|
| WAWASAN DAN MATLAMAT KUALA LUMPUR |
| 3.1 |
PENGENALAN |
| |
40. |
Pembangunan Malaysia
sekarang dipandu oleh agenda nasional dan Wawasan 2020 yang
memanifestasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju sepenuhnya
dari segi ekonomi, sosial, politik dan kerohanian pada tahun
2020. Terkandung di dalam wawasan ini ialah aspirasi untuk mencapai
pembangunan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Faktor penting
bagi mencapai wawasan ini adalah kemapanan pertumbuhan ekonomi
yang pantas yang dicapai terutamanya melalui pertumbuhan dalam
sektor sekunder dan tertari berorientasikan eksport. Industri-industri
di Malaysia harus dapat bersaing dengan jayanya dalam pasaran
global melalui aplikasi sains dan teknologi yang berkesan serta
penggunaan dan pemasaran yang lebih berimaginasi terhadap kelebihan
dan kekuatan negara yang tersedia dan diperolehi berkaitan dengan
sumber semula jadi, manusia, kewangan dan kebudayaan. |
| |
41. |
Kuala Lumpur, sebagai bandar raya ulung negara hendaklah
menyumbang sepenuhnya untuk mencapai hasrat yang terkandung
dalam Wawasan 2020. Wawasan pembangunan untuk Kuala Lumpur
haruslah konsisten dan mencerminkan prinsipprinsip Wawasan
2020 dan aspirasinya di samping sesuai dengan peranan Bandar
Raya tersendiri dalam pembangunan negara.

|
| 3.2 |
WAWASAN
PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR |
| |
42. |
Wawasan untuk Kuala
Lumpur adalah selaras dengan wawasan negara iaitu: KUALA LUMPUR
- SEBUAH BANDAR RAYA BERTARAF DUNIA |
| |
43. |
Wawasan Sebuah
Bandar Raya Bertaraf Dunia merangkumi cita-cita untuk
menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang akan
memainkan peranan global dan sub global yang utama bagi manfaat
semua penduduk, pekerja, pelawat dan pelaburnya. |
| |
44. |
Kuala Lumpur akan
berusaha mewujudkan persekitaran hidup, kerja dan niaga yang
berkualiti tinggi, dibandingkan dengan yang terbaik di dunia.
Ini adalah perlu sekiranya ia ingin menarik dan mengekalkan
para pelabur nasional dan antarabangsa serta pekerja mahir dan
profesional tempatan dan asing. |
| |
45. |
Sebagai sebuah bandar raya yang bertaraf dunia, Kuala Lumpur
juga harus memastikan bahawa infrastruktur, persekitaran,
pengurusan bandar dan kemudahan kebudayaan, sosial dan kemasyarakatan
dapat memenuhi harapan yang tinggi penduduk, pekerja, pelawat
dan para pelaburnya.
|
| |
46. |
Empat komponen utama
sesebuah bandar raya bertaraf dunia adalah persekitaran kerja
bertaraf dunia, persekitaran hidup bertaraf dunia, persekitaran
niaga bertaraf dunia dan urus tadbir bertaraf dunia. |
| |
3.2.1 |
PERSEKITARAN
KERJA BERTARAF DUNIA |
| |
|
47. |
Persekitaran kerja
bertaraf dunia perlu menawarkan pelbagai pilihan pekerjaan dan
peluang peluang kerjaya serta kemudahan latihan yang baik. Perkhidmatan
pengangkutan yang efisien dan selesa yang menawarkan masa dan
kos berulang alik yang minimum berserta perkhidmatan komunikasi
dan infrastruktur yang baik merupakan faktor-faktor pertimbangan
penting. Tempat-tempat kerja perlu dilengkapkan dan menyediakan
persekitaran kerja yang selesa serta perlu mempunyai kemudahan-kemudahan
sokongan seperti perpustakaan dan pusat maklumat dan juga kemudahan
penjagaan kanak-kanak bagi ibu-ibu bekerja. |
| |
3.2.2 |
PERSEKITARAN
HIDUP BERTARAF DUNIA |
| |
|
48. |
Persekitaran kerja
bertaraf dunia seharusnya mengandungi semua unsur persekitaran
hidup yang bertaraf dunia seperti perumahan berkualiti tinggi,
kemudahan yang mencukupi, berkualiti dan mudah sampai. Ianya
juga perlu menyediakan persekitaran yang selamat, sihat dan
ceria agar mereka yang bekerja di Bandar Raya berserta keluarga
mereka dapat menikmati taraf kehidupan terbaik. Persekitaran
hidup di Bandar Raya akan terus ditingkatkan dengan memberi
penekanan kepada aspek kebudayaan dan warisan, nilai-nilai murni
serta menggalakkan interaksi aktif untuk semua peringkat umur
dan lapisan masyarakat merangkumi golongan remaja, belia, warga
tua, kurang upaya dan wanita. |
| |
3.2.3 |
PERSEKITARAN NIAGA BERTARAF DUNIA
|
| |
|
49. |
Pekerja mahir yang
tersedia, ruang pejabat bermutu tinggi dengan sewa yang kompetitif
dan ruang pengeluaran dan penyimpanan adalah antara pertimbangan
terpenting bagi persekitaran niaga bertaraf dunia. Ini perlu
disokong dengan pelbagai jenis perkhidmatan serta industri tambahan
dan bantuan termasuk perkhidmatan kewangan dan pengurusan, kemudahan
penyelidikan dan profesional. |
| |
|
50. |
Sistem pengangkutan
yang baik dan efisien serta infrastruktur komunikasi dan maklumat
untuk perhubungan di dalam Bandar Raya, negara dan dunia adalah
juga penting. |
| |
3.2.4 |
URUS TADBIR BANDAR
RAYA BERTARAF DUNIA |
| |
|
51. |
Urus tadbir bandar
raya bertaraf dunia adalah perlu bagi menjamin unsur-unsur persekitaran
kerja, hidup dan niaga bertaraf dunia disediakan, dikekalkan
dan dipertingkatkan secara berterusan sejajar dengan yang terbaik
di dunia.
|
| |
|
52. |
Urus tadbir bandar raya bertaraf dunia sebenarnya berorientasikan
penggunaan sumbersumber kewangan, tenaga manusia dan organisasi
secara efisien dan adil. Dedikasi, inovasi, kreativiti dan
integriti adalah kualiti urus tadbir yang baik bagi memastikan
penyediaan dan penyelenggaraan yang sebaik mungkin bagi persekitaran
kerja, hidup dan niaga.

