|
| PELAKSANAAN |
| 18.1 |
PENGENALAN |
| |
927. |
Bandar Raya Kuala Lumpur menghadapi pelbagai cabaran dan
peluang pada alaf baru ini. Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020
ini akan menjadi instrumen bagi memandu pembangunan untuk
20 tahun yang akan datang dan juga merupakan asas untuk penyediaan
Pelan Tempatan Kuala Lumpur. Strategi dan dasar yang dirumus
di dalam Pelan ini dihasilkan dari wawasan Kuala Lumpur sebagai
sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia. Bagi merealisasikan strategi
dan dasar ini, langkah-langkah pelaksanaan yang merangkumi
aspek organisasi, perundangan dan kewangan DBKL perlu ditentukan.
|
| |
928. |
Langkah-langkah ini mestilah berpandangan hadapan untuk menjadikannya
berkesan dan mestilah bertujuan untuk mewujudkan satu urus
tadbir bertaraf dunia yang mampu mengendali dorongan bagi
mengekalkan Kuala Lumpur di hadapan beberapa bandar raya utama
di rantau ini dan antarabangsa.

|
| 18.2 |
KEADAAN
DAN ISU SEMASA |
| |
18.2.1 |
ORGANISASI |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
929. |
Pengurusan pembangunan Kuala Lumpur telah dipertanggungjawabkan
kepada DBKL yang diketuai oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Akta Ibu Kota 1960 memperuntukkan pelantikan Lembaga Penasihat
bagi menasihatkan Datuk Bandar. Datuk Bandar dibantu oleh
Ketua Pengarah yang mengetuai pentadbiran DBKL, yang mengandungi
23 jabatan. Struktur organisasi semasa DBKL ditunjukkan di
dalam Rajah 18.1.
|
| |
|
930. |
DBKL adalah salah
satu daripada majikan terbesar di Bandar Raya dengan lebih 8,000
anggota, yang mana lebih 300 daripadanya adalah para profesional
dan pengurus. Ia bertanggungjawab bagi menyediakan dan menyelenggarakan
jalan, parit dan kemudahan masyarakat seperti kawasan lapang
awam, taman serta tanah perkuburan. Di samping itu, ia melaksanakan
fungsi-fungsi lain seperti perancangan bandar, pengurusan lalu
lintas, pengurusan dan penguatkuasaan premis perniagaan, penjaja
dan peniaga kecil serta perumahan awam. Sepuluh pejabat cawangan
telah ditubuhkan dengan objektif untuk meningkatkan kecekapan
perkhidmatan serta mewujudkan lagi hubungan rapat dengan orang
awam. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
931. |
Masalah koordinasi
wujud dengan pihak berkuasa di dalam dan di luar Kuala Lumpur.
Koordinasi yang kurang berkesan ketara dalam perancangan guna
tanah, reka bentuk bandar, pelaksanaan projek infrastruktur,
pengurusan trafik, penebatan banjir, pengurusan perumahan dan
setinggan, pengutipan dan pelupusan sampah, penguatkuasaan dan
kawalan alam sekitar. |
| |
|
932. |
Perpindahan pusat
pentadbiran kerajaan persekutuan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya,
serta pembangunan-pembangunan utama yang lain seperti KLIA dan
Cyberjaya, telah menyebabkan penyelerakan fungsi Bandar Raya
ke kawasan luar. Setiap entiti ini diurustadbir secara berasingan
dan dasar-dasarnya ditentukan tanpa bergantung antara satu sama
lain. Keadaan ini mungkin tidak kondusif untuk kawalan perancangan
dan pengurusan secara keseluruhan dalam jangka masa panjang
dan beberapa bentuk koordinasi akan diperlukan bagi meningkatkan
keberkesanan pembangunan.
Kurangnya koordinasi dengan badan-badan dan agensi-agensi
kerajaan yang lain. |
| |
18.2.2 |
PERUNDANGAN |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
933. |
Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 telah memperkenalkan
sistem pelan struktur dan pelan tempatan bagi Kuala Lumpur.
Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 telah disediakan di bawah
peruntukan Akta ini.
|
| |
|
933. |
Akta (Perancangan)
Wilayah Persekutuan 1982 telah memperkenalkan sistem pelan struktur
dan pelan tempatan bagi Kuala Lumpur. Pelan Struktur Kuala Lumpur
2020 telah disediakan di bawah peruntukan Akta ini. |
| |
|
934. |
Kaedah Perancangan
(Pembangunan) 1970 telah digubal mengikut kuasa diperuntukkan
oleh Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.46 1970. Ianya menyatakan
dengan terperinci tentang prosedur-prosedur untuk mengemukakan
permohonan kebenaran merancang dan bayaran yuran. |
| |
|
935. |
Kaedah Caj Pembangunan (Perancangan) Bandar
Raya Kuala Lumpur 1979 dan Kaedah (Kelas Kegunaan) (Perancangan)
Bandar Raya Kuala Lumpur 1980 yang menentukan kegunaan dibenarkan
bagi kategori guna tanah yang berbeza, telah diwartakan di
bawah kuasa yang diperuntukkan oleh Akta Bandaraya Kuala Lumpur
(Perancangan) 1973.
