|
| REKA BENTUK BANDAR DAN LANDSKAP |
| 14.1 |
PENGENALAN |
| |
663. |
Reka bentuk bandar memberi tumpuan terhadap aspek-aspek
fungsi dan estetika alam bina sesebuah Bandar Raya. Faktor
estetika yang pada tradisinya mendapat perhatian reka bentuk
bandar akan lebih bermakna apabila digandingkan dengan pertimbanganpertimbangan
lain bagi mewujudkan persekitaran yang berpandangan nyaman,
mudah, selesa dan dapat membangkitkan rasa ketempatan, kebanggaan
dan kekitaan. Usaha-usaha dan aktiviti reka bentuk bandar
boleh menjurus kepada pembentukan satu rangka kerja dasar
dan garis panduan yang boleh mewujudkan persekitaran hidup
yang diingini dan imej serta identiti bandar raya yang sewajarnya.
|
| |
664. |
Seperti mana bandar
raya di negara-negara sedang membangun, Kuala Lumpur telah berkembang
dengan pesatnya, digerakkan oleh keperluan untuk menjana kekayaan.
Seiring dengan Malaysia menuju ke arah status negara maju, Kuala
Lumpur telah mengalami pembangunan pesat yang mana telah mewujudkan
sebuah bandar raya, dalam banyak aspek, terputus dan kurang
bersepadu secara fizikal dan visual. Sehubungan itu kejelasan
struktur bandar semakin berkurangan dengan kehilangan sebahagian
urutan sejarah dan keidentitian. |
| |
665. |
Komposisi etnik dan budaya sesebuah bandar raya adalah penentu
kepada ciri-ciri bandar raya selari dengan manifestasi pembangunan
fizikal dan oleh itu penting dalam membentuk pertimbangan
reka bentuk bandar. Kuala Lumpur yang mempunyai masyarakat
pelbagai etnik dan kebudayaan akan memberi rangsangan untuk
memandu inisiatif reka bentuk bandar bagi mewujudkan sebuah
bandar raya yang beridentiti tersendiri dan unik, yang membolehkan
penduduk mengenali dengan lebih dekat Bandar Raya mereka dan
sesama mereka, dengan itu memupuk semangat keharmonian kejiranan
dan sosial.

|
| 14.2 |
KEADAAN
SEMASA DAN ISU |
| |
14.2.1 |
RUPA BENTUK BANDAR |
| |
|
a)
|
Koridor
Pandangan dan Gerbang Masuk |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
666. |
Enam koridor pandangan utama dari jalanjalan utama menuju
ke Kuala Lumpur telah dikenal pasti dan digambarkan di Rajah
14.1. Gerbang masuk utama atau titik ketibaan
adalah juga dikenal pasti bersama dengan bangunan-bangunan
mercu tanda utama, yang merupakan titik tumpuan pandangan
Bandar Raya. Gerbang-gerbang masuk ini tidak begitu jelas
dan oleh yang demikian potensinya sebagai titik ketibaan belum
dapat dicapai sepenuhnya.
|
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Terdapat
beberapa Gerbang Masuk bandar raya yang kurang jelas
sebagai titik ketibaan. |
| |
|
b)
|
Landskap
Jalan |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
667. |
Sistem jalan telah dibangunkan secara piecemeal
dan oleh yang demikian penghubungan di antara jalan utama
dan jalan kecil kurang jelas dalam pola pergerakan. Pembangunan
secara piecemeal telah menjejaskan kualiti landskap
jalan, terutama ciri-ciri keseluruhan dan kesinambungan jalan-jalan
termasuk laluan kaki lima, muka bangunan, lampu dan perabot
jalan lain.

|
| |
|
|
|
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Pola pergerakan
terutama berkaitan dengan penggunaan landas (ramp) dan sistem
jalan sehala kurang jelas; dan
Landskap jalan dan kemudahan landskap di sepanjang jalan
utama tidak selaras. |
| |
|
c)
|
Latar
Langit dan Mercu tanda |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
668. |
Pada tahun-tahun
kebelakangan ini, beberapa bangunan penting, terutamanya Bangunan
Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur telah menukar
karakter dan latar langit Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun,
pertumbuhan pesat dan penyelerakan pembangunan pembangunan baru
di Pusat Bandar Raya telah menjadikan bandar raya membangun
tanpa suatu struktur visual berskala besar yang terancang. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kurangnya
struktur visual berskala besar yang terancang. |
| |
|
d)
|
Penghubungan
Visual di Pusat Bandar Raya |
| |
|
i.
|
Keadaan Semasa |
| |
|
669. |
Koridor pandangan
utama dan penghubungannya di dalam Pusat Bandar Raya berserta
bangunan-bangunan mercu tanda ditunjukkan di Rajah 14.2. |
| |
|
670. |
Keadaan bandar
raya lama yang berjajar dan bercorak grid berskala kecil telah
mewujudkan beberapa koridor visual dan paksi yang lebih kecil.
