|
| KAWASAN KHUSUS |
| 16.1 |
PENGENALAN |
| |
763. |
Kawasan Khusus adalah kawasan yang memerlukan perhatian
khas dari segi pelaksanaan perancangan dan pembangunan. Kawasan
ini ketinggalan dari segi pembangunan dan dikaitkan dengan
masalah pembangunan yang kompleks, kemiskinan, persekitaran
hidup yang kurang sihat dan infrastruktur yang tidak mencukupi.
Tiga jenis kawasan yang dikenal pasti sebagai Kawasan Khusus
adalah Kawasan Rizab Melayu (KRM), kampung tradisional dan
kampung-kampung baru.
|
| |
764. |
Bagi mencapai matlamat
mewujudkan struktur Bandar Raya yang efisien, dan saksama serta
meningkatkan persekitaran hidup Bandar Raya, DBKL berhasrat
untuk membawa kawasan ini ke dalam arus pembangunan. Adalah
penting untuk menggalakkan dan memudahkan pembangunan kawasan
ini bagi membantu mencapai wawasan Kuala Lumpur sebagai Sebuah
Bandar Raya Bertaraf Dunia. |
| 16.2 |
KEADAAN
DAN ISU SEMASA |
| |
16.2.1 |
KAWASAN RIZAB
MELAYU DAN KAMPUNG TRADISIONAL |
| |
|
a)
|
Latar
belakang dan Status Undang-Undang |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
765. |
KRM telah diwujudkan di bawah Enakmen Rizab Melayu 1913
dan Enakmen Tanah 1987. Objektif penggubalan undang-undang
ini adalah untuk memastikan orang Melayu berupaya memiliki
tanah, terutamanya di kawasan bandar, dan satu peruntukan
dalam enakmen tersebut adalah bahawa KRM tidak boleh, sama
ada melalui penjualan atau pajakan, dipindah milik kepada
orang bukan Melayu.
|
| |
|
766. |
Jadual 16.1 menunjukkan
penduduk, keluasan tanah dan kepadatan di enam KRM di Bandar
Raya. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
767. |
KRM merupakan perkara agak rumit dan memerlukan perhatian
penting daripada pihak awam, terutamanya dari segi potensi
untuk membangunkan Kampong Bharu sebagai kawasan perdagangan
moden kerana kedudukannya di dalam Pusat Bandar Raya. Walaupun
terdapat beberapa usaha dalam menyediakan pelan pembangunan
untuk KRM, sehingga kini, tidak banyak kemajuan yang dapat
dicapai dan isu-isu proses kelembapan pembangunannya masih
tidak dapat diselesaikan.
Kurang pembangunan di Kawasan Rizab Melayu dan kampung
tradisional.

|
| |
|
768. |
Sekatan undang-undang
yang dikenakan ke atas harta tanah dan pemilikan tanah adalah
faktor utama yang mengurangkan potensi kewangan dan pemasaran
kawasan ini. Halangan lain termasuklah kekurangan keupayaan
pemilik individu untuk membangunkan harta tanah mereka dan ketiadaan
program pelaksanaan yang jelas.
Kesulitan dalam memulakan pembangunan di Kawasan Rizab
Melayu. |
| |
|
b)
|
Persekitaran
Fizikal |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
769. |
KRM pada asalnya telah dirancang sebagai kampung tradisional
yang mengandungi unit-unit kediaman individu dengan keluasan
tanah-tanah pertanian yang cukup untuk kebun kecil. Ini menjelaskan
tentang saiz lot-lot yang kecil di kawasan ini. Dengan perkembangan
Bandar Raya, KRM yang pada asalnya terletak di pinggir Bandar
Raya telah dikelilingi oleh pembangunan bandar, apatah lagi
Kampong Bharu yang berada di Pusat Bandar Raya. Akibatnya,
kebanyakan bangunan dan petempatan asal tidak lagi sesuai
dengan persekitarannya.