|
| 3.3 |
MATLAMAT
|
| |
53. |
Untuk mencapai
wawasan Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia, lima matlamat telah
dikenal pasti, iaitu:
Matlamat 1: Mempertingkatkan peranan Kuala Lumpur sebagai
pusat komersil dan kewangan antarabangsa. |
| |
54. |
Untuk Kuala Lumpur menjadi sebuah bandar raya yang bertaraf
dunia, ia perlu terlebih dahulu mempertingkatkan kekuatannya
yang sedia ada dan meletakkannya sebagai pusat komersil dan
kewangan yang mampu bersaing di peringkat serantau dan antarabangsa.
Kuala Lumpur perlu juga mengukuhkan statusnya sebagai ibu
negara dengan menjadi pusat utama K-Ekonomi dan memainkan
peranan utama dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

|
| |
55. |
Bandar Raya menerajui
negara dalam industri perkhidmatan tinggi. Bagi mengorientasikannya
secara global, industri-industri perkhidmatan dan pembuatan
yang bersesuaian dengan status bandar, seperti industri pembuatan
dan berasaskan pengetahuan yang berkemahiran dan berintensif
teknologi perlu dimajukan sebagai industri eksport yang penting. |
| |
56. |
Sebagai tambahan,
Kuala Lumpur harus berusaha untuk menarik ibu pejabat dan syarikat
transnasional yang beroperasi di peringkat global atau sub-global
dengan mempromosikan peletakannya yang kompetitif di Rantau
Asia Pasifik dan memajukan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan
dan infrastruktur ke satu tahap yang setanding dengan yang terbaik
di dunia.
Matlamat 2: Mewujudkan satu struktur bandar raya efisien
dan saksama. |
| |
57. |
Bagi Kuala Lumpur
merealisasikan wawasannya sebagai sebuah Bandar Raya Bertaraf
Dunia, adalah penting matlamat komersil dan kewangan tercapai
dengan efisien, dan dengan cara yang memanfaatkan semua anggota
masyarakatnya. Pembangunan haruslah seimbang supaya keseluruhan
konfigurasi guna tanah dioptimumkan tanpa mengkompromikan keperluan
masyarakat atau menjejas persekitaran semula jadi dan alam binaan
sedia ada. |
| |
58. |
Pengangkutan yang baik dan perhubungan komunikasi di antara
Bandar Raya dan kawasan kawasan luar di dalam negara dan di
dunia adalah juga faktor-faktor pemboleh bagi mencapai Matlamat
1. Pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam mencapai
matlamat ini dengan memungkinkan lebih fleksibiliti dan kelancaran
pergerakan. Infrastruktur, utiliti dan kemudahan-kemudahan
lain haruslah diagihkan secara saksama bagi memastikannya
mudah sampai kepada semua warga kota.
Matlamat 3: Mempertingkatkan persekitaran hidup.

