| Pelan
Struktur Kuala Lumpur 2020 |
|
| Prakata |
|
| Penghargaan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
13.1 |
Pengenalan |
|
13.2 |
Keadaan
Semasa dan Isu |
|
|
13.2.1 |
Umum |
|
|
13.2.2 |
Kemudahan
Komuniti Awam |
|
|
13.2.3
|
Kawasan
Lapang Kemudahan Rekreasi Dan Sukan |
|
|
13.2.4 |
Kemudahan
Pendidikan |
|
|
13.2.5 |
Kemudahan
Kesihatan |
|
|
13.2.6
|
Kemudahan
Keselamatan Dan Kecemasan |
|
|
13.2.7 |
Kemudahan
Kebajikan Sosial |
|
|
13.2.8 |
Kemudahan
Kebudayaan |
|
|
13.2.9
|
Kemudahan
Keagamaan |
|
|
13.2.10
|
Tanah Perkuburan |
|
13.3
|
Objektif |
|
13.4 |
Dasar
Dan Cadangan |
|
|
13.4.1 |
Umum |
|
|
13.4.2
|
Kemudahan
Komuniti Awam |
|
|
13.4.3
|
Kawasan
Lapang Kemudahan Rekreasi Dan Sukan |
|
|
13.4.4
|
Kemudahan
Pendidikan |
|
|
13.4.5
|
Kemudahan
Kesihatan Awam |
|
|
13.4.6 |
Kemudahan
Keselamatan Dan Kecemasan |
|
|
13.4.7
|
Kemudahan
Kebajikan Sosial |
|
|
13.4.8 |
Kemudahan
Kebudayaan |
|
|
13.4.9 |
Tanah
Perkuburan |
|
13.5 |
Keperluan
Masa Hadapan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| KEMUDAHAN MASYARAKAT |
| 13.1 |
PENGENALAN |
| |
586. |
Berbanding dengan bandar-bandar lain di Malaysia, Kuala
Lumpur merupakan bandar raya utama yang memperlihatkan dengan
jelas contoh sebenar kehidupan harmoni berbilang etnik dan
kepercayaan. Dalam jangka masa 20 tahun akan datang, DBKL
berhasrat meneruskan pencapaian ini untuk mewujudkan satu
masyarakat yang berintegrasi dan harmoni serta mempunyai kepelbagaian
budaya.
|
| |
587. |
Selaras dengan
matlamat untuk mempertingkatkan lagi persekitaran hidup bandar
raya, DBKL menggalakkan perpaduan sosial melalui program komuniti
dan sosial serta menyediakan kemudahan masyarakat dan rekreasi
yang akan menyatupadukan masyarakat melalui perkongsian aktiviti.
Melalui kuasa perancangan dan kawalan pembangunan, DBKL juga
adalah fasilitator bagi projek kemudahan kerajaan dan swasta
yang memberi khidmat kepada masyarakat. Tambahan pula, sebagai
pihak berkuasa perancangan bagi Kuala Lumpur, menjadi tanggungjawab
DBKL memastikan agar kemudahan masyarakat diagihkan secara adil
dan saksama kesemua kawasan dan sektor mengikut keperluan setempat. |
| |
588. |
Sehingga kini, Kuala
Lumpur telah memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembangunan
dan seterusnya mewujudkan kemewahan untuk penduduknya. Kini
ianya sebuah bandar raya yang telah mencapai tahap membangun
dan sewajarnya Kuala Lumpur berusaha untuk mengukuhkan pencapaiannya
dengan memperbaiki kualiti hidup warga kota, dengan membangunkan
masyarakat berkesedaran sivik, bertanggungjawab dan beridentiti
yang boleh dibanggakan oleh masyarakat keseluruhannya. DBKL
akan menerajui pembentukan persekitaran yang selesa dan selamat
untuk warga kota di samping membangunkan masyarakat yang lebih
prihatin. DBKL juga akan meluaskan lagi bidang tanggungjawabnya
terhadap keperluan masyarakat warga tua, cacat dan kurang upaya
dengan memberi bantuan sokongan termasuk program sosial dan
memperbaiki keperluan infrastruktur supaya mereka lebih berinteraksi
dengan kehidupan Bandar Raya. |
| |
589. |
Masyarakat yang lebih maju dan sofistikated lebih terdorong
kepada seni dan kebudayaan serta perkembangan persekitaran
kebudayaan adalah penentu kepada tahap bandar raya yang bertaraf
dunia. Kuala Lumpur perlu membangun sebagai satu entiti moden
dengan identiti dan imej tersendiri, yang kaya dengan seni
dan budaya yang menjadi kebanggaan warga kota dan negara.

|
| 13.2 |
KEADAAN
SEMASA DAN ISU |
| |
13.2.1 |
UMUM |
| |
|
590. |
Jadual 13.1 menunjukkan peruntukan kemudahan masyarakat sedia
ada dan komited berbanding dengan keperluan mengikut piawaian
perancangan dalam PSKL 1984.

