| Pelan
Struktur Kuala Lumpur 2020 |
|
| Prakata |
|
| Penghargaan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
17.1 |
Pengenalan |
| |
17.2 |
Pusat
Bandar Raya |
| |
|
17.2.1 |
Definisi Dan Ciri-Ciri |
| |
|
17.2.2 |
Kawasan Pembangunan |
| |
|
17.2.3
|
Penghubungan |
| |
|
17.2.4 |
Penyediaan Kemudahan Masyarakat |
| |
17.3
|
Wangsa
Maju - Maluri |
| |
|
17.3.1 |
Definisi Dan Ciri-Ciri |
| |
|
17.3.2 |
Kawasan Pembangunan |
| |
|
17.3.3
|
Penghubungan |
| |
|
17.3.4 |
Pusat-Pusat Bandar |
| |
|
17.3.5 |
Penyediaan Kemudahan Masyarakat |
| |
|
17.3.6 |
Penghubungan Visual |
| |
17.4 |
Sentul-
Menjalara |
| |
|
17.4.1 |
Definisi Dan Ciri-Ciri |
| |
|
17.4.2 |
Kawasan Pembangunan |
| |
|
17.4.3
|
Penghubungan |
| |
|
17.4.4 |
Pusat-Pusat Bandar |
| |
|
17.4.5 |
Penyediaan Kemudahan Masyarakat |
| |
|
17.4.6 |
Penghubungan Visual |
| |
17.5 |
Damansara
- Penchala |
| |
|
17.5.1 |
Definisi Dan Ciri-Ciri |
| |
|
17.5.2 |
Kawasan Pembangunan |
| |
|
17.5.3
|
Penghubungan Dan Pusat Bandar |
| |
|
17.5.4 |
Pusat-Pusat Bandar |
| |
|
17.5.5 |
Penyediaan Kemudahan Masyarakat |
| |
|
17.5.6 |
Penghubungan Visual Dan Gerbang Masuk |
| |
17.6 |
Bukit
Jalil - Seputeh |
| |
|
17.6.1 |
Definisi Dan Ciri-Ciri |
| |
|
17.6.2 |
Kawasan Pembangunan |
| |
|
17.6.3
|
Penghubungan |
| |
|
17.6.4 |
Pusat-Pusat Bandar |
| |
|
17.6.5 |
Penyediaan Kemudahan Masyarakat |
| |
|
17.6.6 |
Penghubungan Visual Dan Gerbang Masuk |
| |
17.7 |
Bandar
Tun Razak - Sungai Besi |
| |
|
17.7.1 |
Definisi Dan Ciri-Ciri |
| |
|
17.7.2 |
Kawasan Pembangunan |
| |
|
17.7.3
|
Penghubungan |
| |
|
17.7.4 |
Pusat-Pusat Bandar |
| |
|
17.7.5 |
Penyediaan Kemudahan Masyarakat |
| |
|
17.7.6 |
Penghubungan Visual Dan Gerbang Masuk |
| |
17.8 |
Keperluan
Masa Hadapan |
|
|
|
|
|
| ZON STRATEGI |
| 17.1 |
PENGENALAN |
| |
791. |
Dalam membentuk strategi-strategi spatial di dalam Bab
6.0: Guna Tanah dan Strategi Pembangunan dan menterjemahkan
dasar-dasar sektoral serta keperluannya kepada kawasankawasan
tertentu, Bandar Raya dibahagikan kepada enam zon strategik
yang disempadani oleh rangkaian jalan utama, rel dan koridor
sungai. Strategi-strategi spatial spesifik dan cadangancadangan
sektoral utama berkaitan dengan setiap zon akan diterangkan
dalam bahagian seterusnya. Zon-zon yang dikenal pasti adalah
seperti di bawah:
Pusat Bandar Raya (dahulunya Kawasan Perancangan Pusat);
Wangsa Maju - Maluri;
Sentul - Menjalara;
Damansara - Penchala;
Bukit Jalil - Seputeh; dan
Bandar Tun Razak - Sungai Besi.

|
| 17.2 |
PUSAT
BANDAR RAYA |
| |
17.2.1 |
DEFINISI DAN
CIRI-CIRI |
| |
|
792. |
Zon strategik ini adalah Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur.
Zon seluas 1,813 hektar ini disempadani oleh beberapa lebuh
raya utama seperti Jalan Tun Razak dari timur ke utara, Lebuh
Raya Mahameru di sebelah barat dan Jalan Lingkaran Tengah
1 ke selatan (rujuk Rajah 17.1). Zon ini merangkumi kawasan
berbukit, termasuk Bukit Nanas, Bukit Ceylon dan lembah Sungai
Klang dan Sungai Gombak.
|
| |
|
793. |
Untuk mewujudkan
sebuah bandar raya yang hidup, siang dan malam, penduduk perlu
ditingkatkan kepada 245,600 orang pada tahun 2020 daripada 128,721
pada tahun 2000. Bilangan pekerjaan di Pusat Bandar Raya pada
tahun 2000 adalah 396,036 dan diunjurkan akan mencapai sekitar
438,010 pada tahun 2020. |
| |
|
794. |
Pusat Bandar Raya mengandungi sejumlah aktiviti perniagaan
yang bersejarah dan terkini, pusat pelancongan dan perdagangan
bercampur dengan kawasan kediaman, rekreasi dan perkuburan.
Pusat simbolik negara, Dataran Merdeka terletak di Pusat Bandar
Raya begitu juga mercu tanda yang paling menonjol, Menara
Berkembar Petronas di KLCC dan Menara Kuala Lumpur.
|
| |
|
795. |
Peranan tradisi
Pusat Bandar Raya sebagai kawasan kediaman dan perdagangan utama
Kuala Lumpur dan konurbasinya (KLK) telah terhakis oleh pembangunan
baru di pusat-pusat bandar dan pinggir bandar lain di dalam
KLK, di samping pemindahan pejabat kerajaan persekutuan ke Putrajaya.
Strategi-strategi masa hadapan adalah penting untuk menarik
semula penduduk ke Pusat Bandar Raya dan mewujudkan satu persekitaran
hidup dan kerja yang berkualiti, berasaskan kepada pelaburan
terkini terhadap infrastruktur moden di Bandar Raya. |
| |
17.2.2 |
KAWASAN PEMBANGUNAN |
| |
|
a)
|
Intensifikasi
Pembangunan Perumahan |
| |
|
796. |
Pembangunan perumahan yang lebih intensif akan digalakkan
untuk menarik kembali penduduk ke Pusat Bandar Raya. Penekanan
akan ditumpukan kepada penyediaan kawasan pembangunan kediaman
berkepadatan dan berkualiti tinggi dalam lingkungan 250
meter dari stesen-stesen rel dan menaik taraf kawasankawasan
kediaman sedia ada.
|
| |
|
797. |
Pembangunan perumahan
berkepadatan dan berkualiti tinggi akan digalakkan di kawasan
perumahan usang seperti sekitar Jalan Tiong Nam, Jalan Masjid
India dan Jalan Alor / Berangan. Untuk melengkapi pembangunan
kawasan sekitar, pembangunan perumahan berkepadatan sederhana
berkualiti tinggi akan ditetapkan di kawasan sekitar KLCC, Jalan
Yap Kwan Seng, Bukit Ceylon, Jalan Inai / Imbi dan Jalan Stonor
/ Conlay. |
| |
|
798. |
Disebabkan oleh
nilai harta tanah yang tinggi, dan bagi memastikan alam binaan
yang berkualiti tinggi, sesuai dengan sebuah Bandar Raya Bertaraf
Dunia, kawasan kediaman di Pusat Bandar Raya akan dijanakan
ke arah penyediaan kediaman kos sederhana dan tinggi. |
| |
|
|
|
| |
|
799. |
Karekter pembangunan
kediaman sedia ada berkepadatan rendah yang mempunyai pokok-pokok
matang di Bukit Petaling sekitar Istana Negara hendaklah dikekalkan
dan dipertingkatkan. |
| |
|
b)
|
Pertumbuhan
Sederhana Perdagangan |
| |
|
800. |
Bagi memastikan
kesederhanaan dalam pembangunan perdagangan di Pusat Bandar
Raya, perubahan guna tanah untuk menampung pembangunan perdagangan
baru yang menyisihkan kegunaan lain adalah tidak digalakkan.
Pembangunan perdagangan baru atau bercampur akan dipertimbangkan
di kawasan kediaman berkualiti tinggi yang dicadangkan. |
| |
|
801. |
Penekanan akan diberikan
dalam menaik taraf kawasan pejabat dan perdagangan sedia ada
dengan memasukkan kediaman berkualiti tinggi, dan mewujudkan
presint pembangunan bercampur komprehensif yang mengandungi
kegunaan perdagangan, kewangan, hotel, hiburan dan kebudayaan
dengan lebih komponen kediaman. |
| |
|
802. |
Aktiviti-aktiviti
perdagangan utama akan dikawal dan dirasionalisasikan ke dalam
presintpresint khusus. Kawasan di sekeliling KLCC akan dibangunkan
sebagai pusat perdagangan utama, dan kawasan sekitar Jalan Bukit
Bintang akan ditingkatkan sebagai presint utama pelancongan.
