|
| PENDAPATAN DAN KUALITI HIDUP |
| 5.1 |
PENGENALAN |
| |
102. |
Kualiti hidup meliputi
segala keperluan hidup manusia dalam aspek kepuasan terhadap
kebendaan, kesihatan, pendidikan, keselamatan, kepuasan keselesaan
tempat tinggal dalam persekitaran yang bersih dan masyarakat
yang bebas dari permasalahan, dan juga keseronokan kenikmatan
dari segi estetika dan kerohanian. Ringkasnya, ia berkait dengan
kesejahteraan am penduduk. Bagi kerajaan termasuk kerajaan tempatan
seperti DBKL, tanggungjawab meningkatkan kualiti hidup yang
lebih baik dengan memastikan keperluan infrastruktur utiliti
dan kemudahan masyarakat, institusi untuk pertubuhan sosial
dan urus tadbir yang membenarkan hakhak individu untuk bersuara
dan membuat pilihan pada tahap yang sesuai diwujudkan secukupnya. |
| |
103. |
Bagi individu,
prasyarat kualiti hidup yang baik adalah pendapatan yang mencukupi,
serta mudah sampai kepada kemudahan-kemudahan yang ditawarkan
oleh Bandar Raya. Usaha-usaha ini termasuk program membasmi
kemiskinan. |
| |
104. |
Bagi mencapai status bertaraf dunia, Kuala Lumpur seharusnya
dapat menawarkan kualiti hidup yang lebih baik kepada warga
kota, dengan menyediakan kemudahan-kemudahan yang berkualiti
dan mewujudkan satu rangka kerja di mana semua penduduk mendapat
akses yang saksama kepada kemudahan-kemudahan yang disediakan
dan bebas daripada kemiskinan.
|
| 5.2 |
KEADAAN
SEMASA DAN ISU |
| |
5.2.1 |
PENDAPATAN ISI
RUMAH |
| |
|
a)
|
Pendapatan Purata
|
| |
|
105. |
Purata pendapatan bulanan isi rumah bagi penduduk Kuala
Lumpur telah meningkat daripada RM3,371 pada tahun 1995 kepada
RM4,105 pada tahun 1999. Berbanding dengan purata pendapatan
nasional sebanyak RM2,472 pada tahun 1999, purata pendapatan
isi rumah bulanan di Kuala Lumpur adalah 66.0 peratus lebih
tinggi.
|
| |
|
106. |
Kadar pertumbuhan purata tahunan untuk pendapatan isi rumah
bagi Kuala Lumpur untuk tempoh 1995-1999 adalah sebanyak 5.0
peratus dan lebih rendah berbanding dengan purata nasional
sebanyak 5.2 peratus (rujuk Jadual 5.1).

|
| |
|
b)
|
Petunjuk
Pendapatan Tidak Langsung |
| |
|
107. |
Berdasarkan petunjuk pendapatan tidak langsung seperti pemilikan
kereta dan motosikal, Jadual 5.2 menunjukkan bahawa Kuala
Lumpur mempunyai 985.7 buah kereta dan motosikal bagi setiap
1,000 penduduk pada tahun 2000, berbanding 421.9 buah kereta
dan motosikal bagi setiap 1,000 penduduk di Malaysia secara
keseluruhannya. Ini menunjukkan bahawa kadar pemilikan kenderaan
bermotor di Kuala Lumpur adalah dua kali ganda berbanding
purata nasional (rujuk Jadual 5.2).

|
| |
|
108. |
Dari segi penggunaan talian telefon, walaupun terdapat penurunan
dalam bilangan talian telefon bagi setiap 1,000 penduduk dari
tahun 1995 sehingga 1997, namun bilangan pengguna telefon
sebenar bagi penduduk Kuala Lumpur telah meningkat iaitu dalam
bentuk telefon bimbit.
|
| |
|
c)
|
Pengagihan Pendapatan
|
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
109. |
Rajah 5.1 menunjukkan perbandingan antara Kuala Lumpur dan
Malaysia dari segi pengagihan pendapatan isi rumah. Kemewahan
relatif penduduk Kuala Lumpur dibuktikan oleh fakta bahawa
23.5 peratus purata isi rumah di Kuala Lumpur memperoleh pendapatan
lebih daripada RM5,000 sebulan berbanding dengan 9.8 peratus
di Malaysia. Walau bagaimanapun, sebanyak 8.1 peratus isi
rumah di Bandar Raya memperoleh pendapatan kurang daripada
RM1,000.00, yang boleh dikategorikan sebagai golongan yang
tidak mampu untuk membeli rumah kos rendah.