|
| |
|
770. |
Walaupun Kampong Bharu, Kampong Datok Keramat
dan Selayang telah lengkap dengan jalan,
utiliti dan kemudahan masyarakat, Gombak, Segambut dan Kampong
Sungai Penchala masih lagi mengekalkan pecah bahagian tanah
pertanian yang asal dan dengan ini, telah dibangunkan secara
tidak teratur. Dari segi penggunaan tanah, KRM merupakan kawasan
kediaman walaupun hampir 40 peratus di Segambut dan Kampong
Sungai Penchala, terutamanya di kawasan kawasan berbukit,
masih tidak dibangunkan atau digunakan untuk tujuan pertanian.
|
| |
|
771. |
Kampong Bharu dan Kampong Datok Keramat merupakan
KRM yang paling membangun diikuti oleh Gombak, Kampong Sungai
Penchala dan Segambut. Bagi Selayang, disebabkan oleh keadaannya
sebagai tanah bekas lombong, hanya sebahagian kecil kawasannya
telah dibangunkan. Secara amnya, perubahan yang telah berlaku
di KRM selama 15 tahun yang lepas adalah minimum.
|
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
772. |
Kerja-kerja penambahan
dan pengubahsuaian yang tidak terancang telah dilakukan terhadap
bangunan-bangunan sedia ada. Bagi menampung pertumbuhan keluarga
tambahan, rumah induk telah diubah kepada beberapa unit rumah
berganda. Selain itu, rumah-rumah telah ditukar guna kepada
kedai, bengkel dan industri ringan yang tidak sesuai dengan
kegunaan kediaman. Bangunan-bangunan tersebut juga telah diperluaskan
memenuhi keseluruhan tapak dengan meninggalkan sedikit atau
tanpa ruang langsung untuk kawasan anjakan. Pembangunan yang
tidak teratur ini telah mengakibatkan keadaan hidup yang di
bawah piawaian.
Keadaan persekitaran hidup yang tidak sihat akibat
dari pembangunan oleh individu secara tidak terkawal. |
| |
|
773. |
Satu kesan pembangunan
KRM yang tidak teratur ialah infrastruktur sedia ada yang usang
dan tidak mencukupi. Penyediaan kemudahan masyarakat juga tidak
mencukupi akibat dari kekurangan tanah.
Infrastruktur di bawah piawaian dan kemudahan masyarakat
yang tidak mencukupi. |
| |
16.2.2 |
KAMPUNG TRADISIONAL |
| |
|
774. |
Kampung tradisional mengalami masalah persekitaran, ekonomi
dan sosiologi yang serupa dan menghadapi kesulitan dalam memulakan
pembangunan seperti mana KRM.
|
| |
|
775. |
Walau bagimanapun, kampung tradisional tidak digazetkan
seperti KRM dan ianya tidak mempunyai sekatan ke atas pemilikan
harta tanah. Jadual 16.2 menunjukkan 12 kampung tradisional
di Bandar Raya.
|
| |
16.2.3 |
KAMPUNG-KAMPUNG
BARU |
| |
|
a)
|
Latar
Belakang dan Status Undang-Undang |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
776. |
Kampung-kampung baru, yang kebanyakannya diduduki oleh kaum
Cina, telah diwujudkan akibat dari penempatan semula sebahagian
penduduk di kawasan luar bandar oleh kerajaan Kolonial British
pada awal tahun 1950-an dalam usaha untuk membatasi perhubungan
penduduk dengan Parti Komunis Malaya yang diharamkan. Terdapat
empat petempatan di Kuala Lumpur seperti yang ditunjukkan
di Jadual 16.3.