|
| |
|
591. |
Dalam kebanyakan
kes, adalah tidak mungkin membuat satu perbandingan selagi tiada
piawaian yang dicadangkan dalam pelan asal. Walau bagaimanapun
satu kajian anomi telah dijalankan dan ianya telah memberi gambaran
terhadap tahap kecukupan kemudahan yang disediakan. Dari bancian
yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa persepsi terhadap kecukupan
kemudahan yang disediakan adalah berbeza-beza mengikut pelbagai
faktor, tidak semata-mata kepada penyediaan kualiti rendah,
masalah kemudahsampaian dan kekurangan penyelenggaraan. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
592. |
Walaupun terdapat
sebahagian daripada piawaian perancangan PSKL 1984 masih boleh
diguna pakai namun piawaian-piawaian baru perlu difikirkan terutamanya
terhadap perkara-perkara yang tidak diambil kira sebelum ini
seperti kemudahan untuk warga tua dan golongan kurang upaya.
Piawaian kemudahan lain perlu disemak semula mengikut perubahan
keperluan sosial.
Piawaian perancangan PSKL 1984 bagi peruntukan kemudahan
masyarakat tidak lagi sesuai terhadap keperluan sebenar penduduk. |
| |
13.2.2 |
KEMUDAHAN KOMUNITI
AWAM |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
593. |
DBKL bertanggungjawab menyediakan kemudahan komuniti awam
yang bertujuan menyatupadukan rakyat yang terdiri dari berbilang
bangsa, umur dan status sosial. Walaupun kemudahan ini terbuka
kepada semua, adalah menjadi tanggungjawab utama DBKL untuk
memastikan kemudahan-kemudahan yang disediakan ini mudah dan
mampu diguna oleh golongan yang mungkin tidak mempunyai pilihan
lain yang serupa. Kemudahan-kemudahan ini termasuklah dewan
serba guna, perpustakaan dan pasar awam.
|
| |
|
594. |
Rajah 13.1 dan Jadual 13.2 menunjukkan taburan kemudahan
komuniti awam di Kuala Lumpur.

|
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
595. |
Reka bentuk awal
dewan serba guna yang dibina pada tahun 1980an dan awal tahun
1990an, menyediakan ruang yang boleh digunakan pada satu-satu
masa hanya untuk tujuan aktiviti rekreasi atau perjumpaan sosial.
Dewan serba guna ini tidak menepati aspirasi dan pilihan penduduk
yang pelbagai. Manakala reka bentuk pusat komuniti, yang dibina
dan siap pada tahun penghujung 1990an menyediakan kemudahan
yang lebih komprehensif seperti ruang untuk pusat komputer,
perpustakaan, kolam renang, tadika, pameran, gimnasium, pusat
untuk warga tua dan belia dan kiosk makanan. Reka bentuk ini
mencerminkan perubahan keperluan dan peningkatan kehendak penduduk.
Reka bentuk dewan serba guna tidak menepati keperluan
aspirasi penduduk. |
| |
|
596. |
Perpustakaan awam telah disediakan di semua
zon strategik tetapi kemudahan ini diagihkan secara tidak
seimbang mengikut taburan penduduk.
Taburan perpustakaan awam tidak seimbang.
|
| |
|
|
|
| |
13.2.3 |
KAWASAN LAPANG,
KEMUDAHAN REKREASI DAN SUKAN |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
597. |
Kemudahan sukan dan rekreasi adalah penting bagi perkembangan
fizikal dan minda penduduk Bandar Raya dan juga menjadi elemen
untuk mengukuhkan semangat kemasyarakatan.
|
| |
|
598. |
Kuala Lumpur juga merupakan pusat sukan wilayah dan nasional
dan sekarang mempunyai banyak kemudahan sukan bertaraf antarabangsa
setelah menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 1998.
Kebanyakan kemudahan ini terletak di Kompleks Sukan Nasional
Bukit Jalil.
|
| |
|
599. |
Rajah 13.2 dan Jadual 13.3 menunjukkan taburan kawasan lapang,
kemudahan rekreasi dan sukan di Kuala Lumpur.
|
| |
|
|
|
| |
|
600. |
DBKL bertanggungjawab
menyedia dan mengurus kemudahan sukan awam yang digunakan oleh
warga kota Kuala Lumpur seperti padang bola sepak, kompleks
sukan tempatan, kolam renang dan gelanggang tenis. Gelanggang-gelanggang
badminton dan takraw biasanya disediakan di dalam dewan. |
| |
|
601. |
Kemudahan rekreasi seperti taman dan kawasan permainan kanak-kanak
dirancang, disediakan dan diurus oleh DBKL. Taman bandar raya
di Kuala Lumpur mempunyai kepentingan tersendiri bukan setakat
keperluan warga kota, tetapi juga menjadi tarikan kepada pengunjung
tempatan dan antarabangsa. Selain dari itu, terdapat tiga
rizab hutan simpan di Kuala Lumpur, antara yang paling dikenali
ramai ialah Bukit Nanas yang terletak di tengah Pusat Bandar
Raya.