|
| |
|
936. |
Kedua-dua kaedah
dan peraturan ini telah digubal sebelum Akta (Perancangan) Wilayah
Persekutuan 1982, dan memerlukan penyemakan semula. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kaedah
dan Peraturan yang telah digubal sebelum Akta (Perancangan)
Wilayah Persekutuan, 1982 perlu disemak. |
| |
18.2.3 |
KEWANGAN |
| |
|
a)
|
Latar
Belakang |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
937. |
Sumber utama hasil operasi DBKL pada tahun 2000 diperolehi
dari taksiran harta (mengandungi kira-kira 62 peratus daripada
hasil keseluruhan). Ini diikuti dengan pulangan pelaburan
(11 peratus), caj perancangan dan kawalan pembangunan (6 peratus),
penyewaan perumahan awam (6 peratus), bantuan dari kerajaan
persekutuan (6 peratus) dan pelesenan dan denda (5 peratus).
Sejumlah 58 peratus daripada hasil taksiran harta disumbangkan
oleh sektor perdagangan dan 42 peratus lagi dari sektor kediaman
(rujuk Rajah 18.2).
|
| |
|
938. |
Perbelanjaan mengurus
DBKL adalah termasuk kos-kos yang berkaitan dengan penyediaan
perkhidmatan (43 peratus), perumahan awam (18 peratus), sosial,
sukan, rekreasi dan budaya (10 peratus) serta pelesenan dan
penguatkuasaan (9 peratus) (rujuk Rajah 18.3). Analisis akaun
operasi menunjukkan DBKL mempunyai lebihan dalam hasil bersih
dari tahun 1990 hingga 2000 (rujuk Jadual 18.1). |
| |
|
|
|
| |
|
939. |
Perbelanjaan pembangunan secara amnya merangkumi perbelanjaan
projek-projek seperti pembinaan dan pembaikan kemudahan awam,
kompleks sukan, perumahan awam bagi golongan berpendapatan
rendah, rangkaian jalan, perparitan dan landskap. Perbelanjaan
pembangunan ini dibiayai sebahagian besarnya dengan Kumpulan
Wang Cukai Am (50 peratus), bantuan kerajaan persekutuan (27
peratus), pinjaman (19 peratus) dan sumbangan daripada pemaju-pemaju
(2 peratus) (rujuk Jadual 18.2).

|
| |
|
940. |
Arah aliran yang
lepas menunjukkan DBKL mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh
dan tidak menghadapi kesukaran membiayai projek-projek pembangunannya. |
| |
|
b)
|
Kadar
Pertumbuhan Hasil dan Perbelanjaan Mengurus |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
941. |
Sehingga tahun 1991, perbelanjaan mengurus DBKL sentiasa
melebihi jumlah hasil dan kadar pertumbuhan bagi perbelanjaan
juga adalah lebih tinggi daripada kutipan hasil. Situasi ini
telah dapat dipulihkan dengan kenaikan caj taksiran harta
pada tahun 1992. Sejak 1997, DBKL sentiasa mengalami kadar
purata pertumbuhan perbelanjaan mengurus tahunan yang tinggi
berbanding dengan kutipan hasil (rujuk Jadual 18.3). Keadaan
ini jika dibiarkan berterusan akan membawa kepada defisit
kewangan, yang akan menjejaskan kecekapan DBKL dalam memberikan
perkhidmatan awam.

|
| |
|
942. |
Peningkatan kos
pembangunan dan mengurus di Kuala Lumpur telah bertambah akibat
peningkatan nilai tanah, kos pembinaan yang tinggi, kemerosotan
fabrik bandar yang pesat serta kesukaran dalam melaksanakan
kerja-kerja awam di kawasan-kawasan lama dan sesak di Pusat
Bandar Raya. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Peningkatan
kadar pertumbuhan perbelanjaan mengurus. |
| |
|
c)
|
Kos,
Pendapatan dan Penduduk |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
943. |
Penduduk Bandar
Raya menyumbang kepada hasil DBKL secara langsung melalui bayaran
cukai taksiran harta mereka dan secara tidak langsung melalui
penjualan barangan dan perkhidmatan tempatan. Para peniaga barangan
dan perkhidmatan ini pula membayar kadar cukai lebih tinggi
ke atas peningkatan nilai hartanah dan lain-lain cukai tempatan
berkaitan dengan pertumbuhan pelbagai aktiviti perniagaan baru.
