|
| PENGENALAN |
| 1.1 |
KEPERLUAN
UNTUK PELAN |
| |
1. |
Penyediaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020
dilakukan memandangkan sebahagian dasar Pelan Struktur Kuala
Lumpur (PSKL1984) perlu disemak disebabkan pembangunan dan
perubahan ekonomi yang pesat di luar jangkaan dalam tempoh
20 tahun kebelakangan ini. Sesetengah pembangunan utama tidak
dijangkakan dalam PSKL 1984. Pembangunan seperti Koridor Raya
Multimedia (MSC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) di Sepang dan perpindahan pusat pentadbiran Kerajaan
Persekutuan ke Putrajaya dijangka akan menggalak dan mempengaruhi
perubahan serta pertumbuhan masa hadapan Kuala Lumpur. Dengan
kepesatan globalisasi, Kuala Lumpur akan berhadapan dengancabaran-cabaran
dalam era baru pembangunan antarabangsa. Kuala Lumpur perlu
bersedia untuk berperanan di peringkat antarabangsa yang bersaing
pada abad ke 21. Dengan perubahan yang telah berlaku dua puluh
tahun kebelakangan ini dan yang dijangkakan pada masa hadapan
untuk pembangunan yang holistik dan urus tadbir yang cekap,
maka adalah wajar untuk menyediakan satu pelan struktur baru
bagi Bandar Raya ini.
|
| |
4. |
2. Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)
adalah asas perundangan bagi penyediaan pelan baru ini. Seksyen
10(1) Akta 267 menyatakan:
Pada bila-bila masa selepas suatu pelan struktur
bagi Wilayah Persekutuan mula berkuat kuasa, Datuk Bandar
boleh mengemukakan kepada Menteri dan hendaklah, jika diarahkan
sedemikian oleh Menteri, mengemukakan kepadanya dalam tempoh
yang ditetapkan dalam arahan itu, cadangan-cadangan bagi perubahan,
penambahan, penyemakan atau penggantian bagi keseluruhan atau
sebahagian daripada pelan itu sebagaimana yang difikirkan
bermanfaat oleh Menteri, mengikut masa yang berkenaan.

|
| 1.2 |
PELAN |
| |
3. |
Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (Pelan) mengandungi wawasan,
matlamat-matlamat, dasardasar dan cadangan-cadangan untuk
memandu pembangunan Kuala Lumpur (Bandar Raya) bagi 20 tahun
akan datang. Ia tidak mengandungi cadangan-cadangan perancangan
fizikal terperinci bagi sesuatu kawasan tertentu. Cadangan
fizikal terperinci akan dimasukkan pada peringkat pelan pembangunan
seterusnya iaitu, pelan tempatan.
|
| |
4. |
Pelan ini akan mengandungi
perincian terhadap komponen-komponen berasingan yang berkaitan
bagi pembentukan Bandar Raya iaitu asas ekonomi dan penduduk,
guna tanah dan strategi-strategi pembangunan, perdagangan, pelancongan,
industri, pengangkutan, infrastruktur dan utiliti, perumahan,
kemudahan masyarakat, reka bentuk bandar dan landskap, alam
sekitar serta kawasan-kawasan khusus. Komponenkomponen ini walaupun
tersendiri, adalah saling berkaitan dan lengkap-melengkapi.
Oleh yang demikian, dasar-dasar dan cadangan-cadangan bagi setiap
komponen adalah ke arah menyediakan sebuah bandar raya yang
sepadu, iaitu berfungsi secara efisien dan progresif. |
| |
5. |
Pelan ini perlu diterjemahkan pada peringkat perancangan
tempatan di mana pengenalpastian dan pelaksanaan projek harus
disokong dengan penjadualan program-program, peruntukan kewangan
dan pengurusan.