Sebahagian kawasan bekas kuarters kerajaan, bersebelahan dengan
pasar sementara di Jalan Davis akan dibangunkan sebagai pasar
lengkap, pusat penjaja dan makanan yang akan menjadi tarikan
pelancongan utama. Ia juga akan mempunyai sebuah taman daerah. |
| |
|
c)
|
Mengkaji
Semula dan Merasionalisasikan Ketidaksesuaian Guna Tanah |
| |
|
803. |
Ketidaksesuaian
guna tanah di Pusat Bandar Raya adalah disebabkan oleh sejarah
pembangunan Bandar Raya. Perubahan yang berlaku terhadap Pusat
Bandar Raya dan Bandar Raya secara keseluruhan bermakna kesinambungan
kegunaan tertentu tidak lagi dapat dijustifikasikan. |
| |
|
804. |
Sebilangan besar
sekolah telah atau sedang dipindahkan, sebagai sebahagian daripada
program pemindahan sekolah untuk memberikan perkhidmatan lebih
baik kepada penduduk di kawasan kediaman, di samping menyediakan
tanah-tanah tanah di Pusat Bandar Raya untuk pembangunan yang
lebih sesuai. Sekolah Jalan Batu akan dibangunkan semula untuk
pembangunan perdagangan, sebagai mercu tanda berintensiti tinggi
dan disepadukan dengan stesen LRT Sultan Ismail. Sebuah kompleks
pembangunan komprehensif membeli belah dan hiburan akan dibina
di tapak bekas Sekolah Perempuan Bukit Bintang bersama dengan
kolam renang berdekatan yang terletak di hujung kawasan membeli-belah
utama Bukit Bintang. Tapak bekas Sekolah St. Mary di Jalan P.
Ramlee / Jalan Tengah akan dibangunkan semula untuk pembangunan
perumahan berkualiti dan berkepadatan tinggi. |
| |
|
d)
|
Mempelbagaikan
Aktiviti Ekonomi |
| |
|
805. |
Pusat Bandar Raya
mengandungi banyak bangunan, tempat dan jalan bersejarah yang
penting di Bandar Raya. Di samping membaik pulih persekitaran
kawasan-kawasan lama, inisiatif-inisiatif pembaharuan semula
bandar akan diarah untuk mengeksploitasi aset sedia ada dan
memberi kelebihan kepada Kuala Lumpur untuk mewujudkan kemudahan-kemudahan
pelancongan yang baru. Hotel butik di bangunan warisan akan
digalakkan dan presint-presint sivik seperti di sekitar Stesen
Keretapi KTM dan Pasar Seni akan dipertingkatkan. |
| |
|
806. |
Ciri-ciri presint
membeli-belah tradisional di Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Jalan Masjid India dan Jalan Pasar akan dipertingkatkan dan
dinaiktarafkan supaya lebih menarik dan selesa untuk pengunjung.
Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan Jalan Pasar
akan terus dibangunkan sebagai presint membeli-belah khusus.
Projek pengindahan di presint membeli belah tradisional seperti
di Jalan Petaling yang hampir siap dan di Jalan Masjid India
yang masih dalam pembinaan, akan menjadi pusat tumpuan bagi
pelancong asing dan tempatan. |
| |
|
807. |
Kuala Lumpur akan
membangunkan potensi pelancongan sedia ada serta mewujudkan
kawasan baru untuk pembangunan pelancongan. Produkproduk pelancongan
baru untuk menarik pelancong pendidikan seperti universiti bandar
raya untuk Universiti Malaya di bekas kompleks Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) akan dibangunkan. Tambahan kemudahan MICE seperti
pusat konvensyen baru di KLCC dan kemudahan pelancongan kesihatan
seperti hospital pakar juga digalakkan. Usaha-usaha akan diambil
untuk memperkenalkan warisan dan destinasi-destinasi pelancongan
lain di Pusat Bandar Raya, dan presint khas makan yang tidak
formal seperti di Jalan Alor akan dibangunkan. |
| |
|
e)
|
Kawasan
Pembangunan Komprehensif |
| |
|
808. |
Kampong Bharu,
yang terletak di tengahtengah Pusat Bandar Raya akan dibangunkan
berdasarkan ciri-ciri tradisi Melayu sebagai pusat untuk pengumpulan,
pengagihan, pemasaran dan pameran kebudayaan, seni dan artifak
Malaysia. Kawasan ini akan diperkukuhkan sebagai salah satu
daripada presint kediaman utama di Pusat Bandar Raya di samping
menggalakkan lebih banyak pembangunan moden berserta kemudahan
perdagangan yang dapat memberi kemakmuran kepada warga kota.
Kampong Bharu juga akan berperanan sebagai penghubung kebudayaan
dan perdagangan penting di antara bahagian utara, barat dan
timur Pusat Bandar Raya. |
| |
|
f)
|
Pembangunan
di Sekitar Stesen Transit |
| |
|
809. |
Bagi membantu mengurangkan
lalu lintas kenderaan di Pusat Bandar Raya, tumpuan kelompok
pejabat dan perdagangan di pinggir luar Pusat Bandar Raya berhampiran
dengan pusat transit rel di KLCC, Kampong Bharu, Chow Kit, dan
Titiwangsa akan diwujudkan. Pembangunan akan mengandungi stesen
pertukaran pengangkutan awam serta kemudahan kebudayaan dan
masyarakat. |
| |
|
810. |
Stadium Merdeka
adalah sebahagian daripada sejarah kemerdekaan Malaysia. Walau
bagaimanapun kawasan sekitarnya boleh dibangunkan bagi tujuan
kediaman dan perdagangan dengan konsep reka bentuk yang mengambil
kira nilai sejarah tersebut. |
| |
|
811. |
Tapak bekas Penjara
Pudu akan dibangunkan sebagai sebuah kawasan kediaman berkepadatan
dan berkualiti tinggi termasuk pangsapuri servis. Sebahagian
tapak ini yang berdekatan dengan Stesen LRT dan PRT Hang Tuah
akan dibangunkan sebagai sebuah taman kejiranan. |
| |
|
812. |
Sebahagian kawasan
perumahan awam lama yang terletak di atas tanah bernilai tinggi
di Pusat Bandar Raya mengalami tekanan untuk pembangunan semula.
Satu pelan pembangunan komprehensif untuk Rumah Pangsa San Peng
dan Loke Yew akan dilaksanakan. Ini akan mewujudkan pembangunan
bercampur berteknologi tinggi yang bersepadu untuk menampung
keperluan Ekonomi Baru dan menggabungkan perumahan berkepadatan
sederhana, perumahan kos sederhana dan tinggi. Pembangunan ini
akan disepadukan dengan stesen LRT Hang Tuah dan Pudu dan mengandungi
kawasan lapang yang dihubungkan dengan kawasan hijau perkuburan
di bahagian selatan dan taman kejiranan baru di tapak bekas
Penjara Pudu. Tapak tersebut terletak pada paksi yang penting
dari selatan Bandar Raya dan pembangunan semula akan merupakan
sebuah bangunan mercu tanda utama sebagai pelengkap kepada Menara
Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur. |
| |
|
813. |
Rumah Pangsa Tuanku
Abdul Rahman di Jalan Tun Razak, sebuah lagi kawasan perumahan
awam yang usang di sebelah utara Pusat Bandar Raya, akan dibangunkan
sebagai pembangunan bercampur komprehensif yang disepadukan
dengan Stesen LRT dan PRT Titiwangsa. |
| |
|
g)
|
Ciri-ciri
Perbandaran Pusat Bandar Raya |
| |
|
814. |
Untuk mewujudkan
satu identiti bandar raya yang menarik dan unik, ciri-ciri tersendiri
Pusat Bandar Raya akan dikenal pasti dan dipertingkatkan. Muka
bumi yang berlembah dan berbukit serta bangunan-bangunan mercu
tanda utama di Pusat Bandar Raya adalah penting bagi mewujudkan
rasa setempat di samping memberi petunjuk arah. Bagi mengekalkan
dan mengutamakan pandangan penting, kawalan ketinggian bangunan
akan digunakan, bermula dengan ketinggian yang rendah dari pinggir
Pusat Bandar Raya dan meninggi ke arah pusatnya. Ini akan disokong
oleh garis panduan reka bentuk bandar yang mendefinisikan koridor
visual di mana ketinggian bangunan dikawal dalam usaha untuk
mengekalkan beberapa pandangan menarik bangunan-bangunan mercu
tanda dan kawasan berbukit yang utama di dalam dan di luar Pusat
Bandar Raya. |
| |
|
815. |
Ciri-ciri kawasan
bandar lama di Pusat Bandar Raya seperti Chow Kit, Jalan Petaling,
Jalan Bukit Bintang, Bukit Ceylon dan Pudu akan dipelihara dan
keadaan infrastruktur, kualiti bangunan serta persekitaran hidup
dan kerja akan dinaiktaraf. Pelan pemuliharaan dan pengekalan
kawasan warisan bersejarah akan menggalakkan persekitaran mesra
pejalan kaki di samping mengekalkan kepelbagaian corak jalan
dan bangunan tempatan yang ditonjolkan oleh kawasan ini. |
| |
|
816. |
Kawasan perdagangan
utama akan memperlihatkan Kuala Lumpur sebagai Sebuah Bandar
Raya Bertaraf Dunia dan presint kewanganakan mengandungi hanya
bangunan berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun ciri-ciri kontras
kawasan kepadatan rendah dengan pokok-pokok matang di Bukit
Tunku akan dikekalkan dan ditingkatkan. |
| |
17.2.3 |
PENGHUBUNGAN |
| |
|
a)
|
Rangkaian
Pejalan Kaki |
| |
|
817. |
Dengan mempromosikan penggunaan pengangkutan awam dan memudahkan
pergerakan pejalan kaki, DBKL berhasrat mengurangkan kesesakan
lalu lintas dan membaiki kualiti alam sekitar keseluruhannya
di Pusat Bandar Raya. Kesimpulannya, satu sistem mesra pejalan
kaki yang selamat, berkesinambungan, mudah sampai oleh semua
termasuk golongan kurang upaya, dan dilengkapi dengan satu
rangkaian laluan basikal yang menghubungkan semua pusat aktiviti
utama dan disepadukan sepenuhnya dengan pusat transit awam.