|
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Sebilangan penduduk tergolong dalam kumpulan yang
berpendapatan rendah.
|
| |
|
d)
|
Tahap
Kemiskinan |
| |
|
i.
|
|
| |
|
110.
|
Tahap kemiskinan di Kuala Lumpur telah meningkat daripada
0.5 peratus pada tahun 1995 kepada 2.3 peratus pada tahun
1999. Walau bagaimanapun ini adalah masih rendah berbanding
dengan purata nasional sebanyak 7.5 peratus (rujuk Rajah 5.2).

|
| |
|
111. |
Tambahan pula,
tahap kemiskinan tidak mengambil kira kos sara hidup yang lebih
tinggi di Bandar Raya. Angka garis kemiskinan nasional untuk
pendapatan isi rumah sebanyak RM510 (pada harga 1997) seharusnya
diubahsuai kepada satu angka yang lebih realistik iaitu RM750
bagi Kuala Lumpur. Pada garis kemiskinan yang telah diubahsuai
ini, taraf kemiskinan di Kuala Lumpur tidak banyak berbeza berbanding
purata nasional iaitu sekitar 7.5 peratus.
|
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Peningkatan dalam bilanganwarga kota miskin
|
| |
5.2.2 |
KOMPONEN-KOMPONEN
LAIN KUALITI HIDUP |
| |
|
112. |
Bancian Kualiti
Hidup 1998, mengukur tahap kepuasan warga kota Kuala Lumpur
terhadap beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang spesifik.
Lebih daripada 40.0 peratus warga kota Kuala Lumpur menghadapi
kesukaran untuk sampai ke tempat kerja tepat pada waktunya disebabkan
kesesakan lalu lintas.
|
| |
|
113.
|
Sekitar 20 peratus
warga kota tidak berpuas hati dengan penyediaan pelbagai perkhidmatan
awam dan kemudahan masyarakat di kawasan mereka. Secara amnya
terdapat ketidakpuasan dalam penyelenggaraan jalan, perkhidmatan
bas, perkhidmatan pembersihan jalan dan pembuangan sampah. |
| |
|
114. |
Terdapatnya keprihatinan yang tinggi di kalangan orang ramai
mengenai tahap pencemaran sungai, kebisingan, pencemaran udara
dan pemusnahan hutan-hutan. Terdapat juga keprihatinan mengenai
aspek-aspek keselamatan dan perlindungan serta vandalisme
di beberapa kawasan dalam Bandar Raya. Satu kajian persepsi
terkini yang dijalankan oleh Unit Perancangan Ekonomi mengesahkan
penemuan di atas. Ia selanjutnya mendedahkan tahap ketidakpuasan
yang tinggi terhadap akses kepada kemudahankemudahan kebudayaan
dan rekreasi serta tahap interaksi dan integrasi sosial yang
rendah di Bandar Raya.
|
| |
|
115. |
Biarpun terdapat
ketidakpuasan dalam aspek-aspek tertentu mengenai kehidupan
di Bandar Raya seperti yang ditemui dalam kajian tersebut, majoriti
penduduk di Kuala Lumpur, tidak kira tahap pendapatan atau kemahiran,
menyatakan pilihan mereka untuk terus tinggal di Kuala Lumpur
berbanding di tempat-tempat lain. Ini menunjukkan semangat identiti
dan kebanggaan terhadap Bandar Raya mereka. Semua responden
bersetuju mereka telah mencapai peningkatan dalam semua aspek
kehidupan mereka sosial, ekonomi dan jaminan dalam pekerjaan. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Ketidakpuasan terhadap sesetengah infrastruktur,
utiliti, perkhidmatan serta kemudahan masyarakat dan kebudayaan.

|
| 5.3 |
OBJEKTIF |
| |
116. |
Selaras dengan wawasan Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia,
objektif-objektif yang berkaitan dengan pendapatan dan kualiti
hidup adalah untuk:
membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf pendapatan
keseluruhan terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah;
menyediakan peluang dan kemudahan kepada warga kota
untuk mencapai kemajuan ekonomi dan sosial; dan
menyediakan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat,
dan akses kepada kemudahan masyarakat dan kebudayaan yang
berkualiti serta perkhidmatan awam yang disokong oleh infrastruktur
yang efisien.

|
| 5.4 |
DASAR
DAN CADANGAN |
| |
5.4.1 |
PENDAPATAN ISI
RUMAH |
| |
|
117. |
Pendapatan isi rumah merangkumi keduadua pendapatan langsung
dan tidak langsung. Pendapatan tidak langsung
termasuk pendapatan daripada sewaan (atau pendapatan sewaan
rumah) dan keuntungan ke atas modal daripada pemilikan hartanah.
Ini adalah satu faktor penting dalam meningkatkan pendapatan
dan nilai bersih isi rumah yang berpendapatan rendah. Apabila
nilai hartanah meningkat seiring dengan pertumbuhan ekonomi
dan perkembangan Bandar Raya, pendapatan dan nilai bersih
pegangan hartanah isi rumah yang berpendapatan rendah akan
meningkat.