Gambar 13.1: Kemudahan sukan dan rekreasi adalah penting
bagi
perkembangan fizikal dan minda penduduk Bandar Raya dan juga
menjadi elemen untuk mengukuhkan semangat kemasyarakatan.
|
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
602. |
Taman-taman kejiranan dan tempatan, kawasan permainan kanak-kanak,
padang bola sepak, kolam renang awam dan gelanggang tenis
telah disediakan di semua zon strategik. Walau bagaimanapun,
kemudahan-kemudahan ini diagihkan secara tidak seimbang mengikut
taburan penduduk.
Pengagihan taman-taman kejiranan dan tempatan, kawasan
permainan kanakkanak, padang bola sepak, kolam renang awam
dan gelanggang tenis tidak seimbang.
|
| |
|
603. |
Dalam kebanyakan
kes, kemudahan masyarakat adalah mencukupi tetapi kurang digunakan.
Keadaan ini wujud disebabkan kurang penyelenggaraan, vandalisme
dan kemudahsampaian yang lemah dan telah memberi kesan kepada
beberapa kawasan permainan kanak-kanak, padang bola sepak dan
kemudahan sukan.
Kurang penggunaan kawasan permainan kanak-kanak, padang
bola sepak dan kemudahan sukan kerana kurang penyelenggaraan,
vandalisme dan kemudahsampaian yang lemah. |
| |
|
604. |
PSKL 1984 telah mengenal pasti empat kategori kawasan lapang
iaitu, taman dan kebun bunga, kawasan permainan tempatan,
kawasan lapang tepian dan kemudahan sukan. Hierarki ini telah
terbukti terlalu umum dan telah menyebabkan agihan taman-taman
kecil tidak sama rata di seluruh Bandar Raya.
Taburan taman-taman kecil tidak seimbang di seluruh
Bandar Raya.
|
| |
|
605. |
Tempat-tempat kemudahan
rekreasi sedia ada untuk keperluan semua tetapi tidak menampung
keperluan khusus untuk golongan remaja.
Kekurangan tempat-tempat rekreasi yang sesuai untuk
golongan remaja. |
| |
13.2.4 |
KEMUDAHAN PENDIDIKAN |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
606. |
Sekolah memainkan
peranan untuk menyatukan generasi muda yang terdiri daripada
berbilang etnik dan kepercayaan. Kuala Lumpur mempunyai satu
tradisi yang membanggakan kerana banyak sekolah tertua dan berprestij
di Malaysia terletak di dalam Pusat Bandar Raya. |
| |
|
607. |
Rajah 13.3 dan Jadual 13.4 menunjukkan taburan kemudahan
pendidikan di Kuala Lumpur. Program pembinaan sekolah dilaksanakan
oleh Kementerian Pendidikan dengan DBKL berperanan sebagai
fasilitator, menentukan keperluan dan peletakan tapak-tapak
yang sesuai. Kebanyakan sekolah rendah dan menengah bersifat
integrasi pelbagai etnik dan kepercayaan namun terdapat juga
sekolah-sekolah Tamil, Cina dan sekolah agama yang dibuka
kepada semua kaum.

|
| |
|
|
|
| |
|
608. |
Kemudahan pendidikan
tertari termasuk Universiti Malaya dan Universiti Teknologi
Malaysia bersama dengan maktab latihan guru, vokasional dan
perubatan. Sebagai tambahan, terdapat sebilangan universiti,
kolej dan politeknik swasta. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
609. |
Tadika, sekolah rendah dan menengah kerajaan dan swasta telah
disediakan di semua zon strategik tetapi kemudahan ini diagihkan
secara tidak seimbang mengikut taburan penduduk.
Taburan tadika, sekolah rendah dan menengah tidak
seimbang.
|
| |
|
610. |
Penempatan banyak
sekolah di Pusat Bandar Raya tidak lagi mencerminkan perkaitan
kawasan tadahan penduduk dan akibatnya menyumbang kepada kesesakan
lalu lintas.
Penempatan banyak sekolah di Pusat Bandar Raya menyumbang
kepada kesesakan lalu lintas. |
| |
|
611. |
Dianggarkan seramai
3,174 orang kanak-kanak kurang upaya di Kuala Lumpur yang memerlukan
pendidikan khas. Kini, terdapat kekurangan sekolah khas untuk
memenuhi keperluan mereka.
Kekurangan sekolah khas untuk kanak-kanak kurang upaya. |
| |
13.2.5 |
KEMUDAHAN KESIHATAN |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
612. |
Perkhidmatan kesihatan
yang selesa, mudah sampai dan mampu diperolehi adalah penting
untuk kesejahteraan warga kota sesebuah bandar raya. Tadahan
penduduk yang luas dan peranannya sebagai ibu negara, Kuala
Lumpur menawarkan pelbagai kemudahan kesihatan terdiri daripada
perkhidmatan rawatan umum hingga pakar perubatan. |
| |
|
613. |
Rajah 13.4 dan Jadual 13.5 menunjukkan taburan dan bilangan
kemudahan kesihatan awam di Kuala Lumpur.

|
| |
|
|
|
| |
|
614. |
Kemudahan kesihatan
disediakan oleh pihak kerajaan atau institusi swasta. Hospital
utama di Malaysia iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL) terletak
di Pusat Bandar Raya dan memberi perkhidmatan kepada penduduk
Kuala Lumpur, wilayah dan seluruh negara. Sebagai tambahan,
poliklinik, klinik bersalin serta klinik gigi kerajaan dan swasta
turut memberi perkhidmatan kepada penduduk tempatan. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
615. |
Klinik kerajaan
seperti poliklinik, klinik gigi, klinik bersalin dan klinik/hospital
kanak-kanak telah disediakan di semua zon strategik tetapi kemudahan
ini diagihkan secara tidak seimbang mengikut taburan penduduk.
Ini merupakan masalah kepada golongan berpendapatan rendah yang
kurang mampu mendapat rawatan di klinik swasta dan yang tinggal
jauh dari kemudahan kesihatan awam ini.
Taburan kemudahan kesihatan awam tidak seimbang. |
| |
13.2.6 |
KEMUDAHAN KESELAMATAN
DAN KECEMASAN |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
616. |
Penyediaan persekitaran
yang aman dan selamat untuk warga kota adalah keutamaan penting
bagi sesebuah bandar raya. Pada umumnya, Kuala Lumpur setanding
dengan bandar-bandar utama lain dalam aspek ini dengan menyediakan
balai-balai polis yang disokong oleh pondok polis dan pondok
rukun tetangga serta balai bomba. Untuk mempertingkatkan keselamatan
di Bandar Raya, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia telah melancarkan
Program Bandar Raya Selamat bagi membolehkan masyarakat setempat
mengambil bahagian dalam memastikan keselamatan kawasan masing-masing. |
| |
|
617. |
Rajah 13.5 dan Jadual 13.6 menunjukkan taburan kemudahan
keselamatan dan kecemasan di Kuala Lumpur. Kemudahan keselamatan
dan kecemasan termasuk ibu pejabat polis nasional, ibu pejabat
polis kontinjen, ibu pejabat polis daerah, balai polis,
pondok polis, rukun tetangga dan balai bomba.