Rangkaian ini akan digabungkan dengan rangkaian hijau menggunakan
koridor sungai bagi menghubungkan pusat aktiviti ke kawasan
lapang sedia ada, taman dan pusat tumpuan yang diagihkan ke
seluruh Pusat Bandar Raya. Pembangunan bersebelahan sungai
akan mempromosikan kemudahan menghadap sungai yang boleh mudah
sampai oleh orang awam.
|
| |
|
818. |
Projek pembangunan baru dan pembaharuan bandar akan menyediakan
kawasan lapang awam. Ruang sivik ini akan menjadi ciri utama
keseluruhan reka bentuk bandar dan akan disepadukan ke dalam
rangkaian pejalan kaki berlandskap yang komprehensif.
|
| |
|
819. |
Satu rangkaian
landskap bersepadu yang meliputi sungai utama, kawasan lapang
sedia ada, laluan mesra pejalan kaki dan taman bandar baru akan
disediakan yang menghubungkan kawasan kediaman dengan pusat
pekerjaan dan perdagangan serta kemudahan masyarakat. |
| |
|
820. |
Laluan pejalan kaki
sedia ada akan dipertingkatkan dan disambungkan serta laluan
baru akan dibina untuk membentuk rangkaian pejalan kaki. Jalan
Tuanku Abdul Rahman dan kawasan kawasan lain pejalan kaki utama
akan dibangunkan sebagai kawasan tunggak membelibelah yang menghubungkan
antara satu sama lain dan presint pembangunan bercampur utama
lain. |
| |
|
821. |
Kampong Bharu akan
dibangunkan sebagai pemangkin kepada pewujudan satu koridor
kebudayaan yang menghubungkan presint kebudayaan di Jalan Tun
Razak dan Jalan Conlay dengan presint membeli-belah di KLCC
dan Chow Kit. Di sebelah barat Pusat Bandar Raya, satu medan
pejalan kaki akan diwujudkan menghubungkan Stesen Bandaraya
dan stesen Bank Negara ke Taman Tasik Perdana yang menyediakan
satu akses yang lebih selesa ke taman utama ini bagi warga kotanya. |
| |
|
b)
|
Rangkaian
Hijau dan Kawasan Lapang |
| |
|
822. |
Rangkaian hijau
akan menghubungkan kawasan lapang utama atau kawasan yang dipenuhi
pokok-pokok dari luar menghala ke Pusat Bandar Raya. Kawasan
lapang sedia ada, koridor jalan, sungai dan utiliti serta pokok-pokok
matang di kawasan kediaman berkepadatan rendah akan diwujudkan
untuk membentuk rangkaian hijau. Di samping itu, kawasan lapang
dan kawasan landskap tambahan akan diwujudkan untuk mempertingkatkan
jaringan tersebut. |
| |
|
823. |
Taman Tasik Perdana
akan ditingkatkan sebagai taman terpenting Bandar Raya. Kawasan
berpokok di sekitar Lebuh Raya Mahameru dan kawasan bekas pejabat
kerajaan persekutuan berdekatan akan dikekalkan sebagai kawasan
hijau untuk Pusat Bandar Raya. Kawasan ini mengandungi kawasan
lapang berlandskap terbesar yang mewujudkan satu persekitaran
taman dengan rangkaian hijau pejalan kaki ke kawasan kediaman
berkepadatan rendah bersebelahan di Bukit Tunku, Taman Duta
dan Bukit Persekutuan. |
| |
|
824. |
Liputan pokok-pokok
matang sedia ada di Bukit Petaling, Kampong Atap dan kawasan
perkuburan Cina akan dikekalkan sebagai kawasan hijau di selatan
Pusat Bandar Raya dengan program program pemuliharaan jangka
panjang dan penanaman semula yang akan membantu penjanaan biodiversiti
flora dan fauna. Kawasan hijau ini seterusnya akan diperluaskan
ke dalam Pusat Bandar Raya melalui presint institusi dan sukan
Stadium Negara dan Stadium Merdeka serta cadangan taman kejiranan
baru di bekas tapak Penjara Pudu. |
| |
|
825. |
Taman daerah baru
di tapak bekas kuarters kerajaan Jalan Davis dan Taman KLCC
akan dikekalkan sebagai penyambung kepada karekter hijau yang
bermula dari padang Kelab Golf DiRaja Selangor (RSGC) dan halaman
hijau di Taman U-Thant. Pembangunan akan datang di sekitar Jalan
Stonor/ Jalan Conlay perlu dirancang untuk mengadakan lebih
banyak kawasan hijau sebagai pelengkap kepada karekter hijau. |
| |
|
826. |
Satu koridor hijau
menghubungkan presint kebudayaan di sepanjang Jalan Tun Razak,
Taman Tasik Titiwangsa dan Kampong Bharu ke Pusat Bandar Raya
akan diwujudkan dengan menggunakan Sungai Bunus sebagai kawasan
lapang berjajar. Kawalan ketinggian bangunan akan dikenakan
terhadap kawasan-kawasan tersebut dalam usaha untuk mengekalkan
koridor visual dari taman daerah iaitu Taman Tasik Titiwangsa
ke arah Menara Berkembar Petronas di KLCC. |
| |
|
c)
|
Pengangkutan
Awam |
| |
|
827. |
Pusat Bandar Raya
dilengkapi dengan rangkaian rel antara bandar raya yang komprehensif
di mana sistem rel KTM dan LRT disepadukan untuk memberi perkhidmatan
ke kawasan kediaman, perdagangan dan kawasan tarikan pelancongan
utama. Sistem rel antara bandar raya akan dihubungkan dengan
sistem PRT yang merupakan rangkaian rel dalam bandar raya. |
| |
|
828. |
Terminal bas Puduraya
akan dibangunkan semula dan disepadukan ke dalam stesen rel
Plaza Rakyat untuk mewujudkan sebuah stesen pertukaran pelbagai
mod yang mengandungi perkhidmatan teksi, rel dan bas dalam wilayah. |
| |
|
829. |
Peningkatan terhadap stesen pertukaran transit berintegrasi
antara rel, bas dan teksi perlu diberi keutamaan bagi memastikan
sistem pengangkutan awam yang cekap dan mesra pengguna. Stesen
pertukaran ini akan disepadukan secara komprehensif dengan
sistem pejalan kaki bagi menampung dan menyelerakkan lebih
ramai penumpang ke destinasi kediaman, membeli-belah dan pejabat.
|
| |
17.2.4 |
PENYEDIAAN KEMUDAHAN
MASYARAKAT |
| |
|
830. |
Kemudahan masyarakat sedia ada di Pusat Bandar Raya akan
dinaiktaraf dan kemudahan tambahan akan disediakan di kawasan
kediaman dan pembangunan bercampur komprehensif.

|
| 17.3 |
WANGSA MAJU - MALURI
|
| |
17.3.1 |
DEFINISI DAN
CIRI-CIRI |
| |
|
831. |
Zon Wangsa Maju - Maluri terletak di sebelah sempadan utara
Kuala Lumpur, yang memisahkan Bandar Raya dengan kawasan Batu
Caves, Gombak, Melawati dan Ampang di Selangor. Lebuh Raya
Kuala Lumpur-Karak membentuk sempadan barat zon, manakala
Jalan Tun Razak dan sebahagian Sungai Kerayong merupakan sempadan
selatan zon ini (rujuk Rajah 17.2).
|
| |
|
832. |
Bilangan penduduk pada tahun 2000 adalah seramai 347,432
dan diunjurkan kepada 443,700 orang menjelang tahun 2020.