|
| |
|
777. |
Kampung-kampung baru ini diwujudkan untuk tujuan kediaman
sahaja dan terletak di luar Bandar Raya. Saiz lot biasa adalah
50' x 80' dan dalam kes tertentu, saiz lotnya lebih kecil
iaitu 30' x 80'. Kawasan ini mempunyai ciri-ciri kekurangan
pembangunan, rumah yang buruk, infrastruktur, utiliti dan
kemudahan masyarakat yang kurang berkualiti. Dalam tempoh
1992/93, tanah di kampung-kampung baru hanya diberi Lesen
Penempatan Sementara (TOL). Ini menyebabkan prospek masa hadapan
harta tanah penduduk tidak menentu, mengakibatkan kawasan
usang dan pembangunan tidak terkawal.

|
| |
|
778. |
Pada pertengahan
tahun 90-an, geran-geran tanah telah dikurniakan dengan pajakan
99 tahun dan penggantian rumah-rumah lama kepada struktur pembinaan
yang lebih kekal sedang dijalankan. Walau bagaimanapun, kampung-kampung
baru ini masih lagi mengalami kesan daripada penempatan semula
secara tergesa-gesa kerana keperluan keselamatan terdahulu.
Jalan-jalan yang dibina adalah sempit dan di beberapa kawasan,
topografi tapak tidak diambil kira dalam reka bentuk jalan.
Kekurangan tanah juga menyukarkan penyediaan kemudahan kemudahan
baru dan ini mengehadkan usaha-usaha memperbaiki kekurangan
dalam pembangunan persekitarannya. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kampung-kampung baru yang kurang membangun.
|
| |
|
b)
|
Persekitaran
Fizikal |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
779. |
Pembangunan pesat
di sekeliling kampungkampung baru telah memberi tekanan yang
tinggi terhadapnya untuk membangun seiring arus pembangunan.
Walau bagaimanapun, pada asal ianya dirancang tiada peruntukan
yang cukup disediakan bagi aktiviti ekonomi, mengakibatkan industri
kampung beroperasi secara haram di kawasan kediaman. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kegunaan
bangunan yang tidak sesuai dengan kegunaan tanah. |
| |
|
780. |
Kerja penambahan
yang tidak terkawal dan kerja ubahsuai tanpa mematuhi peraturan
perancangan atau bangunan telah mengakibatkan keadaan perumahan
yang kurang sempurna.
Keadaan perumahan yang kurang sempurna disebabkan
kerja-kerja ubahsuai dan penambahan kepada unit-unit kediaman
yang tidak teratur. |
| |
|
781. |
Peningkatan dalam
pemilikan kenderaan persendirian telah mengakibatkan infrastruktur
jalan tidak lagi dapat menampung pertambahan permintaan berikutan
kesulitan menjalankan kerja kerja pelebaran jalan dan pembaikan
lain.
Keupayaan jalan yang tidak mencukupi untuk menampung
pertambahan lalu lintas kenderaan. |
| |
|
782. |
Kejadian banjir
biasa berlaku di sesetengah kawasan berikutan sistem perparitan
yang tidak teratur termasuklah keadaan longkang yang tidak sempurna.
Banjir yang kerap akibat sistem perparitan yang tidak
sempurna. |
| |
|
783. |
Kawasan ini telah direka bentuk hanya untuk kegunaan kediaman
tanpa mengambil kira peruntukan untuk utiliti dan kemudahan
masyarakat. Dengan pertambahan penduduk kampung kampung baru
keperluan untuk kemudahan juga meningkat seperti pasar, pusat
penjaja, klinik kerajaan dan kemudahan sukan.
Kemudahan masyarakat dan utiliti yang tidak mencukupi.

