2.4 |
BEKALAN AIR |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
478. |
Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (PUAS) telah dikorporatkan
pada 15 Mac 2002, bertanggung jawab dalam penyediaan bekalan
air paip untuk Kuala Lumpur. Operasi kesemua empangan air
dan loji rawatan air telah diswastakan dan air telah dijual
oleh pemegang konsesi kepada PUAS untuk agihan. Loji Rawatan
Bukit Nanas adalah satu-satunya loji rawatan bekalan air di
Kuala Lumpur dan hanya membekal air yang mencukupi untuk kawasan
seluas 98 kilometer persegi di Pusat Bandar Raya. Keperluan
bekalan air Kuala Lumpur ditampung oleh empat loji rawatan
di Selangor.
|
| |
|
479. |
Perhatian yang lebih kini diberikan kepada perancangan bekalan
air untuk negeri Selangor dan Kuala Lumpur, melibatkan pembangunan
sumber-sumber bekalan baru dan saluran pengagihan utama, kerja-kerja
perawatan air serta penggantian loji-loji dan saluran-saluran
paip lama dalam sistem jaringan pengagihan.
|
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
480. |
Perhatian sebelum
ini telah ditumpukan atas kapasiti bekalan dan terdapat beberapa
kelemahan dalam kualiti penyediaan. Terdapat ketidakpuasan hati
yang meluas mengenai prestasi sistem bekalan air dari segi kualiti
air dan tekanan air yang rendah di kawasan berbukit dan di beberapa
kawasan lama disebabkan oleh saluran paip yang usang.
Kualiti air tidak pada tahap memuaskan; dan
Tekanan air yang rendah di sesetengah bahagian Bandar
Raya. |
| |
11.2.5 |
RETIKULASI PEMBENTUNGAN,
RAWATAN DAN PEMBUANGAN EFLUEN |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
481. |
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Persekutuan bertanggungjawab
terhadap dasar dan
pengauditan prestasi pembangunan dan operasi sistem retikulasi
dan perawatan pembetungan, termasuk langkah-langkah untuk
pemaju swasta membina kemudahan pembetungan sebagai sebahagian
daripada pembangunan infrastruktur bagi projek-projek baru.
Jabatan Alam Sekitar bertanggungjawab terhadap piawaian buangan
efluen dari loji-loji rawatan pembetungan majlis perbandaran
dan hal-hal yang berkaitan dengan alam sekitar.
|
| |
|
482. |
Pada tahun 1994 Kerajaan Persekutuan melantik sebuah syarikat
konsesi untuk merekabentuk, melaksana serta mengurus satu
skim sistem pembetungan bersepadu untuk Kuala Lumpur. Syarikat
konsesi ini telah melaksanakan satu pelan induk pembetungan
yang membahagikan Kuala Lumpur kepada tujuh kawasan, setiap
satu disediakan dengan satu loji rawatan sisa wilayah. Bilangan
kolam pengoksidaan dan loji-loji rawatan kecil yang lain telah
dapat dikurangkan secara berterusan setelah semakin banyak
kawasan tadahan disambung ke sistem pembetungan bersepadu.
Akhirnya, semua aliran pembetungan akan diarahkan ke satu
kemudahan rawatan wilayah yang moden. Ini akan dapat mengatasi
masalah ketidaksesuaian guna tanah antara kemudahan rawatan
pembetungan dengan kawasan pembangunan bandar yang padat.

|
| |
|
483. |
Taburan loji rawatan
pembetungan dan kolam pengoksidaan sedia ada di seluruh Kuala
Lumpur ditunjukkan di dalam Rajah 11.2. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
484. |
Lebih kurang 70 peratus penduduk Kuala Lumpur kini mendapat
manfaat daripada sistem retikulasi perkhidmatan pembetungan.
Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian besar kawasan yang
telah dibangunkan masih belum disambungkan ke sistem rangkaian
pembetungan berpusat terutama kawasan-kawasan yang terpencil.