Golongan berpendapatan tinggi lebih berupaya membayar cukai
yang dikenakan ke atas harta mereka, dan mempunyai keupayaan
membeli barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi berbanding
golongan yang berpendapatan rendah. Premis-premis perniagaan
pula akan mendapat perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi
dan sekali gus meningkatkan asas ekonomi Bandar Raya. Pergerakan
penduduk dalam kaitannya dengan pendapatan adalah penting kerana
penduduk berpendapatan besar boleh menyelenggarakan Bandar Raya
dengan lebih sempurna berbanding dengan penduduk berpendapatan
kecil, kerana berupaya menyediakan asas hasil yang lebih baik. |
| |
|
944. |
Penurunan kadaran perumahan kos tinggi dan sederhana serta
kos hidup yang tinggi di Bandar Raya dijangka akan memberi
kesan kepada profil penduduk Kuala Lumpur. Pergerakan keluar
penduduk bandar, terutamanya yang berpendapatan pertengahan
dan tinggi akan menyebabkan penurunan pendapatan per kapita
Bandar Raya, dan penurunan aktiviti ekonomi yang seterusnya
mengakibatkan kemerosotan hasil pendapatan keseluruhan.
|
| |
|
945. |
Kini, ramai yang
bekerja di Kuala Lumpur, tetapi menetap di kawasan kediaman
di luar Bandar Raya seperti Petaling Jaya, Subang Jaya atau
kawasan-kawasan lain yang jauh seperti Klang dan Seremban. Penduduk
lebih tertarik kepadakawasan ini kerana kos hidup yang rendah
dan peningkatan taraf jaringan jalan raya serta pengangkutan
awam, terutamanya perkhidmatan LRT dan KTM yang telah memudahkan
ulang-alik ke Bandar Raya. |
| |
|
946. |
Jika arah aliran
ini berterusan, sumbersumber DBKL akan terjejas akibat peningkatan
permintaan bagi memenuhi kos penyelenggaraan dan penyediaan
perkhidmatan kepada penduduk di dalam dan di luar Bandar Raya.
Pada masa yang sama, DBKL akan turut mengalami penurunan hasil
kesan daripada penurunan kadaran penduduk yang berpendapatan
sederhana dan tinggi yang tinggal di Bandar Raya. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kehilangan
kutipan hasil daripada penduduk kediaman akibat daripada migrasi
keluar golongan berpendapatan sederhana dan tinggi. |
| |
|
d)
|
Pendapatan
dan Perbelanjaan |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
947. |
Unjuran pendapatan dan perbelanjaan (2000 - 2020) bagi DBKL
ditunjukkan di dalam Jadual 18.4. Unjuran ini mengambil kira
arah aliran pertumbuhan kewangan lalu, pertumbuhan penduduk,
nilai harta mengikut sektor (pada kadar semasa) dan permintaan
akan datang.

|
| |
|
948. |
Biarpun terdapat
perbezaan kadar pertumbuhan antara pendapatan dengan perbelanjaan,
DBKL dijangka akan memperoleh lebihan belanjawan sepanjang tempoh
perancangan. Walau bagaimanapun, lebihan ini dijangka akan berkurangan
dari tahun ke tahun akibat dari peningkatan kadar perbelanjaan. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Penurunan lebihan hasil berbanding perbelanjaan.

|
| 18.3 |
OBJEKTIF
|
| |
949. |
Bagi mewujudkan urus tadbir bertaraf dunia yang berupaya
menghadapi cabaran abad ke 21 dan juga mampu melaksanakan
Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 dengan berkesan, DBKL bertujuan
untuk:
meningkatkan kualiti amalan serta struktur pengurusan
dan organisasinya;
mewujudkan satu rangka kerja perundangan yang sesuai
untuk membolehkan penguatkuasaan yang lebih berkesan;
memastikan dana yang mencukupi bagi program dan projek
pembangunan dan
memastikan pengurusan dan penggunaan semua sumber secara
efisien dan berkesan.

|
| 18.4 |
DASAR DAN CADANGAN
|
| |
18.4.1 |
ORGANISASI |
| |
|
950. |
Pengurusan bagi sebuah bandar raya bertaraf dunia memerlukan
sebuah organisasi bertaraf dunia. Organisasi seperti ini tidak
akan wujud dengan begitu sahaja, tetapi dibina dengan perancangan,
dipandu dengan wawasan, dimajukan dengan cita-cita dan disempurnakan
dengan tindakan. Organisasi ini memiliki satu tahap kecemerlangan
strategi dan operasi yang sekurang-kurangnya setaraf dengan
mana-mana organisasi lain yang serupa di dunia. Ia perlulah
mempunyai wawasan yang jelas, memahami tanggungjawab fungsinya
dan memberi penekanan kepada kualiti. Ia juga semestinya cekap,
telus dan fleksibel untuk sebarang perubahan. Di samping itu,
pengurusan perlu berupaya menetapkan keutamaannya dengan jelas
dan mengurus sumber sedia ada secara optimum.