Jumlah pekerjaan pada tahun 2000 adalah 90,125 dan diunjurkan
berkembang kepada 169,654 untuk 20 tahun akan datang.
|
| |
|
833. |
Muka bumi kawasan
di sebelah timurnya adalah berbukit, dengan puncaknya di Bukit
Dinding pada ketinggian 247 meter dari aras laut yang merupakan
bukit kedua tertinggi di Bandar Raya. Di selatannya terletak
Sungai Klang, padang golf RSGC dan kawasan kediaman Titiwangsa,
Kampong Datok Keramat dan Taman U-Thant. Zon ini mengandungi
kawasan pertumbuhan Wangsa Maju, sebahagian besarnya adalah
kawasan kediaman. Beberapa kawasan industri terdapat dalam zon
ini dan bahagian utara kawasan industri tersebut bersambung
dengan taman industri di Batu Caves. Dua institusi pendidikan
tinggi terletak di zon ini, iaitu Universiti Teknologi Malaysia
dan Kolej Tunku Abdul Rahman. |
| |
|
|
|
| |
|
834. |
Bahagian selatan zon ini mengandungi taman daerah iaitu
Taman Tasik Titiwangsa, presint kebudayaan sepanjang Jalan
Tun Razak dan KRM Kampong Datok Keramat. Satu ciri penting
zon ini adalah dua sungai utama iaitu Sungai Gombak dan Sungai
Klang mengalir melalui zon ini dan menyebabkan sering dilanda
banjir.
|
| |
17.3.2 |
KAWASAN PEMBANGUNAN |
| |
|
a)
|
Zon
Antarabangsa |
| |
|
835. |
Ciri-ciri antarabangsa
sedia ada di kawasan kepadatan rendah dan berkualiti tinggi
di sekitar Jalan Ampang / Jalan U-Thant akan dipertingkatkan.Kawalan
kepadatan rendah dan sekatan ketinggian bangunan akan dikenakan
terhadap Taman U-Thant, Jalan Damai, Jalan Semarak dan kawasan
kediaman Titiwangsa. Sebuah presint makanan dan kebudayaan antarabangsa
juga akan dikhaskan dan dibangunkan di dalam kawasan ini. |
| |
|
b)
|
Kawasan
Rizab Melayu dan Kampung-kampung Baru |
| |
|
836. |
KRM Gombak dan Kampong
Datok Keramat serta kampung baru Kampong Air Panas memerlukan
pemulihan semula melalui peningkatan infrastruktur, penyediaan
kemudahan masyarakat dan inisiatif pembangunan semula. |
| |
|
c)
|
Pembaharuan
Bandar / Kawasan Pembangunan Semula |
| |
|
837. |
Kuarters lama kerajaan
di Jalan Cochrane akan dibangunkan semula sebagai satu kawasan
kejiranan kepadatan sederhana dengan tumpuan kepada penyediaan
perumahan kos sederhana. Rumah Pangsa Tuanku Abdul Rahman, sebahagiannya
terletak di dalam Pusat Bandar Raya juga akan dibangunkan semula
seperti yang diterangkan dalam bahagian 17.2.2(f). Pelan pembangunan
komprehensif untuk menaik taraf dan meningkatkan perumahan kelompok
di Taman Setapak Jaya akan disediakan. |
| |
|
d)
|
Kawasan
Stabil |
| |
|
838. |
Pembangunan utama
di zon ini akan difokuskan bagi melengkapkan program pembangunan
kawasan pertumbuhan Wangsa Maju dan memesatkan pembangunan sekitar
pusat transit. Peluang pembangunan dan promosi untuk industri
pelancongan akan difokuskan kepada kilang Royal Selangor Pewter
sedia ada di Setapak. |
| |
17.3.3 |
PENGHUBUNGAN |
| |
|
a)
|
Rangkaian
Hijau dan Kawasan Lapang |
| |
|
839. |
Kawasan lapang
yang luas di RSGC, Taman Tasik Titiwangsa dan Bukit Dinding
akan dipelihara. Ciri-ciri semula jadi Bukit Dinding akan dilindungi
dan sebahagian kawasan bukit akan dipelihara sebagai taman.
Taman kejiranan baru akan dibangunkan di Ampang Hilir dan Taman
Melati serta kawasan setinggan yang dikosongkan di selatan kampung
baru Kampong Air Panas. |
| |
|
b)
|
Pengangkutan
Awam |
| |
|
840. |
LRT PUTRA memberi
perkhidmatan di kawasan timur zon strategik ini yang menghubungkan
Pusat Bandar Raya di barat selatan ke Stesen Terminal Putra
di sempadan utara Bandar Raya, manakala LRT STAR beroperasi
di sepanjang sempadan selatan zon strategik ini. |
| |
|
841. |
Terminal bas Gombak
dan Stesen Terminal Putra di Gombak yang terletak berhampiran
akan diintegrasikan menjadi sebuah stesen pertukaran pelbagai
mod yang mengandungi perkhidmatan teksi, rel dan bas antara
wilayah. |
| |
17.3.4 |
PUSAT-PUSAT BANDAR |
| |
|
842. |
Pusat daerah utama
di Wangsa Maju akan dimajukan dan perhubungan dengan pusat transit
LRT di Stesen Wangsa Maju akan dikukuhkan. Sebuah pusat daerah
baru akan diwujudkan di Kampong Datok Keramat sekitar Stesen
Dato Keramat. |
| |
|
843. |
Pembangunan kediaman
dan perdagangan yang lebih pesat akan digalakkan di pusat kejiranan
sedia ada bersebelahan dengan stesen LRT di Maluri. Penyediaan
kemudahan masyarakat akan ditingkatkan di pusat kejiranan sedia
ada Kampong Air Panas, Gombak, Danau Kota, Desa Pandan dan Setiawangsa. |
| |
17.3.5 |
PENYEDIAAN KEMUDAHAN
MASYARAKAT |
| |
|
844. |
Kemudahan masyarakat
akan dibangunkan di pusat daerah Wangsa Maju dan Kampong Datuk
Keramat serta di pusat kejiranan Kampong Air Panas, Gombak,
Danau Kota, Setiawangsa dan Desa Pandan bagi memenuhi keperluan
penduduk tempatan (rujuk Jadual 6.6). |
| |
17.3.6 |
PENGHUBUNGAN
VISUAL |
| |
|
845. |
Dua koridor visual akan diwujudkan merentasi zon ini ke arah
Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur. Satu koridor
adalah dari Jalan Ampang di timur dan satu lagi dari Lebuhraya
Karak menghala ke Pusat Bandar Raya. Di dalam kedua-dua koridor
visual ini, kawalan ketinggian bangunan akan dikenakan.

|
| 17.4 |
SENTUL - MENJALARA
|
| |
17.4.1 |
DEFINISI DAN
CIRI-CIRI |
| |
|
846. |
Zon ini terletak di sebelah sempadan utara Kuala Lumpur
yang memisahkan Bandar Raya dengan pekan Batu Caves, Selangor.
Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak membentuk sempadan di sebelah
timur zon, manakala Lebuh Raya Baru Lembah Klang merupakan
sempadan di sebelah selatan (rujuk Rajah 17.3).
|
| |
|
847. |
Bilangan penduduk pada tahun 2000 adalah seramai 297,600
dan diunjurkan kepada 445,000 orang menjelang tahun 2020.
Pekerjaan pada tahun 2000 adalah 83,829 dan diunjurkan meningkat
kepada 211,717 untuk 20 tahun yang akan datang.