Secara amnya, bagi Pusat Bandar Raya penghubungan visual yang
lebih menyeluruh adalah tidak dimajukan dengan baik. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kurangnya
penghubungan visual keseluruhan di Pusat Bandar Raya. |
| |
14.2.2 |
PENGHUBUNGAN
BANDAR |
| |
|
a)
|
Rangkaian
Hijau |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
671. |
PSKL 1984 telah menggambarkan satu rangkaian kawasan lapang
yang berterusan. Kawasan lapang utama diwujudkan dengan cara
merangkaikan jaringan kawasan lapang yang lebih kecil dengan
rizab sungai dan parit. Di samping penyediaan lebih banyak
kawasan lapang berlandskap, DBKL juga berjaya melaksanakan
program penanaman pokok di sepanjang jalan utama. Walau bagaimanapun,
masih terdapat sesetengah kawasan di mana rangkaiannya tidak
lengkap.
|
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Rangkaian
hijau yang tidak lengkap. |
| |
|
b)
|
Ruang
Bandar, Pusat Tumpuan, Plaza dan Taman |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
672. |
Selain daripada
taman-taman metropolitan dan rizab-rizab hutan, terdapat beberapa
taman kecil dan juga plaza seperti Dataran Merdeka dan Taman
KLCC yang merupakan penyumbang utama kepada ameniti Bandar Raya.
Walau bagaimanapun, masih terdapat kekurangan ruangruang sedemikian
di kebanyakan kawasan, terutamanya di Pusat Bandar Raya, pusat
daerah dan pusat kejiranan. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kekurangan
taman-taman bandar dan kawasan lapang di Pusat Bandar Raya,
pusat daerah dan pusat kejiranan. |
| |
|
673. |
Tempat-tempat bagi
kegunaan sivik tidak formal dan pertunjukan kebudayaan boleh
membantu dalam mengembalikan semula kehidupan bandar di samping
menyediakan peluang kepada seniman jalanan untuk mempamerkan
kemahiran mereka. Terdapat beberapa tempat sedemikian umpamanya
di Taman Tasik Titiwangsa dan Jalan Masjid India tetapi secara
amnya, kemudahan di tempat-tempat ini adalah tidak mencukupi
dan tidak bersesuaian.
Kurangnya tempat-tempat kegunaan sivik dan kebudayaan
di Pusat Bandar Raya. |
| |
|
|
|
| |
|
c)
|
Penghubungan
Pejalan Kaki |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
674. |
Kekurangan utama,
khususnya di Pusat Bandar Raya ialah ketidaksempurnaan penghubungan
pejalan kaki. Aktiviti seperti penjajaan tidak berlesen dan
peniaga jalanan menghalang laluan pejalan kaki, sementara beberapa
bangunan tidak memberi akses awam melalui kawasan hartanah mereka.
Keadaan ini menyempitkan atau tiada ruang untuk pergerakan pejalan
kaki. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan
beransur-ansur dalam penyediaan elemen-elemen penghubungan pejalan
kaki pada bangunanbangunan baru, tetapi kekurangan masih nyata
pada kawasan pembangunan terdahulu. Begitu juga, tidak banyak
bangunan menyediakan perlindungan kepada pejalan kaki daripada
hujan dan pancaran matahari. |
| |
|
675. |
Bagi mengatasi
masalah ini, satu rangkaian laluan pejalan kaki sedang pesat
dilaksanakan di Pusat Bandar Raya bertujuan untuk memudahkan
pergerakan pejalan kaki di pusat-pusat aktiviti, menggalakkan
penggunaan transit dan mengekang kenderaan persendirian di kawasan
tertentu dengan memberi keutamaan kepada pergerakan pejalan
kaki. Sebagai tambahan, pelebaran laluan pejalan kaki, perhiasan
landskap termasuk penanaman pokok, penyeliaan lintasan pejalan
kaki yang lebih selamat, penukaran bebendul yang tinggi dan
projekprojek menaik taraf lain di dalam Pusat Bandar Raya telah
dimulakan untuk memudahkan dan mempromosikan sistem pejalan
kaki. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kurang
kejelasan pola pejalan kaki;
Kurang kesinambungan penghubungan di antara pejalan kaki
dan kawasan lapang; dan
Kurang kemudahan dan kelengkapan untuk pejalan kaki. |
| |
|
676. |
Di kawasan lain,
infrastruktur jalan utama dan rel telah memisahkan kawasan-kawasan
bersebelahan atau kawasan kejiranan berdekatan secara fizikal
tetapi pada hakikatnya tidak mudah sampai antara satu sama lain.