|
| |
|
951. |
Pelaksanaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 dan penyediaan
pelan-pelan tempatan memerlukan elemen-elemen terbaik di dalam
organisasi dan pengurusan. Ini bagi memastikan pengurusan
sumber-sumber DBKL teratur untuk membolehkan perancangan,
pemantauan dan pengawalan yang diperlukan dalam pembangunan
Bandar Raya. Dana yang mencukupi perlu dilaburkan dalam teknologi
baru, latihan sumber manusia serta penyelidikan dan pembangunan.
Terdapat juga keperluan bagi mengkaji semula sistem dan prosedur
secara berterusan serta memperkenalkan kaedah pengurusan yang
baru. Pembaikan sistem hendaklah dibuat secara berterusan
bagi memastikan sistem dapat memenuhi perubahan permintaan
masyarakat.
|
| |
|
952. |
Perkhidmatan mestilah
berorientasikan pelanggan dan kepimpinan yang berpandukan misi,
responsif dan prihatin terhadap keperluan dan nilai penduduk
Bandar Raya, serta pada masa yang sama sentiasa proaktif dalam
perancangan bagi menjangkakan keperluan dan harapan pada masa
hadapan. |
| |
|
953. |
Sebagai sebuah
pihak berkuasa tempatan, DBKL perlu berdepan dengan warga kota
dan masalah harian mereka. Keputusan pihak berkuasa atau kegagalan
mencapai keputusan akan memberikan kesan langsung dan mendalam
terhadap kehidupan harian penduduk. Terdapat pelbagai cara bagi
DBKL membaiki kualiti perkhidmatannya termasuklah mengukuhkan
koordinasi antara institusi, meningkatkan keupayaan perancangan,
memajukan pembangunan perniagaan, menggalakkan penyertaan awam,
memantapkan keupayaan ICT, meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan,
memulihara sumber dan meluaskan tanggungjawab setiap jabatan. |
| |
|
a)
|
Mengukuhkan
Koordinasi dan Kesepaduan Institusi Serta Meningkatkan Fungsi
Perancangan |
| |
|
954. |
DBKL harus mengambil
suatu pendekatan menyeluruh yang lebih berkesan bagi menangani
keperluan masa hadapan Kuala Lumpur. Adalah lebih strategik
bagi DBKL bekerjasama secara lebih berkesan dengan organisasi-organisasi
luar yang berkaitan. Ini akan melibatkan pengukuhan institusi
melalui pemahaman yang lebih baik tentang keupayaan dan pandangan
agensi-agensi lain untuk meningkatkan hubungan kerja yang lebih
berkesan. |
| |
|
955. |
Sebagai sebahagian
daripada Kuala Lumpur dan konubasinya (KLK), Kuala Lumpur tidak
boleh dirancang dan diuruskan secara berasingan. DBKL seharusnya
terlibat sama dengan pihak-pihak berkuasa tempatan di sekitarnya
dan dalam aspek perancangan dan pembangunan, ia juga perlu bekerjasama
dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dan syarikat-syarikat
utiliti. |
| |
|
956. |
Perkhidmatan yang
disediakan oleh DBKL mungkin belum mencapai standard perkhidmatan
bertaraf dunia, tetapi ia mempunyai sebahagian besar elemen-elemen
bagi mewujudkan urus tadbir yang baik, seperti struktur organisasi
yang kukuh dan tenaga kerja yang berkelayakan. Walau bagaimanapun
dalam mengurus peningkatan permintaan untuk perkhidmatan yang
lebih baik, jabatan-jabatan DBKL harus menjadi lebih proaktif
dalam menangani keperluan penduduk Bandar Raya. Oleh itu, adalah
penting untuk membaiki fungsi perancangan semua jabatan bagi
menyokong fungsi kawalan dan operasi. Semua jabatan di DBKL
akan menekankan mengenai perancangan yang baik sebelum melaksanakan
program-program dan projek-projek. |
| |
|
957. |
Pada masa ini struktur
organisasi DBKL mempunyai tiga fungsi utama iaitu pentadbiran,
pengurusan dan pembangunan yang akan dikaji semula untuk mengukuhkan
fungsi perancangan dan penyelarasannya.
Dasar:
IM 1: DBKL akan mengkaji semula struktur organisasinya untuk
memastikan fungsi perancangan dan penyelarasan yang lebih berkesan. |
| |
|
958. |
Pelancongan dijangka akan menjadi industri
terpenting di dunia. Malaysia dan Kuala Lumpur khususnya,
sebagai pintu masuk utama negara, telah beroleh manfaat yang
besar daripada pertumbuhan pelancongan pada beberapa tahun
kebelakangan ini. Bab 8: Pelancongan membincangkan mengenai
dasar dan cadangan berkaitan dengan pembangunan pelancongan.