Sebahagian besar kawasan masih belum dihubungkan
ke sistem pembetungan berpusat.
|
| |
|
|
|
| |
|
485. |
Lokasi kolam kumbahan
berdekatan kawasan perumahan telah menimbulkan aduanaduan dari
penduduk.
Masih terdapat sebilangan kolam-kolam pengoksidaan
berdekatan dengan rumah-rumah kediaman. |
| |
11.2.6 |
PENGUMPULAN DAN
PELUPUSAN SISA PEPEJAL |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
486. |
Sejak Januari 1997,
satu syarikat konsesi telah dipertanggungjawabkan untuk pungutan
dan pembuangan sisa pepejal domestik bagi Wilayah Tengah, terdiri
daripada Kuala Lumpur dan negeri-negeri Selangor, Pahang, Kelantan
dan Terengganu. |
| |
|
487. |
Tanggungjawab syarikat
konsesi ini termasuklah penyediaan tong-tong sampah untuk kegunaan
awam, memastikan pungutan sampah dijalankan mengikut jadual,
melaksanakan satu sistem pengurusan sisa pepejal yang efisien
dan berkos efektif, mendidik orang ramai cara-cara pelupusan
dan penyimpanan sampah yang betul serta pembangunan program
kitar semula yang berkesan untuk mengurangkan jumlah sampah. |
| |
|
488. |
Komposisi sisa pepejal pada tahun 2000 dianggarkan 40 peratus
daripada sumber domestik, 10 peratus perdagangan, 5 peratus
institusi, 33 peratus perindustrian, 10 peratus pembinaan
dan 2 peratus perbandaran.

|
| |
|
489. |
Tapak pelupusan
Taman Beringin, Jinjang seluas 15 hektar menerima purata 2,000
tan sisa pepejal sehari dan kira-kira 500 tan sehari dihantar
keluar ke tapak pelupusan swasta sedia ada di Air Hitam, Puchong,
di Selangor. Pengurusan pungutan dan pembuangan sisa pepejal
di Kuala Lumpur telah mencapai tahap kritikal kerana tapak Taman
Beringin, Jinjang mempunyai jangka hayat yang amat terbatas.
Stesen pemindahan yang baru disiapkan di Taman Beringin berfungsi
untuk mengasingkan sisa buangan untuk dikitar semula dan memampatkan
baki sisa sebelum diangkut ke tapak di Air Hitam untuk pelupusan
dengan penimbusan. |
| |
|
490. |
Rajah 11.3 menunjukkan
taburan tapak pelupusan sisa pepejal sedia ada. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
491. |
Beberapa program
telah dijalankan oleh DBKL dan syarikat konsesi untuk mengurangkan
keperluan pelupusan sampah melalui penglibatan awam dalam pengitaran
semula. Walau bagaimanapun, program-program ini tidak berkesan
dalam meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap program ini
ke tahap yang memuaskan.