|
| |
|
|
|
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
618. |
Balai polis dan
pondok polis disediakan di semua zon strategik. Walau bagaimanapun
terdapat kekurangan dan pengagihan yang tidak seimbang mengikut
taburan penduduk.
Taburan balai polis dan pondok polis yang tidak seimbang. |
| |
13.2.7 |
KEMUDAHAN KEBAJIKAN
SOSIAL |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
619. |
Dalam tahun 2000,
terdapat 10,299 orang golongan kurang upaya yang berdaftar di
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan iaitu 0.7 peratus
dari jumlah penduduk sedia ada. Jumlah ini meliputi 1,372 orang
cacat penglihatan, 3,077 orang cacat anggota, 3,935 orang cacat
akal dan 1,915 orang cacat pendengaran. Jabatan ini merancang
dan melaksanakan program program kebajikan masyarakat yang telah
menyumbang sebanyak 11,056 jenis bantuan yang meliputi skim
bantuan kewangan, bantuan kaunseling dan peralatan bagi yang
cacat anggota. |
| |
|
620. |
Di samping itu,
Jabatan Kebajikan Masyarakat mengendalikan tiga institut pemulihan
untuk remaja bermasalah dan satu pusat jagaan untuk kanak-kanak
yatim, mangsa dera dan miskin. Selain daripada itu, Baitulmal
di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyediakan
dan menguruskan sebuah rumah kebajikan untuk golongan wanita
miskin dan bermasalah, ibu tunggal dan saudara baru serta sebuah
rumah kebajikan untuk anak-anak yatim. |
| |
|
621. |
Terdapat juga lapan
buah rumah kebajikan yang ditubuhkan oleh organisasi bukan kerajaan
untuk golongan warga tua dan anak yatim serta tujuh pusat latihan
untuk golongan kurang upaya. Perkhidmatan tambahan dalam bentuk
pusat jagaan harian juga disediakan untuk golongan warga tua
dan kanak-kanak kurang upaya. |
| |
|
622. |
Dalam tahun 2000,
terdapat sebanyak 85,434 orang yang berumur melebihi 60 tahun
iaitu lebih kurang 6 peratus dari jumlah penduduk di bandar
raya. Bilangan ini menunjukkan pertambahan 35 peratus dari Banci
Penduduk 1991 dalam kumpulan umur yang sama. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
623. |
Kemudahan dan perkhidmatan
untuk golongan kurang upaya tidak mencukupi dan tidak lengkap
bagi menepati keperluan golongan tersebut.
Kemudahan dan perkhidmatan yang tidak mencukupi bagi
golongan kurang upaya. |
| |
|
624. |
Pertambahan bilangan
warga tua telah menyebabkan permintaan terhadap lebih banyak
kemudahan untuk menampung golongan ini.
Kekurangan kemudahan untuk golongan warga tua yang
semakin meningkat. |
| |
13.2.8 |
KEMUDAHAN KEBUDAYAAN |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
625. |
Kebudayaan boleh
menyatupadukan dan membentuk sesuatu masyarakat dan DBKL menyedari
bahawa usahanya dalam mempromosikan kumpulan dan aktiviti kebudayaan
adalah asas penting dalam strategi pembangunan komuniti. Pertunjukan
dan tempat kebudayaan menjadi tarikan utama kepada pelancong
di mana pelawat antarabangsa dapat melihat sendiri bukan saja
kebudayaan Kuala Lumpur tetapi juga keseluruhan Malaysia. |
| |
|
626. |
Kuala Lumpur sebagai
ibu negara Malaysia adalah pusat tumpuan kebudayaan negara.
Panggung, muzium, balai seni lukis, perpustakaan dan banyak
lagi tempat kebudayaan kecil yang menjadi tarikan pelancong
dalam dan luar negara terletak di Kuala Lumpur. |
| |
|
627. |
Rajah 8.1 dalam
Bab 8: Pelancongan menunjukkan lokasi kemudahan warisan kebudayaan
di Kuala Lumpur. |
| |
|
628. |
Dengan wujudnya MSC, adalah dijangkakan lebih ramai ekspatriat
tinggal di Kuala Lumpur dan kawasan di sekitarnya. Dengan
ini, permintaan terhadap aktiviti kebudayaan bercita rasa
antarabangsa akan bertambah selaras dengan wawasan Kuala Lumpur
sebagai Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia.

