18 Rumah Urut Yang Menjalankan Aktiviti Pelacuran Telah Diserbu

Kuala Lumpur | Jumaat, 12 Februari 2021 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dengan kerjasama Pasukan D7 Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dari Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah melaksanakan Operasi Tindakan Khas Terhadap Premis Rumah Urut di dua buah lokasi berasingan di Jalan Langkawi, Setapak dan Jalan Kuchai Maju, Seputeh, Kuala Lumpur malam tadi (Khamis, 11 Februari 2021).
 
Menerusi aduan awam yang diterima, DBKL telah terlebih dahulu membuat siasatan dan risikan awal dan mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral di kedua- dua lokasi berkenaan.
 
Hasil serbuan yang dijalankan didua lokasi tersebut mendapati tiga premis tidak mempunyai lesen perniagaan rumah urut. Tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 3 notis kompaun di bawah Seksyen 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan kesemua 3 premis tersebut telah ditutup serta merta mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
 
Tindakan meroboh 19 struktur dinding yang dijadikan bilik tanpa kelulusan dan tindakan sita 77 pelbagai peralatan premis turut dilakukan (tilam, tuala, monitor, CCTV Recoders, CCTV, kondom, minyak pelincir, ampilfier dan lain-lain peralatan).
 
Hasil semakan dikesemua premis berkenaan, seramai 11 orang wanita tukung urut (disyaki pekerja seks) warganegara Filipina, Thailand, Indonesia dan 5 orang warga tempatan sebagai penjaga premis telah ditahan untuk tindakan lanjut oleh pihak PDRM setelah diambil keterangan dokumentasi oleh DBKL.
 
Tindakan penguatkuasaan ini dilakukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan mengikut bidang kuasa serta S.O.P DBKL dan pihak PDRM.
 
“Menerusi statistik tindakan khas oleh DBKL, dari Januari hingga Februari 2021 sahaja, sejumlah 18 buah premis telah dikenakan tindakan penutupan premis (3 hotel dan 15 pusat urut), melibatkan 3 Notis Pemberitahu Kesalahan Akta Hotel,15 notis kompaun kesalahan serta sitaan terhadap 287 pelbagai jenis barangan dalam premis”, menurut Tuan Osman bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL.
 
Operasi dan kerjasama daripada agensi sahabat ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.
 
Sebarang aduan oleh warga kota kepada pihak DBKL boleh disalurkan secara atas talian menerusi:
 
18_Rumah_Urut_Yang_Menjalankan_Aktiviti_Pelacuran_Telah_Diserbu_Oleh_DBKL4
18_Rumah_Urut_Yang_Menjalankan_Aktiviti_Pelacuran_Telah_Diserbu_Oleh_DBKL1
18_Rumah_Urut_Yang_Menjalankan_Aktiviti_Pelacuran_Telah_Diserbu_Oleh_DBKL2
18_Rumah_Urut_Yang_Menjalankan_Aktiviti_Pelacuran_Telah_Diserbu_Oleh_DBKL
Skip to content