|
| |
|
118. |
Pemilikan rumah adalah tujuan utama program perumahan kos
rendah Bandar Raya, supaya pemilik yang mendiami rumah akan
menikmati keuntungan modal daripada hartanah mereka. Pemilik
rumah kos rendah seharusnya dibenarkan menggadai atau menjual
rumah untuk merealisasikan keuntungan modal ke atas hartanah
mereka. Ini akan membolehkan golongan berpendapatan rendah
menjanakan dana untuk tujuan pelaburan produktif seperti pendidikan,
perniagaan atau memperoleh hartanah-hartanah yang lebih baik.
|
| |
|
119. |
Walaupun usaha-usaha telah dijalankan oleh DBKL untuk memberi
peluang meningkatkan pendapatan dan menyediakan perumahan,
perkhidmatan perubatan dan pendidikan, masih terdapat golongan
miskin di Bandar Raya.
Dasar:
IC 1: DBKL akan melaksanakan langkahlangkah untuk meningkatkan
komponen pendapatan tidak langsung bagi nilai bersih isi rumah
yang berpendapatan rendah.
IC 2: DBKL akan mempertingkatkan usahausaha untuk membasmi
kemiskinan termasuk bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan.
|
| |
|
120. |
Sesetengah tempat di dalam Bandar Raya, khususnya Kawasan
Rizab Melayu, kampung tradisi, kampung baru dan kawasan usang,
mempunyai nilai hartanah yang rendah walaupun terletak di
lokasi yang strategik. Langkah-langkah akan diambil untuk
merealisasikan potensi sepenuhnya kawasankawasan tersebut.
Dasar:
IC 3: DBKL akan mempermudah pembangunan di Kawasan Rizab Melayu,
kampung tradisi, kampung baru dan kawasan usang.
|
| |
|
121. |
Pembangunan Kawasan Rizab Melayu, kampung tradisi dan kampung
baru dibincangkan dalam Bab 16.0: Kawasan Khusus.
|
| |
5.4.2 |
PROGRAM SOSIAL |
| |
|
122. |
Bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah, DBKL akan
memberi bantuan peruntukan kewangan, organisasi dan kepakaran
melalui program-program sosial bertujuan meningkatkan pendapatan
dan membaiki kualiti hidup mereka. Program-program bagi menyokong
dan membangunkan usaha-usaha perniagaan untuk golongan ini
akan digalakkan.
Dasar:
IC 4: DBKL akan mempromosi dan meningkatkan program-program
sosial bagi golongan yang berpendapatan rendah dan miskin.

golongan yang berpendapatan rendah dan miskin
|
| |
5.4.3 |
KOMPONEN-KOMPONEN
LAIN KUALITI HIDUP |
| |
|
a)
|
Pembaikan Ke Atas
Perkhidmatan Awam
|
| |
|
123.
|
Akses yang baik kepada perkhidmatan awam, sosial dan kebudayaan
yang berkualiti akan memberi sumbangan yang besar kepada pembaikan
kualiti hidup warga kota. DBKL boleh menyediakan urus tadbir
yang baik dengan menambah penglibatan warga kota dalam meningkatkan
persekitaran hidup mereka.
Dasar:
IC 5: DBKL akan, melalui penyelarasan dengan pihak-pihak berkuasa
dan agensi-agensi yang relevan, dan penglibatan orang awam,
memastikan penyediaan perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi.

|
| |
|
b)
|
Mempertingkatkan Persekitaran Hidup Tempatan |
| |
|
124. |
Terdapat sokongan yang padu daripada warga kota Kuala Lumpur
sebagaimana yang dizahirkan melalui kebanggaan dan semangat
kekitaan untuk Bandar Raya mereka. Bagi memanfaatkan hal ini
dan untuk meningkatkan persekitaran hidup, satu konsep masyarakat
mengurus sendiri akan diperkenalkan yang mana anggota
masyarakat itu sendiri mengurus dan memajukan kawasan mereka
dengan DBKL memberi sokongan dalam bentuk latihan, peralatan
dan kepakaran.
Dasar:
IC 6: DBKL akan menerima pakai konsep masyarakat mengurus
sendiri dan mempromosikan pelaksanaannya di kawasan-kawasan
kediaman terpilih.


|
|
|