Program kitar semula belum begitu berkesan. |
| |
|
|
|
| |
11.2.7 |
BUANGAN SISA
KIMIA, TOKSIK DAN KLINIKAL |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
492. |
Satu syarikat konsesi
telah mengendalikan perkhidmatan pengurusan buangan bersepadu
terjadual yang pertama di Malaysia iaitu mengumpul dan melupus
sisa buangan kimia dan toksik. Sistem pengurusan sisa buangan
ini melibatkan pengumpulan dan pemindahan sisa buangan di stesen
pemindahan tempatan, rangkaian pengangkutan meliputi seluruh
Semenanjung Malaysia dan berakhir di pusat perawatan dan pelupusan
sisa buangan di Bukit Nanas Negeri Sembilan. Operasinya di Kuala
Lumpur melibatkan pengumpulan sampah berjadual di premis pembuangan
sampah tempatan, pengangkutan, perawatan dan pelupusannya. Sebuah
syarikat konsesi lain bertanggungjawab dalam pengutipan dan
pelupusan sisa buangan klinikal. |
| |
11.2.8 |
BEKALAN ELEKTRIK |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
493. |
Tenaga Nasional
Berhad (TNB) bertanggungjawab terhadap pengagihan dan penghantaran
elektrik ke seluruh negara dan merupakan pengeluar utama elektrik
negara, disokong oleh lima pengeluar elektrik persendirian yang
juga menghantar elektrik ke grid nasional. |
| |
|
494. |
Grid nasional beroperasi
pada 275kV dan 132kV. Kuasa voltan tinggi dihantar ke Kuala
Lumpur pada 33kV dan 11kV dan disalurkan ke seluruh Bandar Raya,
sebahagian besarnya bawah tanah, pada 400V dan 240V untuk pengguna-pengguna
domestik. Terdapat sejumlah 16 pencawang 132kV dan 78 pencawang
33kV di Kuala Lumpur. Program-program pembesaran sistem kini
selaras dengan pertumbuhan permintaan pengguna dan loji-loji
dan peralatan peralatan usang sedang ditukar untuk mengekalkan
prestasi dan seiring dengan kemajuan
teknologi. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
495. |
Kebanyakan daripada rizab rintisan elektrik menjajar di sepanjang
kawasan kejiranan dan terdapat tekanan bagi menggunakan rizab
ini untuk pembangunan sementara berskala kecil seperti tapak
semaian, stor dan kemudahan tempat letak kereta.
Terdapat tekanan bagi menggunakan rizab rintisan
elektrik untuk pembangunan sementara yang berskala kecil.

|
| |
11.2.9 |
BEKALAN GAS BERPAIP |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
496. |
Selaras dengan dasar
tenaga negara, Petronas Gas Berhad, yang merupakan pembekal
gas kepada Gas Malaysia, telah mempercepatkan pelaksanaan projek
Penggunaan Gas Semenanjung (PGU) yang menghantar gas dari pantai
timur ke arah selatan ke Johor Bahru dan Singapura, dengan saluran
paip bercabang ke barat laut di Segamat ke Lembah Klang. Rangkaian
pengagihan gas asli ini sedang dibangunkan secara berperingkat
berdasarkan kepada permintaan. |
| |
|
497. |
Gas asli yang dibekalkan
kepada pengguna di Bandar Raya diperolehi daripada saluran paip
penghantaran PGU di stesen bandar. Oleh sebab gas asli tidak
berbau, satu agen bauan ditambah di stesen injap pembau yang
terletak selepas stesen injap utama bandar. Gas asli ini kemudiannya
disalurkan melalui saluran penghantar terus ke pengguna utama
dan sederhana atau ke stesen daerah untuk diagihkan kepada pengguna
kecil. Di premis pengguna, bekalan gas seterusnya dikawal dan
dimeterkan. |
| |
|
498. |
Pembangunan saluran
penghantar dan pengagihan dalam Bandar Raya Kuala Lumpur telah
dimulakan dengan satu pelan masa hadapan sehingga tahun 2005.
Kini, pengguna terbesar gas asli di Kuala Lumpur ialah KLCC,
yang menggunakan turbin gas untuk menjanakan seluruh keperluan
elektriknya dan untuk operasi sistem penyejukan berpusat. Walau
bagaimanapun, liputan sistem retikulasi gas asli dalam sektor
industri, perdagangan dan kediaman di Banda Raya masih marginal. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Liputan sistem retikulasi gas asli dalam sektor
perindustrian, perdagangan dan kediaman di Bandar Raya masih
marginal.

|
| 11.3 |
OBJEKTIF |
| |
499. |
Bagi mewujudkan keadaan yang perlu untuk persekitaran hidup,
kerja dan niaga yang bertaraf dunia, DBKL bertujuan untuk:
menyediakan satu persekitaran hidup yang bersih
dan selesa dengan disokong oleh infrastruktur, utiliti dan
perkhidmatan yang efisien.