|
| |
|
848. |
Muka bumi ke arah
utara amnya adalah rata dan direntasi oleh Sungai Kemunsing
dan Sungai Jinjang. Kawasan kediaman sedia ada adalah di Menjalara
dan Sentul yang dibangunkan di sekitar pusat kejiranan Kepong,
Taman Mastiara dan Segambut serta bercampur aduk dengan kawasan
dan taman perindustrian berskala besar. Kawasan perindustrian
kebanyakannya terdapat di utara zon iaitu di Kepong, Jinjang
dan Segambut dan berdekatan dengan taman perindustrian Batu
Caves. |
| |
17.4.2 |
KAWASAN PEMBANGUNAN |
| |
|
a)
|
Kawasan
Rizab Melayu, Kampung Tradisional dan Kampung-kampung Baru |
| |
|
849. |
KRM Selayang dan
Gombak dan kampung tradisional Segambut, Sri Delima, Batu Muda
dan Kampong Melayu FRI akan ditingkatkan termasuk menaik taraf
infrastruktur, kemudahan masyarakat dan utiliti. |
| |
|
850. |
Pelan pembangunan
untuk kampung baru Jinjang Utara dan Jinjang Selatan akan merangkumi
langkah-langkah untuk membangunkan semula kawasan perindustrian
usang dan menaik taraf infrastruktur, kemudahan masyarakat dan
utiliti di kawasan-kawasan kediaman. |
| |
|
b)
|
Pembaharuan
Bandar / Kawasan Pembangunan Semula |
| |
|
851. |
Pelan pembangunan
komprehensif untuk Pekan Kepong dan Jinjang Selatan Tambahan
akan disediakan bagi pembangunan bercampur berserta kemudahan
masyarakat dan utiliti. Kawasan usang di sekitar Sentul Pasar
akan dibangunkan untuk melengkapi pembangunan Sentul Raya yang
berdekatan. Pembangunan juga akan mengeksploitasi lokasi strategik
kawasannya yang berhampiran Pusat Bandar Raya dan berdekatan
dengan kedua-dua stesen LRT di Sentul Timur dan stesen KTM di
Sentul. Pelan ini akan mengandungi pembangunan semula pasar
Sentul, penyediaan perumahan kepadatan sederhana, rumah kos
sederhana dan tinggi yang mempunyai pangsapuri servis dan komponen
perdagangan. Kesemua kawasan setinggan akan dibangunkan semula
sebagai pembangunan bercampur iaitu kawasan kejiranan serba
lengkap. Kajian berkaitan dengan masalah kesesakan penghunian
dan ketidakcukupan infrastruktur di Taman Datuk Senu hendaklah
dijalankan bagi mengenalpasti langkahlangkah pembaikan untuk
meningkatkan kualiti persekitaran hidup termasuk fizikal dan
infrastruktur. |
| |
|
c)
|
Kawasan
Stabil |
| |
|
852. |
Pembangunan utama
di zon ini akan difokuskan ke arah penyiapan program pembangunan
untuk cadangan pusat perdagangan dan kediaman berskala besar
di Sentul Raya. |
| |
|
|
|
| |
|
853. |
Pembangunan semula
kawasan di selatan Taman Batu Muda akan melengkapi Taman Perusahaan
Batu bersebelahan dengannya yang menyediakan premis-premis dan
sumber untuk industri kecil dan sederhana. |
| |
|
854. |
Batu Cantonment
mungkin boleh dikekalkan sebagai pusat logistik dan bekalan
ketenteraan. Walau bagaimanapun kawasan ini mempunyai potensi
untuk dibangunkan sebagai KPK dan pembangunan masa hadapan akan
menumpu kepada industri yang akan melengkapi kilang pembuatan
kereta kedua Malaysia di Serendah dan cadangan Bandar Raya Proton
di Lembah Bernam. Sebuah taman perniagaan automobil juga boleh
dibangunkan sebagai sebahagian KPK yang mengandungi industri
membekal alat gantian kepada industri automobil dan juga industri
perkhidmatan berkaitan dengan industri automobil seperti pengedar
aksesori, bilik pameran kereta dan servis kereta. Kawasan KPK
yang selebihnya akan mengandungi perumahan kos sederhana berkepadatan
sederhana dan pembangunan perdagangan berkaitan dengan pusat
daerah baru. |
| |
|
855. |
Kebanyakan kawasan
perindustrian di bahagian utara zon ini dikelilingi oleh pembangunan
kediaman. Pembaharuan bandar di kawasan ini perlu menyediakan
penampan berlandskap antara kegunaan yang bercanggah. Industri
bersih berteknologi tinggi dan berteraskan maklumat akan diperkenalkan
bersama dengan sokongan kegunaan pejabat dan perdagangan lain
serta kawasan lapang untuk pekerja-pekerja. |
| |
17.4.3 |
PENGHUBUNGAN |
| |
|
a)
|
Rangkaian
Hijau dan Kawasan Lapang |
| |
|
856. |
Kawasan lapang
yang luas di Taman Metropolitan Kepong dan Taman Metropolitan
Batu akan ditingkatkan. |
| |
|
b)
|
Pengangkutan
Awam |
| |
|
857. |
Laluan komuter KTM
Sentul - Pelabuhan Klang dan Rawang - Seremban melalui zon ini
memberi liputan perkhidmatan rel yang baik tetapi terhad kepada
beberapa stesen. Laluan LRT STAR dari arah selatan melalui Pusat
Bandar Raya menyambung perkhidmatannya untuk bahagian selatan
zon ini yang berakhir di Terminal Sentul Timur. |
| |
|
858. |
Kemungkinan menyambungkan
laluan LRT ke arah utara dari Sentul ke arah Taman Wahyu dan
ke barat menghala Kepong akan dikaji. Keduadua sambungan utara
dan barat akan disambung keluar sempadan Bandar Raya untuk memberi
perkhidmatan kepada kawasan kediaman berdekatan. |
| |
|
859. |
Terminal bas Jalan
Ipoh akan disepadukan dengan cadangan terminal sambungan LRT
STAR untuk mewujudkan sebuah stesen pertukaran pelbagai mod
yang mengandungi perkhidmatan teksi, rel dan bas antara wilayah. |
| |
17.4.4 |
PUSAT-PUSAT BANDAR |
| |
|
860. |
Pusat daerah baru
akan diwujudkan di Bandar Menjalara dan Sentul Raya serta Sri
Utara di sekitar stesen LRT baru di laluan sambungan utara. |
| |
|
861. |
Pembangunan intensif
kediaman dan perdagangan akan digalakkan di pusat kejiranan
sedia ada di Kepong, Segambut dan Taman Mastiara berhampiran
dengan stesen rel sedia ada atau cadangan. |
| |
17.4.5 |
PENYEDIAAN KEMUDAHAN
MASYARAKAT |
| |
|
862. |
Kemudahan masyarakat
akan dibangunkan di pusat daerah Bandar Menjalara, Sentul Raya
dan Sri Utara dan di pusat kejiranan Kepong, Segambut dan Taman
Mastiara untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan (rujuk
Jadual 6.6). |
| |
17.4.6 |
PENGHUBUNGAN
VISUAL |
| |
|
863. |
Selain dari koridor visual Lebuh Raya Baru Lembah Kelang,
satu koridor visual lain di sepanjang Jalan Ipoh ke arah Pusat
Bandar Raya akan diwujudkan dan kawalan ketinggian bangunan
akan dilaksanakan.

|
| 17.5 |
DAMANSARA - PENCHALA
|
| |
17.5.1 |
DEFINISI DAN
CIRI-CIRI |
| |
|
864. |
Zon ini terletak di antara Lebuh Raya Baru Lembah Kelang
di utara, Jalan Kuching dan Lebuh Raya Mahameru di timur,
Lebuh Raya Persekutuan dan Jalan Syed Putra di selatan dan
sempadan Kuala Lumpur di barat (rujuk Rajah 17.4). Bilangan
penduduk pada tahun 2000 adalah seramai 99,100 dan diunjurkan
kepada 259,100 orang menjelang tahun 2020. Jumlah pekerjaan
pada tahun 2000 adalah 62,030 dan diunjurkan meningkat kepada
183,011 pada 20 tahun akan datang.
|
| |
|
865. |
Sebahagian besar muka bumi zon ini berbukit-bukau dengan
kawasan kediaman berkepadatan rendah dan sederhana terutamanya
di sekitar pusat daerah Damansara dan pusat kejiranan Taman
Tun Dr. Ismail. Zon ini juga mengandungi beberapa kawasan
rekreasi yang luas seperti KLGCC dan Kelab Golf Perkhidmatan
Awam (KGPA), Taman Lembah Kiara, Taman Ekuestrian Bukit Kiara
dan Taman Botani, serta kampus Universiti Malaya yang mewujudkan
sebuah kawasan lingkungan hijau di sebelah selatan zon.