Gambar 13.2: Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia
adalah pusat tumpuan kebudayaan negara.
|
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
629. |
Panggung Negara,
Balai Seni Lukis Negara dan Perpustakaan Negara terletak di
luar Pusat Bandar Raya, kebanyakannya di sepanjang Jalan Tun
Razak. Walaupun mempunyai capaian jalan raya yang baik tetapi
perkhidmatan pengangkutan awam adalah kurang untuk ke kawasan
ini.
Kurang kemudahsampaian kepada kemudahan kebudayaan
utama. |
| |
13.2.9 |
KEMUDAHAN KEAGAMAAN |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
630. |
Memandangkan Islam adalah agama rasmi negara, Bandar Raya
memainkan peranan yang penting sebagai pusat keagamaan di
peringkat wilayah dan nasional sebagaimana dibuktikan dengan
wujudnya Masjid Negara dan Pusat Islam. Status Kuala Lumpur
sebagai pusat keagamaan akan berterusan seperti juga keperluan
untuk menyediakan masjid dan surau yang mencukupi untuk keperluan
penduduk Kuala Lumpur dan juga yang datang dari luar. Rajah
13.6 dan Jadual 13.7 menunjukkan taburan kemudahan keagamaan
di Kuala Lumpur.

|
| |
|
|
|
| |
|
631. |
Kemudahan keagamaan
lain termasuk gereja, tokong Cina dan kuil Hindu kebanyakannya
seusia dengan Bandar Raya, adalah mencukupi dan ditabur secara
seimbang di semua zon strategik. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
632. |
Masjid dan surau disediakan di semua zon strategik tetapi
kemudahan ini tidak diagihkan secara seimbang mengikut taburan
penduduk.
Taburan masjid dan surau tidak seimbang.

Gambar 13.3:
menyediakan masjid dan surau yang
mencukupi untuk keperluan penduduk.
|
| |
13.2.10 |
TANAH PERKUBURAN |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
633. |
Jadual 13.8 dan Rajah 13.7 menunjukkan taburan tanah perkuburan
Islam dan bukan Islam di Kuala Lumpur pada tahun 2000. Secara
umumnya baki tanah perkuburan Islam dan bukan Islam sedia
ada dijangka hanya dapat menampung keperluan untuk tempoh
10 tahun akan datang. Pada masa yang sama, baki tanah perkuburan
sedia ada terutama tapak-tapak yang terletak di sempadan Bandar
Raya juga menampung keperluan penduduk dari luar Bandar Raya.

|
| |
|
|
|
| 13.3 |
OBJEKTIF |
| |
634. |
Untuk mempertingkatkan Persekitaran Hidup Bandar Raya, DBKL
bertujuan untuk:
memastikan kemudahan masyarakat mencukupi untuk
semua golongan warga kota dengan peningkatan piawaian bagi
mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik;
menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti sosial
dan rekreasi untuk semua warga kota; dan
memastikan suasana kehidupan yang sihat dan selamat
yang boleh memenuhi keperluan semua penduduk termasuk golongan
kurang upaya, golongan istimewa dan warga tua.
|
| |
635. |
Bagi memenuhi fungsi
Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia, DBKL hendaklah memastikan
bahawa:
peruntukan kemudahan komuniti dan kebudayaan disediakan
bagi memenuhi kehendak negara. |
| |
636. |
Untuk mewujudkan Kuala Lumpur sebagai sebuah struktur bandar
raya yang efisien dan saksama, DBKL bertujuan untuk:
memastikan semua kawasan di dalam Bandar Raya disediakan
dengan kemudahan masyarakat yang mencukupi dan mudah sampai.
|
| |
637. |
Untuk membentuk sebuah bandar raya yang mempunyai imej dan
identiti yang tersendiri, DBKL akan sentiasa
mempromosi seni dan kebudayaan dalam Bandar Raya
sebagai faktor mempertingkatkan keseluruhan kualiti hidup.

|
| 13.4 |
DASAR
DAN CADANGAN |
| |
13.4.1 |
UMUM |
| |
|
a)
|
Piawaian
Perancangan Baru |
| |
|
638. |
Piawaian perancangan baru disediakan (rujuk Jadual 13.9)
untuk menggantikan piawaian PSKL 1984 bagi memenuhi keperluan
penduduk Kuala Lumpur. Piawaian ini telah mengambil kira piawaian
perancangan nasional. Piawaian perancangan tersebut meliputi
keperluan kemudahan komuniti awam, kawasan lapang, rekreasi
dan sukan, pendidikan, kesihatan, keselamatan dan kecemasan,
keagamaan dan tanah perkuburan. Piawaian ini akan disemak
dan dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut perubahan
keperluan sosial.
Dasar:
CF 1: DBKL akan mengguna pakai piawaian perancangan kemudahan
masyarakat terbaru yang telah disemak semula dan akan sentiasa
dikemas kini.
CF 2: DBKL akan, melalui perundingan dengan pihak yang bertanggungjawab
dan agensi-agensi berkaitan, memastikan kemudahan masyarakat
dirancang dan disediakan selaras dengan piawaian perancangan
baru.
CF 3: DBKL akan memastikan tanah kerajaan digunakan bagi kegunaan
kerajaan atau kemudahan masyarakat.