|
| 11.4 |
DASAR
DAN CADANGAN |
| |
11.4.1 |
UMUM |
| |
|
500. |
Pembaikan dalam
penyediaan infrastruktur, utiliti dan perkhidmatan pelupusan
sisa adalah penting bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk
Bandar Raya. Program-program mestilah diusahakan untuk menangani
semua aspek penyediaan kemudahan termasuk kualiti perkhidmatan,
penyelenggaraan, pengagihan keperluan yang mencukupi dan boleh
dipercayai. Maklum balas orang ramai adalah kaedah paling berkesan
bagi menilai tahap perkhidmatan infrastruktur, utiliti dan perkhidmatan
pelupusan sisa. Oleh itu prosedur mestilah diperkenalkan bagi
mudahkan mendapat maklum balas dan melibatkan orang ramai secara
lebih aktif dalam meningkatkan persekitaran hidup. Aduan orang
ramai akan dipantau dan DBKL akan sentiasa berhubung dengan
syarikat konsesi utiliti terhadap pembaikan sistem serta perkhidmatan
dan penyelenggaraan secara tetap. |
| |
|
501. |
Peranan DBKL adalah
penting sebagai penyelaras keseluruhan kerja-kerja pembinaan
dan penyelenggaraan, perkhidmatan penyambungan serta pangkalan
data GIS infrastruktur. Rangka kerja kawalan agensi-agensi infrastruktur
bebas yang beroperasi perlu dikaji semula bagi tujuan meningkatkan
akauntabilitinya terhadap masyarakat.
Dasar:
UT 1: DBKL akan, melalui penyelarasan dengan pihak-pihak berkuasa
dan agensi-agensi berkaitan, mempertingkatkan penyediaan infrastruktur,
utiliti dan perkhidmatan pelupusan sisa dan memastikannya boleh
dipercayai dan mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk. |
| |
|
502. |
Bagi memastikan
infrastruktur, utiliti dan perkhidmatan pelupusan sisa disediakan
tepat pada masa dan secara teratur, adalah penting bagi agensi-agensi
berkenaan merancang pembangunan perkhidmatannya mengikut unjuran
keperluan perancangan Bandar Raya. Bagi memudahkan proses ini
dan membolehkan agensi-agensi berkaitan membuat unjuran keperluan
dengan lebih tepat, satu pangkalan data guna tanah dan demografi
untuk kegunaan bersama akan disediakan.
Dasar:
UT 2: DBKL akan, melalui penyelarasan dengan pihak-pihak berkuasa
dan agensi berkaitan, memastikan pelanpelan pembangunan infrastruktur,
utiliti dan perkhidmatan pelupusan sisa memperlengkap keperluan
yang dirancang bagi Bandar Raya. |
| |
11.4.2 |
SALIRAN AIR HUJAN
DAN KAWALAN BANJIR |
| |
|
503. |
Satu program jangka panjang untuk mengurangkan banjir sedang
dilaksanakan melalui penyediaan kemudahan takungan banjir.
Selain itu, pendekatan-pendekatan lain yang lebih radikal
perlu dikaji seperti saluran pintasan banjir untuk mengalirkan
air banjir dari kawasan hulu sungai tanpa melalui Pusat Bandar
Raya.
|
| |
|
504. |
DBKL akan mengambil langkah-langkah untuk melaksanakan pendekatan
baru dalam mengendalikan program saliran dan mengawal banjir
serta kualiti air dari puncanya, dengan merujuk kepada Manual
Saliran Mesra Alam Malaysia (MASMA) yang disediakan dan diterima
pakai pada tahun 2000 oleh JPS.
Dasar:
UT 3: DBKL akan, melalui penyelarasan dengan Jabatan Pengairan
dan Saliran, mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan
banjir kilat.
|
| |
|
505. |
Bekas-bekas lombong akan dijadikan sebagai
kemudahan takungan banjir yang lengkap dan juga dibangunkan
bagi tujuan rekreasi.