|
| |
59. |
Bandar Raya perlu
berfungsi, sesuai untuk didiami dan dapat membangkitkan rasa
bermasyarakat dan dimiliki. Ia akan menyediakan satu persekitaran
yang bersih, sihat, selamat dan penyayang yang memenuhi keperluan
semua. Bandar Raya berhasrat untuk memastikan pelbagai peluang
dalam pekerjaan, perniagaan, pendidikan, latihan, perumahan
berkualiti yang mencukupi untuk semua kumpulan pendapatan serta
kemudahan sosial dan rekreasi yang direka bentuk dengan baik
serta mudah capai. Adalah penting keperluan generasi Kuala Lumpur
pada masa depan tidak dikompromi oleh keputusan atau pembangunan
yang hanya berkait dengan isu-isu semasa.
Matlamat 4: Membentuk satu identiti dan imej bandar raya
yang tersendiri. |
| |
60. |
Dunia globalisasi
telah mewujudkan kesamaan dalam rupa bentuk dan karakter bandarbandar
besar. Adalah mustahak untuk Kuala Lumpur mendefinisikan identiti
tersendiri yang mencerminkan penduduk pelbagai kaum dan iklim
tropikanya. Ini akan dimanifestasikan melalui alam binaan dan
persekitaran semula jadi, cara hidup harian penduduk Bandar
Raya dan juga pelbagai bentuk ekspresi kebudayaan. |
| |
61. |
Imej sebuah bandar
raya taman tropika adalah sesuai bagi keperluan menyederhanakan
iklim dengan memberikan teduhan daripada matahari dan perlindungan
daripada hujan. Ini boleh dicapai dengan menggabungkan elemen
semula jadi dan fizikal seperti pokok-pokok dan bangunan-bangunan. |
| |
62. |
Cara hidup yang tersendiri di Kuala Lumpur, yang sebahagiannya
datang daripada pelbagai latar belakang kebudayaan penduduknya
dan juga pengadunan aspek-aspek kebudayaan akan dipelihara
dan diberi lebih penekanan. Kebudayaan dan kesenian akan dipertingkatkan
manakala bangunan dan kawasan bersejarah atau bernilai seni
bina akan dikekalkan sebagai warisan yang boleh juga dipromosikan
sebagai produk pelancongan.
Matlamat 5: Mempunyai urus tadbir cekap dan berkesan.

|
| |
63. |
Urus tadbir yang
cekap adalah penting dalam mencapai matlamat, strategi dan dasar
yang telah digariskan dalam Pelan ini. Ini memerlukan komitmen
terhadap kualiti urus tadbir yang cekap seperti dinyatakan dalam
Habitat Agenda, iaitu mempraktikkan pentadbiran yang telus,
bertanggungjawab, adil, berkesan dan cekap. |
| |
64. |
Ketelusan boleh
dicapai melalui perkongsian wawasan yang sama, penyertaan yang
aktif oleh semua pihak yang berkepentingan dan aliran maklumat
yang bebas. Dasar berorientasikan pelanggan perlu diterima pakai
sebagai satu cara untuk meningkatkan maklum balas terhadap keperluan
warga kotanya. |
| |
65. |
Kesaksamaan boleh
dicapai dengan memastikan semua kemudahan dan perkhidmatan diagihkan
secara saksama dan mudah capai oleh semua penduduk, termasuk
golongan kurang upaya, warga tua, miskin, kanak-kanak dan wanita. |
| |
66. |
Keberkesanan dan kecekapan juga merupakan elemen utama urus
tadbir yang baik dan perlu terus diperbaiki keberkesanannya
melalui pengurusan yang berinovasi, pembangunan keupayaan,
penswastaan, pengukuran tahap kemajuan, pembangunan sumber
manusia dan rangkaian perhubungan. Proses-proses kerja dan
institusi akan disusun semula untuk memenuhi keperluan Bandar
Raya di samping menggunakan
sumber-sumber dengan cara yang terbaik.

|
| 3.4 |
KESIMPULAN |
| |
67. |
Wawasan dan matlamat Kuala Lumpur telah dirumus ke arah mewujudkan
sebuah bandar raya mapan. DBKL akan memastikan supaya perancangan
Bandar Raya dapat mencapai keseimbangan antara pembangunan
fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar. Agenda Tempatan
21 akan diterima pakai untuk menggalakkan penyertaan warga
kota ke arah mewujudkan masyarakat mapan. Ini selaras dengan
dasar kerajaan untuk melaksanakan strategi pembangunan mapan
seperti yang ditetapkan dalam Agenda Habitat semasa Pengisytiharan
Rio.

|
|
|