Infrastruktur jalan utama dan rel telah memutuskan
hubungan di antara kawasan-kawasan bersebelahan. |
| |
14.2.3 |
IDENTITI BANDAR |
| |
|
a)
|
Kawasan
Karakter Bandar |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
677. |
Kawasan-kawasan beridentiti yang utama di Pusat Bandar Raya
pada keseluruhannya terbahagi kepada lapan sektor, setiap
satunya mempunyai karakter tersendiri. Kawasan-kawasan ini
telah membangun dengan dipengaruhi sebahagiannya oleh bentuk
muka bumi semula jadi, bukit bukau dan lembah sungai dan sebahagian
lain dipengaruhi oleh manusia terutama di kawasan timur. Kawasan-kawasan
beridentiti yang utama ditunjukkan di Rajah 14.3.

|
| |
|
678. |
Peredaran masa, pembangunan telah membawa kepada kemusnahan
beransur- ansur terhadap identiti kawasan-kawasan ini. Terutamanya,
infrastruktur baru seperti jalan dan sistem LRT telah tidak
diintegrasikan secara sensitif ke kawasan karakter sedia ada.
|
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kurang pengenalpastian kawasan-kawasan beridentiti;
dan
Infrastruktur utama yang baru di sesetengah tempat
tidak diintegrasikan secara sensitif dengan pola keseluruhan
reka bentuk bandar.
|
| |
|
b)
|
Kawasan
Pemuliharaan |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
679. |
Pada masa kini,
program-program pemuliharaan dan pengekalan meliputi bangunanbangunan
bersejarah dan mercu tanda melalui penggubalan dasar-dasar dan
garis panduan, penilaian permohonan perancangan dan khidmat
nasihat kepada pemaju, pemilik dan agensi yang terlibat dalam
kerja-kerja pemuliharaan. Program ini telah berjaya mengekal
dan memulihara bangunan-bangunan penting, tetapi kurang berkesan
di dalam penyelenggaraan karakter kawasan-kawasan pemuliharaan. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Kemerosotan
karakter kawasan-kawasan pemuliharaan. |
| |
|
c)
|
Karakter
Seni bina |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
680. |
Pembangunan pesat masa kini di Bandar Raya telah mewujudkan
pembangunanpembangunan baru yang menarik dengan pelbagai bentuk
penataan seni bina. Walau bagaimanapun, kebanyakan pembangunan
ini adalah tidak sensitif terhadap konteks persekitarannya
dan tidak berjaya diintegrasikan dengan keadaan sekeliling.
Keadaan yang kurang harmoni dan perletakkan bangunan yang
janggal adalah jelas kelihatan dari aras jalan.
|
| |
|
681. |
Kebanyakan bangunan
tinggi juga kurang memberi perhatian terhadap iklim tropika
atau mengambil langkah sewajarnya untuk penjimatan tenaga di
dalam bangunan. Bentuk dan penataan seni bina, kecuali bagi
beberapa buah bangunan adalah tidak membangkitkan sama ada latar
belakang kebudayaan Malaysia atau persekitaran tropikanya. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Infrastruktur
utama yang baru di sesetengah tempat tidak diintegrasikan secara
sensitif dengan pola keseluruhan reka bentuk bandar.
Pencerobohan tanpa pertimbangan oleh pembangunan baru
ke dalam kawasankawasan berkarakter tradisional dan kejanggalan
perletakkan antara pembangunan baru dan sedia ada; dan
Reka bentuk kebanyakan bangunan baru tidak peka terhadap
iklim tempatan. |
| |
14.2.4 |
DASAR REKA BENTUK
BANDAR |
| |
|
i.
|
Keadaan
Semasa |
| |
|
682. |
PSKL 1984 telah
menggubal dasar-dasar am berkaitan dengan landskap, seni bandar
dan pemuliharaan, yang mana adalah bersesuaian. Walau bagaimanapun,
pelaksanaan dasar-dasar ini adalah terhad kerana kekurangan
alat-alat pelaksanaan seperti pelan tempatan dan juga pelan
reka bentuk bandar serta garis panduan pembangunan. |
| |
|
ii.
|
Isu |
| |
|
|
Ketiadaan satu rangka kerja keseluruhan
dan garis panduan bagi reka bentuk bandar;
|
| |
|
683. |
Pada masa ini tiada
badan yang bertanggungjawab secara keseluruhannya untuk merangka
atau melaksanakan dasar-dasar reka bentuk bandar. Tanggungjawab
ini telah dibahagikan di kalangan jabatan-jabatan yang mengendalikan
hal-hal seni bina, landskap, pemuliharaan dan pengangkutan bandar.