|
| |
|
b)
|
Reka
Bentuk Inovatif |
| |
|
639. |
Akibat daripada
ketersediaan tanah yang terhad, reka bentuk inovatif untuk kemudahan
masyarakat digalakkan bagi mengoptimumkan penggunaan tanah.
Kemudahan-kemudahan boleh dimasukkan dalam pembangunan bercampur
atau dicantum menjadi satu kompleks yang lebih besar sebagai
titik tumpuan untuk masyarakat.
Dasar:
CF 4: DBKL akan menggalakkan kemudahan masyarakat yang mempunyai
reka bentuk inovatif bagi mengoptimumkan penggunaan tanah. |
| |
|
c)
|
Kemudahsampaian
dan Taburan Kemudahan Masyarakat |
| |
|
640. |
Dalam usaha untuk mengoptimumkan sumber dan memastikan penyatuan
masyarakat harmoni, pengagihan kemudahan masyarakat secara
seimbang ke seluruh Kuala Lumpur adalah penting bagi memenuhi
keperluan penduduk.
|
| |
|
641. |
Keperluan yang mencukupi tidak seharusnya dikaitkan hanya
dengan bilangan taburan kemudahan yang banyak. Kemudahan yang
lebih besar dan lengkap serta mempunyai kemudahsampaian yang
baik ke kawasan tadahan yang lebih luas oleh pengangkutan
awam, akan lebih berfaedah kepada masyarakat. Pendekatan ini
adalah pelengkap kepada strategi perancangan berorientasikan
transit, akan digunakan dalam penyediaan kemudahan masyarakat
seperti pusat komuniti, pasar dan perpustakaan, kemudahan
sukan dan rekreasi dan kemudahan kesihatan awam seperti poliklinik,
klinik ibu mengandung dan kanakkanak serta klinik gigi. Kemudahsampaian
kepada kemudahan masyarakat sedia ada seperti bangunan kebudayaan
utama di Pusat Bandar Raya yang tidak boleh dipindahkan hendaklah
diperbaiki.
Dasar:
CF 5: DBKL akan, melalui perundingan dengan pihak yang bertanggungjawab,
memastikan agar kemudahan masyarakat dan perkhidmatan diagih
mengikut keperluan penduduk dan mudah sampai kepada semua
lapisan penduduk.