|
| |
|
866. |
Sebahagian besar
kawasan pejabat perdagangan telah dibangunkan di Bukit Damansara,
Sri Hartamas, Bangsar dan Mid Valley Mega Mall. Sejak beberapa
tahun kebelakangan ini, sejumlah bangunan mercu tanda bandar
raya berkualiti tinggi telah dibina seperti bangunan Perbadanan
Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MALTRADE), Menara Telekom
dan Plaza Pantai. |
| |
17.5.2 |
KAWASAN PEMBANGUNAN |
| |
|
a)
|
Zon
Antarabangsa |
| |
|
867. |
Kawasan Damansara
dikhaskan sebagai sebuah Zon Antarabangsa dan pelbagai langkah
akan diperkenalkan untuk mengekalkan dan meningkatkan ciri-ciri
antarabangsa sedia ada, yang menawarkan satu persekitaran hidup
dan kerja yang berkualiti tinggi, setanding dengan bandar raya
lain bertaraf dunia. Kawasan ini akan dirancang sebagai sebuah
pusat pekerjaan atasan dengan menggabungkan institusi pendidikan
tinggi dan pusat penyelidikan bagi memberikan perkhidmatan kepada
penduduk tempatan, dan juga pelajar antarabangsa. Pembangunan
akan mengandungi perumahan kos tinggi dan kediaman pelajar yang
kepadatan rendah bagi memelihara ciri-ciri kawasan yang dipenuhi
pokok dan beralun. |
| |
|
868. |
Pembangunan semula
digalakkan di kawasan sepanjang Jalan Bangsar di antara KL Sentral
dan Menara Telekom untuk mengambil manfaat daripada infrastruktur
jalan dan rel serta pembangunan runcit berskala besar dan hotel
di kawasan tersebut. Pembangunan perdagangan seperti pejabat
dan pangsapuri servis berkualiti tinggi akan digalakkan. |
| |
|
869. |
Pembangunan kepadatan
tinggi dan bangunan tinggi tidak akan digalakkan di Bukit Persekutuan,
Taman Duta dan Bukit Tunku untuk memelihara kawasan kediaman
sedia ada yang berkepadatan rendah dan berkualiti tinggi. Ketinggian
bangunan dan kepadatan kediaman di Bangsar dan Bukit Damansara
akan dikawal. Di mana sesuai, pembangunan secara sederhana akan
dibenarkan bagi kawasan kediaman berkepadatan rendah dengan
syarat tidak akan memberi kesan kepada ciri-ciri keseluruhan
kawasan ini. |
| |
|
870. |
Piawaian antarabangsa
bagi kemudahan rekreasi di Bukit Kiara serta kemudahan dan institusi
lain di Bukit Damansara akan ditingkatkan untuk menampung pasaran
antarabangsa. |
| |
|
b)
|
Kawasan
Pembangunan Komprehensif |
| |
|
871. |
Satu Kawasan Pembangunan
Komprehensif akan diwujudkan di utara zon ini, di bekas bangunan
kerajaan persekutuan Jalan Duta sebagai sebuah pusat untuk pengumpulan,
pengagihan, pemasaran dan pameran hasil keluaran perusahaan
yang telah dibangunkan dan dipatenkan di Malaysia. |
| |
|
872. |
KPK Jalan Duta akan
mengandungi pembangunan pejabat dan perdagangan lain serta kediaman
berkualiti tinggi, kemudahan hotel dan MICE dan termasuk juga
presint pakar perkhidmatan kesihatan untuk memberi khidmat kepada
penduduk tempatan Kuala Lumpur, di samping mempromosi pelancongan
kesihatan. Satu taman daerah juga dicadangkan di KPK ini. |
| |
|
|
|
| |
|
c)
|
Kawasan
Rizab Melayu |
| |
|
873. |
Pelan pembangunan
untuk Kawasan Rizab Melayu di Kampong Sungai Penchala dan Segambut
akan mengambil kira ciri-ciri kawasan yang sebahagian besarnya
hutan dan berbukit-bukau. Galakan akan diberi kepada pembangunan
agropelancongan dan kemudahan pendidikan bagi mengeksploitasi
kualiti khusus kawasan ini yang berdekatan dengan Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (FRIM) dan juga kawasan hutan di Bukit Kiara.
Pembangunan ini termasuklah ladang hobi, hotel peranginan hutan
dan stesen penyelidikan botani antarabangsa yang berkaitan dengan
taman botani baru di Bukit Kiara. |
| |
|
d)
|
Pembaharuan
Bandar / Kawasan Pembangunan Semula |
| |
|
874. |
Kesemua kawasan
setinggan akan dibangunkan semula sebagai pembangunan bercampur
atau kawasan kejiranan serba lengkap. |
| |
|
e)
|
Kawasan
Stabil |
| |
|
875. |
Pembaharuan bandar
akan difokuskan di selatan zon terutamanya di Brickfields yang
akan melibatkan penambahbaikan kemudahan infrastruktur dan masyarakat
serta memperkenalkan pembangunan baru dan pembangunan semula
berinovasi bagi melengkapi dorongan dari pembangunan KL Sentral.
Ini termasuk juga pengubahsuaian dan pemuliharaan rumah kedai,
penyediaan presint pejalan kaki dan kawasan membeli-belah serta
asrama belia dan hotel kelas ekonomi yang berkualiti baik. |
| |
17.5.3 |
PENGHUBUNGAN
DAN PUSAT BANDAR |
| |
|
a)
|
Rangkaian
Hijau dan Kawasan Lapang |
| |
|
876. |
Kawasan lapang
sedia ada Bukit Kiara, Taman Tun Dr. Ismail dan bukit berhutan
Kampong Sungai Penchala akan dikekalkan bersama dengan Taman
Lembah Kiara. Sebuah taman botani akan dibangunkan di utara
Taman Lembah Kiara yang akan mewujudkan satu kawasan lapang
yang bersambungan merangkumi padang golf ke selatan, dan pusat
ekuestrian dan kemudahan rekreasi ke arah timur. |
| |
|
b)
|
Pengangkutan
Awam |
| |
|
877. |
LRT PUTRA dan KTM
memberi perkhidmatan di kawasan barat daya zon yang menghubungkannya
dengan Pusat Bandar dan terminal ERL di KL Sentral yang dibangunkan
sebagai sebuah pusat pengangkutan rel bersepadu antarabangsa.
Stesen rel KTM Segambut di sebelah barat laut KPK Jalan Duta
akan dinaiktarafkan dan disepadukan dengan pembangunan KPK ini. |
| |
|
878. |
Sambungan barat
cadangan laluan LRT Damansara-Cheras akan melalui pusat daerah
Damansara dan pusat kejiranan Taman Tun Dr. Ismail. Kemungkinan
menyambungkan laluan ini ke pusat kejiranan baru di Kampong
Sungai Penchala dan pusat-pusat bandar di Selangor seperti Bandar
Utama, Sri Damansara dan Bandar Baru Sungai Buloh juga akan
dikaji. |
| |
17.5.4 |
PUSAT-PUSAT BANDAR |
| |
|
879. |
Pusat daerah sedia
ada di Damansara akan dibangunkan secara pesat. Pusat daerah
Bangsar dan Sri Hartamas akan ditingkatkan dan dipromosikan
sebagai tarikan pelancong dan sebuah pusat kejiranan akan dibangunkan
di Kampong Sungai Penchala. Pembangunan intensif kediaman dan
perdagangan akan digalakkan di pusat kejiranan sedia ada di
Taman Tun Dr. Ismail dan Kampong Sungai Penchala yang berhampiran
dengan stesen rel dalam cadangan. |
| |
17.5.5 |
PENYEDIAAN KEMUDAHAN
MASYARAKAT |
| |
|
880. |
Kemudahan masyarakat
akan dibangunkan di pusat daerah Damansara, Bangsar dan Sri
Hartamas serta di pusat kejiranan Taman Tun Dr. Ismail dan Kampong
Sungai Penchala untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan (rujuk
Jadual 6.6) |
| |
17.5.6 |
PENGHUBUNGAN
VISUAL DAN GERBANG MASUK |
| |
|
881. |
Ketinggian bangunan akan dikawal untuk memastikan keutamaan
visual Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Masjid
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan latar belakang hijau
Bukit Kiara, Bukit Arang dan Kampong Sungai Penchala. Koridor
visual kawalan ketinggian bangunan akan diadakan di sepanjang
Lebuh Raya Baru Lembah Klang dan di paksi sepanjang Lebuh
Raya Persekutuan dan Jalan Bangsar.
|
| |
|
882. |
Zon gerbang masuk utama di titik masuk Lebuh Raya Baru Lembah
Klang akan dibangunkan untuk mencerminkan persekitaran hidup
dan perumahan berkualiti tinggi di kawasan ini. Satu lagi
zon gerbang masuk akan dibangunkan di paksi Lebuh Raya Persekutuan
dan Jalan Bangsar untuk menggambarkan Kuala Lumpur sebagai
pusat perniagaan dan membeli belah antarabangsa.

|
| 17.6 |
BUKIT JALIL - SEPUTEH
|
| |
17.6.1 |
DEFINISI DAN
CIRI-CIRI |
| |
|
883. |
Zon ini mempunyai ciri-ciri berbukit rabung di bahagian
utara selatan di sepanjang zon yang terletak di antara lembah-lembah
Sungai Kerayong, Sungai Kuyuh dan Sungai Klang.
|
| |
|
884. |
Zon ini terletak di antara Jalan Lingkaran Tengah 1 dan
Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban di timur laut, Lebuh Raya
Persekutuan dan Jalan Syed Putra di barat laut dan sempadan
Kuala Lumpur di barat dan selatan (rujuk Rajah 17.5).
|
| |
|
885. |
Bilangan penduduk
pada tahun 2000 adalah seramai 352,100 dan diunjurkan kepada
464,300 menjelang tahun 2020. Bilangan pekerjaan dalam pada
2000 adalah 132,149 dan diunjurkan meningkat kepada 273,121
pada 20 tahun akan datang. Sebahagian besar zon ini adalah kawasan
kediaman dengan kawasan pertumbuhan utamanya di Bukit Jalil.