Sebuah jabatan khas akan ditubuhkan untuk melaksanakan dasar
dan cadangan berkaitan dengan pemasaran dan promosi pelancongan,
pembangunan sumber-sumber pelancongan, kemudahan, infrastruktur
dan perkhidmatan sokongan. Jabatan ini akan meningkatkan usaha
Lembaga Pelancongan Kuala Lumpur (LPKL) dan agensi-agensi
lain yang berkaitan. Bagi memaksimumkan potensi pelancongan
dari segi kemudahan sukan dan kebudayaan, jabatan ini juga
perlu menyelaras dengan pihak-pihak berkuasa dan agensi lain
yang terlibat untuk mempromosikan pembangunan kemudahan dan
aktiviti berkaitan.
|
| |
|
959. |
Dasar dan cadangan
berkaitan dengan struktur fizikal Kuala Lumpur telah dirumuskan
di dalam Pelan ini, bertujuan untuk meningkatkan persekitaran
bandar, setanding dengan bandar raya bertaraf dunia. Ini ditambah
dengan dasar-dasar yang diperlukan untuk memelihara dan mengekalkan
elemen-elemen unik dan bersejarah di Kuala Lumpur, sebagai sebahagian
daripada bandar raya moden. Bab 14: Reka bentuk Bandar dan
Landskap mengandungi dasar dan cadangan yang berkaitan reka
bentuk Bandar dan landskap. |
| |
|
960. |
Bagi memastikan
penekanan yang lebih tinggi diberikan kepada reka bentuk bandar
dan pemuliharaan, adalah penting bagi mewujudkan sebuah jabatan
khas. Jabatan ini bertanggungjawab bagi perancangan keseluruhan
dan penyelarasan reka bentuk bandar, landskap dan pemuliharaan
termasuk merangka dan melaksanakan program dan garis panduan
reka bentuk bandar. |
| |
|
961. |
Penyediaan perumahan
yang mencukupi dan sesuai terutamanya untuk golongan berpendapatan
rendah, merupakan perkara yang amat penting bagi mana-mana bandar
raya. Walaupun pelbagai projek dan program yang dijalankan sejak
1984, secara relatifnya telah berjaya dalam menyediakan perumahan
kos rendah yang mencukupi, masih terdapat ketidaksepadanan antara
jenis perumahan yang dikehendaki dengan yang telah dibina.
Bab 12: Perumahan membincangkan dasar dan cadangan berkaitan
dengan pembangunan perumahan. |
| |
|
962. |
Cabaran bagi menangani
harapan baru ini, memerlukan peningkatan dan perluasan tanggungjawab
Jabatan Pengurusan Perumahan .Selain daripada memastikan perumahan
yang
mencukupi bagi penempatan semula setinggan dan menguruskan proses
penempatan, jabatan ini harus juga prihatin terhadap penyediaan
tanah yang mencukupi bagi memenuhi keperluan perumahan pada
masa hadapan. |
| |
|
b)
|
Memulakan
dan Menggalakkan Pembangunan |
| |
|
963. |
Akibat keperluan
perniagaan di Bandar Raya yang sentiasa berubah dan pengaruh
global terhadap persekitaran operasi Bandar Raya, pengurus bandar
tidak akan hanya bertindak balas terhadap kuasa pasaran, tetapi
mengambil langkah yang proaktif untuk menghadapi kesan globalisasi
dan peningkatan persaingan. Cabaran globalisasi perlu dihadapi,
di samping mengambil kesempatan daripada peluang yang ada. Pembangunan
harus dimulai dan digalakkan dengan aktif untuk menarik perniagaan
dan dengan itu keutamaan perlu diberi bagi memudahkan pembangunan
ekonomi Bandar Raya. Perhatian khusus akan diberi kepada pembangunan
Zon Antarabangsa dan Kawasan Pembangunan Komprehensif kerana
kedudukan yang strategik dan kepentingan ekonominya. |
| |
|
964. |
Kuala Lumpur mengalami
kadar pembangunan yang pesat. Untuk lebih efisien dan proaktif
di dalam membuat keputusan, DBKL perlu meningkatkan program
penyelidikan dan pembangunannya dan juga bekerjasama dengan
organisasi tempatan, serantau dan antarabangsa yang lain. DBKL
juga perlu memudahkan perkongsian perniagaan, rangkaian dan
pemasaran urus niaga Bandar Raya. Selain itu, satu pangkalan
data dan maklumat perbandaran menyeluruh harus juga dikumpulkan,
dianalisis, dikategorikan dan disebarkan.