Gambar 13.4: Kuala Lumpur sebagai ibu negara bertanggungjawab
membantu penyediaan kemudahan masyarakat tertentu yang boleh
diguna pakai oleh penduduk seluruh negara. Ini meliputi kemudahan
utama seperti kebudayaan, pelajaran dan sukan.
|
| |
|
d)
|
Penyediaan
Kemudahan Masyarakat Di Peringkat Nasional |
| |
|
642. |
Kuala Lumpur sebagai ibu negara bertanggungjawab
membantu penyediaan kemudahan masyarakat tertentu yang boleh
diguna pakai oleh penduduk seluruh negara. Ini meliputi kemudahan
utama seperti kebudayaan, pelajaran dan sukan.
Dasar:
CF 6: DBKL akan, melalui perundingan dengan agensi-agensi
berkaitan, memastikan peruntukan kemudahan masyarakat dan
kebudayaan mencukupi bagi memenuhi kehendak nasional.
|
| |
|
e)
|
Mempertingkatkan
Kualiti Kemudahan Masyarakat |
| |
|
643. |
Masyarakat menjadi
lebih sofistikated dan permintaan terhadap keperluan kemudahan
masyarakat yang lebih berkualiti telah meningkat. DBKL mesti
memenuhi aspirasi ini dan matlamat menyediakan kemudahan, yang
setanding dengan bandar raya lain bertaraf dunia.
Dasar:
CF 7: DBKL akan mereka bentuk dan membina kemudahan masyarakat
yang berkualiti tinggi dan kemudahan tersebut hendaklah sepadan
dengan piawaian yang terbaik. |
| |
|
f)
|
Penyelenggaraan Kemudahan Masyarakat |
| |
|
644. |
Strategi dan program
penyelenggaraan kemudahan masyarakat perlu disemak semula supaya
lebih pro-aktif dan memastikan segala kemudahan masyarakat yang
disediakan akan sentiasa berkeadaan baik setiap masa.
Dasar:
CF 8: DBKL akan memastikan kemudahan masyarakat yang baru dan
sedia ada di bawah tanggung jawabnya sentiasa diselenggarakan
dengan baik pada setiap masa. |
| |
|
g)
|
Penglibatan Pihak Swasta |
| |
|
645. |
Di samping penyediaan
kemudahan masyarakat yang dilaksanakan oleh sektor awam, pihak
swasta boleh mengambil peluang sebagai alternatif pelaburan
dalam penyediaan pelbagai jenis kemudahan masyarakat yang berkualiti
tinggi. Pelaburan yang berorientasikan keperluan sosial ini
dapat menawarkan pelbagai pilihan kemudahan dan peluang perniagaan
serta pekerjaan. Kemudahan masyarakat yang berpotensi sebagai
alternatif pelaburan ini adalah seperti pusat pusat jagaan harian
untuk golongan tertentu seperti orang tua dan pusat eko-pelancongan
untuk rehabilitasi kesihatan serta ladang kesihatan kecantikan.
Dasar:
CF 9: DBKL akan menggalakkan penyediaan pelbagai kemudahan masyarakat
oleh pihak swasta sebagai alternatif pelaburan. |
| |
13.4.2 |
KEMUDAHAN KOMUNITI
AWAM |
| |
|
a)
|
Pusat Komuniti |
| |
|
646. |
Konsep awal dewan serba guna kurang menepati perubahan keperluan
dan aspirasi penduduk yang pelbagai. Konsep reka bentuk baru
pusat komuniti yang jauh lebih komprehensif dalam penyediaan
kemudahan perlu disediakan untuk memenuhi keperluan semua
lapisan masyarakat. Reka bentuk baru ini menyediakan ruang
untuk pusat informasi dan Internet, perpustakaan, pusat aktiviti
wanita, tadika, pameran, gimnasium, pentas, rekreasi, pusat
warga tua dan remaja serta kafeteria atau kiosk makanan.
Dasar:
CF 10: DBKL akan melaksanakan program untuk membina pusat
komuniti yang komprehensif mempunyai pelbagai aktiviti dan
perkhidmatan sesuai untuk semua peringkat masyarakat.
|
| |
13.4.3 |
KAWASAN LAPANG,
KEMUDAHAN REKREASI DAN SUKAN |
| |
|
a)
|
Kawasan Lapang |
| |
|
647. |
Kawasan lapang
sedia ada dan yang akan dikenal pasti akan diwartakan bagi memastikan
kegunaannya dikekalkan.
Dasar:
CF 11: DBKL akan mewartakan kawasan lapang sedia ada dan kawasan
lapang yang dikenal pasti untuk mengekalkan kegunaannya. |
| |
|
b)
|
Kemudahan Rekreasi |
| |
|
648. |
Hierarki taman hendaklah diperluaskan kepada
penyediaan beberapa jenis dan saiz taman dan memastikan taburan
kemudahan yang baik. Taman tempatan dan kejiranan telah ditambah
dalam senarai hierarki kawasan lapang dan kini, taman metropolitan
dikenali sebagai taman daerah. Hierarki baru kawasan lapang,
kemudahan rekreasi dan sukan disenaraikan dalam Jadual 13.9.
Dasar:
CF 12: DBKL akan menentukan hierarki taman dan melaksanakan
lebih banyak program pembangunan taman daerah, taman kejiranan,
taman tempatan dan kawasan mainan tempatan.
|
| |
|
649. |
Terdapat peluang
untuk meningkatkan lagi penggunaan taman daerah dengan menggabungkan
pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi yangbersesuaian. Aktiviti
sukan ini dapat membantu mempopularkan taman dan menaikkan profil
kawasan tersebut kepada warga kota Kuala Lumpur, pelawat dan
pelancong luar. Aktiviti yang disediakan boleh memberi pendapatan
yang dapat membantu pembiayaan kerja-kerja pembaikan dan mengurangkan
sebahagian daripada perbelanjaan operasi.
CF 13: DBKL akan melaksanakan program promosi untuk menggalakkan
penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi bersesuaian dengan taman
oleh individu, kumpulan atau pertubuhan. |
| |
|
c)
|
Kemudahan Sukan |
| |
|
650. |
Untuk memastikan penyediaan kemudahan sukan yang lengkap
dengan pelbagai kemudahan yang berkualiti, kompleks sukan
awam akan dibina di lokasi yang mudah sampai oleh pengangkutan
awam. Kompleks ini akan mengambil kira kemudahan sukan sedia
ada dan lain lain aktiviti rekreasi yang sesuai untuk menarik
minat golongan remaja.
Dasar:
CF 14: DBKL akan melaksanakan program untuk membangunkan kompleks
sukan awam yang meliputi pelbagai jenis kemudahan sukan.
|
| |
13.4.4 |
KEMUDAHAN PENDIDIKAN |
| |
|
651. |
Tanah di Pusat Bandar Raya semakin berkurangan dan oleh itu
adalah penting untuk mengkaji semula kegunaan tanah sedia
ada. Terdapat bilangan sekolah yang berlebihan di Pusat Bandar
Raya untuk keperluan penduduk tadahan di mana terdapat 49