Ketiadaan badan yang bertanggungjawab secara keseluruhan
untuk merangka, menyelaras dan melaksana dasar-dasar reka bentuk
bandar. |
| |
|
|


|
| 14.3 |
OBJEKTIF |
| |
684. |
Bagi meningkatkan persekitaran hidup bandar, DBKL bertujuan
untuk:
mewujudkan bandar raya yang mudah diingati dan tinggi
gambaran imejnya, membangkitkan semangat kekitaan dan kebanggaan
yang kuat serta memberi ekspresi yang bersesuaian dengan wawasan
sebagai Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia;
mewujudkan bandar raya yang jelas dan mudah difahami
oleh pengguna bagi membolehkan penggunaan kemudahannya secara
lebih berkesan serta sepenuh penghayatan terhadap aspek visual
dan kualiti persekitaran yang lainnya;
mewujudkan suatu persekitaran yang berfungsi dan hidup,
selamat, bersih, estetika yang menyenangkan dan mesra pengguna,
menawarkan paras keselesaan iklim yang tinggi dan kesejahteraan;
dan
mewujudkan bandar raya yang mempunyai kemudahsampaian
yang tinggi untuk semua penduduk dan pengguna, khususnya yang
mesra pejalan kaki dan kurang upaya.
|
| |
685. |
Bagi mewujudkan Kuala Lumpur sebagai bandar raya beridentiti
dan berimej tersendiri, DBKL bertujuan untuk:
mewujudkan sebuah Taman Bandar Raya Tropika yang
sensitif terhadap tempat semula jadi dan bersesuaian dengan
lokasi rantau tropikanya;
mewujudkan persekitaran yang kaya dengan kepelbagaian
bentuk dan ruang alam bina, bentuk dan ruang alam semula jadi
serta dalam perbezaan tahap pengalaman inspirasi, visual dan
perasaan;dan
mewujudkan bandar raya yang memulihara warisan seni
bina dan kebudayaan yang terbaik serta menawarkan gabungan
yang kaya dalam kedua aspek moden dan tradisionalnya.

|
| 14.4 |
DASAR-DASAR
DAN CADANGAN |
| |
14.4.1 |
RUPA BENTUK BANDAR |
| |
|
a)
|
Koridor
Pandangan dan Gerbang Masuk |
| |
|
686. |
Bukit-bukit dan bangunan-bangunan mercu tanda utama merupakan
elemen-elemen utama bagi orientasi dan pembentukan skala di
Kuala Lumpur. Koridor-koridor visual utama di Bandar Raya
yang relatif kepada bukit dan bangunanbangunan mercu tanda
perlu dikenal pasti, dikekalkan dan ditingkatkan.
|
| |
|
687. |
Gerbang masuk merupakan
zon peralihan di sempadan Bandar Raya yang akan membangkitkan
rasa ketibaan bagi mereka yang memasuki Bandar Raya. Begitu
juga, vista-vista Bandar Raya apabila digabungkan dengan pengalaman
visual bersiri di sepanjang koridor jalan utama menuju ke Pusat
Bandar Raya, boleh membantu di dalam orientasi seseorang.
Dasar:
UD 1: DBKL akan memastikan perlindungan dan peningkatan terhadap
gerbanggerbang masuk dan vista-vista utama Bandar Raya.
UD 2: DBKL akan mengekalkan dan meningkatkan karakter dan pengalaman
visual bersiri di sepanjang koridor jalan-jalan utama, khususnya
yang akan memfokus ke Pusat Bandar Raya. |
| |
|
688. |
Koridor jalan-jalan utama ini perlu ditingkatkan dan dihebatkan
dengan membentuk koridor koridor baru terutamanya di Pusat
Bandar Raya bagi membantu pengorientasian.
Dasar:
UD 3: DBKL akan mempertingkatkan definisi koridor-koridor
visual sedia ada dan di mana mungkin mewujudkan koridorkoridor
baru yang sesuai di dalam Pusat Bandar Raya.

|
| |
|
689. |
Terdapat pemandangan
serta vista-vista penting yang dapat dinikmati dari dalam pengangkutan
berasaskan rel, yang membolehkan penumpang menghayati Bandar
Raya sewaktu dalam perjalanan. Pemandangan sedemikian adalah
penting sebagai alat orientasi dan juga satu cara bagi mengenali
Bandar Raya secara keseluruhannya dan oleh yang demikian perlu
dikekalkan dan ditingkatkan.