Jenis pembangunan kediaman terdiri daripada kawasan perumahan
matang dan padat seperti di Bukit Indah dan di sepanjang Jalan
Klang Lama ke kawasan baru yang kurang padat di Bukit Jalil. |
| |
|
886. |
Kawasan perindustrian
kebanyakannya terletak di kawasan pinggir barat dan selatan,
termasuk Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil. Kawasan institusi
berskala besar di zon ini adalah Pangkalan Tentera Udara DiRaja
Malaysia Sungai Besi (TUDM) di utara dan Kompleks Sukan Negara
di selatan. |
| |
17.6.2 |
KAWASAN PEMBANGUNAN |
| |
|
a)
|
Zon
Antarabangsa |
| |
|
887. |
Bukit Jalil dikhaskan
sebagai sebuah Zon Antarabangsa dan akan dibangunkan sebagai
kawasan kediaman bertaraf tinggi. Pembangunan akan mengambil
kira ciri-ciri sedia ada kawasan ini, terutamanya kemudahan
sukan utama dan lokasinya yang berdekatan dengan MSC, KLIA dan
Pusat Bandar Raya. |
| |
|
888. |
Kualiti kemudahan
sukan dan kemudahan lain akan diperbaiki untuk memenuhi piawaian
antarabangsa dan zon ini akan dibangunkan untuk kemudahan perdagangan
dan pelancongan di samping tarikan-tarikan berkaitan aktiviti
sukan. Kemudahan MICE akan juga dibangunkan untuk menyokong
kemudahan sedia ada berdekatan dengan Mines dan Sunway Lagoon. |
| |
|
889. |
Disebabkan lokasi
utamanya di antara MSC dan Pusat Bandar Raya, adalah dijangkakan
bahawa Bukit Jalil akan menarik ramai ekspatriat dan penduduk
tempatan yang terlibat dalam industri berteknologi tinggi. Aktiviti
penyelidikan dan pembangunan seperti kejuruteraan, bioteknologi
dan ICT akan dibangunkan di dalam Taman Teknologi Malaysia. |
| |
|
b)
|
Kampung
Tradisional |
| |
|
890. |
Pembaharuan bandar
akan dijalankan menerusi penambahbaikan persekitaran dan kemudahan
masyarakat di Kampong Pasir yang terletak di barat Sungai Klang.
Kerja-kerja pembaikan infrastruktur akan dilaksanakan dan langkah-langkah
akan diambil untuk menghalang pembuangan efluen dan sisa-sisa
ke dalam Sungai Klang. Kawasan lapang tambahan akan disediakan
dan peningkatan koridor sungai dan penghubungan pejalan kaki
akan dibangunkan untuk menghubung ke stesen rel KTM di Pantai
Dalam. |
| |
|
c)
|
Pembaharuan
Bandar / Kawasan Pembangunan Semula |
| |
|
891. |
Kawasan setinggan
dan rumah panjang di Kampong Pasir, Kampong Pantai Dalam, Kampong
Kerinchi dan Kuchai Lama akan dibangunkan semula. Pelan pembangunan
komprehensif kawasan usang di Kampong Penghulu Mat dan Jalan
Klang Lama, di selatan Mid Valley Mega Mall bertujuan untuk
menggiat semula kawasan strategik ini dengan menggariskan langkah-langkah
untuk pembangunan semula kawasan perindustrian usang dan pemindahan
setinggan. Kesemua kawasan setinggan akan dibangunkan semula
sebagai pembangunan bercampur atau kawasan kejiranan serba lengkap. |
| |
|
|
|
| |
|
892. |
Oleh kerana dibatasi
oleh dua jalan utama dan Sungai Klang, kawasan ini memerlukan
kombinasi langkah-langkah pengurusan lalu lintas dan sungai
sebagai tambahan kepada pembaikan infrastruktur dan alam sekitar. |
| |
|
d)
|
Kawasan
Stabil |
| |
|
893. |
Tujuan utama adalah
untuk mengukuh dan memperbaiki persekitaran sebahagian besar
pembangunan kediaman di dalam zon serta menambahkan kepadatan
kediaman di sekitar stesen rel. |
| |
|
894. |
Beberapa kawasan
akan dikhaskan untuk kemudahan latihan di Kuchai Entrepreneur
Park bagi industri berasaskan reka bentuk dan maklumat yang
berteknologi, berkemahiran dan bertahap tinggi. |
| |
|
895. |
Pangkalan Tentera
Udara DiRaja Malaysia Sungai Besi akan dikekalkan sebagai kem
tentera dan pangkalan udara. |
| |
|
e)
|
Kawasan
Stabil |
| |
|
875. |
Pembaharuan bandar
akan difokuskan di selatan zon terutamanya di Brickfields yang
akan melibatkan penambahbaikan kemudahan infrastruktur dan masyarakat
serta memperkenalkan pembangunan baru dan pembangunan semula
berinovasi bagi melengkapi dorongan dari pembangunan KL Sentral.
Ini termasuk juga pengubahsuaian dan pemuliharaan rumah kedai,
penyediaan presint pejalan kaki dan kawasan membeli-belah serta
asrama belia dan hotel kelas ekonomi yang berkualiti baik. |
| |
17.6.3 |
PENGHUBUNGAN
|
| |
|
a)
|
Rangkaian
Hijau dan Kawasan Lapang |
| |
|
896. |
Rangkaian hijau
di dalam zon ini terdiri daripada kawasan berbukit di Seputeh,
taman daerah di bekas kuarters kerajaan Jalan Davis dan Taman
Tasik Perdana dan akan dihubungkan dengan kawasan perkuburan
Cina termasuk koridor sungai, rel dan rintisan elektrik yang
menyediakan satu koridor hijau berterusan ke Pusat Bandar Raya. |
| |
|
897. |
Ciri-ciri semula
jadi sebahagian Bukit Gasing akan dipelihara dan dibangunkan
sebagai taman untuk tujuan rekreasi. Taman Antarabangsa Bukit
Jalil juga akan dilindungi dan ditingkatkan. |
| |
|
b)
|
Pengangkutan
Awam |
| |
|
898. |
Perkhidmatan rel
telah tersedia hingga ke sempadan zon. LRT menyediakan perkhidmatan
di bahagian timur dan selatan Bukit Jalil, manakala rel KTM
komuter memberi perkhidmatan di kawasan barat Sungai Besi. |
| |
|
899. |
LRT STAR akan diperluaskan
untuk memberi perkhidmatan kepada pusat daerah di Bukit Jalil
dan kemungkinan menambah satu sambungan dari LRT PUTRA atau
PRT untuk menghubungkan kepada pusat daerah baru di Bukit Indah
dan pusat-pusat bandar di kawasan Puchong, Selangor melalui
Jalan Klang Lama akan dikaji. Satu stesen lagi di sepanjang
sambungan ini akan dibina untuk menghubungkan pusat kejiranan
baru di Taman Desa. |
| |
|
900. |
Untuk memperbaiki
kemudahsampaian ke pusat membeli belah Mid Valley Mega Mall,
satu hubungan pejalan kaki akan diwujudkan ke stesen LRT di
Abdullah Hukum melalui satu jejantas pejalan kaki menyeberangi
Sungai Klang. |
| |
17.6.4 |
PUSAT-PUSAT BANDAR |
| |
|
901. |
Penekanan akan
diberi bagi membangunkan pusat daerah Bukit Jalil dan sebuah
pusat daerah baru Bukit Indah di Jalan Klang Lama. |
| |
|
902. |
Pembangunan kediaman
dan perdagangan di pusat kejiranan sedia ada di Sri Petaling
yang berhampiran dengan stesen rel sedia ada akan ditingkatkan
dari segi kemudahan, infrastruktur dan pengindahan. Di samping
itu, rangkaian kemudahsampaian pusat ini dengan stesen LRT di
Sri Petaling dan Bukit Jalil akan diperkukuhkan. |
| |
|
903. |
Pembangunan kediaman
dan perdagangan di pusat kejiranan sedia ada di Taman Desa,
yang akan mendapat perkhidmatan stesen rel baru akan ditingkatkan.
Kuchai Entrepreneur Park akan dinaiktarafkan dan ditingkatkan
sebagai sebuah pusat kejiranan lain. |
| |
17.6.5 |
PENYEDIAAN KEMUDAHAN
MASYARAKAT |
| |
|
904. |
Kemudahan masyarakat
akan dibangunkan di pusat daerah Bukit Jalil dan Bukit Indah
serta di pusat kejiranan Taman Desa, Kuchai Entrepreneur Park
dan Sri Petaling untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan
(rujuk Jadual 6.6). |
| |
17.6.6 |
PENGHUBUNGAN
VISUAL DAN GERBANG MASUK |
| |
|
905. |
Kawasan kawalan ketinggian bangunan akan ditetapkan untuk
memastikan keutamaan visual Pusat Bandar Raya dan pusat pertumbuhan
di Bukit Jalil dari Lebuh Raya Kuala Lumpur Seremban. Zon
gerbang masuk utama di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban akan
mengeksploit kemudahan sukan dan MICE sedia ada bagi menggambarkan
Kuala Lumpur sebagai pusat sukan dan MICE.

|
| 17.7 |
BANDAR TUN RAZAK - SUNGAI BESI
|
| |
17.7.1 |
DEFINISI DAN
CIRI-CIRI |
| |
|
906. |
Sungai Kerayong merupakan sempadan utara zon, manakala Lebuh
Raya Kuala Lumpur-Seremban membentuk sempadan barat. Kawasan
pinggir timur dan selatan zon membentuk sempadan Bandar Raya
(rujuk Rajah 17.6).
|
| |
|
907. |
Bilangan penduduk pada tahun 2000 adalah seramai 53,996
dan diunjurkan sehingga 340,700 menjelang tahun 2020. Bilangan
pekerjaan pada tahun 2000 adalah 74,231 dan diunjurkan meningkat
kepada 144,087 pada 20 tahun akan datang.
|
| |
|
908. |
Pada amnya muka
bumi zon ini adalah berbukit dan dipisahkan oleh dataran banjir
Sungai Kerayong. Bukit Sungai Besi adalah yang tertinggi di
Kuala Lumpur meliputi sebahagian besar bahagian selatan zon
ini. |
| |
|
909. |
Zon ini mempunyai
asas kediaman yang matang. Industri di keseluruhan zon ini adalah
mantap dan secara amnya tergabung dalam lapan kawasan perindustrian.
