|
Penyediaan pelan ini telah terhasil dengan kerjasama pelbagai
kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, institusi pengajian
tinggi, badan profesional, organisasi bukan kerajaan, persatuan
penduduk, parti politik dan individu yang telah memberi maklumat,
cadangan, pandangan dan maklum balas di semua peringkat kajian.
Kerjasama dan sumbangan mereka sangat dihargai.
Penghargaan khas ditujukan kepada Lembaga Penasihat Perancangan
Wilayah Persekutuan dan Jawatankuasa Mendengar Bantahan Awam
di atas sumbangan masa dan tenaga serta pandangan-pandangan
yang berguna.
Penghargaan juga ditujukan kepada Institut Sultan Iskandar,
Universiti Teknologi Malaysia atas bantuannya dalam penyediaan
kajian ini. Penghargaan khas juga ditujukan kepada kakitangan
Jabatan Pelan Induk, Dewan Bandaraya di atas kerja-kerja koordinasi,
penyuntingan serta pengumpulan dan penganalisisan maklumat.
Seterusnya penghargaan khas juga diberi kepada pegawai dan
kakitangan jabatan-jabatan lain Dewan Bandaraya yang turut
menyumbang khidmat dalam penyediaan pelan ini.
Di atas sumbangan semua pihak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
merakamkan ucapan terima kasih.
|