Dasar:
UD 4: DBKL akan mengekalkan dan meningkatkan pemandangan bersiri
yang boleh mempengaruhi orientasi daripada laluan pengangkutan
berasaskan rel. |
| |
|
690. |
Pelaksanaan sistem
pengangkutan dan utiliti tidak mengambil kira pertimbangan reka
bentuk bandar dan ini telah menjejaskan penampilan sesetengah
kawasan Bandar Raya.
Dasar:
UD 5: DBKL akan memastikan pertimbangan reka bentuk bandar diambil
kira dalam perancangan, reka bentuk dan pelaksanaan sistem perkhidmatan
pengangkutan dan utiliti serta struktur. |
| |
|
b)
|
Landskap
Jalan |
| |
|
691. |
Kejelasan sesebuah
bandar raya adalah penting bagi membantu seseorang mengorientasikan
kedudukan dirinya dari dalam dan luar Bandar Raya. Perhiasan
landskap jalan yang mewujudkan koridor-koridor bandar yang mudah
serta ruang pusat tumpuan boleh membantu mengukuhkan kejelasan
asas sistem jalan. Perhiasan jalan dan muka hadapan bangunan
harus menerapkan tema penanaman pokok, landskap kejur, perabot
jalan dan papan tanda. Pola penghubungan jalan-jalan utama yang
akan mengukuhkan pertalian dan kejelasan Pusat Bandar Raya ditunjukkan
di dalam Rajah 14.4.
Dasar:
UD 6: DBKL akan melaksanakan langkahlangkah untuk membaiki definisi
visual, kesinambungan dan karakter landskap jalan dan rangkaian
jalan utama, bagi mengukuhkan pertalian serta kejelasan di dalam
kawasan bandar. |
| |
|
c)
|
Latar
Langit, Mercu tanda dan Ketinggian Bangunan |
| |
|
692. |
Latar langit yang jelas memberi identiti kepada sesebuah
bandar raya utama. Bangunanbangunan mercu tanda yang mudah
dikenali dan unik menambahkan lagi pengukuhan identiti ini.
Latar langit dan mercu tanda Bandar Raya bukan hanya berperanan
membantu orientasi tetapi juga mewujudkan kesan identiti,
kepunyaan dan kebanggaan kepada penduduk Kuala Lumpur. Latar
langit Pusat Bandar Raya mestilah dibangunkan secara bersepadu
untuk mengelakkan kesesakan
dan kesemakan visual, di samping mengekal dan meningkatkan
vista-vista penting serta pandangan mercu tanda utama (rujuk
Rajah 14.5).
Dasar:
UD 7: DBKL akan memastikan pengekalan dan peningkatan terhadap
pandangan latar langit Bandar Raya dan mercu tanda-mercu tanda
yang dapat dilihat dari pusat-pusat bandar dan kawasan-kawasan
lapang awam di luar Pusat Bandar Raya.
|
| |
|
|

|
| |
|
|
|
| |
|
693. |
Tambahan bangunan
atau struktur mercu tanda di tempat-tempat yang strategik terutama
di bahagian selatan Kuala Lumpur akan lebih menonjolkan latar
langit Pusat Bandar Raya dan memberikan rujukan visual yang
penting dari koridorkoridor visual utama.
Dasar:
UD 8: DBKL akan menggalakkan pembangunan bangunan-bangunan atau
kompleks mercu tanda tambahan di lokasi-lokasi penting.
|
| |
|
694. |
Ketinggian bangunan
perlu dikawal di sesetengah kawasan yang kritikal dalam Bandar
Raya agar dapat melindungi pandangan mercu tanda, vista dan
koridor visual yang penting. Bangunan bangunan yang lebih tinggi
boleh digunakan bagi menonjolkan titik tumpuan dan zon pintu
masuk atau ketibaan utama, sementara bangunan-bangunan lain
perlu mengikut skala yang sesuai untuk diharmonikan dengan pembangunan
tradisional sedia ada atau cadangan pembangunan bertingkat rendah
atau presint-presint khusus yang berkarakter istimewa.
Dasar:
UD 9: DBKL akan mengawal ketinggian bangunan bagi memastikan
keunggulan visual kawasan kawasan tertentu yang dikhaskan di
Pusat Bandar Raya, perlindungan kawasankawasan yang berkarakter
khusus dan penonjolan gerbang masuk serta pusat tumpuan aktiviti. |
| |
|
695. |
Bukit-bukit di sekeliling
Kuala Lumpur berperanan penting sebagai latar belakang visual
kepada Bandar Raya. Tumbuh-tumbuhan padat yang kontras dan bukit-bukit
yang ketara di Wangsa Maju, utara Setapak, Damansara, Penchala
dan sebahagian Bukit Indah, Bandar Tun Razak dan Bukit Jalil
perlu dikenal pasti, ditingkatkan dan dikekalkan dengan membaiki
definisi, kegunaan dan persepsi pinggiran dan lereng bukit tersebut.