|
| 1.3 |
PENYERTAAN
AWAM |
| |
6. |
Draf Pelan Struktur
Kuala Lumpur 2020 (DPSKL 2020) telah dipamerkan kepada orang
awam mulai 10 Mac 2003 hingga 9 April 2003. Dalam tempoh 10
Mac hingga 28 April 2003 orang awam telah diminta untuk mengemukakan
bantahan menggunakan borang bantahan awam yang disediakan. Bantahan
bukan saja bermaksud bangkangan tetapi juga meliputi pandangan,
saranan, sokongan, ulasan dan maklumat yang dikemukakan oleh
orang awam. |
| |
7. |
Sebanyak 258 borang bantahan awam diterima daripada orang
perseorangan, agensi/jabatan kerajaan, institusi pendidikan,
badan profesional, wakil rakyat, parti politik dan organisasi
lain yang mengandungi 945 bantahan. Bantahan awam yang diterima
menyentuh kesemua 17 sektor kajian seperti digariskan dalam
DPSKL 2020. Sejumlah 483 atau 51.6% bantahan yang diterima
adalah mengenai sektor pengangkutan, kemudahan masyarakat,
perumahan dan setinggan serta pelancongan. Bantahan selebihnya
berjumlah 453 atau 48.4% menyentuh sektor-sektor lain.
|
| |
8. |
Menteri telah melantik
18 orang ahli Jawatankuasa Mendengar Bantahan Awam yang terdiri
daripada ahli-ahli Lembaga Penasihat DBKL, pegawai-pegawai kanan
DBKL, wakil badan-badan profesional dan pengamal profesional
yang ternama bagi mendengar dan menimbang bantahan awam.
|
| |
9. |
Sejumlah 29 sesi
mendengar bantahan awam telah dijalankan bermula pada 5 Mei
2003 hingga 16 Jun 2003. Sesi ini diadakan pada setiap hari
bekerja kecuali hari Jumaat dan Sabtu. Seramai 228 pembantah
hadir untuk membentangkan bantahan mereka. Seramai 10 orang
pembantah tidak hadir setelah dijemput dan seramai20 orang pembantah
tidak mahu didengar. Tempoh masa 30 minit diberikan kepada wakil
jabatan kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan, badan
profesional dan organisasi-organisasi lain untuk mengemukakan
bantahan lisan yang diwakili oleh 3 orang jurucakap. Tempoh
15 minit diberikan kepada orang perseorangan. |
| |
10. |
Sesi menimbang bantahan awam telah diadakan sebanyak 27 kali
mulai 14 Ogos 2003 hingga 6 Oktober 2003. Jawatankuasa Mendengar
Bantahan Awam telah menimbang kesemua 936 bantahan yang dikemukakan
oleh 175 individu dan 83 kumpulan pembantah. Jawatankuasa
mendapati sebanyak 55.3% daripada bantahan adalah berkaitan
dengan DPSKL 2020. Sebanyak 12.8% bantahan berkaitan dengan
cadangan perancangan terperinci yang boleh diambil kira pada
peringkat penyediaan pelan tempatan dan 2.8% bantahan pula
berkaitan isu kawalan pembangunan yang boleh dilaksanakan
melalui garis panduan kawalan pembangunan. Bantahan selebihnya
29.1% merupakan isu-isu yang melibatkan aspek pelaksanaan,
penguatkuasaan dan penyelarasan di peringkat pengurusan. Laporan
Pendengaran Bantahan Awam telah dikemukakan kepada Datuk Bandar
pada 8 Disember 2003.

|
| 1.4 |
KELULUSAN
MENTERI DAN PENERIMAAN PELAN |
| |
11. |
DPSKL 2020, Laporan Pendengaran Bantahan Awam dan Laporan
Pindaan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 telah dikemukakan
oleh Datuk Bandar kepada Menteri pada 8 Mac 2004. Menteri
kemudiannya telah merujukkan ketigatiga dokumen tersebut kepada
Lembaga Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan untuk dipertimbangkan
dan diperakukan. Lembaga ini dianggotai oleh enam orang ahli
dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Setelah dibincangkan
dengan sepenuhnya, Lembaga telah mengemukakan cadangan kepada
Menteri pada 12 Ogos 2004. Seterusnya Pelan tersebut berserta
pindaan-pindaan telah diluluskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan
pada 12 Ogos 2004.

|
| 1.5 |
PELAN
TEMPATAN |
| |
12. |
Pada bila-bila
masa setelah pelan struktur dikuatkuasakan, Datuk Bandar akan
menimbangkan bagi penyediaan satu pelan tempatan bagi sebarang
bahagian atau keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Adalah menjadi hasrat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya
pelan struktur diikuti dan disokong oleh pelan tempatan atau
pelan-pelan tempatan. Seksyen 13 (3) Akta 267 menyatakan: Suatu
draf pelan tempatan hendaklah mengandungi suatu peta dan suatu
kenyataan bertulis dan hendaklah menyatakan dengan secara terperinci
sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Datuk Bandar, cadangancadangannya
untuk pembangunan dan kegunaan tanah dalam kawasan pelan tempatan,
termasuklah langkah-langkah yang difikirkan patut oleh Datuk
Bandar untuk pembaikan alam sekitar dari segi fizikal dan membaiki
pengangkutan dan mengandungi apa-apa perkara sebagaimana yang
ditentukan oleh Menteri dalam sesuatu kes tertentu. |
| |
13. |
Pelan tempatan akan memperuntukkan warga kota suatu perspektif
masa hadapan secara lebih komprehensif dan terperinci. Pelan
ini akan menyediakan beberapa garis panduan perancangan terperinci
untuk pemilik pemilik dan pemaju-pemaju tanah bagi pembangunan
tapaktapak tertentu.

|
|
|