Dasar:
IM 2: DBKL akan mengukuhkan sumbernya untuk memajukan dan menggalakkan
ekonomi Bandar Raya. |
| |
|
c)
|
Penyertaan
Awam |
| |
|
965. |
DBKL perlu peka
kepada keperluan penduduk Bandar Raya dan mengambil inisiatif
untuk mendapatkan penyelesaian segera dan berkesan terhadap
keperluan dan perkhidmatan penduduk. Penyertaan awam perlu digalakkan
melalui jawatankuasa perundingan sebagai saluran
untuk penduduk mengutarakan pandangan mereka. Pendengaran bantahan
awam yang diamalkan pada masa ini dapat memberi maklumat bernilai
mengenai pendapat awam tentang dasar dan prosedur DBKL dan menjadi
cara di mana pandangan awam diambil kira. Kaedah kaedah lain
yang memudahkan penyertaan awam seperti sesi dialog, mesyuarat
dan pameran juga perlu digunakan. |
| |
|
966. |
Pada masa ini, Bahagian
Pembangunan Sosial di Jabatan Perancang Ekonomi dan Kemudahan
Sosial merancang dan melaksanakan projek pembangunan masyarakat
bagi menangani isu sosial semasa berkaitan dengan kemiskinan
bandar. Projek untuk pendidikan, kesihatan dan belia disalurkan
melalui program pembangunan masyarakat yang melibatkan proses
dua hala antara DBKL dan badan-badan sukarela. |
| |
|
967. |
Peningkatan perkongsian,
rangkaian dan kerjasama perlu dibina bersama agensi-agensi berkaitan
untuk melaksanakan program dan projek yang dirancang. Untuk
itu, DBKL perlu bekerjasama dengan orang yang berkepentingan
termasuklah profesional, NGOs, CBOs, institusi pengajian tinggi
dan organisasi sukarela. Melalui perkongsian ini, rasa tanggung
jawab bersama dapat disemai dengan rasa kekitaan dan penglibatan
yang lebih tinggi. Program-program berasaskan kemasyarakatan
ini perlu dibentuk semula agar selari dengan struktur Local
Agenda 21. |
| |
|
968. |
DBKL akan mengadakan
satu dana padanan kejiranan di dalam belanjawan tahunannya bagi
memperuntukkan bantuan kepada kumpulan kejiranan dan organisasi
Kuala Lumpur untuk melaksanakan pelbagai program dan projek
pembaikan kawasan kejiranan. Suatu kumpulan kejiranan boleh
ditubuhkan untuk melaksanakan projek atau program tertentu.
Sebaik sahaja sesebuah projek diluluskan, sumbangan masyarakat
dalam bentuk buruh sukarelawan, bahan, perkhidmatan profesional,
atau wang tunai akan dipadankan dengan sumbangan daripada dana
padanan kejiranan.
Dasar:
IM 3: DBKL akan menggalakkan lebih penyertaan awam dalam membuat
keputusan yang melibatkan keperluan dan perkhidmatan masyarakat. |
| |
|
e)
|
Meningkatkan
Keberkesanan Keupayaan Pemantauan dan Penguatkuasaan |
| |
|
971. |
Peningkatan keupayaan pemantauan dan penguatkuasaan DBKL
adalah faktor penting dalam mengukuhkan kualiti hidup di Kuala
Lumpur. Keperluan untuk pemantauan dan penguatkuasaan yang
berkesan bukan sahaja terhad untuk kawalan pembangunan dan
bangunan, tetapi juga berkaitan dengan kawalan alam sekitar,
kawalan pencemaran industri, penyelenggaraan kebersihan, kesalahan
meletak kenderaan dan penyalahgunaan premis.
Dasar:
IM 5: DBKL akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
keupayaan penguatkuasaannya.
|
| |
|
f)
|
Menggalakkan
Perbadanan Pembangunan |
| |
|
972. |
Penggunaan badan
khas untuk membantu pembangunan telah lama diamalkan di negara-negara
lain. Perbadanan pembangunan digunakan untuk menggalakkan aktiviti
ekonomi, telah menjadi sebahagian ciri perancangan sejak tahun
1980an. Perbadanan ini pada asasnya adalah entiti perniagaan
yang mana kerajaan memiliki ekuiti terbesar, tetapi boleh membentuk
perkongsian dengan sektor swasta. Perbadanan ini beroperasi
di bawah undang-undang syarikat, dan oleh yang demikian bebas
daripada kekangan pentadbiran birokrasi kerajaan. |
| |
|
973. |
Seksyen 49 Akta
(Perancangan) Wilayah Persekutuan, 1982 memperuntukkan asas
perundangan bagi penubuhan sebuah perbadanan pembangunan.