Dasar:
UD 10: DBKL akan memastikan pengekalan dan peningkatan kawasan
utama berpokok dan rabung bukit sebagai latar belakang visual,
elemen orientasi dan ameniti landskap. |
| |
14.4.2 |
PENGHUBUNGAN
BANDAR |
| |
|
a)
|
Rangkaian Hijau |
| |
|
696. |
Dasar PSKL 1984 untuk mewujudkan rangkaian kawasan lapang
akan diteruskan. Satu rangka laluan berlandskap menggunakan
koridor jalan, rel dan sungai, rizab infrastruktur dan utiliti,
taman, plaza dan bahu jalan berlandskap luas akan menghubungkan
taman-taman utama dan memberi fokus kepada kawasan-kawasan
kediaman yang dilaluinya (rujuk Rajah 14.6).
Dasar:
UD 11: DBKL akan menyediakan satu rangkaian hijau kawasan
lapang yang berterusan.
|
| |
|
b)
|
Ruang Bandar, Pusat Tumpuan, Taman dan Plaza |
| |
|
697. |
Ruang bandar, pusat tumpuan, plaza dan taman-taman kecil
adalah penting dalam memberikan identiti, struktur dan ameniti
landskap kepada Bandar Raya. Sesetengah ruang seperti taman
taman kecil adalah bersifat pasif yang memberi ruang-ruang
pernafasan di Bandar Raya, sedangkan yang lainnya seperti
plaza boleh bersifat lebih dinamik dan berperanan sebagai
kawasan pusat tumpuan aktiviti bagi penduduk. Penambahan taman-taman
dan plaza-plaza akan disediakan di kawasan yang terdapat kekurangan
dan kawasan yang bakal dibangunkan.
Dasar:
UD 12: DBKL akan membangunkan taman-taman kecil dan plaza-plaza
di Pusat Bandar Raya dan pusat-pusat bandar.

|
| |
|
|
|
| |
|
698. |
Tempat-tempat untuk
aktiviti kebudayaan tidak formal boleh diadakan bagi menambahkan
lagi keceriaan kehidupan bandar dengan mengembalikan semula
suasana kehidupan di persekitaran jalan.
Dasar:
UD 13: DBKL akan menyediakan dan mengekhaskan beberapa tempat
untuk tujuan sivik dan kebudayaan tidak formal di Pusat Bandar
Raya. |
| |
|
699. |
Sesetengah kawasan seperti kawasan perumahan kelas tinggi
mempunyai karakter kawasan pokok-pokok yang padat. Pembangunan
di kawasan ini harus dikawal dengan teliti untuk mengekalkan
karakter sedemikian. Terdapat juga kelompok kecil pokok-pokok
matang di kebanyakan tempat di Bandar Raya yang boleh dijadikan
sebagai mercu tanda dan perlu dikekalkan.
Dasar:
UD 14: DBKL akan mengekal dan memelihara pokok-pokok matang
di semua kawasan dan memastikan karakter kawasan-kawasan khas
yang mempunyai banyak pokok matang dikekalkan.

|
| |
|
c)
|
Koridor Sungai |
| |
|
700. |
Sungai Klang dan Sungai Gombak yang merentasi Bandar Raya
memberi peluang ke arah mewujudkan suatu ameniti penting ia
juga perlu diiktiraf sebagai satu elemen simbolik terhadap
sejarah kewujudan Kuala Lumpur. Satu pelan komprehensif untuk
koridor-koridor sungai akan disediakan bagi memaksimumkan
nilai ameniti tersebut. Pelan ini akan menggabungkan laluan
pejalan kaki, laluan sikal, taman-taman kecil dan ruang-ruang
bandar lain yang menghubungkan ke rangkaian hijau serta pejalan
kaki. Satu garis panduan akan dirumuskan bagi pembangunan
di sepanjang koridor sungai, berserta dengan langkahlangkabagi
menjadikan sungai-sungai lebih menarik.
Dasar:
UD 15: DBKL akan mengekhaskan koridorkoridor sungai, melaksanakan
langkah-langkah untuk membaiki nilai ameniti sungai dan melaksanakan
garis panduan untuk pembangunan di dalam atau bersempadan
dengan koridor sungai.