Dasar:
UT 4: DBKL akan mengenal pasti, mewartakan
dan menggunakan bekas-bekas lombong sebagai kemudahan takungan
banjir dan rekreasi.

|
| |
11.4.3 |
SISTEM TELEKOMUNIKASI
DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT |
| |
|
506. |
Penyediaan infrastruktur
telekomunikasi dan sistem maklumat yang berkapasiti tinggi dan
terkini adalah kritikal dalam membangunkan Kuala Lumpur sebagai
sebuah pusat perdagangan dan kewangan antarabangsa, dan menjadikannya
mampu bersaing dengan pusat-pusat serantau dan antarabangsa
lain di Asia Pasifik yang berkuasa menarik syarikatsyarikat
korporat. Penyediaan infrastruktur telekomunikasi di Kuala Lumpur
telah dapat bersaing seiring dengan kemajuan teknologi. Walau
bagaimanapun, kadar perubahannya terlalu pantas dan ini memerlukan
penyelarasan lebih rapi dengan Pesuruhjaya Komunikasi dan Multimedia
bagi mempercepatkan penyediaan infrastruktur ICT yang bersepadu
dan terkini.
Dasar:
UT 5: DBKL akan, melalui penyelarasan dengan agensi - agensi
yang relevan, membangunkan infrastruktur teknologi komunikasi
dan maklumat bersepadu untuk Bandar Raya sebagai sebahagian
daripada Koridor Raya Multimedia. |
| |
11.4.4 |
BEKALAN AIR |
| |
|
507. |
Tahap ketidakpuasan terhadap kualiti air dan tekanan air
yang rendah di sesetengah bahagian Bandar Raya bukan tanggungjawab
langsung DBKL. Walau bagaimanapun, bagi mengurangkan permintaan
terhadap sistem bekalan air, langkahlangkah bagi penggunaan
air hujan dan kitaran semula air sisa harus dilaksanakan.
Dasar: UT 6: DBKL akan melaksanakan langkahlangkah untuk mengurangkan
permintaan bekalan air dengan menggalakkan pengguna memasang
alat pengumpulan air hujan dan mengitar semula air sisa untuk
tujuan bukan-minuman.
|
| |
11.4.5 |
RETIKULASI PEMBETUNGAN,
RAWATAN DAN PEMBUANGAN EFLUEN |
| |
|
508. |
Memandangkan Kuala Lumpur telah berkembang pesat, adalah
semakin penting untuk membaiki dan meluaskan sistem pembetungan
berpusat dan menghapuskan penggunaan kolam pengoksidaan di
Bandar Raya.
Dasar:
UT 7: DBKL akan, melalui perundingan dengan Jabatan Perkhidmatan
Pembetungan Persekutuan dan kerjasama syarikat konsesi pembetungan,
memastikan sistem retikulasi pembetungan di perkukuh dan penggunaan
kolam-kolampengoksidaan dihapuskan.
UT 8: DBKL akan memastikan supaya semua pembangunan perumahan
baru disambungkan ke sistem pembetungan berpusat.
|
| |
|
509. |
Tanah-tanah yang tersedia dari penghapusan kolam-kolam pengoksidaan
dan kerjakerja penambahbaikan yang lain akan diguna sepenuhnya
untuk tujuan awam.