buah sekolah sedia ada berbanding 37 buah yang diperlukan.
Keadaan ini telah menyumbang kepada kesesakan lalu lintas
terutama pada waktu puncak akibat daripada peningkatan permintaan
perjalanan ke sekolah berpunca dari pinggiran kawasan kediaman.
Keperluan sekolah untuk terus berada di Pusat Bandar Raya
perlu dikaji semula dengan mengambil kira keperluan penduduknya.
Dasar:
CF 15: DBKL akan mengkaji semula pengekalan sekolah rendah
dan menengah di Pusat Bandar Raya.
|
| |
|
652. |
Keperluan sekolah khas untuk kanak-kanak kurang upaya perlu
dirancang untuk memenuhi kriteria seperti lokasi dan reka
bentuk yang sesuai dengan penyediaan kemudahan dan peralatan
yang mencukupi.
Dasar:
CF 16: DBKL akan, melalui perundingan dengan agensi-agensi
berkaitan, memastikan penyediaan sekolahsekolah untuk kanak-kanak
kurang upaya mencukupi.
|
| |
13.4.5 |
KEMUDAHAN KESIHATAN
AWAM |
| |
|
653. |
Kemudahan kesihatan
awam perlu disediakan dengan secukupnya kepada semua penduduk.
Pihak kerajaan dan agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam
memastikan golongan berpendapatan rendah mampu memperoleh kemudahan
kesihatan yang disediakan dengan mudah. Dasar terkini Kementerian
Kesihatan Malaysia adalah untuk tidak membina hospital di Kuala
Lumpur kerana masalah kekurangan tanah. Hospital-hospital baru
sedang dibina di luar Bandar Raya iaitu di Serdang, Ampang dan
Sungai Buloh. Walau bagaimanapun, dua buah hospital khas iaitu
Hospital Wanita dan Kanak-kanak serta Hospital Rehabilitasi
akan dibangunkan sebagai kompleks tambahan kepada Hospital Kuala
Lumpur sedia ada yang menyediakan perkhidmatan di peringkat
nasional. |
| |
|
654. |
DBKL akan memastikan tapak-tapak kemudahan kesihatan diletakkan
di lokasi yang sesuai dari segi sasaran penduduk dan mempunyai
capaian yang baik dengan pengangkutan awam.
Dasar:
CF 17: DBKL akan berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab,
menyediakan kemudahan kesihatan kerajaan di lokasi yang
sesuai.
|
| |
13.4.6 |
KEMUDAHAN KESELAMATAN
DAN KECEMASAN |
| |
|
655. |
Untuk mengekalkan
keamanan dan keselamatan persekitaran bagi penduduk Bandar Raya,
DBKL harus mendapat input daripada pihak berkuasa dan agensi
yang berkaitan.
Dasar:
CF 18: DBKL akan, melalui perundingan dengan pihak berkuasa
yang berkenaan, memastikan balai polis, pondok polis dan rukun
tetangga yang mencukupi disediakan dan diagihkan secara seimbang. |
| |
13.4.7 |
KEMUDAHAN KEBAJIKAN
SOSIAL |
| |
|
656. |
Untuk memastikan
kemudahan dan perkhidmatan kebajikan yang bersesuaian dan mencukupi
disediakan kepada golongan kurang upaya, fakir miskin, tidak
berumah dan warga tua, DBKL dan pihak berkuasa serta agensi
yang berkaitan perlu bekerjasama dalam merancang dan melaksanakan
program bagi golongan tersebut.
Dasar:
CF 19: DBKL akan, melalui perundingan dengan pihak berkuasa
dan agensi yang berkaitan, melaksanakan program bagi menyediakan
kemudahan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan golongan
khusus. |
| |
13.4.8 |
KEMUDAHAN KEBUDAYAAN |
| |
|
657. |
Untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya
yang mempunyai asas kesenian dan kebudayaan yang kukuh, pembangunan
pelbagai kumpulan seni dan kebudayaan akan digalakkan. Pada
masa yang sama penghayatan kebudayaan di kalangan masyarakat
akan dikukuhkan. Ini akan dapat dicapai secara paling berkesan
dengan membawa aktiviti kebudayaan kepada penduduk di pusat
komuniti yang lebih mudah sampai berbanding tempat tempat
di Pusat Bandar Raya.
Dasar:
CF 20: DBKL akan menggalak penglibatan lebih aktif pihak swasta
dan organisasi bukan kerajaan dalam pembangunan kemudahan
dan promosi aktiviti kesenian dan kebudayaan tempatan.
|
| |
|
658. |
Penyediaan kemudahan
kebudayaan akan dipergiat dan dipelbagaikan meliputi berbagai
jenis
tempat-tempat kebudayaan seperti muzium, galeri seni dan teater.
Tempat-tempat yang lebih khusus ini harus diletakkan di Pusat
Bandar Raya bagi mendapat manfaat dari pendedahan yang meluas.
DBKL akan mengenal pasti lebih banyak tapak dan program untuk
menggalakkan lebih banyak peluang untuk menzahirkan bakat dan
kebolehan seni dan budaya sama ada dalam bentuk kumpulan atau
individu.
Dasar:
CF 21: DBKL akan menggalakkan pembangunan pelbagai tempat-tempat
kebudayaan.
|
| |
13.4.9 |
TANAH PERKUBURAN |
| |
|
659. |
Penggunaan krematorium oleh penganut-penganut bukan Islam
adalah digalakkan. Dari aspek alam sekitar, pembakaran mayat
secara terbuka tidak dibenarkan.
Dasar:
CF 22: DBKL akan menggalakkan penggunaan krematorium secara
optimum
|
| |
|
660. |
Setelah mengambil kira baki tanah perkuburan sedia ada
dan komited, Kuala Lumpur akan memerlukan tanah perkuburan
tambahan dalam tempoh 20 tahun akan datang. Oleh itu, penyediaan
tanah perkuburan perlu dirancang berasaskan perancangan
di peringkat Kuala Lumpur dan konurbasinya yang melibatkan
penyelarasan di peringkat Kuala Lumpur dan agensi Kerajaan
Negeri Selangor.
Dasar:
CF 23: DBKL akan, melalui perundingan dengan agensi berkaitan,
merancang dan memastikan penyediaan tanah perkuburan mencukupi
di peringkat Kuala Lumpur dan konurbasinya.

|
| 13.5 |
KEPERLUAN
MASA HADAPAN |
| |
661. |
Keperluan masa hadapan bagi kemudahan masyarakat akan berdasarkan
jumlah penduduk 2.2 juta orang pada tahun 2020 dan pengagihannya
juga berdasarkan taburan umum penduduk.
|
| |
662. |
Keperluan penyediaan kemudahan masyarakat dari tahun 2000
ke tahun 2020 ditunjukkan dalam Jadual 13.10 hingga hingga
Jadual 13.16.

|
| |
|

|
| |
|

|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|


|
|
|