Dasar:
IM 6: DBKL akan mewujudkan sebuah perbadanan pembangunan bagi
melaksanakan program pembangunan yang khusus. |
| |
18.4.2 |
PERUNDANGAN |
| |
|
974. |
Kaedah-kaedah perancangan
dan peraturan sedia ada yang digubal di bawah peruntukan Ordinan
Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.46 1970 dan Akta Bandaraya Kuala
Lumpur (Perancangan) 1973 perlu dikemas kini secara komprehensif
dan diselaraskan dengan peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah
Persekutuan 1982.
Dasar:
IM 7: DBKL akan mengkaji semula, mengubah dan mengemas kini
semua kaedah- kaedah perancangan. |
| |
18.4.3 |
KEWANGAN |
| |
|
a)
|
Sumber
Pendapatan |
| |
|
975. |
Kaedah-kaedah untuk
membiayai aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial DBKL akan melibatkan
semua sumber sedia ada seperti taksiran harta, caj pembangunan,
pulangan pelaburan, caj pelesenan dan denda, sewaan dan bantuan
daripada Kerajaan Persekutuan. |
| |
|
976. |
Di samping itu,
bagi membaiki dan meluaskan penyediaan perkhidmatan DBKL, sumber-sumber
pendapatan lain perlu dikaji, termasuklah meluaskan skop sumber
pendapatan semasa, memperkenalkan cukai-cukai baru yang berkaitan
dengan pemuliharaan sumber dan perlindungan persekitaran serta
meluaskan skop caj dan yuran pengguna semasa. |
| |
|
977. |
Walaupun struktur
cukai harta semasa dan kadarnya telah pun memberi lebihan pendapatan
mengurus kepada DBKL, adalah bijak untuk mengkaji keperluan
bagi penstrukturan semula kadar dan nilai asas serta prinsip-prinsip
penilaian sistem cukai semasa, untuk menentukan sama ada ia
seiring dengan pertumbuhan Bandar Raya. Cukai dan lesen lain
berkaitan dengan aktiviti perniagaan dan hiburan di Bandar Raya
juga perlu dipertimbangkan. |
| |
|
978. |
Pengenalan cukai-cukai
baru bukan sahaja berobjektif menambahkan sumber pendapatan,
tetapi juga bertujuan menggalakkan pemuliharaan sumber, mengawal
alam sekitar daripada pencemaran dan menggalakkan perusahaan
lebih bertanggungjawab dalam aspek alam sekitar dan sosial.
Cukai-cukai ini termasuk pelbagai bentuk cukai automotif untuk
mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bandar Raya dan juga memulihara
sumber serta menangani masalah pencemaran udara. |
| |
|
979. |
Pembiayaan caj pengguna
adalah cara yang paling lazim untuk memperoleh kembali kos penyediaan
sesuatu perkhidmatan yang boleh dihubungkan terus kepada penggunaan
sumber atau kemudahan Bandar Raya. Ia adalah suatu cara terus
bagi menjana hasil dengan mengenakan caj terhadap penggunaan
kemudahan awam, contohnya bayaran masuk ke kawasan rekreasi
atau bayaran pembuangan efluen ke atas premis industri. Bayaran-bayaran
ini bukan sahaja boleh disesuaikan mengikut kos, tetapi juga
boleh meningkatkan kecekapan dalam pengagihan keupayaan perkhidmatan
sedia ada serta membantu dalam proses membuat keputusan pelaburan. |
| |
|
980. |
Perniagaan tempatan
adalah penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi setempat dan
taksiran perniagaan adalah hubungan kewangan antara perniagaan
tempatan dengan pihak berkuasa tempatan. Taksiran perniagaan
ini memberi DBKL keupayaan untuk bertindak balas terhadap keperluan
perniagaan di dalam kawasan pentadbirannya. Dengan membaiki
ekonomi tempatan, DBKL akan memperoleh lebih pendapatan untuk
perbelanjaan masa hadapan. Salah satu cara yang paling produktif
untuk menghasilkan pekerjaan dan menggerakkan ekonomi tempatan
adalah dengan menarik perniagaan dan industri baru atau dengan
mengembangkan perniagaan dan industri sedia ada. |
| |
|
981. |
Langkah-langkah
bagi menggerakkan persekitaran perniagaan tempatan adalah melalui
Tindakan Pembangunan Ekonomi Tempatan (TPET). Antara langkah-langkah
TPET termasuk mengadakan acara berkaitan dengan pelancongan,
acara-acara utama kebangsaan atau antarabangsa, insentif ke
atas cukai dan rebat untuk perniagaan, terutamanya yang menyumbang
kepada ekonomi tempatan. Penambahan pendapatan untuk membiayai
projek-projek khas boleh juga dilaksanakan melalui pengeluaran
sekuriti atau bon oleh DBKL. Biasanya, bon hendaklah digunakan
hanya untuk membiayai projek-projek yang diketahui dan terbukti
jangka hayatnya. Dalam kerjasama dan perkongsian dengan perniagaan
tempatan, aktiviti-aktiviti untuk mempromosi dan mengukuhkan
penjanaan semula aspek sosial dan ekonomi perlu juga digalakkan. |
| |
|
982. |
Adalah penting
untuk memastikan bahawa kaedah-kaedah yang diguna pakai untuk
meningkatkan sumber pendapatan tidak dianggap sebagai satu eksploitasi
dan tidak merangsang tekanan inflasi. Oleh yang demikian, kaedah-kaedah
ini semestinya dapat diterima dan mengekalkan keseimbangan antara
kecekapan, kemungkinan kewangan dan keadilan.