|
| 16.3 |
OBJEKTIF |
| |
784. |
Bagi tujuan untuk melibatkan Kawasan Rizab Melayu, kampung
tradisional dan kampung-kampung baru dalam arus pembangunan
Bandar Raya supaya dapat mewujudkan struktur bandar yang efisien
dan saksama serta imej yang konsisten dengan wawasan Kuala
Lumpur sebagai Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia, DBKL bertujuan
untuk:
menyusun semula dan mengoptimumkan penggunaan tanah
dalam Kawasan Rizab Melayu, kampung tradisional dan kampungkampung
baru; dan
menggalakkan penglibatan kaum Bumiputera dalam aktiviti
ekonomi Bandar Raya melalui pembangunan Kawasan Rizab Melayu
dan kampung tradisional.
|
| |
785. |
Untuk meningkatkan persekitaran hidup dalam KRM, kampung
tradisional dan kampungkampung baru, DBKL bertujuan untuk:
memperbaiki kualiti perumahan dan persekitaran kediaman;
menyediakan persekitaran hidup yang bersih dan selesa,
disokong oleh infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan yang
efisien; dan
memastikan penyediaan kemudahan masyarakat berkualiti
tinggi yang mencukupi.

|
| 16.4 |
DASAR DAN CADANGAN
|
| |
|
a)
|
Rangka
Kerja Institusi |
| |
|
786. |
Kesulitan dalam pembangunan yang dihadapi oleh Kawasan Khusus
tidak boleh diselesaikan hanya dengan mencadangkan pembangunan
tertentu atau mencuba untuk menyelesaikan isu-isu tertentu
sahaja. Kesulitan pembangunan tersebut berkaitan dengan perundangan,
fizikal dan kewangan, memerlukan koordinasi dan promosi yang
efektif yang perlu dikendalikan oleh satu badan pelaksana.
|
| |
|
787. |
Badan pelaksana khas ini bertanggungjawab dalam perancangan,
pembangunan dan pengurusan KRM dan kampung-kampung tradisional.
Badan ini akan menyelaras usaha-usaha pembangunan yang dilaksanakan
oleh sektor awam dan swasta.
Dasar:
SA 1: DBKL akan menubuhkan satu badan khas untuk memulakan
serta menyelaras perancangan, pembangunan dan pengurusan Kawasan
Rizab Melayu dan kampung
tradisional.
|
| |
|
788. |
Penubuhan perbadanan-perbadanan
pembangunan, yang melibatkan semua pemilik tanah dan penduduk
kampung-kampung baru untuk menjalankan kerja pembaikan ke atas
infrastruktur dan kemudahan di samping mengusahakan dan mengurus
pembangunan baru, akan digalakkan.
Dasar:
SA 2: DBKL akan menggalakkan penubuhan perbadanan-perbadanan
pembangunan dengan kumpulan-kumpulan tertentu, melibatkan pemilik
tanah dan penduduk, untuk membangunkan kampung-kampung baru. |
| |
|
b)
|
Pembangunan Fizikal |
| |
|
789. |
Halangan-halangan pembangunan adalah saling berkait dan
kebanyakan isu tertentu tidak boleh dihuraikan secara berasingan.
Sebagai contoh, peningkatan taraf infrastruktur untuk memperbaiki
keadaan kehidupan dibatasi oleh kesukaran untuk membesarkan
rizab utiliti disebabkan oleh saiz lot yang kecil. Ini menunjukkan
bahawa pembaikan ke atas KRM, kampung tradisional dan kampung-kampung
baru tidak boleh dicapai dengan pembangunan secara kecil atau
berasingan tetapi hanya melalui pembangunan semula secara
komprehensif.
|
| |
|
790. |
Pelan-pelan pembangunan komprehensif rangka kerja keseluruhan
pembangunan hendaklah disediakan. Perhatian segera yang perlu
diberi adalah memperbaiki taraf hidup melalui peningkatan
infrastruktur dan penyediaan kemudahan masyarakat.
Dasar:
SA 3: DBKL akan melaksanakan pelan-pelan pembangunan komprehensif
untuk Kawasan Rizab Melayu, kampung tradisional dan kampung-kampung
baru.
SA 4: DBKL akan melaksanakan langkah-langkah untuk mempercepatkan
pembangunan dan peningkatan taraf hidup di Kawasan Rizab Melayu,
kampung tradisional dan kampungkampung baru.

|
|
|