Dua institusi besar adalah maktab perguruan dan kompleks sekolah
di Bandar Tun Razak serta Kem Tentera Sungai Besi di selatan
zon ini. |
| |
17.6.2 |
KAWASAN PEMBANGUNAN |
| |
|
a)
|
Kampung
Tradisional dan Kampung-kampung Baru |
| |
|
910. |
Pembaharuan bandar
akan dijalankan menerusi penambahbaikan persekitaran dan kemudahan
masyarakat di kampung baru Salak Selatan dan kampung tradisional
di Kampong Malaysia Raya dan Kampong Cheras Baru. |
| |
|
911. |
Kawasan kediaman
kepadatan tinggi dan pembangunan bercampur akan digalakkan di
Kampong Malaysia Raya di sekitar pusat transit utama di Bandar
Tasik Selatan. Begitu juga, hubungan dengan Stesen LRT Salak
Selatan akan diperbaiki dan peningkatan pembangunan perumahan
akan digalakkan. |
| |
|
b)
|
Pembaharuan
Bandar / Kawasan Pembangunan Semula |
| |
|
912. |
Satu pelan pembangunan
komprehensif akan disediakan untuk kawasan perindustrian usang
di Chan Sow Lin. Pemulihan semula kawasan ini memerlukan kombinasi
peningkatan infrastruktur dan kemudahan bersama dengan pembangunan
semula yang komprehensif. |
| |
|
913. |
Sebahagian besar
kawasan ini akan dikhaskan sebagai taman perniagaan automobil,
termasuk industri membekal alat ganti kepada industri automobil,
selain industri perkhidmatan berkaitan dengan industri automobil
seperti pengedar aksesori, bilik pameran kereta dan servis kenderaan.
Sebagai tambahan, kemudahan sokongan utiliti am, pejabat dan
perdagangan lain akan disediakan di sekitar Stesen LRT Chan
Sow Lin. Kemudahan kawasan lapang untuk pekerja, termasuk laluan
di tepi sungai dan penghubung pejalan kaki ke kawasan kediaman
berdekatan akan dimasukkan dalam pembangunan. Satu kawasan meletak
kenderaan barangan berat juga akan disediakan dan kemudahsampaian
untuk kenderaan perindustrian juga akan ditingkatkan. Langkah-langkah
alam sekitar akan dilaksanakan termasuk penghapusan buangan
efluen dan sisa ke dalam Sungai Kerayong yang berdekatan. |
| |
|
914. |
Pelan pembangunan
komprehensif akan disediakan untuk kawasan usang di utara kampung
baru Salak Selatan dan juga perumahan kelompokJalan Jujur, Bandar
Tun Razak dan Taman Ikan Mas. Di samping itu, perumahan awam
Razak Mansion di Jalan Sungai Besi akan dinaiktaraf. Kerja-kerja
pembaikan persekitaran dan infrastruktur akan dibuat termasuk
peningkatan koridor sungai dan pembaikan hubungan ke stesen
LRT di Bandar Tun Razak dan stesen KTM di Salak Selatan melalui
pembangunan perumahan kos rendah ke selatan. |
| |
|
|
|
| |
|
915. |
Kesemua kawasan
setinggan akan dibangunkan semula sebagai pembangunan bercampur
atau kawasan kejiranan serba lengkap. |
| |
|
c)
|
Kawasan
Stabil |
| |
|
916. |
Pembangunan komited
yang utama di zon ini adalah ditumpukan kepada penyiapan program
pembangunan untuk kawasan pertumbuhan Bandar Tun Razak. Di kawasan
lain, pembangunan kediaman yang intensif di pusat kejiranan
dan daerah terutamanya di sekitar stesen rel akan digalakkan. |
| |
17.7.3 |
PENGHUBUNGAN
|
| |
|
a)
|
Kawasan Lapang dan Rangkaian Hijau |
| |
|
917. |
Taman Tasik Permaisuri
dan Taman Bandar Pudu Ulu akan dipulihara dan ditingkatkan dari
segi rangkaian hijau dan kawasan lapang. Di samping itu, penanaman
pokok secara menyeluruh akan dijalankan di kawasan perkuburan
lama yang berdekatan. |
| |
|
918. |
Ciri-ciri semula
jadi Bukit Sungai Besi, Bukit Sungai Puteh dan Bukit Pudu dan
sebahagian kawasan bercerun curam di Alam Damai akan dilindungi
dan kawasan bukit akan dibangunkan sebagai taman untuk eko-pelancongan. |
| |
|
b)
|
Pengangkutan
Awam |
| |
|
919. |
Bahagian utara
zon ini dihubungkan dengan sistem rel LRT yang memberi perkhidmatan
ke arah Pusat Bandar Raya, sementara bahagian selatan dan barat
diberi perkhidmatan oleh keduadua sistem LRT dan KTM. Kedua-dua
sistem tersebut dihubungkan kepada sistem ERL di Terminal Bandar
Tasik Selatan, yang menghubungkan dari KL Sentral ke Putrajaya
dan KLIA di bahagian selatan. Terminal Bandar Tasik Selatan
adalah sebuah terminal utama pengangkutan awam bersepadu pelbagai
mod di mana sistem ERL, KTM dan LRT bertemu, yang akan digabungkan
dengan terminal bas di antara wilayah yang memberi perkhidmatan
ke selatan. |
| |
|
920. |
Sambungan timur
cadangan laluan LRT Damansara-Cheras menghubungkan Taman Tun
Dr. Ismail dan Taman Segar di Cheras, akan melalui bahagian
timur zon ini. Laluan baru ini akan bermula dari Stesen Maluri
dan disambung ke selatan sepanjang Jalan Cheras untuk memberi
perkhidmatan ke pusat kejiranan Taman Midah, pusat daerah Taman
Segar dan pusat bandar lain sehingga ke Kajang. |
| |
17.7.4 |
PUSAT-PUSAT BANDAR |
| |
|
921. |
Pusat daerah di
Bandar Tun Razak akan ditingkatkan dan hubungan dengan pusat
transit di Stesen Tasik Selatan akan diperkukuhkan. Pusat kejiranan
sedia ada di Taman Segar akan ditingkatkan dan dinaiktaraf menjadi
sebuah pusat daerah di sekitar pusat transit baru yang dirancang
di laluan LRT Damansara-Cheras. |
| |
|
922. |
Pembangunan kediaman
dan perdagangan yang intensif akan digalakkan di pusat kejiranan
sedia ada di Taman Midah dan Bandar Tasik Selatan yang berdekatan
dengan stesen rel sedia ada atau dalam cadangan. Satu pusat
kejiranan baru akan diwujudkan di Alam Damai. |
|
|
17.7.5 |
PENYEDIAAN KEMUDAHAN
MASYARAKAT |
| |
|
923. |
Kemudahan masyarakat
akan dibangunkan di pusat daerah Taman Segar dan Bandar Tun
Razak serta di pusat kejiranan Taman Midah, Taman Bukit Anggerik
dan Bandar Tasik Selatan untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan
(rujuk Jadual 6.6). |
| |
17.7.6 |
PENGHUBUNGAN
VISUAL DAN GERBANG MASUK |
| |
|
924. |
Koridor visual kawalan ketinggian bangunan akan diwujudkan
merentasi zon ini ke Menara Berkembar Petronas di KLCC dan
Menara Kuala Lumpur dari Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban.
Zon gerbang masuk utama di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban
akan memanfaatkan kemudahan sukan dan MICE sedia ada untuk
menggambarkan Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat sukan dan
MICE.

|
| 17.8 |
KEPERLUAN
MASA HADAPAN |
| |
925. |
Keperluan tanah masa hadapan adalah jumlah keperluan tanah
semua sektor seperti yang digariskan di dalam bab-bab sebelum
ini dan berdasarkan sasaran penduduk seramai 2.2 juta dan
unjuran pekerjaan sebanyak 1.4 juta pada tahun 2020.
|
| |
926. |
Keperluan tanah tambahan bagi setiap zon strategik dapat
dikenal pasti dengan membandingkan keperluan tanah dengan
tanah berpotensi yang tersedia untuk pembangunan masa hadapan.
Jadual 17.1 menunjukkan keperluan tanah tambahan bagi semua
zon strategik. Pusat Bandar Raya dijangka mengalami ketidakcukupan
tanah seluas 90 hektar untuk memenuhi keperluan pembangunan
sehingga tahun 2020. Bagi mencapai sasaran penduduk dan pekerjaan
di Pusat Bandar Raya, salah satu strategi pembangunan yang
akan dilaksanakan adalah menggalakkan konsep pembangunan komprehensif
untuk pembangunan semula kawasan usang dengan berkepadatan
dan berintensiti tinggi.

|
|
|