Dasar:
IM 8: DBKL akan menerima pakai kaedah-kaedah bagi meningkatkan
sumber kewangan untuk tujuan ekonomi dan aktiviti sosial. |
| |
|
b)
|
Langkah-Langkah
Kecekapan dan Pengurangan Kos |
| |
|
983. |
DBKL akan meneroka
semua peluang yang ada untuk membentuk perkongsian dengan sektor
swasta dalam usaha untuk mengurangkan beban belanjawan kewangan
awam yang besar. Perkongsian sektor awam dan swasta dalam bentuk
usaha sama, penswastaan dan pajakan perkhidmatan atau perjanjian
konsesi boleh digunakan sebagai suatu cara untuk membiayai kos-kos
modal dan operasi. |
| |
|
984. |
Penglibatan sektor
swasta membolehkan penyediaan perkhidmatan yang lebih ekonomik
dan efektif. Sumbangan sektor swasta dalam bentuk sumbangan
modal dan kemahiran telah membolehkan mutu perkhidmatan diperbaiki,
pembangunan infrastruktur dipercepatkan dan pertumbuhan ekonomi
digerakkan. Projek penswastaan dan usaha sama yang dijalankan
oleh DBKL termasuklah projek perumahan, perdagangan, rekreasi
dan perkhidmatan awam dan juga perkhidmatan lain seperti pengumpulan
sampah. Sehingga tahun 1998, sejumlah 26 projek telah dijalankan
antara DBKL dengan organisasi sektor swasta. Pada tahun 2000,
terdapat 27 projek diluluskan sementara 22 projek lagi masih
dalam peringkat pertimbangan. |
| |
|
985. |
Kontrak perkhidmatan
dan pengurusan telah dilaksanakan dengan sektor swasta untuk
memberi perkhidmatan bagi pihak DBKL. Satu contoh ialah perkhidmatan
kutipan dan pelupusan sampah telah dikontrakkan kepada pihak
swasta yang bertanggungjawab mengikut terma-terma kontrak perkhidmatan.
Sebagai alternatif, DBKL boleh mengutip bayaran pelupusan daripada
pemilik harta tanah untuk kontrak kutipan dan pelupusan sampah. |
| |
|
986. |
Perjanjian pajakan
adalah kaedah alternatif bagi membiayai kemudahan dan mengehadkan
tanggungan DBKL, di samping membantu mengurangkan perbelanjaan
pentadbiran yang tidak diperlukan. Di bawah perjanjian ini,
agensi sektor swasta membayar yuran pajakan kepada DBKL untuk
menyediakan perkhidmatan tertentu atau menggunakan tanah atau
bangunan bagi tempoh tertentu. Agensi tersebut akan bertanggungjawab
untuk mengutip pendapatan daripada pengguna bagi perkhidmatan
yang ditawarkan. |
| |
|
987. |
Perjanjian konsesi
diberikan kepada agensi swasta bagi menguruskan dan membangunkan
infrastruktur sedia ada adalah sama dengan perjanjian pajakan
tetapi bagi jangka masa yang lebih panjang (biasanya 20-30 tahun).
Peraturan kontrak dalam perjanjian konsesi menetapkan bayaran
dan juga infrastruktur yang akan dibangunkan semasa tempoh konsesi.
Setelah tamat tempoh konsesi, infrastruktur, termasuk semua
yang dibangunkan oleh agensi swasta akan menjadi hak milik pihak
berkuasa tempatan. |
| |
|
988. |
Di dalam semua kontrak penswastaan, pemantauan dan akauntabiliti
awam adalah perkara utama yang ditekankan. Kriteria prestasi
yang tinggi perlu ditetapkan dan denda kewangan akan dikenakan
terhadap kegagalan bagi memenuhi tahap minimum. Prosedur tender
perlu telus dan diuruskan sekerap yang diperlukan bergantung
kepada jenis perkhidmatan atau pengaturan yang ingin diswastakan.
Dasar:
IM 9: DBKL akan mengambil kira langkah-langkah pengurangan
kos dalam penyediaan perkhidmatan dan pengurusan pembangunan
Bandar Raya.

|
|
|