|
| |
|
d)
|
Penghubungan Pejalan Kaki |
| |
|
701. |
Dasar sistem pejalan
kaki akan diteruskan dan diperluaskan di Pusat Bandar Raya dan
pusat bandar lain secara lebih lengkap, termasuk mewujudkan
pelan induk pejalan kaki bagi kawasan sedia ada dan baru. Dua
rangkaian pejalan kaki dicadangkan di Pusat Bandar Raya, seperti
ditunjukkan di dalam Rajah 14.7. Rangkaian ini apabila digabungkan
dengan perhubungan jalan yang berpotensi seperti yang ditunjukkan
di dalam Rajah 14.4 akan membentuk struktur pejalan kaki dan
landskap bagi Pusat Bandar Raya. |
| |
|
702. |
Satu rangkaian
jalan bandar yang muka hadapannya digunakan secara aktif akan
menghubungkan kawasan membeli-belah utama sedia ada dengan rangkaian
pejalan kaki yang dikenal pasti, selesa serta menghidupkan premispremis
kedai, restoran, medan makan dan aktiviti pelancongan. Rangkaian
ini akan mengandungi laluan pejalan kaki di dalam bangunan yang
akan menghubungkan tempat tumpuan aktiviti, perhentian dan pertukaran
pengangkutan, taman, plaza serta kawasan bersejarah bagi memberikan
akses yang berterusan di dalam Bandar Raya. |
| |
|
703. |
Satu rangkaian
hijau pejalan kaki yang selari, terpisah dari jalan utama dan
menggunakan sebahagian rangkaian hijau (rujuk Rajah 14.6) akan
menawarkan satu laluan alternatif pergerakan yang lebih perlahan
dan tidak formal. |
| |
|
704. |
Pada skala presint tempatan, rangkaian ini akan diintegrasikan
dalam satu sistem yang telus dan berselerak, berpunca daripada
persimpangan dan terminal transit sedia ada dan pusat-pusat
aktiviti.

|
| |
|
705. |
Dalam struktur
keseluruhannya, landskap serta reka bentuk perabot jalan dan
perabot taman akan mempunyai tema tersendiri dan pelbagai, bagi
mewujudkan karakter dan penekanan terhadap sistem penghubungan
dan elemen yang berbeza. |
| |
|
706. |
Orang-orang tua
dan kurang upaya seharusnya dapat menggunakan rangkaian pejalan
kaki dengan mudah. Penggunaan berbendul jalan yang rendah, landas,
tekstur permukaan dan alat-alat lain diperluaskan keseluruhan
rangkaian pejalan kaki. DBKL akan memastikan pembangunan baru
dihubungkan dengan rangkaian pejalan kaki bagi menggarapkan
langkah-langkah ini.
Dasar:
UD 16: DBKL akan menentukan dan melaksanakan rangkaian mesra
pejalan kaki serta rangkaian hijau pejalan kaki di Pusat Bandar
Raya, pusat-pusat bandar, tempat tumpuan aktiviti utama dan
kawasan sekitar terminal transit yang juga akan memenuhi keperluan
orang-orang tua dan kurang upaya. |
| |
|
707. |
Teduhan daripada
sinaran matahari dan hujan akan disediakan di kawasan yang sesuai
terutama di tempat-tempat aktiviti pejalan kaki dan di sekitar
stesen transit. Teduhan tersebut perlu diintegrasikan keseluruhannya
dengan landskap jalan.
Dasar:
UD 17: DBKL akan membina sistem laluan tertutup berterusan yang
akan menghubungkan pusat pusat aktiviti utama di Bandar Raya
dan di kawasan-kawasan yang mempunyai aktiviti pejalan kaki
yang sibuk. |
| |
|
708. |
Di kawasan-kawasan
yang dipisahkan oleh infrastruktur jalan utama atau rel, penghubungan
kemudahan pejalan kaki akan disediakan di lintasan yang terpilih
bagi memberi manfaat kepada penduduk di kedua-dua kawasan tersebut.
Penghubungan tersebut seharusnya selesa, menarik dan direka
bentuk sewajarnya bagi memberi perlindungan daripada sinaran
matahari dan hujan serta mudah sampai kepada semua pengguna.
Dasar:
UD 18: DBKL akan memastikan penyediaan yang mencukupi terhadap
penghubungan pejalan kaki bagi kawasan berjiran yang terputus
hubungan oleh infrastruktur jalan dan rel. |
| |
|
|
|
| |
14.4.3 |
IDENTITI BANDAR |
| |
|
a)
|
Kawasan Distingtif Bandar
|
| |
|
709. |
Daerah dan presint
tempatan yang berkarakter dan distingtif adalah penting bagi
menawarkan daya tarikan, tekstur dan struktur kepada rupa bentuk
bandar serta mewujudkan rasa kepunyaan. Karakter ini boleh terhasil
daripada aktiviti-aktiviti tertentu atau daripada ciri-ciri
sejarah, kebudayaan, seni bina, landskap atau seni bandar. |
| |
|
710. |
Kawasan yang mempunyai
karakter menarik dan identiti yang kuat akan dikekalkan dan
dikukuhkan sementara kawasan-kawasan lain di mana praktikal
akan diperbaiki bagi mempertingkatkan rasa keidentitian dan
ketempatan. Terdapat kawasan-kawasan yang kaya dengan pelbagai
identiti, terutamanya di Pusat Bandar Raya adalah penting digabungkan
bersama untuk mencapai rupa bentuk bandar berdaya maju, jelas
dan berimej tinggi.