Dasar:
UT 9: DBKL akan memastikan tanah-tanah yang tersedia ada daripada
penambahbaikan sistem pembetungan digunakan untuk tujuan awam.
|
| |
11.4.6 |
PENGUMPULAN DAN
PELUPUSAN SISA PEPEJAL |
| |
|
510. |
Penggunaan tapak
timbusan untuk pelupusan sisa pepejal adalah tidak ekonomik
dari segi guna tanah dan menimbulkan kesan buruk ke atas alam
sekitar. Insinerator adalah satu sistem pelupusan sisa pepejal
yang mempunyai alat kawalan pencemaran berteknologi tinggi yang
lebih bersih dan efisien. Sistem ini telah diguna pakai di beberapa
bandar raya negara maju. Oleh itu sisa pepejal akan dilupuskan
di insinerator yang perlu dibangunkan. |
| |
|
511. |
Terdapat suatu keperluan
untuk merancang satu pelan pengurusan sisa pepejal yang komprehensif
bagi mencapai persekitaran hidup yang seimbang dan mapan. Strategi
sedia ada untuk mengurang, mengitar dan mengguna semula
sisa pepejal untuk membantu mengurangkan permintaan kemudahan
pelupusan sisa pepejal hendaklah menjadi bahagian penting dalam
pelan ini. Walau bagaimanapun, langkah-langkah berkaitan dengan
kempen publisiti dan pendidikan, kaedah dan peraturan untuk
meningkatkan keberkesanan program ini perlu diperkenalkan.
Dasar:
UT 10: DBKL akan, melalui penyelarasan dengan agensi-agensi
yang berkenaan, mempromosikan strategi mengurang, mengitar
dan mengguna semula produk sisa. |
| |
11.4.7 |
BUANGAN SISA
KIMIA, TOKSIK DAN KLINIKAL |
| |
|
512. |
Pengumpulan dan
pelupusan berpusat sisa-sisa kimia, toksik dan klinikal merupakan
satu aspek perkhidmatan yang pada relatifnya baru dan adalah
penting bagi memastikan operasi yang dijalankan adalah selamat
dan berkesan. Prosedur pemantauan perlulah mencukupi bagi memastikan
keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan-perkhidmatan ini
tidak terjejas.
Dasar:
UT 11: DBKL akan menyokong agensiagensi yang berkaitan bagi
memantau prestasi syarikat syarikat konsesi terlibat dengan
buangan sisa kimia, toksik dan klinikal bagi menjamin kesihatan
awam dan mengekalkan keyakinan orang ramai. |
| |
11.4.8 |
BEKALAN ELEKTRIK |
| |
|
513. |
Retikulasi elektrik
di dalam Bandar Raya kebanyakannya adalah di bawah tanah. Rizab
rentis elektrik menawarkan peluang untuk kegunaan sementara.
Dasar:
UT 12: DBKL akan membenarkan pembangunan sementara di dalam
rizab rentis elektrik mengikut garis panduan Tenaga Nasional
Berhad. |
| |
11.4.9 |
BEKALAN GAS BERPAIP |
| |
|
514. |
Penggunaan gas asli secara meluas di premis-premis industri,
perdagangan dan kediaman adalah digalakkan kerana ianya menyumbang
kepada pengurangan kesan rumah hijau dan dengan
ini, lebih mesra alam.
Dasar:
UT 13: DBKL akan memerlukan pembangunan-pembangunan bertingkat
dipasang dengan retikulasi paip gas untuk bekalan gas.
UT 14: DBKL akan menggalakkan kemasukan retikulasi paip gas
dalam jenis-jenis perumahan baru lain bagi membolehkan penyediaan
bekalan gas.

|
| 11.5 |
KEPERLUAN
MASA DEPAN |
| |
515. |
Perancangan infrastruktur dan utiliti kini dikendalikan oleh
agensi-agensi swasta, setiap satunya melaksanakan pelan induk
dan program masing-masing. Walau bagaimanapun, perancangan
induk perkhidmatan infrastruktur perlu diselaraskan mengikut
unjuran DBKL, perancangan guna tanah dan pembangunan masa
hadapan. Dengan cara ini, peruntukan tanah boleh disediakan
untuk menampung keperluan perkhidmatan tertentu seperti pemasangan
utiliti utama, koridor saluran paip dan perparitan atau rizab-rizab
pencegahan banjir.

|
|
|