Dasar:
UD 19: DBKL akan mengenal pasti, memulihara dan meningkatkan
kawasan-kawasan beridentiti distingtif di Pusat Bandar Raya,
pusat-pusat bandar dan presint tempatan. |
| |
|
b)
|
Kawasan Pemuliharaan |
| |
|
711. |
Pengekalan dan pemuliharaan terhadap warisan seni bina
dan kebudayaan yang terbaik di Bandar Raya akan diteruskan
bagi mengekalkan kepelbagaian dan keistimewaan presint-presint
etnik yang berlainan. Garis panduan pemuliharaan akan diperluaskan
meliputi pembangunan baru berdekatan dengan kawasan pemuliharaan
supaya ia bersesuaian dari segi skala dan karakter (rujuk
Rajah 14.8).
Dasar:
UD 20: DBKL akan mengekhaskan kawasan, tempat, landskap
dan struktur pemuliharaan yang bersejarah serta mempunyai
nilai dan kepentingan seni bina dan memastikan supaya semua
pembangunan berdekatan dengannya peka dengan bentuk, skala
dan karakter.
|
| |
|
c)
|
Karakter Seni bina |
| |
|
712. |
Seni bina sesebuah bandar raya boleh menceritakan mengenai
iklim, penduduk dan nilainilai kehidupannya. Sementara reka
bentuk bandar dan perancangan menyediakan kerangka bagi Bandar
Raya di mana kehadiran bangunannya adalah paling dominan.
Seni bina Kuala Lumpur seharusnya tidak hanya mencerminkan
aspirasi global dan teknologi tetapi juga lokasi tropikanya
dengan bertindak secara lebih bermakna untuk menyediakan keselesaan
dalaman dan luaran serta penggunaan tenaga yang cekap. Bangunan
juga harus responsif kepada persekitaran alam bina dan semula
jadi serta menyumbang secara positif kepada landskap bandar.
Dasar:
UD 21: DBKL akan memastikan reka bentuk seni bina berpiawaian
tinggi, sesuai dengan kedudukan rantau tropika dan peka kepada
konteks alam bina dan semula jadi.
|
| |
|
713. |
Kawasan Rizab Melayu,
kampung tradisional dan kampung-kampung baru merupakan kawasan
yang mempunyai sejarah, kebudayaan dan komposisi kaum tersendiri.
Pembangunan baru dan inisiatif-inisiatif pembaikan seharusnya
memperlihatkan status keistimewaan kawasan ini dalam susunan
Bandar Raya dengan menggabungkan elemen-elemen reka bentuk yang
mencerminkan karakter tradisional masingmasing.
Dasar:
UD 22: DBKL akan memastikan pembangunan semula Kawasan Rizab
Melayu, kampung tradisional dan kampung-kampung baru menggabungkan
elemen-elemen reka bentuk yang mencerminkan karakter sejarah
dan tradisionalnya. |
| |
|
|
|
| |
14.4.4 |
GARIS PANDUAN
REKA BENTUK BANDAR |
| |
|
714. |
Satu rangka reka bentuk bandar yang lengkap untuk keseluruhan
Kuala Lumpur terutamanya bagi Pusat Bandar Raya dan pusat-pusat
bandar lain akan dirumuskan. Rangka ini akan menjadi asas
kepada penyediaan satu garis panduan reka bentuk bandar yang
komprehensif untuk memandu inisiatif-inisiatif pembaikan dan
pembangunan Bandar Raya di masa hadapan.
|
| |
|
715. |
Oleh kerana reka bentuk bandar akan mempunyai peranan baru
dalam perancangan dan reka bentuk Bandar Raya, adalah wajar
satu badan khusus ditubuhkan dengan tujuan untuk menyelaras
dengan jabatan dalaman dan luaran yang berkaitan.
Dasar:
UD 23: DBKL akan menyediakan satu rangka reka bentuk bandar
berserta satu garis panduan reka bentuk bandar komprehensif
untuk memastikan keselamatan dan kesihatan awam dan melantik
satu badan yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan dan penyelarasan
dengan pihak berkuasa lain yang berkaitan.

|
|
|